Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0

Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0

KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas wisel dibunyikan tanda tamat permainan malam ini.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.

KUALA LUMPUR:
Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.

Pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan.

Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Permulaan babak kedua lebih menarik, lebih-lebih lagi pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha.


Mohamad Ashari (kiri) menjaringkan gol kedua negara.

Stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong Malaysia apabila Mohd Ashari Samsudin menambah jaringan kedua negara pada minit ke-67, selepas menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal.

Safee sekali lagi menggegarkan stadium menambah gol ketiga negara sekali gus meletakkan skuad K.Rajagobal ini dalam kedudukan selesa sebelum bertandang ke Jakarta bagi pusingan kedua, 29 Disember ini.

Malaysia mengikat Indonesia, 3-0 sehingga tamat permainan.

MALAYSIA:Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten), Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan): Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

INDONESIA:Marcus Harison Rihihina,Mohammad NAsuha, Zulkifli Syukur,Maman Abdurachman, Cristian Gonzales Alfaro Gonzales, Oktovianus Maniani, Firman Utina, (kapten),Ahmad Bustomi,Yongky Ari Bowo, Muhammad Ridwan,Hamka Hamzah. (Pemain simpanan):Yesaya Nickhanor Desnam,Bambang Pemungkas, Irfan Haarys Bachdim, Muhammad Roby,, Eka Ramdani,Beny Wahduri,Tony Sucipto


Baca Seterusnya......

SUK Selangor: Pakatan syor tiga calon, pusat namakan Pengarah Jais

Sumber DD

Oleh G. Manimaran
December 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi disebut-sebut turut disenaraikan, khususnya oleh kerajaan pusat, sebagai calon bagi mengisi jawatan setiausaha kerajaan negeri mulai awal tahun depan.



The Malaysian Insider difahamkan nama Mohammed Khusrin dibawa untuk pertimbangan dan mendapatkan perkenan Istana Negeri bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bersara baru-baru ini.
Kontrak perkhidmatan beliau berakhir awal bulan ini.

Sumber memberitahu bahawa nama Mohammed Khusrin menjadi pilihan kerajaan pusat dan disyorkan sebagai tambahan kepada tiga nama yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Jais pimpinan Mohammed Khusrin menjadi tumpuan dalam siri kontroversi sejak dua tahun lalu, termasuk tindakan perundangan ke atas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berada dalam sebuah surau di Kajang.

“Kerajaan negeri ada mengemukakan tiga nama selepas jawatankuasa pemilihan menemu bual beberapa calon, dan difahamkan nama pengarah Jais juga dibawa ke perhatian Istana untuk mendapatkan perkenan Sultan Selangor,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber memberitahu meskipun lazimnya nama calon bagi jawatan itu disyorkan oleh kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat juga akan ada “kata putus mereka”.

“Ini menjadi amalan masa-masa lalu,” kata sumber itu yang turut menekankan bahawa seolah-olah wujud “konflik” dalam isu apabila kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak juga membawa nama untuk pengisian jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan negeri.
Apa yang menarik ialah ini kali pertama kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terlibat dalam soal mengesyorkan nama calon bagi jawatan itu.

Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum Mac 2008.

“Berdasarkan pada masa lalu nama dibawa kerajaan negeri lazimnya seiring dengan pandangan pusat, tetapi ini kali pertama kerajaan negeri membawa tiga nama dan pada masa yang sama persekutuan dikatakan akan membawa nama pengarah Jais,” kata sumber itu.

Semalam, Mohammed Khusrin menolak laporan sebuah portal bahawa beliau akan menamatkan khidmatnya di Jais bulan depan.

Laporan itu yang turut memetik sumber berkata, Mohammed Khusrin akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan tetapi ia dilihat sebagai satu “kenaikan pangkat”. - The Malaysia Insider

Baca Seterusnya......

Jab Pelajaran Larang Sekolah Di Kedah Gantung Gambar MB

Sumber Kelab GB

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. -SH

Baca Seterusnya......

Gambar Sekitar Kahwin Perdana Anjuran Kerajaan Kelantan

Sumber Kelab GB

Menghulurkan bunga untuk isteri tersayang


Kata Tuan Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar..."



YAB Tuan Guru sedang menyampaikan khutbah nikah





Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan.

YAB Tuan Guru sedang menikahkan pasangan pertama









Salah satu pasangan Orang Asal. Sebanyak 18 pasangan Orang Asal telah dinikahkan di dalam majlis ini. Alhamdulillah.



Majlis Jamuan selepas majlis akad nikah






SUMBER GAMBAR dari FB TGNA. Caption gambar oleh Malaysiaberih

Baca Seterusnya......

Lori Terbalik Berhampiran Lokasi Nahas Bas Bertingkat

Lori terbalik di lokasi Nahas Bas
- NSTpix by Ikhwan Munir

Sebuah lori membawa tar jalan terbalik di longkang setelah pemandunya terbabas dan hilang kawalan semalam.

Pemandu lori tersebut dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang sedang memotong dari arah bertentangan di KM7 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, tidak jauh dari lokasi kemalangan bas bertingkat yang mengakibat 28 penumpangnya terbunuh pada hari Isnin lalu.

Walau bagaimanapun di dalam kejadian semalam, tiada kemalangan jiwa setakat ini dilaporkan ekoran insiden itu.

Baca Seterusnya......

Saturday, December 25, 2010

Fakta belanja Perdana Menteri Malaysia

Sumber Tranungkite
"konvensyen pakatan rakyat ke 2Apabila Pakatan Rakyat menawarkan tawaran menarik kepada rakyat jika diberi kuasa memerintah, dikatakan belanja itu akan memufliskan negara. PM kata tak realistik. Apa yang tak muflis dan yang realistik? Apabila dilihat pula angka-angka perbelanjaan (baca: PEMBOROSAN) dalam atau luarnegeri PM dan isteri (atas portfolio apa?), ia menggambarkan kerakusan nafsu yang sangat gelojoh tanpa taqwa.

Menggunakan kuasa eksekutif tertinggi bagi menghabiskan sebanyak mungkin wang negara dan rakyat. Lawatan perlu. sidang perlu, projek pembangunan perlu tetapi dengan jumlah yang dihabiskan agak tak masuk akal. Kebobrokan yang selepas satu didedahkan, lain pula yang datang namun adakah fakta angka-angka ini diketahui oleh rakyat terutamanya orang kampung dan anak muda? Kempen kesedaran bermaklumat inilah yang barangkali perlu difikir agar maklumat angka dan fakta ini sampai kepada sasaran dan bila rakyat bangkit, BN akan sakit. Bila rakyat berubah, BN akan rebah.

Fakta belanja Perdana Menteri Malaysia:

Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.
Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.
Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.
Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).
Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini.
Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.
Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara.
Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.
Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong.
“Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?” tanya beliau.
artikel lain (dari malaysiakini):

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran baru-baru ini yang didakwanya telah memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

Ianya berhubung hasrat Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan.

pkr congress 281110 anwar ibrahim“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan
menyebabkan Malaysia muflis,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaannya.

“Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

“Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran),” katanya lagi.

Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

“Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN.

“Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru.

“Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan,” katanya.

Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

“Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

“Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini,” katanya.

Hakikatnya, tegas Anwar lagi, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan Umno/BN.

Menurutnya, isu kualiti pendidikan ditimbulkan sejak sedekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon berkualiti tinggi.

“Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan,” tegas Anwar.

Semalam, tambahnya, akhbar melaporkan persetujuan perdana menteri untuk menubuhkan badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

“Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno/BN memberikan reaksi cemas.

“Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari. Ini bukanlah caranya kita merancang kebajikan pendidikan negara.

“Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan bersuara.

“Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” tegas Anwar.


Baca Seterusnya......

Siapakah yang cuba dipermainkan Najib?

Sumber Tranungkite
tony pua teh tarik_250_220KUALA LUMPUR: Jika seseorang itu menerima gaji RM3,000 sebulan, tanpa perlu menyara anak bini, hidup membujang dan tinggal bersama ibu bapa dan tiada pinjaman perumahan dan kereta yang perlu dibayar, kenaikan 20 sen untuk "teh tarik" tentu tidak terasa.Bagaimana jika individu itu terpaksa menyara anak isteri, termasuk makan minum dan pakaian, insuran, kereta, pinjaman perumahan dan kredit kad untuk dibayar, adakah dia akan merasa perit?

Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2007 adalah lebih sedikit dari RM3,500 sebulan. Gaji bersih selepas ditolak potongan wajib mungkin pada paras RM3,100.

Setelah ditolak pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit, individu ini menjadi miskin mengikut garis kehidupan di bandar dan kenaikan 55% barangan keperluan harian sudah pasti membebankan ke atas perbelanjaan isi rumah.

Inilah apa yang sebenarnya berlaku sejak Januari 2010, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan juga Pengerusi Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.

Gula – barang pengguna utama

Harga gula putih, sama ada kita mempercayainya atau tidak, yang menjadi barang pengguna utama bagi setiap isi rumah, telah meningkat 55%.

Pada Julai, kerajaan melancarkan program kenaikan harga "5 dalam 1", menaikkan harga petrol RON95 dan RON97, diesel, gula putih dan gas cecair asli (LPG) termasuk gas masak sehingga 15.2%.

Pada 3 Disember lalu, tidak sampai lima bulan kemudian, mereka melancarkan beberapa siri kenaikan harga barang.

"Kali ini harga RON95 naik lima sen kepada RM1.90 seliter, diesel dengan lima sen seliter kepada RM1.80 dan LPG dengan lima sen kepada RM1.90 sekilo. Gula sekarang pada paras RM2.10 sekilo.

"Malahan untuk gula putih, termasuk kenaikan 20 sen pada Januari selain dari kenaikan 25 sen dan 20 sen pada Julai dan Disember, bermakna harganya telah meningkat lebih 55% tahun ini sahaja," kata Pua.

"Impak minima"?

Beliau berkata, Persatuan Kedai Kopi Kuala lumpur dan Selangor baru-baru ini menempelak dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa kenaikan harga akan memberi "impak minima" kepada isi rumah di Malaysia.

Pada Julai, Pemandu, unit di Jabatan Perdana Menteri berkata harga baru "teh tarik" adalah di sekitar RM1.0155 setelah program rasionalisasi dan pemotongan subsidi petrol.

Mereka mengiklankannya dalam satu muka surat penuh iklan pada semua akhbar arus perdana.

"Tapi sebenarnya harga "teh tarik" dan "kopi susu" ialah RM1.20. Kini dengan kenaikan 20 sen harga minuman akan naik lebih tinggi," katanya.

Menurut Pua, ada sesuatu yang tidak kena dengan kaedah yang digunakan dalam pengiraan yang melibatkan ekonomi kita dan pemahaman para pemimpin tentang kira-kira yang mudah.

"Ada pegawai di Pemandu yang gagal dalam mata pelajaran matematik. Pertama, terdapat percanggahan yang jelas dalam harga "the tarik" di antara kertas nota yang dikeluarkan pada Julai ialah RM1.00 berbanding harga baru RM1.20 pada kertas nota pada Disember.

Mengenai perkara ini, kerajaan perlu jelaskan "misteri" kenaikan 20% pada harga asas di antara Julai dan Disember," katanya.

"Hidup di alam khayalan

Beliau mendakwa Barisan Nasional dan Pemandu "hidup di alam khayalan" mengenai kenaikan harga melibatkan kenaikan 1.55 sen atau malahan 1 sen.

"Saya telah mengeluarkan kenyataan pada Julai bahawa Pemandu harus "dipuji" kerana menerbitkan angka-angka yang salah itu, yang hanya sesuai dalam alam khayalan. Mereka gagal memahami dinamik pasaran berhubung harga barangan dan perkhidmatan.

"Untuk membuktikannya, semalam akhbar-akhbar Cina melaporkan Persatuan Kedai Kopi Kuala Lumpur dan Selangor mengumumkan cadangan untuk menaikkan harga semua jenis minuman sebanyak 20 sen bermula 1 Januari 2011.

"Kopi susu dan harga susu akan dinaikkan dari RM1.20 kepada RM1.40 iaitu kenaikan harga sebanyak 16.7%," kata Pua.

Beliau berkata, minuman kesukaan ramai "teh herba" akan dinaikkan dari RM1.10 kepada RM1.30 iaitu kenaikan harga sebanyak 18%.

Tetapi Pemandu mendakwa kenaikan harga "teh herba" hanya 1.2% sahaja, iaitu dari RM1.00 kepada RM1.012.

Putar belit data-data

"Malahan, dari setiap 70 item makanan dan minuman yang disenaraikan dalam kertas nota Rasionalisasi Subsidi, tidak ada barangan yang dijangka meningkat melebihi 1.9% selepas kenaikan semua harga barangan yang terbaru ini.

Lebih memalukan apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Tan Lian Hoe mendakwa kenaikan 10 sen dalam harga minuman adalah "lebih munasabah".

"Kenaikan 10 sen bermakna kenaikan 8.3% untuk "teh tarik" dan "kopi susu", 10 kali ganda lebih tinggi dari kenaikan 0.83% yang didakwa oleh Pemandu.

"Kerajaan seharusnya berhenti dari memutar-belit data-data ini yang hanya memperlihatkan kebodohan mereka dalam memahami angka-angka," kata Pua.

Siapakah yang cuba dipermainkan Najib?

Baca Seterusnya......