
Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur
1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
Saturday, January 9, 2010
Khasiat Rozel (Roselle)
Posted by Suhaimi at 10:13 AM 0 comments
Khasiat Pucuk & Bunga Betik (Papaya)

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak kemudian di makan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi ia amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Selain itu, jus daun betik boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah / penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.
Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman / pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Posted by Suhaimi at 10:02 AM 0 comments
Friday, January 8, 2010
Eye On Malaysia Di Melaka Kena Sita

MELAKA: Roda gergasi atau lebih dikenali Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang menjadi antara tarikan utama pelancongan di negeri ini sejak lebih setahun lalu, disita kira-kira jam 9.30 pagi semalam sekali gus terpaksa diberhentikan operasinya serta-merta.
Tindakan menyita kawasan berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (EOM), pengurus roda itu di sini.
Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan EOM, Mahadzir Yunus, di tapak roda gergasi terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi .
Berikutan itu, syarikat terbabit melantik RSM RKT Group untuk mewakili mereka bagi menjaga seluruh kepentingan di kawasan tapak roda berkenaan.
Fitraco NV pada 15 September lalu memfailkan injuksi terhadap MST Ad Suria Sdn Bhd (MST) dan EOM, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006. Pinjaman selama dua tahun itu sepatutnya diselesaikan pembayarannya pada Mei tahun lalu.
Perintah injuksi itu adalah bagi menghalang MST untuk menjual roda gergasi berkenaan kepada EOM dan pada masa sama membenarkan Fitraco NV memasuki tapak kawasan itu serta mengambil alih terus daripada pengurusan sedia ada.
MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007. Difahamkan sebanyak RM30 juta dibelanjakan bagi membawa roda berkenaan.
Roda itu kemudian dibawa ke Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu. Sejak dibuka pada Oktober 2008, Eye On Malaysia dikatakan sudah berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM5 juta.
Mengulas perkara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melahirkan rasa kecewa kerana penutupan itu yang akan menjejaskan industri pelancongan Melaka dan kesal dengan tindakan MST yang tidak bersikap telus dalam menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri menerusi Kumpulan Melaka Berhad melabur sebanyak RM8 juta bagi membawa roda gergasi ini dari Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur ke sini. Kita melabur dengan pegangan ekuiti sebanyak 40 peratus iaitu RM3 juta dalam bentuk tunai dan RM5 juta lagi menerusi pembayaran tanah.
"Saya berasa sangat kecewa dan akan menilai semula kerjasama dengan MST itu," katanya selepas satu majlis di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Ali mencadangkan Fitraco NV menjual Eye On Malaysia kepada kerajaan negeri itu bagi membolehkan ia terus beroperasi sekali gus tidak terbengkalai terlalu lama berikutan terpaksa melalui proses perundangan.
Sumber : Berita Harian
Posted by Suhaimi at 12:10 PM 0 comments
Pokok Gula @ Stevia
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Posted by Suhaimi at 11:49 AM 0 comments
Friday, January 1, 2010
THE 2010 APTERA 2E ( 3 WHEEL ELECTRIC MOTOR COMPACT CAR)

The 2010 Aptera 2e should offer a roof-mounted solar array to run electrical accessories. A computer rendering of the 2010 Aptera 2e is shown here.
Have you seen this car? No?. Let’s read together about this car.Maybe this will be your future car.It is really different with the car that we seen everyday.
The story begins several years ago with biotech engineer and private pilot Steve Fambro, who began thinking that aircraft design and construction could and should be applied to a hyper-mile electric vehicle. He soon met up with Chris Anthony, a boatbuilder with expertise in composite materials. The two hit it off, and formed Aptera Motors in 2004. To run the new company, they took on 25-year Detroit veteran Paul Wilbur as CEO. For engineering chief, they secured the services of Tom Reichenbach, the former vehicle engineering manager for the Ford GT and Shelby GT500, two old-fashioned high-power heavyweights that are light-years removed from the eco-focused, new-think 2010 Aptera 2e.
The 2010 Aptera 2e is said to have an electric motor that supplies 60 lb-ft of torque from a plug-in battery pack with lithium-ion-phosphate chemistry. All components mount in the nose. We understand that both 10- and 13-kilowatt-hour batteries will be offered. The smaller unit gives a reported maximum driving range of 100 miles, the larger unit about 120 miles.Normal recharging time is about 8 hours from a standard 110-volt household plug. The transmission is an electronically controlled “automatic” with three settings that allow favoring performance, driving range, or a blend.
The 2010 Aptera 2e body is made of a proprietary resin-composite material that’s claimed to weigh half as much as the same structure if rendered in steel. For safety it is also made with the energy-absorbing front and rear crumple-zones, side-impact door beams, aircraft-grade seatbelts, and dashboard airbags.
The 2010 Aptera 2e does come with a good many other features. Highlights include heat-rejecting glass, automatic climate control with pre-drive interior warm-up and cool-down modes, power windows and door mirrors, remote power locks, pushbutton starting, a powertrain immobilizer, and a roof-mounted solar-cell array to run electrical accessories and thus lessen battery drain. Options are limited to an antitheft system, a rearview camera, and a Google-linked navigation system.
Posted by Suhaimi at 5:53 PM 0 comments
Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur Bagi Wanita
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon yang di panggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Posted by Suhaimi at 5:40 PM 0 comments
Panduan Tidur Tanpa Berdengkur (Snore)

Anda mempunyai masalah berdengkur semasa tidur? Suami/Isteri ada berdengkur sehingga mengganggu anda tidur? Sila baca artikel Panduan Cara Semulajadi Bagaimana Menghentikan Dengkuran seperti di bawah ini:
Ramai menganggap berdengkur merupakan perkara biasa. Ada yang berdengkur jika mereka betul-betul tidur nyenyak dan terdapat juga yang terus berdengkur walaupun baru terlelap hanya seketika.
Berdengkur adalah disebabkan oleh halangan di dalam saluran nasal berpunca daripada postur tidur yang tidak betul, pengumpulan lemak di sekitar muka dan leher serta berkemungkinan juga disebabkan oleh alahan.
Semasa sedang tidur, anda masih memerlukan pengaliran oksigen yang betul. Ini penting bagi mengurangkan kebarangkalian untuk berdengkur dan seterusnya mendapatkan rehat yang cukup setiap malam.
Tidur yang berkualiti dan betul-betul nyenyak boleh terganggu disebabkan oleh gangguan walaupun sedikit. Bagaimanapun, terdapat kaedah-kaedah atau cara semulajadi bagi menghentikan dengkuran.
Terdapat beberapa cara mudah bagi membantu anda tidur dengan aman, nyenyak dan tanpa tabiat dengkur yang mungkin mengganggu orang lain. Berikut ini adalah beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan dalam usaha menghentikan dengkuran.
1. Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda mempastikan otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.
2. Berurut
Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda perlukan.
3. Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
4. Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang anda berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk membantu anda mengekalkan posisi tidur yang sihat.
5. Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis tersebut perlahan-lahan.
6. Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
Dengan mempastikan anda tahu bagaimana hendak bernafas dengan betul dapat membantu anda mendapatkan rehat yang cukup dengan sendiri anda dapat mengamalkan corak bernafas yang sihat pada setiap malam. Oleh kerana anda tidak dapat mengawal pernafasan semasa tidur, latihan pernafasan yang anda sering lakukan membantu anda bernafas dengan betul semasa tidur. Meditasi dan pranayama merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu anda berhenti berdengkur tetapi anda akan berasa relaks dan lebih fokus.
7. Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, jumpa lah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tiada gangguan tidur lagi.
8. Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak lebih menarik dan memikat.
Posted by Suhaimi at 5:25 PM 0 comments