Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, July 16, 2012

Mat Sabu : Isu FGVH Melibatkan Kepentingan Orang Melayu

Sumber Selangorku

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Saham kerana tindakan itu didakwa mengancam aset dan harta milik Melayu, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi “mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera”.

“Kita harap Yang Dipertuan Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.

“Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka,” tegas beliau yang juga dikenali Mat Sabu, di dalam ucapannya kepada peserta “himpunan oren selamatkan Felda” di depan Istana Negera semalam.

“Oleh itu yang Yang Dipertuan Agong berhak melindungi hak Melayu dan Bumiputera yang digadai oleh pemimpin Melayu iaitu Umno sekarang ini.

“Peneroka akan merasakan kerugian selepas setahun ianya disenaraikan. Peneroka akan merasai kekuranga-kekurangan bantuan selepas setahun ia disenaraikan,” kata Mohammad.

Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, suara warga Felda akan hanya didengari dengan kebangkitan suara anak Felda untuk menumbangkan Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum ke-13.

“Kini kawasan Felda bukan kawasan selamat untuk Barisan Nasional, kerana kini warga Felda sudah bangkit,” kata Badrul Hisham.

Tambah Badrul, kini warga Felda sudah berubah dengan berani menyatakan bantahan terhadap penyenaraian FGVH seperti yang ditunjukkan pada himpunan itu.

Manakala, Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat “hilang kepercayaan” kepadanya.

Antara NGO yang terlibat dalam himpunan semalam adalah Teras Pengupayaan Melayu (Teras),  Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badan Bertindak Peneroka Felda Malaysia (Bangkit), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Turut sama juga Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Badan Bertindak Peserta Felcra Malaysia (Bapa) dan Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera Malaysia (Kerabat).

0 comments: