Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, July 4, 2012

Exco Melaka tukar Honda Accord 2.4

                          MAR 6, Kereta rasmi Exco Negeri Melaka yang baru.

Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka telah menggantikan kenderaan rasmi yang digunakan sebelum ini iaitu Proton Perdana Eksekutif dengan Honda Accord 2.4 VTi-L bagi kegunaan Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Exconya, baru-baru ini.

Pembelian secara senyap-senyap itu melibatkan 17 buah kereta Honda Accord yang berharga RM168,000 sebuah bersama 32 buah Proton Inspira berharga RM85,000 sebuah bagi kegunaan Ketua- Ketua Jabatan di Melaka.

Ia cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum dengan memberikan arahan kepada semua media arus perdana supaya tidak menyiarkannya apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum kerana dibimbangi akan dijadikan senjata panas oleh Pakatan Rakyat untuk menyerang Umno/BN.

"Tapi kereta tersebut digunakan tiap-tiap hari ke sana- ke mari di dalam Melaka macam-mana mereka nak sembunyikan bukannya kotak mancis boleh masuk dalam poket," kata sumber itu.

Tambahnya, nombor pendaftaran bermula dengan (M 1) digunakan oleh Ketua Menteri, (MAR 2) Pegawai Kewangan Negeri, (MAR 6) salah seorang daripada 11 Exco dan termasuklah Mufti, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pegawai Undang-Undang Negeri.

Apa yang turut dikesalkan menurut sumber tersebut, pembelian itu menggunakan duit Panorama Malacca Cultural & Tourism S/B (PMCT) iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang mengambil-alih operasi bas henti-henti di Melaka.

Ketua Menteri sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian apabila mengambil-alih operasi pengangkutan awam itu ketika menolak tuntutan pemandu bas yang berdemonstrasi meminta kenaikkan gaji pokok daripada RM500 kepada RM800.

Sebaliknya, apabila berkaitan dengan kepentingan beliau dan kroni hampir RM5.5 juta duit PMCT boleh dikorbankan dan tidak pula dianggap sebagai kerugian.

Untuk beliau dan kroni tidak rugi tetapi bagi membayar gaji yang setimpal kepada pemandu pas setelah berpenat-lelah membawa orang-ramai ke destinasi yang ditujui bagi menyelesaikan pelbagai urusan dianggap satu kerugian.

Sedangkan lebih 98 peratus pemandu itu terdiri daripada orang Melayu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Ketua Menteri Umno yang melaungkan membela nasib Melayu serta memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu selama ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Nizar menyatakan bagi menjimatkan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan ditanggung kerajaan Perak antara 2004 hingga 2008 tetapi fakta tersebut dimanupulasikan oleh media arus-perdana BN.

Malahan Kerajaan PR Perak dianggap tidak patriotik dan diberikan gambaran menakutkan tentang kemungkinan identiti negara tergugat sekiranya PR mengambil alih kuasa di peringkat Pusat.

Kini, adakah label yang sama akan diberikan kepada Mohd Ali dan kerajaan Melaka atau jika Umno/BN
yang buat semuanya dikira okay.

0 comments: