Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, December 20, 2014

2015 Malaysia Bakal Mengharungi Defisit Berkembar. Rakyat Perlu Bejimat Cermat Dari Sekarang.

Dr Dzulkefly Ahmad meramalkan negara bakal berdepan dengan "defisit berkembar" sekiranya harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan sekaligus menyaksikan kejatuhan berterusan nilai mata wang ringgit, lapor akhbar Harakah.

Menyifatkan 2015 "tahun sengsara" bagi rakyat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia menyaksikan Malaysia antara negara paling terkesan kerana merupakan satu-satunya negara pengeksport minyak di Asia Tenggara.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata, krisis itu mengakibatkan impak yang besar terhadap pendapatan hasil negara, terutama dari konteks penentuan imbangan dagangan dan juga kesan kepada "akaun semasa" yang ditentukan faktor import dan eksport.

"Ini ia akan menyebabkan lebihan 'akaun semasa' menjadi menipis sehingga berlakunya defisit sekali lagi, sekaligus tercetuslah fenomena defisit berkembar, yakni fiskal dan akaun semasa.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak peduli rakyat tetapi sangat takut kepada agensi penarafan seperti Fitch Rating, Moodys dan Standard and Poor.

"Kalau defisit berkembar berlaku, berat kesannya kepada negara, daripada segi  peesepsi pihak pelabur dan kos pinjaman di pasaran kewangan dan pasaran bon," katanya dalam satu wawacara dengan akhbar tersebut.

Beliau menjangkakan buat masa ini negara bakal kehilangan pendapatan menerusi hasil minyak dan gas sekurang-kurangnya antara US$25 hingga US$30 bilion (RM104.7 bilion).

Berita Menakutkan Seluruh Rakyat Akhirnya Tersebar

"Ini kerana kejatuhan harga minyak mentah berkurangan lebih 40% pada harga US$60 setong berbanding ketika pengumuman Bajet 2015 apabila meramalkan harga minyak dunia pada paras US$105 setong," katanya dalam wawancara itu.

Dzulkefly berkata, rakyat sudah tentu yang paling terkesan apabila penurunan mata wang menyaksikan kuasa membeli mereka berkurangan, tambahan pula dengan gaji yang tidak naik termasuk pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kelak.

"Dengan gaji tidak naik, rakyat pastinya ketika itu akan mengalami inflasi yang sangat-sangat parah. Kita boleh gambarkan seperti ini.

"Penurunan mata wang ringgit ke paras 10% menjadi barang import akan naik 10% juga. Barang yang dulunya kita beli RM100 menggunakan dollar sekarang akan menjadi lebih mahal dan perlu dibayar dengan harga RM110.

"Akhirnya pengimport akan memindahkan kosnya kepada pengguna kerana mereka mahu mengekalkan margin keuntungan mereka," katanya.

Beliau berkata, meskipun negara berdepan kehilangan hasil minyak, beban itu sedikit sebanyak berkurangan dengan penghapusan subsidi bahan bakar yang memberikan penjimatan kepada kerajaan sekitar RM11 bilion hingga RM13 bilion.

"Dengan kata lain, kita masih kekurangan dalam lingkungan RM15 bilion. Bagaimana Najib dan Kabinet mahu atasi?

"Bagi saya yang perlu dilakukan kerajaan ialah ketelusan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat untuk menerangkan kedudukan sebenarnya.

“Kalau perlu, dibentangkan kembali dalam satu sidang Parlimen khas bagaimana kerajaan akan mengatasi ‘defisit hasil’ ini," katanya.

Katanya, penting bagi Putrajaya bersikap telus dalam menguruskan peruntukan bajet agar perbelanjaaan berhemah dapat dilakukan tanpa memberi beban yang besar kepada rakyat.

"Setiap kementerian, khasnya Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan bajet RM19 bilion, mesti menyatakan bagaimana mereka akan lakukan ‘penjimatan dan perbelanjaan berhemah’ atau langkah ‘austerity’ dengan tidak pula menyuruh rakyat 'ikat perut'."

Dzulkefly berkata, rakyat perlu berbelanja bagi menjana ‘permintaan’ isirumah dan memacu pertumbuhan. ~malaysian insider

Baca Seterusnya......

Harga RON95 Sepatutnya RM1.60 Sekarang

Rafizi Ramli

DS Najib Razak tiada alasan tidak turunkan harga RON95 kepada RM1.90. Tanpa subsidi pun harganya sudah RM1.90! Ini buktinya - harga pasaran terkini mengikut formula yang diumumkan Friends of BN - Barisan Nasional

HARGA PASARAN RON95 DUA MINGGU PERTAMA DISEMBER 2014 DI BAWAH RM2 SELITER

Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:

Tarikh Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14 2.05
2-Dec-14 2.05
3-Dec-14 2.03
4-Dec-14 2.01
5-Dec-14 2.01
6-Dec-14 2.01
7-Dec-14 2.01
8-Dec-14 1.98
9-Dec-14 1.98
10-Dec-14 1.94
11-Dec-14 1.94
12-Dec-14 1.92
13-Dec-14 1.92
14-Dec-14 1.92
15-Dec-14 1.90

Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula. Bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi). Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut oleh KEADILAN, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter.

Dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).

Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014. Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi.

Selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi.

Saya mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter. Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain.

Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam untuk #tuntut #turunhargaminyak kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Baca Seterusnya......

Thursday, December 18, 2014

Pengetahuan secara asas dan secara kasar mengenai politik Malaysia (1MDB-Petronas).


1. Najib mengambil alih Malaysia selepas 1 Perdana Menteri singkat (Paklah), yang mengambil alih negara dari satu Perdana Menteri lama (Mahathir). Tempoh yang lama dan terlalu kuat akan membentuk regimnya sendiri.

2. Malaysia adalah proksi (macai) kuasa besar A. Parti U yang memerintah di Malaysia harus dikekalkan selagi menjamin kesediaannya untuk menjadi proksi. Parti yang berpotensi menggantikan parti U tadi, haruslah dipastikan juga boleh menjadi proksi kuasa besar A. Walaupun bergaduh di arena (demokrasi) tempatan.
 

3. Ketika parti U mengalami kemerosotan sokongan, dan akan kalah jika dibiarkan berterusan; maka kuasa besar A akan menekan parti U untuk proses kesegaran. Kuasa besar mampu membunuh target melalui tragedi kemalangan atau penyakit yang terancang. Ini sangat ditakuti pemimpin. Penyakit takut mati. Ketika itu sentimen Melayu dan Islam (krisis dalaman UMNO. Anwar dipecat oleh UMNO kerana ingkar arahan parti). Perubahan melibatkan kerusi Melayu. Tidak kepada kerusi campuran. Ketika ini Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kepada Paklah (kesegaran Melayu dan Islam). Slogan digunakan ialah Islam Hadhari. Parti U meningkat sokongan. Bagaimanapun, secara dalaman parti U, lamanya Mahathir telah membentuk regimnya sendiri di dalam pelbagai sektor.

4. Paklah menentang (tidak menyambung) beberapa dasar lama regim Mahathir. Bermula dengan jambatan bengkok tambak di Johor. Mahathir menentang. Majoriti pemimpin pembangkang tidak mengetahui apa pun pasal negara kerana mereka berpolitik dari segi populariti isu, keuntungan parti dan agama secara hafal. Tidak mempunyai ideologi. Hanya ganti parti / orang, bukannya sistem. Paklah ada sedikit melawan dengan isu bayaran saguhati kepada Tun Saleh Abas (krisis kehakiman zaman Mahathir yang diapungkan semula).
 

5. Parti U merosot sokongan akibat tentangan regim Mahathir secara dalaman. Kerusi Melayu tidak berubah. Kerusi campuran beralih dengan tinggi. Ini bermakna, tiada masalah untuk sentimen Melayu dan Islam. Cuma ada masalah dengan sentimen pengurusan negara. Kuasa besar A kembali menekan bagi proses kesegaran. Dalam masa yang sama, parti berpontensi menggantikan parti U akan dipastikan pro kuasa besar A sebagai pelan sokongan. Najib mengambil alih. Guna slogan Transformasi.

6. 40% pendapatan negara datangnya dari Petronas. Dari Petronas inilah yang memasuki kantung Khazanah Nasional Berhad (syarikat pengurusan pelaburan milik negara), IPP sebelum TNB dan sebagainya. Mahathir boleh meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Tetapi, tidak sebagai pengawal Petronas. Sampai mati. Krisis Najib - Mahathir bermula dari sini. Mahathir ialah penentang utama pembayaran royalti ke Kelantan.

7. Oleh kerana Petronas, Khazanah dan IPP (sebelum TNB) masih berada dalam regim Mahathir, maka; Najib menubuhkan 1MDB pada awal 2009. Berlagak seperti Khazanah. Tetapi tidak melalui Kementerian Kewangan. Hanya secara 'gelap'. Banyak perlaburan dijalankan oleh 1MDB. Satu pun Mahathir tidak lawan. Bila Mahathir tidak lawan, maka ianya tidak popular. Bila Mahathir lawan, maka ianya isu popular. Barulah pembangkang lawan. Lawan bukan kerana ideologi. Tetapi kerana populariti. Bila isu popular, pembangkang parti agama akan mencari dalil yang 'bau-bau bacang' bagi menjadikan isu ini sebagai isu agama.

8. Sehinggalah 16 Jun 2014, parti pro buruh dan pekerja menggerakkan 4 kesatuan utama TNB berdemo bagi menyingkirkan IPP yang mencengkam TNB. Bil elektrik melibatkan kampung dan luar bandar. Kerusi jaminan kuasa Najib. IPP sudah lama menjadi barah dalam parti U dan masyarakat Malaysia kategori pertengahan dan perniagaan. Maka, projek mengambil-alih IPP (penjana regim Mahathir) dilakukan oleh 1MDB. Di sinilah penentangan Mahathir menyala. Najib pula melawan dengan isu projek kad pengenalan Sabah (Anwar dan Mahathir dikatakan dalangnya ketika berada di dalam UMNO).
 

9. Jika sebelum ini kegiatan gelap 1MDB tidak diendahkan Mahathir. Tetapi, apabila usaha membeli 3 janakuasa YTL dan Jimah oleh 1MDB, maka Mahathir mula melawan. Jika ianya berjaya, maka duit Petronas tidak lagi turun ke regim pihaknya. Termasuk duit 12 billion (anggaran tertunggak setakat tahun 2012) royalti Kelantan. Regim Mahathir menyuap maklumat kegiatan gelap 1MDB sebelum ini kepada pemimpin pembangkang. Pemimpin pembangkang dedahkan untuk populariti. Bukan untuk pendidikan kelas ideologi.

10. Maka di sini, kefahaman rakyat anti UMNO / BN dibentuk dalam keadaan yang tidak tepat. 1MDB adalah isu pelaburan judi, isu hutang negara, isu rugi, isu kongsi gelap dan sebagainya. Ianya betul juga, tetapi objektif utamanya disembunyikan.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Khairul Nizam Bin Abd Ghani
Ahli Perwakilan Negeri Kelantan
Parti Sosialis Malaysia

Baca Seterusnya......

Wednesday, December 17, 2014

Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion? Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat!

Sumber Beritasemasa
Modal Berbayar 1MDB US$1 Juta Tanggung Hutang RM41.9 Bilion. Skandal Terbesar Dana Malaysia? 1MDB Mula Minta Talian Hayat : Sejarah telah membuktikan banyak dana negara diseleweng tanpa rasa bersalah.

Duit beli lembu, buat beli kondo. Ada ditempat lain? Tidak sama sekali, hanya di Malaysia. Itu baru dana sejumlah RM250 juta yang diseleweng. Ini..

Ini tanggungan hutang berjumlah RM42 bilion melibatkan kerajaan Malaysia. Begitu banyak kisah yang “tersepit” dan “terselit” dalam skandal 1MD ini. Sudah tiba masanya satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk membuka simpulan itu yang sudah lama diikat rapi oleh kalangan yang berkepentingan.

Terkini, ahli bawahan UMNO (Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan) sudah buat laporan, mengapa melenting yang di atas sana termasuk Tengku Adnan Tengku Mansor?

Ini pelaburan yang telah melibatkan negara dan kerajaan malaysia, jadi rakyat mesti dan berhak untuk tahu.

Sudah elok-elok ada Khazanah Nasional yang menguruskan dana kekayaan negara, ditambah pula dengan beban 1MDB.

Mahu rakyat berdiam lagi…….?

Dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk Kadir Jasin mendedahkan maklumat yang diperolehinya mengatakan 1MBD sudah mula memohon Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz supaya bersetuju tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) dipanjangkan dari tiga hingga enam bulan. Mentang-mentanglah Najib Razak Menteri Kewangan. Ermmmm….

Skandal 1MDB (Kerajaan) di Malaysia VS Enron (Swasta) di Amerika?

Cukuplah dengan skandal yang telah mengemparkan dunia umumnya dan negara kapitalis dunia, Amerika apabila syarikat swasta Enron Corporation “jatuh terduduk” di mana telah tercatat sebagai syarikat yang paling bankrap dalam sejarah Amerika untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Bezanya…

Jikalau 1MDB ini hanya syarikat swasta dan bukannya milik kerajaan malaysia, sudah lama LIQUIDATED oleh bank untuk menampung pinjaman sediaada. Jikalau dapat 10 sen daripada RM1 sudah cukup baik berbanding tidak dapat langsung daripada jumlah yang dibuat pinjaman.

Masalahnya, 1MDB ini guna duit rakyat, duit pembayar cukai, menggunakan dana negara, terbitan bon dan sukuk. Inilah yang disukai bank-bank di Malaysia. Dapat memberikan pinjaman besar kepada kerajaan Malaysia. Walaupun dipanjangkan tempoh pinjamannya? Tetapi risikonya?

Lihat apa yang jadi pada National Feedlot Corporation (NFC). Duit rakyat diberikan kepada keluarga Shahrizat dengan kadar faedah 4%.

Di mana Shahrizat sekarang? Jadi Penasihat Perdana Menteri melibatkan hal ehwal wanita. Tepuk dahi Berita Semasa melihatkan situasi sebegini….

KLIK di bawah ini 2 laporan lengkap Berita Semasa mengenai skandal NFC :


Sudah ada Khazanah, mahu tanggung lagi beban dengan menambah satu lagi beban yang bernama 1MDB :

Melihatkan sitausi sekarang ini, mahu rakyat menjadi penonton sahaja?

P/S : Mentang-mentang duit rakyat. Boleh berbuat sesuka hati? Begitu?
 

Baca Seterusnya......

Kenali rumpai mexico, ulam raja


Walaupun baru-baru ini negara kecoh dengan bahaya rumpai miang mexico, namun ramai mempertikaikan persamaan tumbuhan beracun tersebut dengan ulam raja.

Tumbuhan ulam raja adalah tumbuhan liar dan menjadi tambahan hidangan kepada penggemar ulam yang biasanya dimakan mentah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, masyarakat tidak perlu khuatir kerana rumpai miang mexico atau parthenium hysterophorus mempunyai tiga ciri berbeza dengan ulam raja.

“Cara pertama dan paling mudah untuk membezakan ulam raja dan rumpai beracun itu adalah dari segi bau. Ulam raja mempunyai bau dan rumpai tersebut tidak.

“Selain itu, rumpai miang mexico mempunyai bulu halus di kesemua batang tumbuhan tersebut berbanding ulam raja.

“Orang ramai juga boleh mengenali rumpai miang mexico tersebut melalui bunganya yang berwarna putih krim berbanding bunga ulam raja bewarna merah jambu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, walaupun kedua-dua tumbuhan tersebut hidup secara meliar di kawasan belukar dan mudah didapati namun tiga perbezaan itu adalah cara mudah untuk mengenali rumput miang mexico tersebut.

“Jangan khuatir, dari jauh kita sudah boleh bau dan melihat bentuk fizikal berbeza antara kedua tumbuhan ini walaupun seakan sama serta dapat mengelakkan alahan akibat rumpai miang mexico itu,” katanya.


Baca Seterusnya......

Thursday, December 11, 2014

Harga minyak jatuh hampir AS$60 setong

Sumber Mkini

Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu 10/12/14, menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong kini hampir AS$60.

Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong pengeluaran, lapor Reuters.

Albab Aklaken · Top Commenter FB

Nampaknya rakyat bagi subsidi kpd kerajaan dan pengusaha minyak agar untung mereka kekal. Spatutnya harga minyak dah bwh 2 hinggit. Tunggu Hassan Malik dan generasi anthropology Ahmad Maslan buat hujah.

Baca Seterusnya......

Wednesday, December 3, 2014

Bajet Universiti 2015 Dipotong RM1.046 Bilion (12.36%). Kenaikan Yuran IPTA Naik 2015? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa?

Sumber beritasemasa.com

 kenaikan yuran 2015
Bajet Universiti 2015 Dipotong RM1.046 Bilion (12.36%). Kenaikan Yuran IPTA Naik 2015? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa? : Jikalau bajet pendidikan untuk IPTA bagi tahun 2014 sekitar RM 9,146,244,142. (RM9.146 bilion), tetapi bagi tahun 2015 depan berdasarkan pembentangan Bajet 2015 Malaysia sebelum ini kerajaan terpaksa potong bajet pendidikan untuk IPTA sebanyak RM1,046,630,000 (RM1.046 bilion) iaitu bersamaan dengan 12.36% daripada jumlah yang pernah diterima IPTA di Malaysia bagi Bajet 2014. Apa sudah jadi?

Sektor pendidikan adalah pelaburan terbaik bagi sebuah pembangunan negara. Mengapa pula sektor pendidkan tinggi negara terpaksa “dirompak dananya”. Adakah ini satu lagi projek penjimatan yang cukup radikal menjelang tahun 2015 kelak?

Peruntukkan yang pernah diberikan sepanjang tahun 2014 sejumlah RM9 bilion bukanlah satu angka yang besar bagi pendidikan tinggi di Malaysia. Bertambah teruk lagi apabila jumlah bajet terpaksa dikurangkan lagi.


Senarai Universiti IPTA Yang Dipotong Bajet Tahun 2015?

        -Bajet Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) – Potong 35.36%
        -Bajet Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – Potong 35.08%
        -Bajet Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Potong 23.78%
        -Bajet Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Potong 17.34%
        -Bajet Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Potong 16.51%
        -Bajet Universiti Sains Malaysia (USM) – Potong 13.88%
        -Bajet Universiti Malaya (UM) – Potong 11.11%
        -Bajet Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Potong 19.17%
        -Bajet Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) – Potong 13.62%
        -Bajet Universiti Utara Malaysia (UUM) – Potong 9.33%
        -Bajet Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Potong 8.06%
        -Bajet Universiti Teknologi Mara (UITM) – Potong 2.55%


Anda boleh semak senarai penuh seperti di bawah ini yang diperolehi semasa sesi perbahasan Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat baru-baru ini :



-Berdasarkan semakan Berita Semasa, jumlah pelajar yang yang masuk belajar di IPTA terus meningkat seramai 39,999 pelajar iaitu bersamaan dengan 8.03%
-Dalam pada masa yang sama IPTA terpaksa berdepan dengan masalah dana yang terus dipotong daripada kerajaan Malaysia

Jadi apa agaknya pilihan yang ada pada pihak universiti?

-Kenaikan yuran universiti naik 2015 melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA seluruh Malaysia? Atau….

-Bajet penyelidikan dan pembangunan universiti (R & D) seperti geran R&D dan perkhidmatan pembelajaran (seperti peralatan makmal sains, jurnal sains dalam perpustakaan, lesen perisian komputer) terpaksa dipotong. Atau…

-Atau kedua-duanya sekali.

Dijangkakan kenaikan yuran universiti naik 2015 (melibatkan yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran dan fi perkhidmatan) akan berlegar sekitar 18%-20% bagi menampung jumlah kenaikan kemasukan pelajar dan bajet IPTA yang dikurangkan

Sedang dalam negara kita mengejar status negara berpendapatan tinggi, bajet IPTA terus “dirompak“. Sedangkan pendidikan tinggi universiti adalah antara batu loncatan yang cukup penting dan merupakan sektor yang cukup kritikal bagi menjayakan hasrat kerajaan Malaysia menjelang tahun 2020.

Jikalau kerajaan Malaysia sanggup mengambil risiko melabur sehingga menangung hutang sejumlah RM42 bilion berserta kerugian tahunan sejumlah RM668.55 mengapa kerajaan tidak berani melabur dalam sektor pendidikan tinggi negara sehingga sanggup mengurangkan belanja sejumlah lebih RM1 bilion?

Baca Seterusnya......

Fatihah dan Minda

Sumber isuhagat1.blogspot


Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda. Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh? Tentu tiada masalahkan?

Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.

semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.

Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda. Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.

Latihan

Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.

1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.

2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.

3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda. Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?. Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.

4. Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda. Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"

5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini. Dengan Izin Allah. wasalam.

Baca Seterusnya......

Guan Eng bogelkan pejuang hidup melayu - Kaki rembat tanah org kampung rupanya


GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.

“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi.” Kata Guan Eng.

“Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah”. Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

“Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?” ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Baca Seterusnya......

AWAS: Berhati-hati Jika Ingin Membeli Ketam ,Jangan Tersalah Pilih Seperti Di Bawah

Sumber kachipemas.blogspot

Berhati-hati ketika anda membeli ketam pada sekarang ini kerana dipercayai terdapat laporan yang mengatakan terdapat lubang jarum di abdomen ketam kerana di khuatiri telah disuntik dan dicucuk dengan air untuk mengekalkan kesegaran dan meningkatkan berat ketam.

Hai macam-macam teknik nak menipu sekarang ini.






Baca Seterusnya......

Tuesday, December 2, 2014

Rafizi: Pengiraan Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Tidak Telus Dan Tidak Selari Dengan Harga Pasaran Dunia

Sumber HARAKAHDAILY

RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia.

Dalam kenataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70.

Berikut kenyataan penuh Rafizi.

Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong. Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini. Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel. Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam.

Pada masa yang sama, KEADILAN juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia. KEADILAN akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35%) juga menimbulkan tanda tanya sama ada Barisan Nasional akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Dato’ Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan BERNAMA secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga di bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter. Menurut beliau, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong. Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong. Mengikut kenyataan Dato’ Ahmad Maslan sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.

Oleh hal yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak. Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, KEADILAN akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan Barisan Nasional mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang telah berlaku sejak sebulan lalu.

Baca Seterusnya......

Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun Paling Terjejas di Asia.

Sumber Berita Semasa

hutang kerajaan
Hutang Kerajaan Malaysia Sehingga Disember 2014 (RM763.158 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42) : Jikalau sesiapa yang ada beli barang di Siam, peniaga Siam pun sudah tidak mahu menerima duit Ringgit Malaysia (RM). Masakan tidak, jikalau dahulu Ringgit Malaysia dilihat “lebih mewah” di mata peniaga Siam. Sekarang ini tidak lagi….

Ini kerana nilai matawang Baht lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM). Jikalau bekeras juga mahu membayar dalam RM, harga barang yang dijual terpaksa dinaikkan sedikit nilainya bagi mengimbangi kadar tukaran asing kepada mereka.

Nilai matawang Asia termasuklah di negara Malaysia terus menjunam untuk bulan yang ketiga.

Kajian yang dilakukan oleh Merrill Lynch, Bank of Amerika melalui pakar ekonomi mereka, Dr. Chua Hak Bin yang berpengkalan di negara Singapura memberitahu disebalik trend harga minyak dunia turun sekarang ini, negara seperti Korea Selatan, Thailand begitu juga dengan negara Filipina cukup beruntung apabila perkembangan ekonomi di negara-negara ini cukup memberangsangkan.

Harga Minyak Dunia Jatuh : Malaysia VS Filipina VS Korea Selatan VS Singapura

Lagi Hasil Laporan Bank Of America

-Harga minyak dunia turun 10% contohnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara Thailand dan Korea Selatan telah naik 45 mata asas
       
-Harga minyak dunia turun 10% contohnya, Filipina pula berjaya mencatatkan kenaikan 30 mata asas
       
-Ekonomi Korea Selatan akan catat kadar kenaikan terpantas sejak tahun 2011 iaitu 3.5% (2014) dan 3.6% (2015)
       
-KDNK Thailand dijangka naik 4% pada tahun 2015
       
-Malaysia? Malaysia yang memegang status sebagai negara pengeksport minyak merupakan satu-satunya negara membangun di Asia dan negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk disebalik harga minyak dunia turun

Di bawah ini Berita Semasa telah sertakan sebagai rujukan untuk anda bagi tukaran matawang asing melibatkan kadar tukaran matawang asing bagi negara Singapura, Thaialnd, Filipina, Vietnam dan Korea Selatan.

Mengapa negara seperti Thailand, Korea Selatan dan Filipina yang beruntung disebalik harga minyak dunia turun?

Kadar Tukaran Asing Berbanding Ringgit-Sila Click.

Banyak negara-negara di Asia yang merupakan pengimport bersih minyak pada skala yang besar. Sudah pastinya harga minyak dunia turun memberikan manfaat yang cukup besar untuk negara mereka.

hutang negara
Berdasarkan semakan Berita Semasa kadar tukaran asing matawang Malaysia kepada USD begitu membimbangkan. Ini kerana dalam tempoh sekitar 4 tahun terakhir kadar tukarang matawang ringgit Malaysia telah mencatat trend penurunan terbesar sejak 15 Februari 2010.

Ini semua ada kaitan dengan pendapatan minyak yang semakin berkurang semenjak penurunan harga minyak dunia yang begitu mendadak sehingga telah mencecah ke paras trendah US$70 setong sekaligus kebolehmampuan kerajaan Malaysia mengurangkan hutang negara yang terus melonjak tinggi sekarang ini menyebabkan kebimbangan yang berterusan terhadap pasaran sedia ada.
hutang malaysia
Keputusan OPEC yang terus berdegil untuk mengurangkan bekalan minyak mentah dunia menyebabkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan Malaysia “pening kepala” sekarang ini.

P/S : Nasihat Berita Semasa kepada diri kami sendiri dan juga anda semua rakyat Malaysia “sediakan payung sebelum hujan“

Baca Seterusnya......

Thursday, November 20, 2014

Harga minyak RON97 sepatutnya sekitar RM1.80 - RM2

Sumber HARAKAHDAILY


Harga RON95 Turun
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penurunan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen malam tadi langsung tidak memadai berbanding kadar penurunan harga minyak dunia.Hal ini kerana harga minyak dunia USD75.64/barrel pada 18 November lalu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, harga minyak RON97 pernah diturunkan sebanyak 15 sen ke paras RM2.55 pada 22 Ogos 2008 ketika harga minyak dunia USD114.59/barrel.

Katanya, akal yang waras boleh membuat penilaian iaitu kelihatan kepincangan sikap kerajaan ketika menetapkan harga minyak selaras harga minyak dunia.

“Pada saat kerajaan menetapkan harga minyak RON97 di paras RM2.55 harga minyak dunia sedang menjunam ke paras yang sangat rendah.

“Kalau dilihat kepada rekod kenaikan dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak sepatutnya sekadar turun sekadar 20 sen sahaja,” katanya di sini.

Malam kemarin Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia mengesahkan harga petrol RON97 turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi. Penurunan sebanyak 20 sen. Berdasar kepada harga petrol RON97 sekarang ia hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang mendapat subsidi kerajaan.

 Ahmad Fadhli berkata, penurunan ini telah dijangka berasas fenomena penurunan mendadak harga minyak dunia. Katanya juga kerajaan menghadapi tekanan bagi menggambarkan harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga minyak dunia.

 “Kefahaman yang cuba ditanamkan dalam minda rakyat Malaysia kerana faktor nilaian mata wang yang berbeza adalah tidak berbangkit. “Jika dilihat kepada rekod pada 22 Ogos 2008 kadar tukaran USD berbanding Ringgit ialah USD1=RM3.33 manakala hari ini pada paras USD1=RM3.36,” katanya.

Kata beliau jika benar harga minyak RON97 diselaras mengikut harga minyak dunia, maka paras yang paling ideal ialah RM1.80 - RM2.

“Namun beranikah kerajaan Barisan Nasional meletakkan paras harga minyak RON97 lebih rendah dari RON95 yang kononnya diberikan subsidi. “Nyatalah sekarang rakyat sedang ditipu kerajaan Umno dan BN,” ujarnya.

Baca Seterusnya......

Thursday, November 13, 2014

KENA TEGUR DI PARLIMEN, TAK SAMPAI 24 JAM MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT

KENA TEGUR, MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT
Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pembangkang, seorang menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

Menteri tersebut yang menggunakan kenderaan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.
KENA TEGUR, MENTERI TERUS TUKAR NO PLAT
Melalui pemerhatian Free Malaysia Today, kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, semalam.

Awal pagi itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ.

Baca Seterusnya......

Punca pendapatan nelayan terjejas akibat projek penambakan laut.

Sumber Sinar

Nelayan mengadakan bantahan di Kampung Senibong, semalam.

PASIR GUDANG - Lebih 3,000 nelayan daripada 15 kampung terjejas didakwa akibat daripada projek penambakan laut yang telah dijalankan sejak Mei tahun lalu.

Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan berkata, antara 15 kampung yang terlibat ialah Kampung Plentong Tengah, Kampung Bakar Batu, Kampung Senibong, Kampung Teluk Kabung dan Kampung Kuala Masai.

Menurutnya, pampasan sebanyak RM4 juta yang dituntut nelayan tidak diendahkan pemaju terlibat, sedangkan setiap hari nelayan semakin terbeban dengan desakan hidup untuk mencari sesuap nasi.

“Masalah ini semakin kritikal sejak enam bulan kebelakangan ini apabila enam sungai antaranya Sungai Batang, Sungai Pak Kolob dan Sungai Besar telah ditutup ekoran projek penambakan laut ini.

“Saya minta pihak kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik kerana ramai yang terjejas memandangkan nelayan adalah punca utama mereka mencari rezeki,” katanya ketika mengadakan bantahan bersama lebih 300 nelayan, di sini, semalam.

Sementara itu wakil orang asli Kampung Kuala Masai, Wah Bacik berkata, masyarakat orang asli hanya mengharapkan pendapatan sebagai nelayan.

Bagaimanapun, projek penambakan laut itu telah menyebabkan mata pencariannya terjejas, sedangkan tanggungan keluarga besar.

“Kalau dulu kita boleh dapat hasil sekitar RM2,000 sebulan, tapi sekarang ini nak dapatkan RM50 sehari pun susah.

“Bagaimana saya mahu bagi anak makan sedangkan saya mempunyai 11 anak untuk ditanggung,” katanya.

Seorang lagi nelayan Kampung Plentong Tengah, Musa Ahmad berkata, nelayan semakin tersepit dengan pembangunan yang dibawa kerajaan, sedangkan perkara itu sepatutnya dikaji terlebih dahulu kesannya secara mendalam.

Menurutnya, nelayan terpaksa menangkap ikan agak jauh dari pangkalan masing-masing, sedangkan hasil yang diperoleh tidak seberapa jika dibandingkan dengan kos minyak yang terpaksa ditampung.

“Saya dan rakan-rakan semakin terhimpit dengan situasi ini sedangkan anak-anak perlu disara dan diberi makan bukan dengan pasir.

“Kalau dulu dari jarak yang dekat kami sudah mampu mendapat hasil, tapi sekarang keluar jauh-jauh pun tidak berbaloi kerana kos minyak tinggi, sedangkan hasil yang diperoleh tidak seberapa.

“Saya mohon bantulah kami mencari jalan penyelesaian terbaik kerana kami ada keluarga yang perlu disara dan anak-anak ramai yang masih bersekolah,” katanya.

Baca Seterusnya......

Loporan audit Negara: 5 kelemahan urus tanah rizab Melayu

JOHOR BAHARU - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3, mendapati sebanyak lima kelemahan yang dapat memberi kesan terhadap pengurusan Tanah Rizab Melayu di Johor, ditemui semasa mengaudit Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri berkenaan antara Januari hingga April tahun ini.

Laporan itu menyebut, kelemahan pertama ialah keluasan sebenar Tanah Rizab Melayu di negeri ini tidak dapat ditentukan disebabkan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dikemas kini serta 767 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu yang telah selesai diwartakan tidak didaftarkan.

Selain itu, maklumat pewartaan pembatalan dan penggantian kawasan Tanah Rizab Melayu tidak dapat disahkan serta proses pewartaan bagi 518 permohonan Kemasukan Tanah Rizab Melayu lewat diselesaikan antara dua dan 17 tahun.

Sebanyak 108 dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu juga tidak diendors mengakibatkan empat bidang tanah di Kluang dan Kulaijaya seluas 4.47 hektar telah dipindah milik kepada bukan Melayu.

Terdapat juga pecahan plot bagi pembangunan kawasan Rizab Melayu milik bukan Melayu tidak didaftarkan atas nama pengarah Melayu.

Kawasan Tanah Rizab Melayu milik kerajaan Johor, juga ada yang telah diusahakan dan diduduki tanpa kebenaran.

"Pengauditan yang dilaksanakan antara Januari hingga April 2014 mendapati syarat yang ditetapkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya 4,573 kelulusan permohonan kurniaan tanah seluas 9,284.02 hektar kepada orang Melayu pada 2011 hingga 2013 dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu adalah baik," menurut laporan itu.

Mengikut rekod PTG, sehingga Disember 2013, Tanah Rizab Melayu di Johor adalah seluas 429,386.77 hektar.

Jabatan Audit Negara turut mengesyorkan supaya PTG menyemak semula bilangan kawasan dan keluasan Tanah Rizab Melayu di Johor serta mengemaskinikan Daftar Kawasan Tanah Rizab Melayu supaya keluasan sebenar dapat ditentukan.

Ia juga mengesyorkan agar PTG mengadakan sebuah pasukan khas untuk mengemaskinikan semua rekod, endorsan dan pewartaan melibatkan kawasan tanah itu bagi memastikan objektif Tanah Rizab Melayu tercapai mengikut Enakmen Rizab Melayu Johor 1936.

PTG juga perlu menyediakan garis panduan pengurusan Tanah Rizab Melayu sebagai rujukan kepada pegawai baharunya dan pejabat tanah daerah bagi menjamin status pegangan hak milik Melayu terus kekal dan terpelihara.

Sementara itu, pengauditan yang dijalankan antara September dan November 2013 ke atas Johor Silica Industries Sdn Bhd (JSISB) milik Perbadanan Johor menemui bahawa stok pasir silika mentah di Johor semakin menyusut.

Jabatan Audit Negara mengesyorkan supaya syarikat itu yang mencatat keuntungan terkumpul berjumlah RM2.88 juta pada tahun lepas, mengambil langkah awal menyediakan perancangan strategik jangka panjang berkaitan jenis perniagaan yang akan dijalankan bagi menggantikan perniagaan sedia ada sekiranya kehabisan stok pasir silika.

Laporan itu juga menyebut, syarikat itu juga perlu meningkatkan stok bekalan pasir silika mentah sedia ada termasuk membeli daripada pihak luar bagi memastikan perniagaan sentiasa berjalan dan mendatangkan keuntungan.

Kegiatan utama syarikat JSISB ialah perlombongan, memproses dan membekalkan pasir silika industri berkaitan silika seperti pengeluar barangan kaca, pengeluar cat dan syarikat kontraktor. - Bernama

Baca Seterusnya......

Elaun Adun Melaka akan NAIK setaraf pegawai gred 52-54


MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bercadang menaikkan kadar elaun Adun negeri ini setaraf dengan gaji seorang pegawai kerajaan dalam gred 52 atau 54, persidangan Dun Melaka diberitahu hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pada masa ini Adun di negeri ini menerima elaun pada kadar RM4,800 sebulan atau setaraf dengan seorang pegawai kerajaan dalam gred 44.

Beliau berkata, cadangan dibuat selepas mengambil kira tanggungjawab dan perkhidmatan yang kini dipikul oleh Adun dan anggota exco kerajaan negeri bagi memenuhi harapan rakyat di negeri ini. 

"Saya telah berbincang dengan pegawai kewangan negeri mengenai taraf elaun Adun.

"Rupa-rupanya elaun mereka rendah, oleh itu kita cuba untuk mengangkat taraf elaun mereka," katanya ketika menggulung sesi perbahasan usul peruntukan RM55.06 juta dalam Bajet 2015 Negeri Melaka di sini.

Usul itu kemudian disokong oleh Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) dan diluluskan dengan sokongan majoriti dewan.

Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamad selepas itu menangguhkan persidangan ke pagi esok. - Bernama

Baca Seterusnya......

Tuesday, November 11, 2014

Majoriti Penduduk Catalonia Setuju Bepisah Dari Sepanyol

Warga Catalonia berbaris untuk pungutan suara tuntut kemerdekaan dari Sepanyol. foto Reuters
Kerajaan Sepanyol menerima tamparan hebat apabila majoriti penduduk Catalonia memilih untuk berpisah dari Madrid.

Perkara ini berlaku ketika referendum tidak rasmi bagi mendesak Sepanyol bersetuju mengiktiraf kemerdekaan Catalonia atau Catalunya yang telah diadakan pada Ahad 9 November 2014 waktu tempatan. Dalam pungutan suara itu, dilaporkan 80 peratus penduduk Catalonia bersetuju untuk tidak lagi bergabung dengan Negara Matador.

Dalam penjelasan Naib Presiden Catalonia, Joana Ortega, penduduk yang membuat pungutan suara berjumlah kira-kira 2 juta orang. Walaupun begitu, beliau tidak menghuraikan butiran menyeluruh berapa jumlah pemilih yang berdaftar dalam referendum yang dianggap tidak sah oleh pemerintah Sepanyol itu.

Kemenangan tidak rasmi ini turut disambut baik oleh Presiden Catalonia, Arthur Mas. Beliau menyebut, keputusan berkenaan merupakan suatu kejayaan yang besar.

"Sebuah kejayaan yang lengkap, ini kerana pengundi (menuntut kemerdekaan) lebih dari dua juta walaupun pungutan suara ditentang Madrid," sebut Mas, seperti dipetik dari Russian Today, semalam.

Ini bermakna kelab bolasepak Barcelona FC bakal berdepan dengan risiko tersingkir dari Liga Sepanyol (La Liga) jika wilayah Catalonia merdeka sepenuhnya dari Sepanyol seperti dalam laporan WarkahDaily pada 9 Oktober lalu.

Barcelona merupakan ibu negeri bagi wilayah Catalonia.

Baca Seterusnya......

Monday, November 3, 2014

SEPULUH CABARAN TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015


1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.

Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.

Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.

Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.

Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Jika sepuluh isu ini dapat ditangani maka lahirlah negara mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang.

Baca Seterusnya......

Thursday, October 30, 2014

TNI pintas pesawat Singapura

Sumber Kosmo


Agensi - GAMBAR menunjukkan jet pejuang Sukhoi SU-27 (kiri) memintas sebuah pesawat ringan milik Singapura yang dikesan menceroboh ruang negara Indonesia di Pontianak, Kalimantan kelmarin.
JAKARTA – Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft 9L milik Singapura dipintas oleh jet Tentera Nasional Indonesia (TNI) sebelum diarahkan mendarat di Pangkalan Udara Lanud Supadio di Pontianak, Kalimantan kelmarin selepas ia didapati menceroboh ruang udara republik itu, lapor portal Kompas.com kelmarin.

Panglima Infantri TNI, Bernadus Robert berkata, pesawat Singapura itu yang dalam misi latihan dipintas oleh jet pejuang Sukhoi SU-27/30MKI Flankers setelah dikesan memasuki wilayah Indonesia dari selatan Singapura menuju ke Sibu, Sabah pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

Kapal terbang itu dikesan terbang pada ketinggian 6,096 meter dengan kelajuan 463 kilometer sejam (kmj) hingga 648kmj dalam keadaan mencurigakan sewaktu melalui ruang udara Indonesia tanpa mendapat kebenaran pemerintah Indonesia. – Agensi

Baca Seterusnya......

Taman aktiviti Angry Birds dibuka

Sumber Sinar


JOHOR BAHRU - Taman Aktiviti Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara akan dibuka di Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC) kepada orang ramai bermula 31 Oktober ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, taman aktiviti itu meliputi kawasan permainan dengan aktiviti hiburan menyeronokkan seluas 26,000 kaki persegi.

Menurutnya, terdapat banyak permainan menarik untuk kanak-kanak dan remaja yang mencabar kemahiran motor, kemahiran kognitif, kawasalan badan dan tindak balas kelajuan.

“Kanak-kanak kecil boleh menikmati permainan interaktif Lazer Maze Spaceship, Classic Tower Play, Go! Kart dan Trampolin Anti-Gravity.

“Sementara belia pula boleh menikmati Lazer Bird Shoot, Space Drop Airbag, Panna Soccer, Red Bird Goal dan Air Parkour Track.

“Keseronokan akan berterusan untuk semua di Spinning Time Machine, Piggy Shooting Gallery, Captain Black Bird Ship dan Sand Castle Ball Pit,” katanya pada acara pratonton kepada media di sini semalam.

Kamaruzzaman berkata, kanak-kanak dapat menikmati semua permainan dan aktiviti menarik pada harga RM75 seorang.

Katanya, harga untuk pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60.

“Terdapat pelbagai pilihan tiket dari Single Entry hingga pas keluarga, pas tahunan tidak terhad dan juga untuk kumpulan murid-murid sekolah (minimum 30 orang).

“Kanak-kanak juga boleh meraikan ulangtahun hari jadi mereka dengan pakej ‘Angry Birds’ kegemaran mereka,” katanya.
 
 

Baca Seterusnya......

Operasi Gempur Aurat di Kota Bharu

Sumber Sinar
Jurujual wanita yang berpakaian ketat boleh dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan.
Jurujual wanita yang berpakaian ketat boleh dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

KOTA BHARU - Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini.

“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.

“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, sejak operasi tersebut dilancarkan, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.

“Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya.

Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran.

Baca Seterusnya......

Sumber Sinar
Pak Yeh (dua, kiri) melayan Sepein (kiri) dan Aziz (dua, kanan) di kedainya.
Pak Yeh (dua, kiri) melayan Sepein (kiri) dan Aziz (dua, kanan) di kedainya.

TUMPAT -  Bagaikan tidak percaya masih ada peniaga menjual nasi berlauk dengan harga RM1 sepinggan.

Di kedai kopi Pak Yeh di Kampung Bendang Kerian di sini, dengan RM1, pelanggan boleh menikmati sepinggan nasi dengan pilihan gulai ikan tongkol atau gulai ayam.

Jika nasi berlauk dengan secawan teh O, pelanggan hanya perlu membayar RM1.60 sen, manakala nasi berlauk bersama teh, harganya  RM1.80 sen.

Di sebabkan harga murah, kedai Pak Yeh yang dibuka seawal jam 7.30 pagi itu menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat, daripada yang bekerja pejabat, buruh, pelajar, mahu pun penduduk Kampung Bendang Kerian.

Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 67, berkata, dia berniaga sejak 30 tahun lalu bermula dengan nasi berlauk berharga 30 sen sepinggan.

Menurutnya, berikutan kenaikan kos bahan mentah, memaksanya menaikkan harga nasi berlauk beberapa kali dan kekal dengan harga RM1 sehingga hari ini.

“Saya masih dapat untung walaupun tidak seberapa kerana inilah cara saya membantu golongan kurang berkemampuan dan juga golongan pelajar.

“Jika dinaikkan harga, kasihan pula budak sekolah. Lagipun, kedai saya ni usang dan meja makan pun terhad, malu pula mahu jual nasi dengan harga yang mahal," katanya yang turut dibantu isteri,  Asmah Ismail, 53, sebagai tukang masak dan anaknya, Adam, 24, sebagai pembantu kedai.

Seawal jam 3 pagi lagi, Asmah akan bangun menyediakan lauk-pauk untuk dijual setiap hari di kedai berhadapan Klinik Kesihatan Bendang Kerian itu.

Sementara itu, seorang pelanggan tetapnya, Aziz Abdul Rahid, 64, berkata, dengan harga yang murah,  dia dapat makan sepinggan nasi yang sedap dan mengenyangkan, secawan teh O dan sebiji kuih.

"Tiada kedai lain yang menjual harga semurah ini dan setiap hari jam 8 pagi, saya mesti datang makan di kedai Pak Yeh dan turut membelinya  untuk keluarga di rumah," katanya.

Sepein Deraman, 67, pula berkata, dia menjadi pelanggan di kedai Pak Yeh sejak berumur 15 tahun.

Menurutnya, dahulu nasi berlauk Pak Yeh dijual dengan harga 30 sen tetapi kini RM1 dan baginya ia masih murah.

Baca Seterusnya......