" Bila   tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMNO   mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu   menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini..
Bila   tak dijawab isu Bill Perubatan Mat Sabu ini.. ada pencacai UMNO   mengatakan Guan Eng cuba mengelak dari menjawab kononnya Mat Sabu   menyelewang dana Perbadanan Bekalan Air (PBA) ini..
Bila dijawab pula.. ada pula pencaci UMNO mengatakan jawapan Guan Eng dalam isu ini mencurigakan...
Kelmarin  Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican  dalam satu sidang media mendesak Guan Eng supaya memberi penjelasan  kepada rakyat mengenai isu bill bayaran perubatan hospital Mat Sabu yang  dijadikan kontroversi oleh UMNO itu.
Sebelum itu Blogger UMNO begitu galak menyebarkan fitnah tentang isu ini..
Beliau  membangkitkan dua persoalan iaitu sama ada Mat Sabu yang juga Ahli  Lembaga Pengarah PBAPP layak untuk membuat tuntutan pembayaran kos  perubatan kerana mengikut perjanjian bersama syarikat berkenaan, pekerja  yang tercedera ketika terbabit dalam kegiatan haram tidak layak membuat  tuntutan.
Persoalan kedua dibangkitkan ialah mengenai jumlah  pembayaran kepada pemimpin Pas itu melebihi daripada jumlah ditetapkan  hospital swasta yang merawat Mat Sabu, PBAPP meluluskan pembayaran  sebanyak RMRM8,434.05 sedangkan kos perubatan hanya RM5,060.54 iaitu  melebihi RM3,373.50.
Untuk persoalan pertama.. Pulau Pinang kini  adalah dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat oleh itu secara tidak langsung  PBA juga terletak dibawah kuasa Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Yang  melabelkan perhimpunan BERSIH 2.0 itu sebagai haram adalah kerajaan  Barisan Nasional yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran Kerajaan  Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Jika ianya tidak diharamkan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang, maka tuntutan tersebut adalah layak..
Persoalan kedua pula.. korang tengoklah video penjelasan dari Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa di (SINI)
Berikut pula adalah penjelasan dari Guan Eng..
Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu
GEORGETOWN  - Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan  fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit  pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital  KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang  berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian  Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya  kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana  Perbadanan Bekalan Air (PBA).
"Sebenarnya ada dua resit, tapi  dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk...saya  yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak  pembangkang)," ujar beliau.
Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan  (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak  RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.
Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.
Lim  berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana  transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ  Selangor sahaja.
Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan  SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh  Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.
Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.
Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.
Tuesday, September 6, 2011
Bill Perubatan Mat Sabu : Jawapan Buat Pencacai UMNO
Posted by Suhaimi at 8:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


 

 
0 comments:
Post a Comment