Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, July 22, 2012

Uncleseekers Buat Temujanji Dengan Pegawai SPRM, yang datang PDRM!!!

Pada jam 9.45 malam, 4hb July 2012, di Plaza Tol Senawang, Seremban, Uncleseekers (Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas) telah ditahan olih pihak polis. Motif penahanan itu dikatakan pada awalnya disebabkan tulisan Uncleseekers di blog beliau (uncleseekers.blogspot.com) sebagai menghinakan Sultan Johor.

Kerajaan Rakyat tidak berminat untuk menelah apakah motif sebenar disebalik alasan penahanan tersebut. Kerajaan Rakyat paparkan di bawah "Senarai Geledah" Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya. Johor Bahru, Johor. Barangan yang dirampas menjadi tandatanya!!

 Perhatikan apa yang tertulis diruang "Jenis / Diskripsi / Barang Rampasan".

1- Tiga (3) Salinan Bertajuk (Aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM)
2- Enam (6) Salainan Surat Akuan Bersumpah

Bagi barang rampasan pertama, polis tandakan sebagai 'N1 - N3'.
Bagi barang rampasan kedua, polis tandakan sebagai 'N4 - N9'.

Nota: Nantikan ulasan Uncleseekers di SINI, bagaimana tidak kurang daripada 7 buah kereta polis "serang handap"nya di Plaza Tol Senawang. Perjanjian Uncleseekers untuk bertemu pegawai SPRM di Plaza Tol tersebut, tetapi yang hadir adalah anggota polis berpakaian preman!!! Hebat SPRM!!!-nizar-coretanku.blogspot.com

0 comments: