Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, July 17, 2012

Mahfuz : Kelantan, Kedah Tak Pernah Serah Tanah Kepada FGVH


KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Kerajaan Kelantan dan Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju menyerahkan tanah rancangan Felda kepada Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) seperti yang tertera dalam propektus yang diterbitkan syarikat tersebut.

Demikian menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Lobi Dewan Rakyat hari ini.

“Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah tidak pernah setuju serahkan tanah kepada FGVH.
“Malah saya diberitahu perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz memberitahu beliau telah menyarankan agar kerajaan kedua-dua negeri terbabit agar mengkaji tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri terbabit terhadap FGVH.


“Suruhanjaya Sekuriti boleh mengambil tindakan terhadap FGVH atas memberi maklumat tak tepat, palsu kepada pelabur,” katanya lagi.

Sementara itu dalam sidang media sama, Mahfuz turut membidas pemilihan slogan Sambutan Hari Kebangsaan 2012, ‘Janji Ditepati’ yang menurutnya jelas berbaur politik.

Mahfuz menganggap slogan yang dipilih lebih mirip kepada kempen BN dalam pilihan raya.
“Sebelum ini slogan ‘Kerana Mu Malaysia’ dapat dijiwai oleh seluruh lapisan masyarakat, tetapi sekarang kerajaan gagal pilih tema yang dapat meresap ke jiwa seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik,” katanya lagi.-Selangorku

0 comments: