Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, July 20, 2012

Ikut kamilah hendak mengundi di mana – pengundi pos

azlanTUMPAT: “Ikut kamilah kami nak mengundi di mana pun,” beritahu beberapa anggota polis ketika proses perbicaraan pengundi pos bagi Dun Wakaf Bharu di sini, baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan pembantah pada perbicaraan bantahan senarai pengundi baru pada daftar tambahan suku pertama tahun ini yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Mengulas itu tersebut Adun Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat Nawi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan anggota polis terbabit telah didaftarkan dalam Dun tersebut.


“Jelas SPR mempertahankan 35 anggota polis yang difahamkan bukan bertugas sepenuh masa di Balai Polis Wakaf Bharu untuk disenaraikan sebagai pengundi pos.

“SPR cuba bermain politik. Saya amat hairan macamana SPR boleh menolak bantahan yang dibuat. Sedangkan hanya ada belasan anggota anggota sahaja yang berkhidmat di Balai Polis Wakaf Bharu,” katanya di sini.

Pada proses perbicaraan tersebut dua pembantah, Alias Awang, 45 dan Azoha Awang, 49 membantah 37 anggota polis yang bertugas di luar lokaliti Wakaf Bharu, disenaraikan sebagai pengundi di Dun berkenaan.

Alias memberitahu beberapa pengundi pos anggota polis yang tinggal di Bachok dan Gua Musang disenarai sebagai pengundi baru Dun Wakaf Bharu.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri memberitahu ada anggota polis menurunkan tandatangan yang berbeza dengan apa yang ada di Borang 10A.

Menurutnya kalau tandatangan berbeza ia jelas menunjukkan ada pihak lain yang menyenaraikan nama pengundi pos terbabit dan bukannya empunya diri.-HD

0 comments: