Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, July 12, 2012

Syabas Sabotaj Kerajaan Selangor Menjelang PRU-13

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa sengaja mensabotaj projek pembangunan di Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Demikian beritahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali di hari ke tiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini(semalam).

“Nampak dengan jelas ada unsur sabotaj yang berlaku terhadap Kerajaan Selangor oleh Syabas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan kebimbangan saya adalah kepada rakyat yang menderita,” kata Azmin.
Azmin turut memberitahu Dewan, banyak aduan telah dibuat oleh masyarakat perniagaan di Negeri Selangor.
“Banyak aduan yang diterima dari masyarakat perniagaan yang membangunkan kawasan masing-masing tetapi tidak mendapat sijil daripada Syabas atas alasan tekanan air rendah,” katanya lagi.
Azmin memberitahu lagi, tindakan sabotaj oleh pihak Syabas tersebut telah menyebabkan projek yang dibangunkan tidak dapat diduduki kerana gagal memperolehi sijil menduduki.
Selain kegagalan mendapat sijil menduduki, ia turut menyebabkan projek yang sedang dibangunkan tergendala akibat kekurangan bekalan air.
Terdahulu, dalam isu sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula berkata Syabas dengan sengaja membuat pelbagai gangguan bekalan air di negeri ini sehingga mencecah beberapa kali gangguan dalam tempoh sebulan.-tvs

0 comments: