3 Sept: Pemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di Kuala
Lumpur cedera parah terkena tembakan ketika cuba menghalang percubaan
merompak kedainya hari ini.
Abdul Rasul Abd Razak, 58, cedera di
bahagian perut dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan dilepaskan
seorang daripada empat suspek yang cuba merompak kedainya dalam
kejadian kira-kira 9.30 pagi itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata Abdul Rasul dibawa ke
Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Menghuraikan insiden
itu, beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang bersiap-siap
untuk memulakan operasi sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh dan
berjaket hitam meluru masuk premis berkenaan.
Bercakap kepada
pemberita di lokasi kejadian, Khairi berkata seorang daripada suspek
bertindak melompat masuk ke ruang kerja pekerja manakala seorang lagi
berdiri di ruang pelanggan.
Mangsa yang keluar dari pejabatnya untuk cuba menghalang tindakan penjenayah tersebut telah bergelut dengan dua suspek itu.
Ketika
pergelutan itu, dua lagi rakan penyamun yang ketika itu berada di luar
kedai dan bersedia dengan motosikal meluru masuk ke kedai dan melepaskan
beberapa das tembakan, lalu mengenai bahu dan perut mangsa.
"Akibat
panik, kesemua suspek melarikan diri dengan dua motosikal tanpa sempat
melarikan apa-apa," katanya, sambil menambah tiga kelongsong peluru dan
satu serpihan slug ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya suspek
bersenjatakan dua pucuk pistol.
Katanya polis telah mengambil
keterangan beberapa saksi termasuk meneliti rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) yang terdapat di luar kedai itu.- Bernama
Wednesday, September 4, 2013
Pekedai emas cedera parah terkena tembakan
Posted by Suhaimi at 10:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment