1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa
2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan
contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat
-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih
Untuk berjaya Dan gembira
Hidup hanya sementara. Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya dan dalam masa yang sama menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan. Bagaimana melakukannya? Di bawah ada Sembilan tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu… insyaallah :-
• Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.
• Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.
• Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.
• Hanya memikirkan yang terbaik, bekerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik.
• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.
• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.
• Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.
• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.
0 comments:
Post a Comment