Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 2, 2012

Hermitage Tower Plaza : Menara Berkembar Tertinggi Eropah

hermitage-plaza-by-foster-partners-1727_fp350536.jpg

Jika di Kuala Lumpur kita mempunyai Petronas Twin Towers, di Paris kelak bakal ada Hermitage Tower Plaza. Menara berkembar rekaan Fosters and Partner ini bakal menjadi menara tertinggi di Eropah apabila siap sepenuhnya pada tahun 2016 dengan ketinggia 323 meter. Ini bermaknya ianya masih rendah daripada Petronas Towers yang berketinggian 451 meter.

Tidak seperti Petronas Towers, Hermitage Tower Plaza mempunyai apartmentuntuk penduduk Paris. Hanya bahagian bawah sahaja disewakan sebagai ruang pejabat. Apa yang menarik disini ialah walaupun ianya jauh lebih pendek dari Petronas Towers dan Burj Khalifa, projek Hermitage Tower Plaza ini bakal menelan belanja EURO 2.5 Billion (RM9.9 Billion). Petronas Towers dibina dengan kos RM 4.8 billion manakal Burj Khalifa RM 4.5 Billion. Ini adalah kerana kos bahan mentah dan tenaga kerja di Eropah lebih mahal. Tak ada Indo, Indians dan Bangla kerja kontrak di Paris agaknya. Mahal!







Baca Seterusnya......

Sunday, April 1, 2012

Purim: Pesta Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).
Mordecai dan Permaisuri Esther
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.








































Baca Seterusnya......

Belalang Warna Pink

Pertama kali ia ditemui adalah pada tahun 1887, belalang berwarna merah muda atau pink ini sangat jarang sekali ditemui, perbandingannya adalah sebanyak nisbah 1:500 individu.

Memang benar, warna pink sangat tak layak untuk menjadi ciri-ciri warna haiwan. Kalau nak tahu, ini adalah hasil dari suatu keadaan yang dikenali sebagai erythrism, iaitu kejadian yang mirip dengan keadaan genetik yang menimpa binatang albino.






Baca Seterusnya......

Turki tiada minyak tapi mampu beri pendidikan percuma – Anwar

Turkey-TEFL-teaching
KUALA LUMPUR: Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleuym tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

“Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.

“Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti,” katanya pada dialog bertajuk ‘Pemberdayaan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat’ anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Subang Jaya 31 Mac lalu.

Beliau mengakui PTPTN adalah isu paling popular yang diaju kepadanya termasuk di facebook dan twitter.

Walaupun PTPTN dimansuh, Anwar berkata, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Walaupun pegawai ramai, kita juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat,” katanya.

Mengenai pemberian 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan seperti yang termaktub dalam Buku Jingga, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan negeri lain.

Ini kerana, katanya, 80 peratus hasil minyak itu mampu menampung perbelanjaan negara dengan memastikan royalti diurus mengikut pengurusan yang baik.

“Keutamaan royalti 20 peratus difokus kepada golongan miskin. Apabila kita menyebut kemiskinan ia merangkumi sama ada Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Cina dan India.

“Pada masa sama, kita memperketat prosedur kewangan selain pengurusannya dijalankan individu yang bertanggungjawab, amanah dan berintegriti,” katanya.-Kd

Baca Seterusnya......