Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, September 4, 2011

Professor Kangkong tumpas di tangan Mat Sabu

Siapa sangka tokoh sejarawan negara sehebat Tan Sri Professor Dr Khoo Kay Kim dan Professor Dr Ramlah Adam begitu naïf dan semborono untuk menyemak kembali lembaran sejarah yang melibatkan Mat Indera.

Prof Khoo walaupun mempunyai tauliah tetapi kurang membuat kajian dan penyelidikan sebelum mengkritik Mat Sabu. Begitu juga dengan Prof ‘Perkasa’ Ramlah Adam. Beliau dengan celuparnya telah menggelar Mat Sabu sebagai pengkhianat negara kerana tergamak memutar belit fakta sejarah negara semata-mata untuk kepentingan politik

Kedua-dua Prof ini sepatutnya menunggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Mat Sabu, dan apa-apa justifikasi kepada pandangan beliau.Dan setidak-tidaknya meneliti apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Mat Sabu menerusi rakaman klip-videonya .Beginilah sepatutnya etika akademik yang betul.

Tetapi sebaliknya, mereka ini terpengaruh dengan putar belit media tempatan dan mengecam Mat Sabu seperti mana ahli politik UBN.

Bidang pengkhususan Prof Khoo bukan berkaitan Parti Komunis Malaya atau Chin Peng atau baru-baru ini sejarah politik Tanah Melayu. Kita pun maklum, Prof Khoo lebih cenderung memperkatakan ‘bola sepak negara’ daripada bidang khusus pentaulihannya.

Tajuk PhDnya adalah 'The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935', ia tidak meliputi tempoh 1940-an dan 1950-an apabila perjuangan untuk kemerdekaan berlaku dengan bersungguh-sungguh dan semasa PKM menjalani metamorfosis pelbagai perubahan ke arah ideologi dalam objektifnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah British.

Tetapi tiada siapa yang tahu apakah tajuk thesis Ramlah Adam dan adalah suatu misteri bagaimana beliau boleh lulus dan mendapat PhDnya.Ah! Kita semua pun pernah dengar tentang istilah 'Professor Kangkong'.

Dr Ranjit Singh Malhi , pengarang buku teks sejarah sehingga 1996, mengakui bahawa buku teks yang digunakan sebagai terlalu Islam dan Melayu-centric, yang mengandungi fakta separuh benar, mempunyai pelbagai kesilapan fakta dan percanggahan, dorongan politik , dan mengandungi pertimbangan nilai.Lihat sini

Fakta-fakta yang telah dimanipulasikan ini perlu diselesaikan dalam bidang akademik.Tetapi malangnya, kebanyakan mereka yang digelar tokoh akademik ini sebenarnya adalah orang politik yang bertopengkan akademik.

Tidak hairanlah dua orang professor ini cepat melatah terhadap kenyataan Mat Sabu yang telah diputar belitkan media perdana.

Walau apa pun, saya tabik pada Mat Sabu kerana berjaya memalukan dua orang professor kangkong ini apabila kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan di sokong oleh sebuah buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini (gambar bawah) terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.


Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman..


Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis biografi ringkas ini ada menyebutkan : Justeru sewajarnya Mat Indera di abadikan namanya sebagai seorang pejuang , bukan seorang petualang. Lihat di sini

0 comments: