Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, August 25, 2009

Kerintangan Antibiotik

BERAPA ramai antara kita menghabiskan semua ubat, terutama antibiotik, seperti diarah doktor setiap kali mengalami masalah kesihatan akibat jangkitan?

Biarpun doktor menekankan sesetengah jenis ubat perlu dihabiskan, biasanya ramai berhenti makan ubat apabila berasa semakin sihat walaupun baki ubat masih banyak.

Destinasi akhir baki ubat itu mungkin di rak peti sejuk atau lebih buruk, di dalam tong sampah. Namun di sebalik pembaziran ini, kita masih segera bergegas ke klinik untuk mendapatkan ubat setiap kali demam, sakit tekak, batuk atau selesema.

Ada pesakit, terutama ibu bapa, merasakan set ubat mereka tidak lengkap tanpa antibiotik sehingga mendesak diberi ubat berkenaan, walaupun ia sebenarnya tidak perlu. Malah, ada pesakit atau ibu bapa pesakit kecil yang hampa jika pulang dengan tangan kosong.

Memang, bukan semua masalah kesihatan akibat jangkitan perlukan ubat, terutama antibiotik, kata Pakar Perunding (Perubatan dan Endokrinologi) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Rohana Abdul Ghani, kerana dalam keadaan tertentu jangkitan boleh dihapuskan oleh sistem imun kita.

Antibiotik adalah rawatan anti mikrob yang khusus untuk jangkitan bakteria dan digunakan sejak 1940-an. Ia sangat penting kerana tanpa antibiotik, keadaan individu yang mendapat jangkitan bakteria boleh menjadi teruk dan membawa kepada kematian. Pun begitu, ia hanya untuk jangkitan bakteria dan ia tidak memberi kesan kepada masalah kesihatan akibat jangkitan virus.

Kebanyakan masalah kesihatan disebabkan jangkitan bakteria dan virus. Walaupun kedua-duanya boleh menjangkiti dan menyebabkan masalah kesihatan, cara ia membiak dan merebak tidak sama.

Bakteria ialah mikro organisma satu sel yang sentiasa ada di keliling kita. Kebanyakannya tidak berbahaya dan ada yang sangat berguna kepada manusia seperti Lactobacillus yang hidup dalam usus untuk membantu proses pencernaan makanan. Antibiotik sangat berkesan membunuh bakteria kerana ia bertindak ke atas organisma hidup dengan menghentikan proses pembahagian dan pertumbuhan sel.

Sebaliknya, virus pula bukan organisma hidup dan tidak boleh hidup sendiri. Ia adalah partikel yang mempunyai bahan genetik dan diselaputi kot protein. Virus hanya ‘hidup’ dan membiak apabila ada dalam badan perumah seperti manusia dan haiwan. Ini sebabnya antibiotik tidak memberi kesan ke atas virus.

“Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik kerana badan kita menghasilkan antibodi bagi menghapuskan virus. Pada masa sama, doktor masih memberi ubat kepada pesakit untuk mengurangkan gejala jangkitan.

“Namun, masalah yang selalu berlaku ialah pertindihan gejala antara jangkitan bakteria dan virus seperti demam. Dalam sesetengah keadaan, doktor sukar membuat penentuan dan apa yang dilakukan ialah mencadangkan rawatan sokongan terlebih dulu seperti pesakit perlu minum banyak air dan memberi mereka ubat tahan sakit, contohnya parasetamol.

“Jika demam berkurang dalam masa singkat, bermakna pesakit mengalami jangkitan virus. Namun kaedah ini sukar dilakukan, terutama apabila membabitkan pesakit kanak-kanak, kerana ibu bapa lebih cemas dan risau jika anak mereka tidak diberi ubat. Mereka mahu rawatan segera supaya anak cepat sembuh. Keadaan ini menyebabkan ada doktor terpaksa memberi antibiotik walaupun dirasakan ia tidak perlu,” katanya.

Pengambilan antibiotik yang tidak diperlukan pada umumnya tidak memberi kesan sampingan, tetapi untuk jangka masa panjang, tindakan ini dikhuatiri boleh menyebabkan masalah kerintangan antibiotik. Maknanya bakteria yang menyerang seseorang itu mempunyai daya rintangan lebih tinggi terhadap antibiotik dan memerlukan antibiotik ‘lebih kuat’ untuk menghapuskannya.

Menurut Dr Rohana, biasanya antibiotik perlu diambil selama lima hingga tujuh hari. Bagaimanapun, ada juga keadaan pesakit hanya diberi antibiotik untuk tempoh terlalu singkat (tiga hari). Ini kerana ada doktor menganggap pemberian antibiotik yang tepat, tempoh tiga hari, memadai untuk menampakkan kesan atau perubahan dan dos seterusnya hanya diberi jika ia didapati ‘sesuai’ dengan pesakit.

Cara ini juga dilihat sebagai langkah menjimatkan kos jika antibiotik diberi tidak sesuai atau kurang berkesan. Dalam kes seperti ini, doktor mengharapkan pesakit datang semula supaya boleh diberi antibiotik jenis lain.

Namun, masalahnya, kebanyakan orang tidak datang balik berjumpa doktor pertama yang merawatnya, sebaliknya pergi ke klinik lain. Mereka diberi antibiotik lain tanpa mengetahui jenis antibiotik pertama diambil pesakit. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kerintangan antibiotik.

“Doktor sepatutnya memberitahu pesakit bahawa kebanyakan ubat antibiotik perlu diambil selama lima hingga tujuh hari dan ia mesti dihabiskan walaupun sudah sihat. Ia penting bagi memastikan semua bakteria berbahaya dihapuskan sepenuhnya.

“Jangkitan bakteria biasanya berlanjutan lima hingga tujuh hari. Jika gejala hilang dalam masa kurang dari tempoh itu, kemungkinan besar individu berkenaan mengalami jangkitan virus dan bukan bakteria. Ini sebabnya setiap kali anda dapat jangkitan, mesti banyak minum air dan berehat kerana jangkitan virus dan bakteria selalu menunjukkan gejala lebih kurang sama,” katanya.

Selain itu, ibu bapa yang berpengalaman kadangkala menyulitkan keadaan apabila meminta diberi ubat antibiotik tertentu untuk si kecil berdasarkan ‘keberkesanannya’ ke atas anak terdahulu. Desakan ini kadangkala membuat doktor serba salah, terutama melihat ibu bapa yang cemas.

Ini bukan tindakan bijak kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak diberi antibiotik yang tidak diperlukan. Seperkara yang perlu difahami ialah, bayi dan kanak-kanak kecil mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus. Setiap kali itu juga mereka mengalami sedikit jangkitan, tetapi ibu bapa tidak perlu risau kerana ia perkara normal. Ini juga sebabnya pemberian antibiotik kepada pesakit kecil perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati supaya masalah kerintangan antibiotik tidak terjadi.

Jangkitan bakteria atau virus?

Penentuan sama ada seseorang individu itu mendapat jangkitan bakteria atau virus kadangkala sukar dilakukan kerana kedua-duanya kadangkala menimbulkan gejala sama. Walaupun penentuan ini boleh dibuat melalui pengkulturan air liur atau kahak, kaedah ini kurang praktikal kerana ia mengambil masa beberapa hari.

Biasanya rawatan diberi mengikut jangkaan doktor berdasarkan gejala ditunjukkan pesakit. Pengkulturan hanya dilakukan jika gejala jangkitan tetap tidak berkurang selepas satu minggu walaupun pesakit diberi ubat dan antibiotik. Namun ada beberapa masalah kesihatan biasa yang dikenal pasti puncanya.

Ada lebih 150 jenis antibiotik di pasaran dan setiap satu bertindak ke atas bakteria berbeza. Secara amnya, ia boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu antibiotik yang menghapuskan (membunuh bakteria), menghentikan pembiakan bakteria atau gabungan kedua-duanya. Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.

Pada masa sama, Dr Rohana mengingatkan pesakit supaya memberitahu doktor mengenai keadaan kesihatan mereka sebelum menerima ubat dan antibiotik. Antara perkara penting untuk dimaklumkan ialah:

# Anda hamil atau mengesyaki anda hamil. Kebanyakan antibiotik tidak boleh diambil ketika hamil kerana ia boleh memberi kesan kepada kandungan.

# Anda ada masalah jantung atau injap jantung

# Anda ada masalah buah pinggang dan hati. Doktor akan memberi dos sesuai untuk pesakit supaya ia tidak memberi beban kepada organ bermasalah

# Anda bakal atau baru menjalani pembedahan

# Anda menghidap penyakit lain dan mengambil ubat. Sesetengah jenis ubat boleh bertindak balas dengan antibiotik

# Anda ada masalah alahan dan alah pada antibiotik tertentu. Ini sangat penting kerana reaksi alahan boleh menjadi sangat serius sehingga membawa maut. Justeru, individu alahan dinasihat memakai gelang atau rantai ‘medic alert’ yang menandakan mereka alah pada bahan tertentu dan memudahkan doktor memberi rawatan. Bagaimanapun, alahan terhadap antibiotik jarang terjadi.


Peringatan penting

Menurut Dr Rohana, doktor (pegawai perubatan am) sepatutnya memberi antibiotik paling ‘lembut’ kepada pesakit dan hanya bertukar kepada jenis lebih ‘kuat’ jika ia tidak menunjukkan kesan. Malangnya, kini lebih ramai doktor memberi antibiotik paling kuat sebagai pilihan pertama untuk membolehkan pesakit sembuh cepat.

Justeru, kita perlu menjadi pesakit bijak dengan bertanya beberapa soalan sebelum menerima antibiotik seperti:

# Adakah saya memerlukan antibiotik?

# Mengapa saya perlukan antibiotik?

# Apakah ia ada kesan sampingan dan bagaimana cara mengurangkannya?

# Jadual pengambilan antibiotik, masa dan adakah ia perlu diambil sebelum atau selepas makan?

# Adakah ia akan berinteraksi dengan ubat lain yang diambil (jika ada)?

# Adakah ia boleh diambil bersama makanan tambahan lain?

Soalan di atas adalah sebagai langkah pencegahan kepada masalah kerintangan antibiotik yang boleh berlaku pada sesiapa saja. Bagaimanapun, kerintangan antibiotik yang lebih serius seperti methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) biasanya terjadi di hospital dan keadaan ini menyebabkan jangkitan lebih sukar dirawat.

Panduan pengambilan antibiotik

# Ambil ubat dan antibiotik bersama air kosong; bukan teh, kopi, minuman berkarbonat atau beralkohol. Sesetengah antibiotik boleh bertindak balas dengan alkohol dan mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini

# Habiskan semua antibiotik dalam tempoh ditetapkan. Anda perlu menghabiskan antibiotik untuk membunuh bakteria lebih kuat yang masih mampu bertahan pada awal rawatan

# Jangan simpan antibiotik untuk digunakan pada masa depan. Jika ada baki, pastikan ia dibuang

# Pastikan antibiotik diambil mengikut jadual daripada segi kekerapan (biasanya dua atau tiga kali sehari) sama ada sebelum atau selepas makan. Ini kerana tindakan antibiotik terhad kepada tempoh tertentu (beberapa jam). Untuk memastikan anda mendapat perlindungan, antibiotik mesti diambil dalam tempoh ditetapkan. Jika tidak, ia tidak dapat membunuh bakteria dengan berkesan.

# Jangan sekali-kali makan antibiotik orang lain (termasuk ahli keluarga atau adik beradik) kerana jangkitan yang anda alami mungkin berbeza. Malah, tahap kesihatan anda dengan pesakit berkenaan juga tidak sama.

# Bersabar. Antibiotik mengambil sedikit masa untuk menunjukkan kesan. Biasanya kesan dapat dilihat selepas dua atau tiga hari. Ini sebabnya anda perlu mengambil antibiotik dalam tempoh lima hingga tujuh hari mengikut jadual ditetapkan.

# Banyakkan berehat dan elak ada di tempat sesak ketika mengalami jangkitan.

# Cuci tangan sekerap mungkin, terutama selepas keluar dari tandas, sebelum dan selepas menyediakan makanan serta selepas menyalin lampin bayi. Galakkan anak mencuci tangan setiap kali selesai bermain.

# Banyakkan minum air dan jus buah untuk menggantikan cecair badan yang hilang melalui muntah atau cirit-birit. Ia juga boleh membantu badan bertindak balas dengan lebih baik terhadap ubat.



Jangkitan bakteria

# Jangkitan telinga tengah

# Jangkitan sinus yang teruk

# Jangkitan salur kencing

# Kebanyakan jangkitan pada luka dan kulit

# Sakit tekak hingga sukar menelan makanan (menyebabkan pesakit demam, batuk, abdomen sakit dan tonsil bengkak)



Jangkitan virus

# Selesema

# Influenza

# Kebanyakan jenis batuk

# Kebanyakan jenis sakit tekak

# Keradangan usus

# Keradangan bronkus (pada paru-paru)

Baca Seterusnya......

Jaga-jaga Lemak Di Pinggang

Perut buncit atau boroi dilihat seolah-olah sudah menjadi ‘trend’, terutama bagi lelaki dalam lingkungan umur lewat 30-an atau selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

Masalah perut buncit tidak mengira jantina — ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan.

Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ.

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’.

Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

# Penyakit jantung

# Kencing manis

# Sindrom metabolik

# Masalah pundi kencing

# Tekanan darah tinggi

# Kanser usus

# Merangsang keradangan

# Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)

Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.

Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui senaman.

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.

Untuk meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit berkenaan.

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini? Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita.

Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit.

Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.

Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Tiada cara mudah, pil ajaib, makanan atau senaman khusus yang mampu menghilangkan lemak di pinggang. Malah, senaman khusus seperti angkat tubi juga tidak akan membuatkan perut anda kempis. Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

# Bersenam — Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.

Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.

Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.

# Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.

# Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.

# Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

Baca Seterusnya......

Air Kosong Ubat Penyakit Gout


SELAIN makan ubat, antara nasihat wajib yang dipesan setiap hari kepada pesakit gout di hospital ialah minum banyak air. Soalnya, banyak mana kerana bagi pesakit gout tua, empat lima cawan air sehari juga dianggap banyak. Sebenarnya jumlah yang diperlu diminum ialah dua hingga tiga liter sehari.

Jika ada yang tidak dapat bayangkan banyak mana, tiga liter bersamaan dengan dua botol besar air mineral. Banyaknya! Perlukah minum sebanyak itu? Tidakkah nanti asyik berulang ke tandas untuk buang air kecil?

Sebenarnya memang itulah tujuannya — supaya air kencing pesakit sentiasa dalam keadaan cair. Kerap berulang ke tandas dianggap baik kerana ia menandakan lebih banyak garam dibuang daripada badan.

Gout adalah penyakit yang disebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Asid urik yang terbentuk dalam darah adalah hasil pemecahan pelbagai proses kimia.

Biasanya darah dibersihkan melalui proses penapisan di dalam buang pinggang dan asid urik kemudian dibuang melalui air kencing.

Bagaimanapun, badan pesakit gout tidak dapat menyingkir asid urik secukupnya dan parasnya di dalam darah meningkat. Asid ini mendap di sendi yang boleh menyebabkan keradangan akut pada sendi berkenaan. Keadaan ini dipanggil gout artritis akut.

Malah, individu yang ada penyakit buah pinggang juga mengalami masalah paras asid urik yang tinggi dalam darah. Ini sebabnya pesakit disuruh minum banyak air kerana lebih kerap mereka buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.

Sebenarnya, gout adalah penyakit kuno yang diketahui dengan terperinci pada abad kelima Sebelum Masihi, tetapi hingga kini ia masih menjadi antara masalah besar di kalangan pesakit kerana menyebabkan kesakitan dan membataskan pergerakan seseorang.

Namun masih ramai tidak menganggapnya sebagai masalah besar berbanding penyakit lain, walaupun gout terbukti boleh menjejaskan kualiti dan tahap kesihatan seseorang, kata Perunding Reumatologi Hospital Putrajaya, Dr Heselynn Hussein.

Secara umumnya, satu peratus penduduk dunia menghidap gout; jumlah hampir sama dengan pesakit reumatoid artritis. Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit gout berumur 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.

Meskipun tiada data rasmi insiden gout di Malaysia, senarionya mungkin tidak banyak berbeza kerana kebanyakan pesakit tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu diri sendiri. Ini kerana hampir 50 peratus pesakit gagal mengambil ubat mengikut jadual, terutama dalam tempoh enam bulan rawatan.

Gout antara bentuk artritis yang lazim menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan secara tiba-tiba pada sendi, terutama sendi yang besar. Biasanya serangan gout hanya membabitkan satu sendi pada satu-satu masa.

Biasanya asid urik (juga dipanggil garam urat) mendap di sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Walaupun gout dianggap penyakit keturunan, ramai pesakit tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini dan 90 peratus kes membabitkan pesakit lelaki. Kebanyakan pesakit gout mempunyai kadar asid urik tinggi dan keadaan ini dipanggil hiperurisemia.

Hiperurisemia berlaku apabila buah pinggang gagal menyingkir asid urik secukupnya atau jika badan menghasilkan terlalu banyak bahan ini. Kedua-dua masalah inilah yang selalunya diwarisi anak.

Serangan

Serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Serangan gout berlaku secara mengejut dan cepat; tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi yang terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa menambah kesakitan.

“Biasanya, serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku. Serangan boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

“Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.

“Jika tidak diberi rawatan dan penjagaan, serangan gout menjadi lebih kerap, lebih lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Serangan gout yang terlalu kerap adalah bahaya kerana boleh merosakkan sendi. Sama seperti kesan artritis lain, kerosakan sendi akibat gout tidak boleh dipulihkan dan menyebabkan seseorang pesakit menjadi cacat,” katanya pada pelancaran buku Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Gout anjuran Persatuan Reumatologi Malaysia dan Akademi Perubatan Malaysia.

Dulu gout dianggap penyakit orang kaya yang disebabkan pemakanan. Meskipun ia terbukti tidak benar, makanan dan minuman boleh menjadi pencetus serangan, terutama jika seseorang itu mengambil terlalu banyak minum minuman beralkohol dan mengambil makanan yang kaya kandungan purin.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti:

# Terlalu banyak minum minuman keras

# Terlalu banyak makan, terutama makanan yang kaya purin

# Kecederaan kecil pada sendi

# Tidak cukup minum air

# Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat

# Mengamalkan diet melampau

# Berpuasa (contohnya sebelum pembedahan)

Pengalaman setiap pesakit mungkin berbeza, tetapi gejala yang biasa dilaporkan ialah:

# Kesakitan secara tiba-tiba pada sendi yang selalunya membuatkan seseorang terjaga daripada tidur

# Sendi bengkak dan terasa panas

# Sendi menjadi merah dan nampak lebam

# Pembentukan ‘tophi’ iaitu bintil atau ketulan di bawah kulit dan berhampiran sendi yang berisi kristal asid urik. Bintil tophi ini biasanya muncul pada pesakit yang lama menghidap gout. Ia boleh muncul di siku, jari, buku lali atau cuping telinga. Pada sesetengah pesakit, asid urik berlebihan ini berkumpul di dalam buah pinggang dan membentuk batu karang yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang

Malah, gout pada pesakit yang berumur adalah berbeza dengan pesakit muda seperti:

# Gout pada pesakit berumur membabitkan banyak sendi

# Lebih banyak wanita berumur mengalami gout

# Gout berlaku pada sendi kecil pada pesakit tua

# Pesakit tua yang mendapat gout ketika umur muda lebih mudah mengalami bintil tophi

# Ada kaitan antara gout dengan ubat diuretik dan penyakit buah pinggang

Diagnosis gout

Perunding Reumatologi Hospital Pakar Al-Islam, Dr Mohd Shahdan Mohd Shahid, berkata gout boleh meniru gejala reumatoid artritis. Walaupun kebanyakan pesakit mengalami hiperurisemia, bukan semua orang yang tinggi kandungan asid urik dalam darah boleh dianggap menghidap gout.

Tanda paling jelas ialah serangan atau kesakitan sendi ibu jari kaki, tetapi pada masa sama doktor masih perlu menjalankan pemeriksaan lain untuk mengesahkannya.

Ini termasuk ukuran kandungan asid urik melalui ujian darah. Paras asid urik biasanya meningkat ketika serangan, tetapi sesetengah kes asid ini ada pada tahap normal. Kadangkala ujian cecair sendi perlu dilakukan untuk melihat kehadiran kristal asid urik.

Rawatan

Dr Mohd Shahdan berkata, gout mudah dikawal jika pesakit mematuhi program rawatan yang sesuai untuknya. Oleh kerana kebanyakan pesakit adalah golongan berumur, pesakit yang dirujukkan kepada pakar reumatologi biasanya juga menghidap penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sindrom metabolik dan sakit buah pinggang.

Kebanyakan rawatan ditumpukan kepada kawalan penyakit berkenaan dan mengabaikan masalah gout yang dihadapi. Akibatnya apabila gout menyerang, pesakit mungkin terpaksa dimasukkan ke hospital atau terlantar di rumah kerana tidak boleh berjalan.

Selain itu, masalah kegemukan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita, termasuk pesakit gout, hanya memburukkan keadaan. Pada masa sama, pesakit perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan penyakit dengan mengambil ubat mengikut arahan doktor.

Memang payah jika setiap hari perlu menelan pelbagai jenis ubat, tetapi inilah hakikat yang perlu diterima untuk menghalang serangan berulang.

Secara umumnya rawatan gout boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

a. Serangan akut

# Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID) biasanya diberi bagi mengawal kesakitan dan bengkak. Ia diberi untuk jangka pendek dan berkesan mengurangkan gejala dalam masa dua hari. Ia perlu diambil secepat mungkin sebaik mengalami serangan. Bagaimanapun, pesakit gout yang juga mempunyai penyakit lain seperti sakit jantung, ulser peptik, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang perlu memberitahu doktor mengenai penyakit mereka dan ubat lain yang diambil bagi mengelak masalah lain.

# Kolcisin juga boleh diberi kepada pesakit gout. Ia digunakan sejak 1,500 tahun lalu untuk merawat keradangan sendi akibat gout.

# Kortikosteroid. Biasanya diberi melalui suntikan ke dalam sendi yang alami kerangan untuk mengawal serangan akut.

Perlu diketahui, ubat yang disenaraikan di atas tidak mengubah paras asid urik pesakit. Ia hanya untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi tidak dapat menghalang pemendapan asid urik pada sendi.

Doktor mungkin memberi ubat seperti pil allupurinol bagi merendahkan tahap asid urik yang perlu diambil setiap hari sepanjang hayat; tidak kira walaupun anda tidak lagi mengalami serangan gout. Ini adalah ubat untuk mencegah pemendapan asid urik dan mengelak serangan.

b. Rawatan jangka panjang

Menurut Perunding Reumatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chow Sook Khuan, rawatan jangka panjang penting untuk menghentikan faktor yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Antara kaedah yang perlu dilakukan ialah:

# Mengawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik

# Elak minum minuman beralkohol secara berlebihan. Had dibenarkan ialah segelas wain sehari atau setin bir. Jika lebih, ia meningkatkan paras asid urik dalam darah

# Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali

# Kawal makan. Walaupun ada ubat yang berkesan, kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan. Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik (rujuk Jadual A). Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

Pembedahan

Dr Chow berkata, pembedahan hanya dilakukan jika:

# Bintil tophi menjadi sangat teruk sehingga merosakkan sendi

# Tophi menyebabkan sendi terbabit hilang fungsi dan pesakit mengalami kesakitan teruk

# Tophi menyebabkan gejala tekanan seperti Sindrom Terowong Karpal (pada pergelangan tangan)

# Untuk tujuan kosmetik, contohnya di cuping telinga

“Memang ramai pesakit mahukan pembedahan untuk tujuan kosmetik. Malah, sesetengah pakar perubatan yang tidak faham mengenai penyakit ini mencadangkan pembedahan bagi membuang tophi. Bagaimanapun secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembedahan bagi tujuan kosmetik kerana pembedahan tidak boleh membuang semua kristal pada sendi.

“Namun paling penting ialah luka pembedahan ini mengambil masa lama iaitu antara tiga hingga empat bulan untuk sembuh. Malah ada luka tidak bercantum dan kristal asid atau tophi berwarna keputihan seperti kapur tetap kelihatan selepas sembuh.

“Sekarang ada ubat boleh menghilangkan tophi, tetapi ia mengambil masa lama. Tophi sebesar bola pingpong mengambil masa empat tahun untuk hilang sepenuhnya, tetapi kesannya lebih baik berbanding pembedahan. Yang penting ialah pesakit perlu sabar menjalani rawatan,” katanya.

Baca Seterusnya......

Keistimewaan Jantung Manusia


Pada setiap tahun penyakit kardiovaskular dijangka terus menerajui senarai pembunuh utama dunia. Di Malaysia saja, hampir satu perempat jumlah kematian disebabkan penyakit kardiovaskular.

Statistik sebegini bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Lebih membimbangkan adalah keadaan ini berlaku walaupun teknologi perubatan kardiologi sekarang pada tahap yang termaju dan terbaik.

Dalam keghairahan kita menangani gejala sesuatu penyakit, kita lupa satu aspek yang lebih penting dalam menjaga kesihatan diri. Kita harus mengundur setapak ke belakang untuk melihat dan menghargai keadaan badan kita sebelum penyakit itu terjadi.

Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi bersama beberapa fakta menarik mengenai jantung. Semoga dengan kesedaran yang timbul mengenai keistimewaan jantung ini membolehkan kita bersama-sama menjaganya sebaik mungkin dan seterusnya menghindari gejala penyakit jantung.

# Saiz jantung dewasa besar sedikit daripada genggaman tangan. Beratnya pula antara 300 gram (gm) dan 400gm atau seberat satu tin minuman ringan.

Jantung terletak di bahagian tengah dada di antara kedua-dua paru-paru dan bukan di bahagian kiri seperti disangka ramai. Apeks jantung yang menyentuh bahagian kiri dada membuatkan kita merasai denyutan jantung di bahagian itu. Ini menjelaskan salah tanggapan orang ramai mengenai kedudukan jantung.

# Jantung organ yang pertama berfungsi. Ia mula berdenyut ketika janin di dalam kandungan berusia hanya empat minggu. Jantung terbentuk sepenuhnya apabila usia janin meningkat ke lapan minggu dan saiz janin sepanjang 2.5 sentimeter.

# Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita. Contohnya apabila mahu berjalan, kita gerakkan kaki.

Jika mahu bercakap, kita keluarkan bunyi melalui kotak suara dan gunakan pergerakan mulut dan lidah untuk menghasilkan bunyi tertentu. Jika kita mahu menahan nafas seketika, kita hentikan pergerakan otot dada dan diafragma.

Ini semua tindakan dan pergerakan yang boleh dikawal. Jantung berlainan sama sekali. Ia tidak boleh ‘menurut perintah’. Kita tidak boleh hentikan pergerakan jantung walaupun seketika kerana ia terus berdenyut secara automatik tanpa henti hingga berakhirnya hayat seseorang itu.

# Proses pengaliran darah badan meliputi jantung yang bertindak sebagai pam dan sistem saluran darah yang kompleks membabitkan aorta, arteri, vena dan kapilari, iaitu saluran darah halus yang menghubungkan arteri dan vena.

Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan di kebun dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!

# Arteri koronari pula adalah saluran darah di permukaan jantung yang membawa oksigen dan nutrien dari aorta ke otot jantung. Koronari berasal daripada perkataan Latin ‘korona’ dan Yunani ‘koron’ yang bermaksud mahkota atau ‘crown’ di dalam Bahasa Inggeris.

Ini kerana arteri koronari yang mengelilingi permukaan jantung dilihat seolah-olah seperti mahkota yang terletak di atas kepala.

Jika arteri koronari ini tersumbat secara tiba-tiba dan aliran darah tidak sampai ke otot jantung, ini menyebabkan serangan jantung yang berpunca daripada kerosakan teruk otot jantung.


#
Satu-satunya fungsi jantung ialah sebagai pam untuk menghantar darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Selepas itu darah yang kurang beroksigen kembali ke bahagian kanan jantung melalui satu litar yang kompleks sebelum disalurkan ke paru-paru untuk diperkayakan semula dengan oksigen.

Darah ini kemudian kembali ke bahagian kiri jantung untuk dipam ke seluruh badan. Satu pusingan peredaran darah di litar ini mengambil masa lebih kurang 23 saat. Ini bermakna darah membuat pusingan mengelilingi litar ini sebanyak lebih kurang tiga kali dalam masa satu minit.

# Darah mengalir melalui jantung dalam satu arah saja. Proses ini boleh terjadi dengan adanya empat injap di dalam jantung. Apabila injap terbuka, ia memberi laluan kepada darah untuk mengalir keluar dari satu bahagian jantung ke bahagian jantung yang lain.

Apabila injap ini tertutup, ia menyekat pengaliran darah ke belakang. Mekanisme penutupan injap ini menghasilkan bunyi degupan jantung “lub-dub” yang didengar oleh doktor ketika menggunakan stetoskop.

Masalah boleh timbul jika injap menjadi sempit atau bocor akibat penyakit seperti demam reumatik atau endokarditis.

# Jantung adalah organ yang sangat kuat dan bertenaga. Sebagai demonstrasi, ambil sebiji bola tenis dan genggam sekuat mungkin. Inilah anggaran tenaga yang digunakan oleh jantung setiap kali ia mengepam darah ke seluruh badan.

Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.

Dalam tempoh satu jam, tenaga kerja yang dihasilkan oleh jantung boleh mengangkat barang seberat hampir 1,400 kilogram setinggi 30 sentimeter. Ini seumpama berat dua kereta Perodua Kancil. Tenaga yang dijanakan jantung sepanjang hayat seseorang pula boleh mengangkat satu kapal perang besar keluar dari air.

Begitulah kuatnya jantung kita. Bagaimanapun, seseorang akan mengalami penyakit lemah jantung apabila jantung gagal berfungsi secukupnya sebagai satu jentera untuk mengepam darah ke seluruh badan. Antara sebab utama bagi kelemahan jantung adalah kerosakan teruk pada otot akibat serangan jantung.

# Setiap kali berdenyut, jantung mengepam darah sebanyak 70 mililiter, di mana lebih kurang lima liter darah dipam dalam tempoh satu minit. Ini bermakna untuk tempoh satu jam pula, 300 liter darah, dan di dalam satu hari lebih kurang 7,200 liter darah dipam jantung kita.

Sepanjang hayat seorang manusia, jantung mengepam lebih daripada satu milion tong darah. Ini cukup untuk mengisi dan memenuhi kapasiti tiga kapal tangki minyak yang besar!

# Jantung tidak tahu erti penat. Jantung terus berdenyut sama ada anda bekerja atau tidur. Ketika anda berehat, jantung tidak berehat. Ia tetap berdenyut antara 60 dan 80 kali dalam tempoh satu minit.

Kadar ini menurun apabila usia kita meningkat. Secara purata, jantung berdenyut hampir 100,000 kali sehari, dan lebih kurang 2.5 bilion kali sepanjang hayat, tanpa rehat, walaupun untuk seketika.

Tidak mungkin ada alat atau mesin yang diperbuat oleh manusia boleh menandingi kehebatan jantung kita. Alangkah bertuahnya kita mempunyai ‘alat’ kurniaan Tuhan yang sungguh menakjubkan ini.

Sekarang ambil tangan anda dan letak di tengah dada. Tanya diri sendiri, apa perlu anda lakukan hari ini untuk memastikan jantung anda mendapat penjagaan yang terbaik.

Peliharalah jantung anda dan belailah ia dengan penuh kasih-sayang kerana ‘si jantung hati’ inilah yang akan menjaga anda sehingga akhir hayat.

Baca Seterusnya......

Doa Niat Berpuasa




Baca Seterusnya......

Doa Berbuka Puasa




Baca Seterusnya......

Monday, August 24, 2009

Khasiat Perubatan Madu Lebah


Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Ayat di atas adalah perkhabaran Allah kepada manusia mengenai tugas yang dibebankan kepada lebah. Lafaz yang ditujukan kepada lebah ialah bentuk ”mu`annath” yakni betina. Ini sesuai dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan lebah dan sesuai pula dengan kehidupannya. Ini kerana kerajaan lebah adalah dipimpin betina dan bilangan lebah jantannya jauh lebih kecil daripada bilangan lebah betina. Dari segi yang lain, peranan lebah jantan dalam kerajaan lebah lebih terhad, hanya untuk memberikan keturunan kepada betina. Apabila selesai lalu semuanya mati, tidak ada yang tinggal kecuali betina sahaja iaitu ratu dan pekerja betina yang bertugas mencari madu dan membuat sarang.

Al-Quran juga menjelaskan mengenai fungsi lebah iaitu memakan berbagai buah-buahan (madu bunga). Jika diperhalusi kenyataan al-Quran tentang buah-buahan ini di dapati pada ayat sebelumnya Allah telah menerangkan mengenai fungsi air yang sangat besar dan manfaatnya kepada alam. Antaranya ialah air menghidupkan bumi yang tandus, menyebabkan adanya susu di dalam tubuh binatang ternak dan menghasilkan pelbagai buah-buahan yang kemudiannya menghasilkan manisan dan zat gula. Malah, terdapat pelbagai keistimewaan yang lain di dalam buah-buahan seperti vitamin, protein, garam dan lain-lain lagi.

Apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”.

Dr Abdul Karim Najib (1994) ketika memberikan komentarnya mengenai hal di atas menjelaskan bahawa warna pada madu lebah itu sangat penting kepada penyembuhan penyakit. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum. Setiap warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza. Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih, kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.

Adalah hal yang tidak janggal jika diperhatikan persoalan warna yang dibincangkan di atas turut dibincangkan oleh pelbagai pihak. Sudah ada beberapa pihak yang mengkaji mengenai hubungan di antara kesihatan tubuh manusia dengan warna-warna yang ada di dalam bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini ditokok tambah pula dengan amalan perawatan tradisional kita juga mengesyorkan mandian bunga-bungaan yang berwarna terang bagi usaha memulihkan kesehatan badan. Tentunya, ia bertujuan bagi menghasilkan getaran dari warna-warna bunga itu untuk kesegaran tubuh badan seseorang.

Madu merupakan ubat bagi semua penyakit.

Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan bagi semua orang, bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu ” padanya terdapat ubat bagi manusia”, dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit. Pendapat kedua ini memberikan pandangan berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Bahasa ArabMereka menyatakan lafaz syifa` merupakan isim nakirah yang tidak semestinya bermakna umum. Ia lebih bermaksud ubat sebahagian penyakit untuk sebahagian orang.

2. Hadis nabi yang mengisyaratkan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sedangkan ubat tersbut hanya diketahui oleh sebahagian orang sahaja.

3. Perbuatan Rasulullah yang berbekam dan tidak menggunakan madu sebagai ubat dalam semua keadaan.

4. Ramuan ubat yang diberikan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

5. Amalan para sahabat nabi dan tabiin.

6.Kenyataan ilmu pengetahuan .

7. Gambaran secara akal.

Hadis Nabi s.a.w mngenai Madu

Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan hal-hal berikut.

1. Madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.

2. Supaya madu itu berfaedah dan berkesan, maka penggunanya perlu menggunakannya beberapa kali.

3. Semua jenis madu, bagaimanapun rupanya tetap mengandungi ubat bagi segala penyakit.

Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu

Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).

Dr.W.G.Sacket, Microbiologist dari Colorado Agriculture College Fort Collins.

“Kuman demam kepialu mati dalam masa 48 jam. Kuman A dan B Typhosus mati dalam masa hanya 24 jam. Organisma yang menyerupai Typhoid Bacillus mati dalam masa 5 jam. Kuman-kuman yang menyebabkan pneumonia kronik mati pada hari keempat. Begitu juga bacteria-bakteria yang menyebabkan penyakit seperti peritonitis, pleuritis dan bisul bernanah. Sementara cirit-cirit mati dalam masa 10 jam selepas dimasukkan ke dalam madu.”

Madu adalah cairan manis yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu dan tersimpan dalam sel-sel sarang lebah. Di Malaysia lebah yang paling banyak diternak untuk menghasilkan madu adalah lebah tempatan (Apis cerana), lebah hutan (Apis dorsata), dan lebah Eropa (Apis Mellifera).

Berbagai kelebihan madu sebagai makanan berzat tinggi sudah diketahui sejak zaman Mesir maupun Yunani kuno. Dalam zaman Mesir kuno, larutan madu bukan sahaja dijadikan sebagai sumber makanan, tetapi juga dijadikan sebagai pengawet yang luar biasa: samada sebagai pengawet daging binatang buruan, sehingga kepada fungsi dalam mumifikasi jenazah yang bertahan ribuan tahun.

Madu dihasilkan oleh lebah madu. Dalam satu koloni lebah madu, terdapat seekor lebah ratu, beberapa ratus lebah jantan, dan lebah pekerja yang bisa mencapai 100.000 ekor. Ukuran lebah ratu dua kali lebih panjang dan 2,8 kali lebih berat dari lebah pekerja. Tugasnya hanya menghasilkan telur dengan jumlah 1.000-2.000 butir. Telur yang dikeluarkan setelah lebah ratu kawin dengan lebah jantan menghasilkan lebah pekerja dan kadang lebah ratu baru. Bila dalam satu koloni ada dua lebah ratu, maka yang satu akan meninggalkan koloni dengan pengikutnya. Sementara telur yang tidak dibuahi menghasilkan lebah jantan. Tugas lebah jantan hanya mengawini lebah ratu. Karena itu, umurnya pun pendek, hanya tiga bulan.

Tugas utama lebah pekerja adalah mengumpulkan nektar atau tepung sari untuk membuat madu. Tugas ini amat menakjubkan, karena mereka mampu mencari bahan madu dari bunga mekar yang jaraknya mencapai beberapa kilometer dari sarang.

Dalam keadaan tanpa muatan, seekor lebah bisa terbang dengan kecepatan 65 kilometer sejam. Sementara ketika membawa nektar, kelajuannya hanya sekitar gal 30 kilometer sejam.

Untuk membuat 100 gram madu, lebah harus mendatangi tidak kurang dari satu juta tangkai bunga. Nektar diangkut dalam kantung tepung di kakinya. Di dalam sarang, nektar diolah menjadi madu, lilin, dan royal jelly yang menjadi makanan utama lebah ratu. Umumnya satu sarang menghasilkan sekitar 150 kilogram madu setiap musim.

Peternakan lebah madu seperti di Australia yang sudah maju, juga menanam bunga-bunga sumber nektar sebagaimana halnya peternak menyediakan hijauan sumber makanannya. Tidak menghairankan pula bila madu yang dihasilkan juga berbeda-beda, bergantung kepada sumber nektarnya. Ada madu apel, madu pir, madu anggur, dan sebagainya. Selain jenis bunga, faktor kualitas dan kuantitas madu juga sangat dipengaruhi oleh jenis lebahnya. Rasa dan jenis madu ditentukan oleh jenis bunga sebagai makanan lebah tersebut misalnya pelbagai jenis bunga daripada pokok yang berhampiran sarang lebah. Hasil madu juga amat dipengaruhi oleh cuaca dan iklim di mana bunga yang dihisap oleh lebah tersebut berada.

Khasiat madu berasal dari kandungannya yang beragam. Ada berbagai jenis enzim seperti diastase, invertase, katalase, peroksidase, dan lipase yang membantu proses pencernaan sehingga memperlancar metabolisme. Sejumlah asid amino seperti asid malat, tartarat, sitrat, laktat, juga berperanan dalam metabolisma.

Juga terdapat mineral seperti magnesium, belerang, fosfor, besi, kalsium, khlor, natrium, sodium, serta kalium dalam bentuk garam-garamnya, yang diperlukankan tubuh agar tetap segar. Kandungan garam mineral ini serupa dengan kandungan garam mineral darah manusia sehingga mengambil madu tidak akan mendatangkan kesan negatif pada darah.

Menurut Dr Filatof, ophthalmologis dari Rusia, madu pun mengandung perangsang biogenik yang berperanan meningkatkan kesegaran.

Di dalam madu juga terdapat biose atau zat pengatur tumbuh yang mampu mempercepat pertumbuhan akar, tunas, serta pembungaan pada tanaman, selain zat antibakteria sehingga mampu membantu mencegah infeksi pada luka.

Vitamin pada madu antara lain B2 (riboflavin) dan B6 (pirodoksin) yang berperanan dalam metabolisma protein dan mencegah penyakit kulit. Ada pula B3 (asid pantotenat) dan H (biotin) yang berperanan dalam metabolisma lemak dan protein serta menghambat penyakit kulit seperti eksim dan herpes.

Oleh karena itu, madu banyak dimanfaatkan untuk kosmetik. Sejak Zaman Mesir dan Yunani kuno, madu digunakan di wajah agar tetap cantik, dan bersih. Sifat antibiotiknya boleh digunakan dalam syampu untuk mencegah kelemumur.

Selain itu madu juga baik untuk menyeimbangkan fungsi hati, menetralisir sakit racun dan melenyapkan rasa sakit, untuk menangani masalah radang lambung, tekanan darah tinggi dan sembelit. Sebab didalam kandungan madu terdapat unsur hidrogen peroksida dan fitonutrisi yang berguna sebagai bahan antibakteri. Unsur-unsur ini berguna untuk mencegah pertumbuhan bakteri Helicobacter pylori yang merupakan penyebab sakit perut dan gangguan pencernaan.

Jika diberikan pada anak-anak yang menderita diarrhoea akibat serangan bakteri Escherichia coli, karena kandungan glukosa yang tinggi pada madu menolong mengembalikan cairan tubuh penderita dengan cepat. Selain itu kandungan fruktosanya mempercepat proses oksidasi alkohol pada hati, sehingga dapat membantu menanggulangi kerusakan hati pada peminum minuman beralkohol.

Selain madu, Koloni lebah juga menghasilkan royal jelly, bee pollen, propolis, apitoxin/bee venom dan malam. Bee venom atau sengat lebah ini telah digunakan untuk mengobati beberapa penyakit, sedangkan malam banyak dipakai pada industri kosmetika dan preparat farmasi. Adapun propolis banyak dipakai untuk produk jadi farmasi seperti dalam tapal gigi, obat luka usus dan lain-lain. Adapun royal jelly dan bee polle banyak dipakai karena kandungan proteinnya yang tinggi dan biasa digunakan untuk membantu meningkatkan fertilitas/vitalitas sexual, meningkatkan daya tahan tubuh dan menurunkan panas dalam.

Sumber Madu

Madu dihasilkan hanya oleh lebah, tapi hanya oleh lebah dari jenis yang termasuk famili Apidae, genus apis. Biasanya lebah yang banyak dipelihara dan diambil madunya adalah dari jenis Apis mellifera. Prosesnya dimulai saat lebah mengumpulkan madu sebagai cadangan makanannya dari bunga-bungaan yang ada sekitar 1-2 km dari sarangnya. Yang diambil oleh lebah-lebah pekerja dari tanaman adalah nektar (cairan manis yang terdapat dalam bunga) dan pollen (sari tepung bunga). Dalam sehari seekor lebah mampu mengumpulkan 40 mg nektar dan 20 mg pollen. Setiap nektar yang diperoleh dari tanaman akan menentukan komposisi dan kualitas madu, serta rasa dari madu tersebut.

Komposisi

Kandungan madu terdiri dari air, gula (fruktosa, glukosa, sukrosa, maltosa), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (Ca, Na, P, Fe, Mg, Mn), serbuk dan enzim berupa diastase.

Pada umumnya 100 gram madu mengandung :

Zat %

Fruktosa 38.5

glukosa 31.0

air 17

maltosa 7.2

karbohidrat 4.2

sukrosa 1.5

kalori 29.4 Kkalenzim

vitamin & mineral 5

Selain itu kandungan penting enzim diastase dan invertase pada madu sangat berguna untuk mengurai pati, protein dan glikosida. Mineral-mineral penting seperti natrium, kalsium, magnesium, tembaga, besi, kalium dan fosfor yang tersusun dalam madu juga mendekati kadar yang ada dalam darah manusia.
BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D

Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Madu bertindak 3 cara :-

1. Sebagai bahan makanan yang bernilai tinggi

2. Sebagai makanan penjaga kesihatan

3. Sebagai ubat kepada pelbagai penyakit.


Keistimewaan madu dibandingkan dengan gula jenis lain.

1. Ia tidak mengganggu selaput dinding system penghadaman.

2. Ia mudah dan cepat diassimilasikan oleh badan.

3. Ia membekalkan tenaga yang diperlukan dengan cepat.

4. Ia dapat membantu memulihkan tenaga ahli sukan yang keletihan dengan cepat.

5. Ia dalam semua jenis gula adalah yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.

6. Ia mempunyai kesan ‘laxative’ yang tabie (melawaskan pembuangan air besar)

7. Ia juga menenangkan badan dan akal fikiran.



Madu boleh dimanfaatkan untuk:

• Makanan kesihatan semulajadi
• Meningkatkan stamina tubuh
• Anti bakteria
• Anti kulat
• Merawat kulit

* Merawat batuk
* Mengatasi tidak nyenyak tidur
* Mengatasi kejang otot
* Merawat melecur
* Memulihkan kelelahan
* Mencerdaskan minda
* Sumber vitamin yang baik.
* Berfungsi baik bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman gula.
* Mengatasi anak-anak kencing malam
* Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
* Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
* Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
* Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
* MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
* Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
* Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
* Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
* MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
* MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.


MADU LEBAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.

Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH"

Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena.

Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.

Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.

Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.

Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.

MADU LEBAH
terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.

Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey - USA.

Cara menggunakan madu.
Dr Abdul Karim Najib menyebutkan cara menggunakan madu untuk rawatan sebagai berikut:
1. Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat dengan minuman madu.

2. Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringankan madu tersebut.

3. Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya.
4. Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut.

5. Menggunakan madu bukan bermakna mensia-siakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain.

6. Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit, supaya proses berubat berjalan baik.

Kesimpulan
Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu.

Baca Seterusnya......

Sunday, August 23, 2009

Perbezaan antara RON 95 dengan RON 97

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel.

Baca Seterusnya......

Saturday, August 22, 2009

Kerajaan 'terus hina' bahasa Melayu: A.Samad Said


Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.

Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme "pendaratan lembut" ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.

Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.

Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.

Dengan pendekatan terbaru "pendaratan lembut" pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).

Curi-curi ajar BM

Malam ini, A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu (foto kanan).

"Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017.

"Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung," kata Pak Samad lagi.

Beliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI "menjadi semakin tidak jelas".

Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang "tidak tuntas dan berdikit-dikit".

"Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung.

"Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit," kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shahrir Md Zain menggesa kerajaan membenarkan guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan.

"GMP mendesak kerajaan mengizinkan guru sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik mulai tahun hadapan kerana selama ini pun mereka curi-curi mengajar dalam bahasa Melayu; dan pelajar diizinkan menjawab dalam bahasa Melayu," katanya kepada Malaysiakini.

Jejas pelajar Melayu

"GMP tidak bersetuju dengan hasrat ketua pengarah pelajaran mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012, seperti yang dilaporkan akhbar semalam."

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amirudin Shari menyifatkan penjelasan Alimuddin sebagai "bagaimana liciknya penipuan" yang dibuat oleh Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri.

Tambahnya, melanjutkan lagi PPSMI boleh menjejaskan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa Melayu.

"Bagi kami keputusan kabinet ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda di sekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni daripada kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat Melayu di kawasan luar bandar."

Sumber dr: MalaysiaKini

Baca Seterusnya......

Monday, August 10, 2009

Awas Ubat Herba Dicampur Bahan Kimia

Lazimnya masyarakat beranggapan herba tradisional dalam bentuk minu- man dan ubatan dapat menambahkan kekuatan stamina atau menghilangkan rasa sakit pada tubuh badan dengan kadar yang cepat selain baik untuk kesihatan.

Namun bagi Ketua Unit Toksikologi Klinikal, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Mohd. Sukri Hassan, pengambilan bahan tersebut secara berterusan dan bukan atas nasihat doktor boleh membuatkan seseorang itu mati mengejut.

Katanya, berdasarkan kepada analisis jabatannya mendapati, rata-rata produk tradisional di negara ini dikesan telah dicampur secara sengaja dua bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan iaitu steroid dan analog sildenafil.

"Minuman herba yang kononnya diadun bersama tongkat ali, kacip fatimah, ikan linang atau misai kucing kebanyakannya mengandungi analog sildenafil seperti homosildenafil yang diharamkan dalam ubatan atau minuman herba.

"Apabila bahan kimia tersebut dicampur dengan produk-produk herba, ia akan memberikan tindak balas dalam tempoh singkat, biasanya dalam 30 hingga 45 minit untuk menguatkan stamina, menghilangkan rasa sakit sendi dan lain- lain lagi," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, pengguna akan fikir bahawa produk tersebut berkesan tetapi ia sebenarnya adalah pembunuh senyap.

Secara saintifik jelasnya, analog sildenafil merupakan antara bahan kimia yang sangat merbahaya memandangkan ia boleh mengundang kepada kematian mengejut kepada seorang pesakit jantung tanpa sebarang isyarat.

Berhubung dengan penggunaan steroid, katanya, ia banyak dicampur dalam ubatan tradisional pelbagai jenama dalam bentuk herba atau pil.

Steroid merupakan sejenis dadah yang tersenarai dalam Akta Racun 1952 yang mempunyai fungsi menambahkan stamina badan, menguatkan tenaga batin, mengurangkan kesakitan pada sendi dan tulang serta menaikkan selera makan.

"Akan tetapi pada jangka panjang ia boleh mengakibatkan hati membesar, menggagalkan fungsi hati dan mempercepatkan pereputan tulang," jelasnya.

Sumber Dr:Kosmo

Baca Seterusnya......

Wednesday, August 5, 2009

Air Suam Atau Air Sejuk Dan Sakit Jantung

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung ?

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Baca Seterusnya......

Mengapa Berat Untuk Menunaikan Solat


Semua umat Islam rasanya sudah maklum apakah dia seksa Neraka itu. Api yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah cairan logam yang menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah zakum yang berduri. Seksaan di Neraka tersangatlah azab dan pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali. Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia telah kufur.

Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat. Kalau sembahyang tidak diterima oleh Allah SWT, segala amalan yang lain tertolak.

Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat Islam jadi begini?

Kalau ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab dan alasan. Lemah imanlah, kurang ilmu agamalah, tidak ada asas agamalah, kurang didikan agamalah, kerana pengaruh liar seperti rock, black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.
Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati dengan Tuhan.

Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.
Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya: ” Awal-awal agama mengenal Allah. ” Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan. Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah dan membesarkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.

Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik mengikut konsep pendidikan Islam ini lagi. Mereka tidak di-kenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. Itu pun hanya bagi orang yang sedar dan yang mendapat hidayah.
Kalau setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan. Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersembahyang. Tuhan ada berfirman: Maksudnya: “Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ” (Al-Baqarah: Ayat 45)

Kalau sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Lebih-lebih lagi kalau disahkan dan diakui pula oleh ibu angkatnya. Tetapi untuk hidup dengan ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, itu amat rumit sekali. Dia tidak akan mahu. Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya. Begitu jugalah orang yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti ibu angkat-nya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang mencipta-nya.

Baca Seterusnya......

Selsema Babi / Swine Flu / H1N1


Babi mampu menyimpan virus influenza sesuai bagi manusia dan yang lain sesuai bagi burung, membenarkan virus bagi bertukar-tukar gen dan menghasilkan jenis pandemik.

Selsema Babi merujuk kepada influenza (demam selsema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan kinzir, terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya tersebar dari manusia pada manusia. Jenis yang bertanggung jawab bagi wabak Selsema Babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.

Pada manusia, simptom selsema babi adalah serupa dengan influenza dan penyakit seperti influenza secara umum.

Pengelasan

Jenis SIV yang diasingkan sehingga kini telah dikelaskan samaada sebagai virus influenza C atau satu dari pelbagai sub jenis genus virus influenza A.

Influenza A

Selsema Babi diketahui disebabkan oleh influenza A sub-jenis H1N1,[4] H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3.

Pada babi, tiga virus influenza A subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar disekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, sub-jenis H1N1 khusus tersebar luas dikalangan populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selsema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).

Interaksi dengan H5N1

Virus influenza burung H3N2 adalah endemik bagi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan strain variasi baru. Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia. H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.[10] In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.

Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selsema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.


Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom

Simptom utama bagi selsema babi pada manusia.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka." Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

Pathofisiologi

Virus influenza mengikat melalui hemagglutinin pada gula asid sialik pada permukaan sel epithelial; biasanya pada hidung, tekak dan paru-paru mamalia dan usus kecil pada burung (Tahap 1 pada rajah jangkitan).

Selsema babi pada manusia

Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak. Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain membentuk cadangan bahawa mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti menjadi tumpuan bagi peningkatan pemantauan kesihatan awam.[18] Wabak selsema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subtaip H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis endemik pada babi, dan juga influenza burung.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selsema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan. Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.[22] Selsema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.

Selsema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat. Vaksin bagi selsema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selsema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.

Sejarah

Pada 5 Februari 1976, tentera di Fort Dix, Amerika Syarikat menyatakan dirinya letih dan lemah dan mati keesokannya.Doktor mengesahkan kematian berpunca daripada virus babi sebagaimana tahun 1918 akibat pandemik selesema. Presiden Gerald Ford diminta mengarahkan rakyat disuntik dengan vaksin. Namun rancangan suntikan itu dibatalkan.

Pada Ogos 20, 2007 wabak selesema babi menyerang Nueva Ecija dan tengah pulau Luzon, Filipina. Pada 1968 ,virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia.

Laporan WHO 2009

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 62 nyawa mati akibat virus H1N1 ini, yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia. Ia menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan. Setakat ini tidak ada vaksin yang sesuai. Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan, menyatakan penularan virus di Amerika Utara amat serius dan berpotensi bertukar wabak sejagat. Sekurang-kurangnya 81 mati akibat pneumonia teruk yang disebabkan penyakit seperti selesema. Sebilangan yang mati itu memiliki versi unik virus selesema A/H1N1, iaitu gabungan virus burung, babi dan manusia. 11 kes di California, Kansas dan Texas manakala 8 pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.

Baca Seterusnya......

DRINK WATER IN EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:
Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water .....interesting

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours

5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:

1. High Blood Pressure - 30 days

2. Gastric - 10 days

3. Diabetes - 30 days

4. Constipation - 10 days

5. Cancer - 180 days

6. TB - 90 days

7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards - daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life.

Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.
It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.
Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks: Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting.
Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.

Nausea and intense sweating are also common symptoms! .

60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.

Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...

Baca Seterusnya......