Thursday, November 26, 2015
Ayam Silkie Berbulu Putih Daging Berwarna Hitam
Ayam warna hitam yang unik ini adalah ayam yang ada di wilayah Asia. Paling banyak, jumlah ayam Silkie ini ada di negara China. Sebagaimana ayam pada umumnya, ayam ini juga menjadi salah satu bahan makanan yang dijual di China.
Ayam Silky banyak dijual hingga ke negara Eropah dan Amerika. Di sana, ayam Silkie lebih banyak digunakan untuk peliharaan dan hiasan. Sementara di China yang terkenal dengan pelbagai masakan berkhasiat, sangat mengagungkan ayam berwarna kehitaman ini. Mereka menyebutnya Wu Gu Ji atau Ayam Bertulang Hitam.
Daging ayam hitam mempunyai khasiat yang bagus untuk wanita. Selain untuk tujuan perubatan, ayam Silkie baik dimakan wanita yang baru melahirkan untuk menambahkan tenaga. Selain itu boleh membuat tenaga yin dalam diri menjadi lebih positif.
Ayam Silkie ini biasa dimasak sebagai kuahnya. Air rebusan inilah yang berkhasiat bagi tubuh. Selain itu, banyak yang mengambil ayam Silkie untuk membantu menambah massa otot, terutama bagi mereka yang sedang diet. Dagingnya juga bermanfaat untuk mencegah penuaan dan merawat penyakit diabetes hingga autisme.
Rasanya seperti apa? Menurut mereka, ayam hitam ini tidak jauh berbeza dari ayam biasa, namun rasanya memang lebih manis. Selain itu ayam ini jarang dimasak dengan cara dipanggang.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 5:42 PM 0 comments
Tuesday, November 17, 2015
Jumlah keseluruhan calon dapat 5A UPSR 2015
Sumber: mysumber.com
Seramai 38,344 calon UPSR tahun 2015 telah berjaya memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran
Peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan peningkatan sebanyak 0.76 peratus tahun ini iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus tahun ini (2015)
Peratusan membabitkan seramai 38,344 daripada 443,407 calon tahun ini berbanding 36,304 daripada 460,407 calon tahun lalu.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan media pada Selasa 17 November 2015, pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini
Bagaimanapun, calon yang mendapat pencapaian Baik (minimum Gred C, tidak termasuk semua Gred A) menurun sebanyak 1.34 peratus iaitu 57.69 peratus tahun ini berbanding 59.03 peratus pada tahun lalu
Dalam pada itu, peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum (semua Gred D dan Gred E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.21 peratus iaitu daripada 2.87 peratus tahun lalu kepada 2.66 peratus tahun ini
Sementara, empat mata pelajaran menyaksikan peningkatan Subjek Gred Purata (GPMP) iaitu Matematik, Bahasa Melayu (Pemahaman) , Bahasa Melayu (Penulisan) dan Sains manakala Bahasa Inggeris menurun
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 2:45 PM 0 comments
Bagaimana TPPA jejaskan ubat mampu milik
Sumber Mkini
Perkara-perkara yang terkandung di teks tersebut, termasuklah peruntukan mengenai perlanjutan tempoh paten, pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan biologi dan hubungan data akan mengancam kebergantungan terhadap ubat-ubatan generik yang jauh lebih murah.
Data menunjukkan bahawa 84.7 peratus ubat-ubatan berjenama yang disarankan boleh diganti dengan ubat-ubatan generik.
Baru-baru ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh kumpulan penyokong TPPA bahawa perjanjian perdagangan itu tidak akan memberi kesan terhadap harga ubat-ubatan.
Kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh pihak yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam perihal kesihatan awam dan perolehan ubat-ubatan.
Ia juga bercanggah dengan bukti-bukti dan kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh ketua pengarah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), pemenang nobel Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ia juga bercanggah dengan badan-badan pelajar perubatan seperti Persatuan Pelajar Perubatan Amerika dan persatuan-persatuan profesional perubatan seperti Persatuan Perubatan New Zealand (NZMA) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Kita tidak boleh terus menidakkan bahawasanya TPPA akan memberi impak terhadap akses kepada ubat-yang mampu dimiliki berdasarkan bukti-bukti yang sedia ada seperti peruntukan TRIPS+ dan kemasukan ubat-ubatan generik ke pasaran.
Kita seharusnya mengaku bahawa akses kepada ubat-ubatan mampu milik digadaikan dalam TPPA untuk mendapatkan bahan lain, sama ada benar atau yang tidak begitu menguntungkan.
Empat hari yang lalu, Ketua Pengarah WHO Margaret Chan berkata:
“Jika perjanjian-perjanjian ini membuka peluang perdagangan tetapi menutup pintu kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki, kita harus bertanya: Adakah ini satu kemajuan?”
BANTAH TPPA berserta dengan badan-badan kesihatan dan hal-ehwal pesakit menuntut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengambil kira secara serius bukti-bukti saintifik yang dikemukakan di peringkat antarabangsa mengenai isu TPPA.
Begitu juga dengan impaknya terhadap akses kepada ubat-ubatan serta pandangan pakar perubatan antarabangsa yang telah disebutkan di atas.
Kami menuntut anggota parlimen daripada kedua-dua belah pihak menyatakan tidak kepada TPPA dalam undian mereka.
Seterusnya kami menuntut kabinet menjaga kepentingan rakyat dengan menolak peruntukan-peruntukan TRIPS+ ini.
BANTAH TPPA juga ingin mengingatkan golongan pembuat keputusan, jika kesihatan rakyat terabai akibat kurangnya keprihatinan kerajaan, akan mendatangkan kesan buruk terhadap produktiviti, ekonomi negara dan bajet nasional.
4 kenyataan dangkal
Dalam lampiran ini, kami ingin mematahkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh penyokong TPPA dalam pelbagai forum, termasuk di dalam ruang OpEd:
(1) Kenyataan: Data dan pasaran eksklusif ubat-ubatan biologi akan menggalakkan syarikat-syarikat farmaseutikal memasarkan produk baru mereka lebih awal di Malaysia. Seterusnya, ini akan memberi laluan bagi ubat-ubatan generik yang lebih murah dipasarkan lebih awal juga.
Realiti: Tiada bukti langsung bahawa peruntukan “TRIPS-plus” akan menyebabkan ubat-ubatan generik dipasarkan dengan lebih awal. Di samping itu, keputusan sebuah syarikat ubat-ubatan asal membuat permohonan pemasaran di Malaysia bergantung kepada saiz pasaran dan sebab-sebab lain.
(2) Kenyataan: Kerajaan bersetuju untuk memberi perlindungan data yang serupa kepada produk biologi dengan tujuan kesamarataan (tanpa diskriminasi).
Realiti: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) tidak menetapkan apa-apa peraturan berkaitan dengan data ataupun pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan.
Pelapor khas PBB bagi hak kesihatan pernah berkata negara membangun tidak perlu bersetuju dengan peruntukan tersebut mahupun TRIPS+.
Jika Malaysia begitu risau mengenai isu kesamarataan, ia harus menghapuskan peruntukan data eksklusif/pasaran eksklusif bagi molekul kecil (ubat-ubatan bukan biologi).
Jika Malaysia bersetuju menggunakan peruntukan TRIPS+, Malaysia dilihat melanggar tanggungjawabnya terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), yang mengambil-kira hak kesihatan.
Sangat jelas bahawa Malaysia ditekan oleh Amerika Syarikat untuk menerima peruntukan pasaran eksklusif bagi ubat-ubatan biologi.
Ubat-ubatan biologi berbeza dengan ubat-ubatan molekul kecil dan dilihat semakin penting dalam pasaran ubat-ubatan serta dijual dengan begitu mahal sehingga boleh mencecah AS$569,000/pesakit/tahun pada harga monopoli.
Oleh kerana sebahagian besar ubat-ubatan biologi diperoleh daripada sumber-sumber hidup, ia tidak boleh dipatenkan.
Tanpa perlindungan paten dan juga peruntukan eksklusif TPPA, maka ubat-ubatan generik boleh terus didapati dengan mudah di Malaysia dengan harga yang berpatutan.
(3) Kenyataan: Peruntukan ini perlu kerana mereka akan membuat syarikat lebih berinovasi.
Realiti: Peruntukan TRIPS+ tidak dapat menolong syarikat-syarikat farmaseutikal yang sedang menghadapi “krisis inovasi”.
Dengan sedikit pengubahsuaian kepada ubat-ubatan sedia ada, mereka boleh memohon untuk mendapatkan paten baru.
Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa inovasi sebenarnya dihalang oleh hak harta intelek (IPR) yang lebih ketat ataupun ia langsung tidak merangsangkan inovasi.
Sebagai contoh, walaupun Itali menambah IPR, impak kepada kadar pengeluaran rekaan baru adalah sedikit atau langsung tiada.
Contoh yang kedua ialah Kesatuan Eropah yang mempunyai pasaran farmaseutikal yang mempunyai perlindungan paling kuat di dunia tetapi semakin kurang inovatif jika dibandingkan dengan rantau-rantau yang lain.
(4) Kenyataan: Semua penemuan, termasuk kegunaan baru, akan diteliti oleh pejabat paten bagi memastikan ia kegunaan baru dan jelas.
Realiti: Penggunaan paten baru dalam mana-mana bidang teknologi adalah sangat bermasalah kerana ia melanjutkan monopoli secara berterusan.
Tambahan pula, TPPA merendahkan standard untuk inovasi yang baru dan menggalakkan langkah mereka cipta bukan jelas untuk semua paten termasuk paten penggunaan baru.
Ini bermakna bahawa lebih banyak teknologi yang akan mendapat perlindungan paten sekurang-kurangnya 20 tahun sebelum pengguna, petani dan pengeluar boleh membelinya dengan harga lebih murah akibat persaingan generik.
KUMPULAN BANTAH TPPA AKSES KEPADA UBAT-UBATAN terdiri daripada Majlis Aids Malaysia dan Persatuan Kebajikan Barah Payudara (BCWA). Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 2:35 PM 0 comments
Friday, November 6, 2015
Ayam Cemani : Ayam Yang Hitam Dari Bulu Sehinggalah Ke Warna Kulit
Sumber blogserius.blogspot
Ayam Cemani ialah baka ayam yang keseluruhan warna bulu dan tubuhnya bewaran hitam. Dalam bahasa Jawa cemani bermaksud hitam. Ayam ini dianggap sebagai ayam mewah kerana dijual pada harga mencecah USD2500 di Eropah kerana rupanya yang unik.
Di Jawa ayam cemani dimakan oleh wanita selepas bersalin keran dagingnya yang tinggi zat besi dapat menaikkan semula jumlah darah di dalam tubuh. Kami tak pernah nampak ayam cemani di Malaysia. Anda biasa nampak?


Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 12:17 PM 0 comments
Jom Lihat Lebuh Raya Dibina di Laluan Sungai Di China
Sumber Amusing Planet
Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari permukaan bukit. Case in point ialah jalan raya menaiki Cameron Highlands. Kalau mahu cepat terowong dibina. Case in point Terowong Menora diantara Ipoh dan Kuala Kangsar.
Di Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu melalui kawasan berbukit bukau.
Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila digunakan.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 12:08 PM 0 comments
Ajar beruk kita dahulu sebelum ajar beruk orang
Sumber MSO
Mengutus surat kepada pembesar negeri agar menjelaskan sesuatu isu atau pun memaklumkan apa-apa yang mungkin tidak diketahui oleh pembesar negeri dengan harapan ia diambil perhatian dan tindakan sudah menjadi fenomena baru sekarang ini. Apabila pemimpin bersikap mendiamkan masalah, surat adalah mekanisme terbaik untuk mengatasinya.
Bagaimana pun sedih sedikit, hal ini berlaku bukan sahaja dalam grup whatsaap tetapi terecer keluar juga ke dalam media massa yang dapat diakses oleh ramai orang. Orang politik nampak percaya masalah perlu diselesaikan secara terbuka. Pergolakan dalaman perlu dipertontonkan kepada publik.
Jika dilepaskan dalam grup whatsaap ia boleh dianggap normal dan terpelihara lagi, tetapi apabila sudah diviralkan dalam medisa massa, ia dianggap melampau. Apakah perbuatan ini memberi kesan positif ataupun mencarik lagi "bekah" yanhg sudah ada?
Saya ingin merujuk atau mengambil contoh dalam beberapa kes yang berlaku di negeri saya, Kelantan Darulnaim dengan mengutik khusus kepada surat-surat Husam Musa kepada Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Kalau tidak silap hitungan saya sudah dua atau tiga pucuk surat Husam yang tersebar.
Surat Husam meskipun berbentuk peribadi tetapi ia membawa suara rakyat dan rintihan umum dengan beberapa perkara yang dibangkitkan. Jika dihalusi surat-surat itu membawa nawaitu baik untuk membaiki kepincangan yang terpancar pada matanya. Husam lebih mengetahui tentang apa yang berlaku kerana beliau pernah berada dalam kerajaan selama dua penggal.
Tetapi lain bagi orang berkenaan.. yang terkena dengan surat itu akan dibaca ia satu racun kepada mereka. Apakah kalau seseorang itu membawa wabak kepada kerajaan, sehingga boleh merosakkan kerajaan maka ia tidak boleh diracun? Lalang kalau sudah memudaratkan ia perlu diracun.
Kandungan dan isu surat-surat Husam yang mempersoalkan apa yang ada dalam sanubari rakyat sepatutnya diberi perhatian oleh Ahmad Yakob, Mohd Amar Nik Abdullah ataupun pihak berkuasa lain di Kelantan. Mereka tidak boleh membiarkan begitu sahaja, apa lagi cuba melakukan reverse psikoligi yang surat itu satu pengkhiatan kepada kerajaan Kelantan. Apakah niat untuk membetulkan kesilapan dan membersihkan merupakan dosa dan satu kesalahan?
Apabila surat-surat itu atau persoalan yang dibangkitkan didiamkan sahaja, ia sesuatu yang mendukacitakan. Di sinilah bermulanya segala masalah. Bukan sahaja menunjukkan pihak kerajaan tidak mengambil berat ke atas apa yang dibangkitkan, tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Maka jadilah surat-surat itu seperti burung betina berada dalam sangkar yang hanya bisa mengelipkan mata apabila melihat burung jantan terbang di hadapan mata sedangkan nafsu gahirahnya sudah bergelora.
Apabila apa dibangkitkan Husam tidak dijawab, sedangkan ada kebenaran dan maklumat jelas yang dituntut disebalik itu, ia mengecewakan bukan sahaja Husam tetapi mereka yang membaca dan mengetahui akan isu dibangkitkan itu. Apa pun penulis surat itulah yang paling kecewa apabila ia tidak dipedulikan kerana nawaitu sucinya tidak dihargai. Natijah daripada mendiamkan surat itu menyebabkan akhirnya ia disebarkan kepada umum. Harus difahami penyebaran itu satu bentuk untuk mendapat kepuasan ke atas apa yang diharapkan tidak dicapai walaupun ia bagi saya tidak wajar.
Lantaran itu pihak kerajaan atau simpatisnya tidak perlu marah-marah kepada penulis surat itu melainkan kena menyalahkan diri sendiri kerana bersikap pandir kepada apa yang diajukan.
Banyak keburukan daripada kebaikan apabila berlaku fenomena demikian. Di pihak yang menulis tidak berpuas hati kerana ia tidak dipedulikan. Kepada kerajaan pula ia mendapat tanggapan buruk oleh rakyat, dengan apa yang didedahkan. Surat-surat itu membenlenggu rakyat umum kerana persoalan yang sampai ke pengetahuan mereka tidak dijawab. Implikasi dari situasi itu ialah kerajaan kerana ia bakal tidak dipercayai rakyat.
Keadaan kini bertambah buruk apabila Husam sudah dianggap musuh dan diserang tanpa hemah. Serangan ke atas Husam berlaku dan dilakukan oleh pihak-pihak yang mewakili orang dibangkitkan atau sayang kepada kerajaan Kelantan ia bukan tindakan terbaik. Ia bukan satu penyelesaian. Kalaupun Husam bersalah kerana tidak menjaga disiplin dalam berorganisasi, tetapi bukan semua kesalahan dilonggokkan ke atas kepalanya. Yang turut bersalah di sini ialah orang yang dituju atau bertanggngjawab oleh surat itu.
Secara jujur saya kurang senang dengan fenomena yang berlaku kini, kerana ia akan memborakkan lagi keadaan. Saya masih percaya meja rundingan adalah jalan islah dan penyelesaian terbaik. Sesungguhnya pintu dan jendela rundingan bagi menyelesaikan masalah berbangkit masih ada dan terbuka. Kedua pihak baik Husam dan pembesar negeri serta mereka yang menyerang Husam dari jauh atau dekat hendaklah memperakui kesilapan masing-masing.
Semua pihak harus kembali ke dalam kamar rundingan dan berbincang dengan penuh insaf dan semangat ukhwah Islamiyah. Pihak parti boleh memainkan menjernihkan keadaan ini. Parti boleh panggil Husam dan pihak-pihak tertentu di Kelantan khasnya MB dan TMB ke meja permesyuawarahn.
Di sini saya bukan hendak membela Husam, tetapi sekiranya apa yang dibangkit itu merupakan kebenaran, semua pihak kena akui. Saya tidak percaya kalau Husam berbuat begitu kerana dengki atau hasad melainkan atas nawaitu menjaga keutuhan dan kredibiliti sebuah kerajaan yang dibangunkan atas aspirasi rakyat bertunjang Islam. Membangkitkan kepincangan serupa berlaku semasa Husam berada dalam kerajaan ia bukan satu jawaban yang cerdik.
Kepada mereka di luar yang menyerang Husam, usahlah perlakukan demikian. Kalau anda mempunyai niat untuk menjaga kerajaan Kelantan cara yang ada ambil salah. Menyerang Husam sebagai membela pihak kerajaan, MB atau TMB tindakan anda itu tidak betul. Seharusnya anda mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu apakah setiap tuduhan yang dibangkitkan itu benar atau tidak. Jika ia benar maka menjadi tanggungjawab anda menyelesaikannya.
Sampah tidak boleh disembunyikan dibawah karpet, atau cicak ditusuk dalam poket. Kesalahan dan kelemahan kerajaan juga tidak boleh ditegakkan dengan kata-kata. Ayat-ayat Quran dan Hadith tidak boleh dijadikan pagar untuk memansuhkan kepalsuan. Yang haq tetap haq. Apa yang penting ialah bertindak menyelesaikan mengikut kehendak agama yang ada yakini.
Saya syorkan disini, adakan perundingan dan mesyuawarah dengan Husam. Panggil Husam ke meja rundingan secara baik. Duduklah sebaik anak beranak ataupun bagaikan adik dengan abang atau ayah dengan anak. Pihak tertinggi parti boleh memainkan peranannya. Rasanya Husam sedia untuk hadir demi kebaikan. Jangan menaruh keraguan lebih dahulu sebelum berbuat demikian. Apabila sudah dipanggil tetapi beliau enggan hadir menjawab dan menerima penjelasan saat itulah baru beliau ada kemunasabahan untuk diserang.
Atau sekiranya Husam sudah dilihat sebagai musuh atau tidak lagi akan memberi guna kepada Pas, buat apa simpan Husam lagi. Lebih baik dikenakan tindakan disiplin dan rehatkan dia daripadas Pas. Habis cerita. Tetapi cara itu walaupun halal tetapi ia sesuatu yang kejam dan bakal mengegarkan politik Kelantan. Husam akan mendapat dsimpati dan Pas Kelantan khasnya tidak mendapat keuntungan besar.
Mereka yang dengki kepadanya mungkin akan ketawa gembira, tetapi Pas dan kerajaan peninggalan Tokguru yang dibangun bersama itu akan bersedih dan dukalara melihat itu kalau ianya berlaku. Musuh Pas (kalau jadi musuh lagi) Umno tentu bertepok tangan sambil menari ronggeng.
Saya terbaca ada orang di Terengganu ikut sama mencampuri urusan politik Kelantan dengan menjadi tentera umpahan menyerang Husam. Kononnya individu berkenaan mempunyai banyak rahsia tentang Husam. Elok kalau orang Terengganu atau orang luar Kelantan tidak mencampuri urusan di Kelantan. Polimek di Kelantan dapat diuruskan sendiri oleh orang Kelantan dan pergerakannya sangat unik. Keadaan akan jadi bertambah buruk lagi kalau orang Terengganu mencampuri urusan di Kelantan.
Sebenarnya orang Terengganu tidak perlu menjaga keutuhan kerajaan Kelantan. Orang Terengganu tidak pun layak untuk bercakap fasal Kelantan, kerana mereka tidak ada track rekod tentang kejayaan mereka di negeri Penyu itu. Apa lagi kononnya untuk menjadi dewa penyelamat. Mereka harus tilik dahulu kepada diri mereka sendiri dan menilai apa yang berlaku di Terengganu. Daripada cuba bercakap mengenai kepincangan Pas di Kelantan elok kalau orang Terengganu mencari sebab musabab kenapa kerajaan Pas Terengganu hanya bertahan empat setengah tahun sahaja?
Kekalahan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 2008 sehingga hanyut sebuah kerajaan, masih belum terjawab sampai kini. Cari jawaban dan rumusan dahulu kekalahan itu mungkin baru anda layak untuk mencampuri atau menjadi guru kepada politik Kelantan. Jangan sesekali kita hendak menjadi guru mengajar beruk orang memulas nyiur sedangkan beruk kita untuk naik pokok nyiur pun belum reti.
Sekali lagi saya ingin sebutkan semua pihak bertindaklah secara gentlemen dan bersemukakan dalam menyelesaikan apa masalah. Bukankah anton semua menerima dan mempercayai kepada al Quran. Seribu petunjuk ada dalam kitabullalh itu, atau anda hanya baca tetapi tidak mengerti jauh sekali mempraktisnya.
Posted by Suhaimi at 11:48 AM 0 comments
Wednesday, October 7, 2015
Graduan Ini Dedahkan 24 Sebab Kenapa Dia ‘Lupa Diri’ Tak Nak Balik Malaysia
C&P (Facebook)

Graduan ini telah memuat naik status di Facebook dimana dia enggan pulang ke negara asal setelah beberapa tahun melanjutkan pelajarannya di negara Jepun.
Hurm, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri” seronok macam mana pun di negara orang takkan sama keseronokkan itu jika dibandingkan dengan tanah tumpah darah kita kan?
Tapi, graduan ini telah meluahkan perasaannya terhadap sikap warganegara Malaysia berbanding dengan orang Jepun. Ayat yang diperkatakan olehnya boleh buatkan korang angguk kepala setuju kenapa dia ini enggan pulang ke Malaysia walaupun dicap sebagai lupa diri.
Sedikit coretan luahan perasaan..
Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku ‘lupa daratan’ , ‘tak rindu keluarga’ , ‘lupa kawan’ , ‘bajet da jadi org jepun’ , ‘duk negara maju dah tak pandang kampung’ etc..
Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :
1. Setiap kali korg membeli-belah korang disambut dengan kata2 ‘selamat datang, terima kasih kerana datang’ beserta senyuman..
2. Setiap kali sudah membeli-belah walaupun sebiji gula2 korang dihargai dengan kata2 ‘terima kasih sila datang lagi’ bermula dari pekerja di kaunter, pengemop lantai, hinggalah tukang buang sampah di luar kedai ..
3. Korang bawak sekeping rm100 ke kedai runcit nak beli aiskrim sebatang, bila nak bayar korang tak perlu risau kena suruh dengan cashier pergi pecah duit dulu tempat lain atau risau kena buat muka dengan cashier ni sebab menyusahkan dia nak bagi baki..korang boleh bayar aiskrim yang berharga 50sen tu dengan sekeping rm100, siap bayar dia terima kasih, senyum lagi kt korang..
4. Kalau korang tengah beratur ada urusan atau membeli belah, korang tak perlu risau langsung barisan kena potong begitu jugak masa tengah beratur jam di jalan raya, takkan ada pemandu terencat yg kononnya ‘aku sorang lah yg nak cepat sampai’ pakai line kecemasan potong barisan..
5. Tiap kali ada org buat salah sekecil mana sekalipun dia ni akan terus mintak maaf dengan badan, kepala sekali ditundukkan walhal kesalahan tu adakalanya kita yg salah..
6. Pintu rumah korang tak perlu geriji, tak perlu kunci, apatah lagi CCTV, korg boleh tinggalkan harta karun emas berselerak di ruang tamu/ bilik sepanjang tahun sambil bercuti ke Europe sebulan dua bulan atau setahun tanpa perlu risau hilang dicuri rumah masuk penyamun..
7. Tiap kali korang berjanji dengan orang sekeliling korang tak perlu kalkulator nak congak waktu nak sampai samada lewat sejam, atau sejam selepas waktu yg dijanjikan tu sebab partner korang memang akan sampai sharp on time/punctual dengan kadar kelewatan serendah 0.000001 saat
8. Korang tak perlu pikir pasal masa tiap kali nak travel or keluar dating dengan awek kalau naik public transport sebab transport mmg akan punctual dengan jadual masa..

9. orang boleh sampai ke seluruh pelusuk hujung tanah mana sekalipun dengan hanya naik train..
10. Korang nk buang sampah tapi tong sampah takde, sampah keliling pun takde so korg akan rasa segan nak buang sampah merata n secara automatic persekitaran korg akan bersih n terjaga..
11. Di jalan raya, time korang tengah drive tiap kali ada kereta dari jalan lain nk masuk depan & bila korang bagi laluan driver tu kasi lampu emergency sepintas lalu n tak pernah hiraukan budi baik korang (signal terima kasih)
12. Tiap kali korang di satu simpang nk keluar jalan lain, korg tak perlu rush nak tekan pedal minyak nak cepat sebab kejap je akan ada kereta yg bagi korang masuk line tanda masyarakat keliling korang yg prihatin & suka mengalah..
13. Korang masuk tandas awam mana2 pun bersih, kadang2 bersih sangat sampai korang was-was itu tandas atau surau ?

14. Tiap kali mengidam nak beli sesuatu, korang boleh goyang kaki dalam bilik, boleh beli/bid hampir kesemua barang secara online tanpa perlu risau dikencing scammer/penipu/penyangak, dan barang yang dipesan akan sampai terus di rumah sehari atau dua hari selepas pembayaran..
15. Korang tak perlu pergi ke banyak tempat nk bayar bil2 rumah, insurans kereta, nak beli tiket bas, tiket jet nak gi umrah ke, nak post barang, cukuplah sekali ke convenient store, kedai serbaneka je (cth : 7eleven, KK) semua boleh setel kat situ..
16. Korang boleh chill wat lek wat pis je kalau ada barang berharga (wallet etc) tercicir, tak perlu gelabah sangat sebab chance korang nk jumpa balik di tempat terjatuh / balai polis tu tinggi ..
17. Korang boleh pegang duit banyak2 dalam wallet, pakai n bawak gajet2 or perhiasan mahal dengan selambe je ke sana sini tanpa risau disamun..
18. Korang boleh keluar jalan sorang2 tengah malam buta nak tenang pikiran time putus cinta ke tanpa pikir panjang soal keselamatan yakni risau dengan penjenayah perompak pembunuh perogol mahupun peliwat..

19. Korang bebas buat apa saja aktiviti/benda pelik di tempat awam tanpa risau aksi korang dirakam orang lain dan diviralkan di fb kerana masyarakat keliling korang bukan keyboard warrior dan memang jenis tak hiraukan orang lain ..
20. Bagi yg biker n ada helmet mahal2 macam Shoei, Arai, Barai ke korang tak perlu susah2 angkut ke sana sini helmet tu takut hilang dicuri letak je di motor pastu tinggallah berapa puluh tahun sekalipun nescaya takkan berganjak dari tempat asal tu..
21. Korang tak perlu risau terkena darah tinggi sebab tekanan perasaan ketika main game online sebab internet sangat laju selaju-laju-laju-lajunyee selaju jet snack Apollo tak kira celah semak mana korang duduk..
22. Juga tak perlu risau kena darah tinggi sebab tertekan tengok gelagat menteri korang sebab dorg memang hati bersih bagai air yang jernih di dalam bekas yang berdebu zahirnya kuturan itu terlihat kesucian yang terlindung jua… eh ni lagu !
23. Korang bebas berselfie tanpa dikecam………….. hm.
24. Last sekali, bayangkan korang dapat jadi orang paling power bahasa inggeris walaupon english SPM korang dulu fail teruk E+, beza nasi dengan nation pon tak tau, tapi korang lah yang paling power sekali fuhh perasaan ni yg paling win ..
Keamanan, Kesejahteraan & Kesenangan Dalam Meneruskan Kehidupan Seharian

Tu baru sikit, nak bagi semua situasi memang takkan habis nak ditulis. Pernah ada yg kata kt aku malaysian2 yg taknak balik & memilih nak duk lama tempat orang ni dorg dah lupakan negara sendiri, atau alasan lain yg masuk akal sikit sebab nk menikmati keseronokan 4 musim.
Sebenarnya pada aku bukanlah benda tu yg buat kami perantau2 ni taknak balik ke tanah air, tapi segala-galanya soal keamanan, kesejahteraan & kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Kalau di Malaysia sekarang situasi sangat tenat esp politik, ekonomi, jenayah..tak hairanlah mereka2 ni nk kena halau dulu baru pandai nak balik.
Kalau Diberi Pilihan Aku Pilih Untuk Stay Selama Yg Boleh Kat Negara Matahari Terbit Ni

Aku kalau diberi pilihan aku pilih untuk stay selama yg boleh kat negara matahari terbit ni bukan sebab aku tak rindukan Malaysia, bukan sebab tak rindukan keluarga, bukan sebab lupakan member, tapi sebab hidup di Malaysia tanah air sendiri sekarang ni ibarat warga asing yg di anaktirikan kerajaan, sangat membebankan, bermacam masalah.
Pun begitu, aku terpaksa balik jugak tahun depan. Malaysia pada aku walaupun tanpa 4 musim, kalau kehidupannya seharmoni waktu kecilku dulu, pemimpinnya yg sepandai Tun Mahathir memerintah dulu, pastinya lagi indah didiami berbanding Jepun tanah yang aku pijak sekarang ni !
Posted by Suhaimi at 2:30 PM 0 comments









