
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa 
kerajaan negeri itu mahu melaksanakan haknya untuk mengambil alih 
operasi syarikat pemegang konsesi air negeri - Syarikat Bekalan Air 
Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Katanya, ini kerana kerajaan Selangor 
meragui pengumuman cadangan catuan air oleh SYABAS kerana pengawal selia
 air negeri dan ahli lembaga pengarah SYABAS tidak dimaklumkan. 
Bercakap
 dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid berkata, tujuh empangan 
negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan 
melimpah. 
Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri telah membuat 
keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi 
untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri 
“step-in” dalam operasi SYABAS.
Sementara itu, dalam satu 
kenyataan, Khalid menjelaskan, bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor,
 kerajaan negeri telah meminta Datuk Setiausaha kerajaan negeri bersama 
pengawal seelia air negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS. 
Jawatankuasa tersebut, katanya, akan minta SYABAS memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan  air semasa. 
Sementara
 itu, kata Khalid lagi, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai 
jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang 
berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan 
dan maklumat oleh SYABAS. 
"Perlu ditekan di sini, keadaaan 
sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh 
empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup 
dan melimpah. 
"Kerajaan negeri menggesa supaya proses 
penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana SYABAS
 jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik 
kepada pengguna," kata Khalid. 
Ini, tambahnya, jelas ditunjukkan
 apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah 
tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 
billion. 
"SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil 
(non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit 
mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital 
expenditure) mereka dengan baik," kata Khalid lagi. 
Berdasarkan 
alasan di atas, katanya, maka kerajaan negeri telah sebanyak dua kali 
menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 
21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut. 
"Oleh
 kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas 
terhadap surat-surat tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan 
mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk 
memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri 
“step-in”  dalam operasi SYABAS. 
"Kerajaan negeri juga akan 
meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah 
dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna 
pakai teknologi terkini," katanya.-MK
Monday, July 16, 2012
K'jaan S'gor mahu ambil alih operasi SYABAS
Posted by Suhaimi at 4:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment