Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan
nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan
naik harga dan laris sekali di pasaran. Musim cuti sekolah sebagaimana
biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek
akan menjadi sasaran mereka.
Tahun ini disebabkan harga
rambutan yang meningkat di pasaran, sebelum anak cucu balik, awal-awal
lagi atuk ini telah memasang strategi. Kebun rambutan itu di pagar. Di
pintu pagar siap diletakkan tanda berapa harga sekilo rambutan mengikut
harga pasaran semasa. Penimbang juga disediakan.
Sampai saja
anak- anak cucu dikampung, terus mereka serbu pokok rambutan atuk. Atuk
yang berfikiran kapitalis ini hanya tersenyum sambil menunggu di pintu
pagar kebunnya.
"Wahai anak-anak dan cucu kesayanganku, selepas
petik rambutan itu, sebelum kamu semua makan, pastikan rambutan itu
ditimbang dan dibayar harganya mengikut tanda harga di pintu pagar ini.
Terkejut beruk lah semua anak cucu dengan karenah baru atuk mereka.
Biasanya atuk amat pemurah dan tak pernah berkira dengan cucu-cucu.
Lebih teruk lagi, harga yang dipamerkan pula sama dengan harga rambutan
di pasar.
"Alaa atuk, tak kan dengan anak cucu pun nak berkira, mahal pulak tu harga rambutan atuk ni.." Rayu seorang cucunya.
"Mahal kamu kata! Cuba kamu pergi check harga rambutan di Singapura dan
di Jepun, tengok berapa harganya!" Tegas saja nada suara atuk.
"Betul lah di Singapura dan Jepun harga rambutan mahal, mereka mana ada pokok.." Seorang anak lelaki atuk mencelah.
"Harga rambutan atuk ini, mengikut harga semasa pasaran, bukannya atuk
pandai-pandai buat naik harga sendiri. Sebelum ni sudah banyak atuk
tanggung subsidi dengab bagi rambutan percuma pada kamu semua. Dari mana
duit atuk nak dapat untuk beli baja, nak beli racun rumput, nak buat
pagar, nak upah orang petik dan bala..bla..bla..." Atuk terus membebel.
"Betul dah tu atuk, memang rambutan dah naik harga. Tapi atuk jual lah
kepada orang luar mengikut harga pasaran, dengan kami anak cucu takkan
lah atuk nak berkira. Tak kan sampai atuk nak suruh kami bandingkan
harga rambutan atuk dengan harga rambutan di singapura...Lagipun kebun
rambutan ini memang hak atuk. Atuk pun tak perlu tanggung bayar subsidi
harga kepada sesiapa. Pelik juga kalau kebun ini milik atuk, tapi
tiba-tiba atuk kata, atuk kena tanggung subsidi, isshh!! kepada siapa
pula subsidi ini dibayar? Jawab seorang lagi cucu atuk yang kebetulan
belajar ekonomi di sebuah universiti tempatan secara panjang lebar.
"Walau apa pun kamu cakap, atuk tetap bertegas. Harga tetap tak
diturunkan. Kamu semua sepatutnya bersyukur. Masih balik kerumah atuk
dengan aman, kampung kita pun masih aman. Makan pakai semua cukup. Kerja
makan gaji. Semua pakai kereta besar. Tandanya kamu semua mampu. Tak
kan lah nak bayar harga rambutan sikit pun dah bising!" Atuk membuat
keputusan muktamad.
Khas utk sebangsa dengan ku...semoga kita orang melayu tidak diperbodoh oleh bangsa sendiri
0 comments:
Post a Comment