Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, May 31, 2013

Belum sebulan perintah Kedah ...

ZULKIFLI YAHAYA

Semua Adun Kedah menerima surat rasmi berhubung Majlis Angkat Sumpah Adun dan persidangan pertama Dun untuk penggal baru yang dijadualkan pada 3 Jun 2013. Sejurus selepas itu mereka menerima pula panggilan telefon dan SMS dari pihak sekretariat Dun Kedah berhubung pembatalan majlis angkat sumpah tersebut.

Maklumat terbaru, tarikh tersebut ditunda ke 23 Jun 2013. Setelah disiasat punca penundaan tarikh tersebut ialah kerana Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir pergi bercuti ke London. Aduh, ada juga kerajaan begini rupanya.

Beberapa hari selepas dilantik jadi Exco Pengangkutan, Dato' Tajul Urus Md Zain mengumumkan kesediaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini. Kononnya, supaya para pemandu mematuhi peraturan jalanraya. Berbulan-bulan sebelum PRU13 rakyat bangun menentang AES dengan segala fakta dan hujah. Alih-alih baru dua minggu jadi Exco, sudah menunjuk kuasa.

Mengulas kenyataan Exco berkenaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ziki Abdul Rahman berkata AES masih belum boleh dilaksanakan di negeri ini. Pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana belum mendapat arahan dari pihak kementerian. Ibarat 'lembu dogiang' baru dapat kuasa di negeri, sudah lebih laju dari Pusat.

Exco Kerajaan Tempatan, Badrul Hisham Hashim pula mengumumkan kesediaan mengkaji untuk mengembalikan kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).

Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya.

Di masa Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah.

Polisi itu mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak PAS.

Dalam meredakan kemarahan masyarakat Cina yang termakan hasutan rasis Gerakan dan MCA itu, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi yang memegang potfolio kerajaan tempatan pada masa itu menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang di"swapping" cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.

Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.

Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar.

Timbul pula persoalan pada masa itu mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?

Jawapan yang diberi kerajaan negeri ialah, kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah.

Maksudnya begini: Apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk "swapping", asalkan keluasannya sama.

Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang di"swapping".

Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.

Phahrolrazi adalah orang yang bertanggungjawab menggubal polisi kuota perumahan 50-50 tersebut. Beliau bertanding di Dun Pengkalan Kundor yang mengandungi 22.82 peratus pengundi Cina. Phahrolrazi menang dengan majoriti lebih besar daripada PRU12, membuktikan bahawa umumnya orang Cina langsung tidak termakan isu rasis yang dimainkan Gerakan dan MCA.

Tiba-tiba kerajaan Umno Kedah menjadi tikus kepada parti Gerakan dan MCA. Malang nasib Melayu Kedah. Baru mula pegang kerajaan tidak sampai sebulan, kerajaan Umno Kedah sudah tempang.

Baca Seterusnya......

Thursday, May 30, 2013

Turun Harga Kereta: "AKU JANJI" Dah Bertukar Jadi "AKU KAJI"

BN mula khianati janji turun harga kereta

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.

Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.

“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.

Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.

“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.

Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.

“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini

Baca Seterusnya......

Wednesday, May 29, 2013

Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA

StadiumDarulMakmur2
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian

StadiumDarulMakmur3 StadiumDarulMakmur4StadiumDarulMakmur1 StadiumDarulMakmur2
StadiumDarulMakmur5
Seorang penonton terkena objek terbang

Baca Seterusnya......

Kementerian Rancang Hapus Jaminan Jawatan Guru Pelatih


PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.

"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.

"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini Isnin.

Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.

"Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya.

Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.

Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing.- BERNAMA

Baca Seterusnya......

Monday, May 27, 2013

Saiful Bukhari dan Nik Suryani selamat diijabkabul


Selepas menjalin perhubungan sejak dua tahun lalu, hari ini Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.
   
Ketika ditemui pemberita, Mohd Saiful berkata perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah, namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri.
   
Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
   
"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.
   
Dengan sekali lafaz, Mohd Saiful sah menjadi suami Nik Suryani dan majlis akad nikah pengantin baharu itu disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin.
   
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Nik Suryani, Megat Deraman Megat Stan pada kira-kira jam 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.
   
Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung.
   
Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu.
   
"Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya.
   
Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.
   
Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain.
   
"Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya.
   
Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada 8 malam ini pada majlis resepsi pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun.- Bernama

Baca Seterusnya......

Rupanya Individu Hina Sultan T'ganu Penyokong Tegar Umno

Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan.

Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Membaca apa yang ditulis oleh Cucu Nabi dari Kemaman Terengganu ini rupa-rupanya peminat Umno.

Dia begitu marah sehingga menghina Sultan Mizan seperti di atas kerana tidak bersuara tentang perhimpunan Blackout 505 di Terengganu sebelum ini.Ini juga bukti dia peminat tegar Umno… ~lagi.my

Baca pendedahan selanjutnya di SINI.

Baca Seterusnya......

Friday, May 24, 2013

Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini


1.Wanita Ananah: wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah: wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna:-

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Wallahu'alam.

Baca Seterusnya......