Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, July 10, 2012

BM-Premium A IP BM-Premium B IP BM-Premium C IP 32 penduduk Green Cow ditahan depan pej MB Pahang


(Antara penduduk yang terlibat dan ditahan polis di depan Pejabat MB Pahang hari ini)

KUANTAN: 32 penduduk Green Cow Cameron Highland ditahan ketika berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang hari ini bagi membantah pembangunan tanah di kawasan mereka.
AJK PAS Pusat, Zulkifly Mohamad Omar ketika mengesahkan perkara ini berkata, hanya dua sahaja dari peserta perhimpuan itu yang dilepas sehingga kini iaitu seorang Orang Asli dan seorang lelaki tua.

Sementara itu, anggota PKR cabang Kuantan, Mohan Kumar berkata pihak polis mula menahan peserta 'Occupy MB Pahang' pada jam empat petang tadi.

Mereka yang ditahan polis adalah 13 lelaki, 12 perempuan dan enam kanak-kanak.

Beliau yang berada di hadapan IPD Kuantan ketika dihubungi Harakahdaily berkata kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun.

Menceritakan detik-detik penahanan itu, Mohan berkata perhimpunan itu pada awalnya berjalan secara aman sejak jam 11 pagi tadi dengan peserta membentangkan kanvas di bawah pokok, sementara menunggu ketibaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bagaimanapun, peserta occupy tersebut dimaklumkan Adnan tidak berada di pejabat kerana berada di Putrajaya.

"Jadi peserta occupy meminta satu tarikh temujanji dari pegawai menteri besar untuk bertemu, namun tiada jawapan daripada pegawai berkenaan.  Maka, peserta mengambil keputusan untuk terus berhimpun," kata beliau yang menyifatkan perhimpunan tersebut tidak mengganggu sebarang lalu-lintas, mahupun ketenteraman awam.

Sedangkan, tambah Mohan, peserta 'occupy' ini telah berkali-kali mengutuskan surat untuk bertemu dengan Adnan, namun masih tidak mendapat respon berhubung masalah mereka.

Dalam pada itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa pihak polis menghormati kebebasan rakyat bersuara melepaskan mereka dengan segera.

Dalam satu kenyataannya sebentar tadi, Suaram menyatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman telah dicabuli apabila bertindak menahan peserta himpunan tersebut.

"Sedangkan isu yang melingkari mereka tidak ditangani segera oleh pihak bertanggungjawab sejak sekian lama," kata penyelarasnya, R. Thevarajan.

Sehubungan itu, Thevarajan menggesa rakyat Malaysia yang prihatin untuk menulis surat kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menyuarakan kebimbangan anda terhadap kemungkinan adanya ugutan dan ancaman yang dihadapi mereka yang ditahan.

Mangsa pembangunan

34 penduduk Cameron yang rumah mereka dilanda masalah tanah runtuh akibat pembangunan tanah berhampiran membuat himpunan di depan pejabat MB Pahang hari ini.

Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah di kawasan Green Cow diancam tanah runtuh ekoran sikap pemaju mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan penduduk.

Penduduk mendakwa, syarikat pemaju LTT Development Sdn Bhd dan Ng Yeet Ng giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah bukit untuk projek pembangunan di kawasan itu sehingga terlalu hampir dengan kawasan kediaman penduduk di bawah cerun.

Kini seramai 38 penghuni di kediaman-kediaman itu diancam bahaya bukan sahaja tanah runtuh, malah beresiko dihempap batu-batu besar berdiameter lebih 5 meter.
Harakahdaily sebelum ini pernah melaporkan masalah mereka.

Zulkifly bersama Pesuruhajaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menziarahi kampung mereka dan melihat sendiri bagaimana batu-batu besar yang bila-bila masa sahaja boleh menghempas rumah mereka.

Mereka kini tinggal di khemah-khemah kerana takut dihempap batu kalau tidur di rumah mereka.

Walaupun pelbagai laporan dibuat, pihak berkuasa tidak pernah melayan mereka lalu membawa mereka berhimpun di depan pejabat MB hari ini.

Khemah di Putrajaya

Sebelum ini penduduk terbabit pernah berhasrat untuk berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namun, akibat kerelaan Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan Yaakob yang akhirnya bersedia menemui mereka selepas lebih dua tahun menunggu, maka himpunan tersebut dibatalkan.

Satu Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau telah diadakan di Annexe Rest House pada 9 April lalu.

Menurut wakil penduduk, Setiausaha PSM Cameron Highlands Suresh Kumar berkata MB Pahang telah bersetuju untuk bertemu dengan penduduk berkenaan dan berbincang mengenai masalah melibatkan tanah dan pertanian yang mereka hadapi.

"Beliau berjanji untuk mengadakan lawatan ke lokasi yang dinyatakan pada 18 April bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan," kata Suresh.

Janji-janji telah dibuat kepada penduduk terbabit dan dengan bangga MB mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan cuba menyelesaikan isu itu dengan segera.

Namun, apa yang berlaku selepas lebih tiga bulan berlalu segala janji hanya tinggal janji dan penduduk kini semakin dihimpit dengan masalah yang bertimpa-timpa.

"Maka itulah, kami terpaksa berkhemah di hadapan Pejabat MB Pahang bagi menuntut beliau menunaikan segala janji manisnya itu. Malah ia selaras dengan slogan PM sekarang ini agar janji ditepati," kata beliau .-HD

0 comments: