Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, October 23, 2008

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

* Tepung Beracun
* Pelembut Doh
* Sisa Racun Makhluk Perosak
* Logam Berat
* Pemutih
* Pengemulsi
* Rambut Manusia (L-cysteine)
* Agen Pengurang
* Pengawet
* Terlalu Banyak Garam
* Lemak Trans
* Terlalu Banyak Yis
* Enzim Ubah Suai Genetik
* Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.


Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).



Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.


Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.


“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.


1. Terlalu Banyak Bahan Penambah


Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)


Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.


Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.


Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti.


Apa Lagi Dalam Roti Anda?


Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.


Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate, calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji (karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat dalam satu masa.


Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk memastikan bentuk bulat dan ringan.


Sesetengah pelembut doh yang dipanggil “agen pengoksidaan” (contohnya bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang lebih halus dan serbuk halus.


Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya Stearoyl-2-lactylate, melembutkan serbuk dan menguatkan doh. Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.


Pengemulsi: Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti menjadi hapak. Beberapa contoh adalah


Agen Pengurang: Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920), cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu binatang dan juga rambut manusia.


Bahan Pengawet: Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.


2 Terlalu Banyak Garam


Tahukah anda bahawa di United Kingdom, kerajaan mengklasifikasikan roti yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perisa dalam roti.


Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.


Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.


3 Lemak Trans Tersembunyi


Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu membakar dan menyejukkan roti.


Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk proses membuat roti secara industri.


Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran - proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih tepu).

Lemak trans menyebabkan:

* Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
* Arteri tersumbat.
* Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk digunakan sebagai sumber tenaga). (Penentangan insulin dikaitkan dengan kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
* Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.


4. Penggunaan Yis Berlebihan


Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan – tepung, air, garam dan ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 – 3 kali jumlah yis biasa berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida albicans dalam beberapa dekad yang lalu.


Yis diubah suai secara genetik:
Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik. Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian boleh didapati – satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori.)

Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik daripada organisma hidup – dalam perkataan lain, mengubah blueprint keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal. Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian, tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.


Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya mereka boleh makan dengan selamat.


Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang dinamakan methylglyoxai.


5. Enzim Meragukan


Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia diperolehi daripada sumber tumbuhan, binatang, kulat dan bakteria. Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.


Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden.. Malah, seluruh enzim digunakan dalam pembakaran. Namun ia dinamakan “bantuan pemprosesan,” yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah, kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim tambahan.


Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang selepas pembakaran.


Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak berbanding dalam roti biasa.


Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutaminase, digunakan untuk menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.


Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen). Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: “The Shocking Truth About Bread,” The Independent, 29 Ogos 2006).


Enzim diubah suai secara genetik:
Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan. Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar boleh menjadikan roti tahan lebih lama.


Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar. Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.


Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap kesihatan.


Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.


6 Tepung beracun


Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang kekal di dalam tepung itu.


Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.


Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai sifat yang menyerap dan menyimpan air.


Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut, tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.


Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.


Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300) boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai palsu.


Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah lazim digunakan.


Fakta mengenai tepung:
Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan.


Tidak seperti hari ini. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu, tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.


Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada kanji tidak putih.


Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat kaki makan air (athletes’ foot).


Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden. Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan germa.


Vitamin E di dalam germa dimusnahkan – satu kehilangan disebabkan gandum tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.


7 Sisa racun makhluk perosak


Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan, juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual hari ini.


Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.


Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan endometriosis.


Dikesan dalam roti:
Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 “roti biasa” yang diuji, yang termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti “lain” (9).


Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk perosak bijirin yang disimpan).


Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun, sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti “lain” mengandungi 2 sisa racun.


Ini menimbulkan kebimbangan di Britain memandangkan kesan jangka panjang ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta kanak-kanak kecil.


8 Logam berat


Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat. Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya jarang ditemui di dalam roti Australia. Kadmium datang daripada baja fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria Australia 2003).


9 Tiada Nutrien


Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud “Roti putih yang diperkaya” seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan.


Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya sehingga 90% malah 100% nutrien.


Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus, lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam proses yang dinamakan “pengayaan.”


Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E, 52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium, kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).


Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah “Kurang bermutu” (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.


10 Rambut manusia – Haram bagi umat Islam


Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk roti.


Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).


Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di Malaysia. Menurut Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.


Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan kilang roti atau pelembut doh.


Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.


PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE


Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh diperolehi daripada rambut manusia.


Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi L-cysteine, seperti roti, pisa (dan juga perisa makanan lazat).


-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP)

Baca Seterusnya......

Visi Rasulullah s.a.w Melampaui Zamannya

“Daripada Abu Umamah daripada Nabi S.A.W. bersabda: Segolongan dari umatku akan mengisi malam harinya dengan makan dan minum dan macam-macam permainan, kemudian pada pagi harinya mereka akan menjadi monyet dan khinzir dan didatangkan ke tempat mereka angin untuk menghancurkan mereka sebagaimana dihanyutkan umat-umat yang sebelum kamu, disebabkan mereka menghalalkan arak, memukul rebana dan mempergunakan alat-alat muzik yang berwatar.”
-Riwayat Ahmad; Nail al-Autar(1)

* Hadis di atas diucapkan lebih seribu empat ratus dua puluh tujuh tahun yang lampau.
* Hadis ini dalam kategori hal-hal kehalalan dan kefasidan seni hiburan dan risikonya.(2)
* Ia bukan saja pemberitahuan semasa tetapi juga mempunyai visi melampaui zamannya.


Bukan soal haram halal atau mubah dunia muzik atau nyanyian untuk memperkuatkan hujah tulisan ini. Tetapi kesan dari kenyataan ini yang perlu kita lihat.

Kekuatan dan kebenaran hadis ini dapat kita lihat dari fenomena alam atau bala yang telah menimpa dibeberapa tempat walaupun fenomena atau bala ini boleh dipertikai sebab musababnya, misalnya mengapa di kota New York atau Copenhegan atau di bandar besar yang penuh dengan maksiat tidak berlaku. Sebaliknya ada dua tiga tempat saja seolah-olah menjadi pilihan ‘bala Allah’ ini, seperti Tsunami atau banjir besar atau angin taufan.

Jawapan dari mereka yang benar-benar memahami sifat Iradah Allah ialah; itulah kehendak dan kekuasaan Allah.

Kita tidak bermaksud hendak membahaskan persoalan ini. Tetapi yang penting melalui hadis ini ialah bagaimana:

* Ada golongan yang mengisi waktu malam dengan makan, minum dan bermacam-macam permainan ( dalam konteks hiburan) lalu paginya (keesokan hari) mereka menjadi monyet (kera) dan khinzir (babi).
* Kemudian didatangkan ke tempat mereka angin ribut.
* Mereka hancur, hanyut seperti umat-umat sebelum mereka kerana;

Mereka menghalalkan arak, berpesta muzik.

Tentulah menjadi tanda tanya mengapa lewat hadis ini dijelaskan pada pagi harinya mereka menjadi monyet dan khinzir? Tidak anjing, tidak kuda dan tidak jebon atau tidak seekur naga besar?

Di sinilah kita dapat melihat bagaimana kekuatan dan kelampauan visi hadis ini dalam permasalah keruntuhan sosial akibat pengaruh muzik dan hiburan, minuman yang memabukan.

Memang patut gambaran yang diberikan itu kera (monyet) dan khinzir (babi), tidak yang lain.

Apabila mereka menghabiskan malam yang dianugerhkan oleh Allah itu untuk berehat, melepaskan lelah tetapi digunakan sepenuhnya dengan pesta-pestaan, menggemercingkan suasana bening malam dengan watar dan gendang, dengan tempik havy dan jeritan metal, maka mereka keesokan harinya diumpamakan seperti monyet. Juga apabila mereka berpada-pada dengan arak, perpasangan di pantai, berbogel, perpelukan di kelab dan di pub-pub, sama ada ruang eksklusif atau bertaraf lima bintang, dibawah kemuraman lampu neon, mereka sebenarnya sedang membentuk menjadi monyet keesokan harinya.

Mengapa monyet atau kera?

Mengatakan manusia (telah) bertukar menjadi monyet dan khinzir bermula dari cerita Al-Qur`an sendiri bilamana kaum Yahudi menderhaka atau melanggar perintah yang ditetapkan oleh Allah, iaitu melanggar larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.(3)

Adapun yang disebut oleh Al-Qur`an tentang satu golongan kafir yang ditukar menjadi kera dan khinzir atau mereka yang melakukan jenayah terhadap para nabi seperti Yahudi, ada beberapa pandangan mufassirin dalam hal ini. Ada yang berkata golongan tersebut benar-benar bertukar menjadi kera dan babi dan telah keluar daipada alam manusia.

Ada pula yang mengatakan bahawa bahawa perubahan tersebut adalah dari segi majaz kerana kera dan babi mempunyai sifat yang buruk dan perangai yang bersifat keji. Maka apa yang dimaksud di sini ialah mereka (Yahudi) berubah dari segi sifat yang buruk sahaja, tidak dari segi fizikal dan ada yang berpendapat jika pun berubah dari segi fizikal, ia tidaklah kekal kerana selepas itu semuanya mati.(4)

Bagaimana pun sekiranya kita teliti hadis di atas ia tidak menyimpang maksudnya, iaitu menjadi kera (monyet) dan babi (khinzir) apabila mereka menghiasi malam dengan hiburan, pesta, konsert bersama minum dan sebagainya.

Menurut Dr.Manie` Abdul Halim Mahmud Dekan Fakulti Usuluddin Al-Azhar berpendapat bahawa ayat-ayat tersebut yang menyifatkan Yahudi sebagai kera dan khinzir adalah berita/ cerita yang disebutkan oleh Allah sebagai peringatan kepada orang-orang Yahudi sekarang terhadap apa yang berlaku terhadap datuk nenek moyang mereka dahulu yang telah memperlekehkan suruhan Allah. Jadi transformasi Yahudi kepada kera dan khinzir adalah hal yang lepas sebagai peringatan.

Sementara itu, Syeikh Mohamad Ar-Rawi seorang Profesor Ilmu Hadis berpendapat bahawa Yahudi adalah benar-benar khinzir di bumi ini. Al-Qur`an jelas menerangkannya.(5)

Jika begitu, hubungkaitnya pengaruh hiburan melampau, pesta-pestaan, konsert, rock, havy metal yang disimpulkan oleh para ulama sekarang berpunca dari Yahudi, tidaklah menyimpang.”Millah’ Yahudi sangat berpengaruh dalam membentuk budaya lalai kerana mereka berpendapat, merosakkan umat Islam hanya satu cara; yaitu meresapkan budaya lalai seboleh mungkin, kerana di zaman mereka dahulu, mereka juga berpesta apabila upacara menangkap ikan sehingga Allah melarangnya pada hari tertentu.

Bukankah visi Muhamad S.A.W. seribu empat ratus tahun yang lampau ini sangat relevan apabila sabdanya seolah-olah menjadi kera dan khinzir.

Maka apakah tidak menasabah sekiranya pada malam hari mereka mabuk rasa, mabuk air, mabuk syabu, dihilai ketawa muzik-muzik lalu keesokan harinya mereka memiliki sifat-sifat begitu?

Akibat meningkatnya emosi yang cenderung berlebihan telah mempengaruhi peredaran darah sehingga mereka tidak dapat mengimbangkan emosi mereka sendiri, tidak mampu bersabar dan rilek. Maka mereka sememangnya seperti monyet atau kera.

Secara saintifik, monyet adalah seekur binatang yang pergerakannya sangat cerdas, melampaui batas. Monyet seekur binatang yang mudah memicu rasa gelisah dan khuatir yang berlebihan.

Karektar asal monyet ia senantiasa mencari kepastian tetapi oleh kerana malamnya mabuk dan pening dengan hiburan (dalam segala jenis) maka ia tidak merasa tenang walaupun ia memiliki 100 akal yang boleh didentikkan dengan tipu muslihat atau ambisius.

Maka sifat monyet ini ia sangat suka berkonfrantasi, pintar mencipta dualisme dan mahir memutarbalik fakta. Gerak geri monyet ini, perilakunya menarik perhatian sehingga ia mudah mendapat simpati pula.(6)

Kerana itu hadis yang mendakwa mereka yang menghabiskan malam dengan minuman dan hiburan yang tidak menjuruskan kepada halal atau mubah, risikonya adalah monyet. Untuk melihat kebenaran sabda Rasulullah ini, kita lihat lagi sifat-sifat monyet.

Jika lelaki yang pada malamnya diisi dengan makan, minum dan berpesta-pestaan (hiburan) maka ia merupakan perayu yang hebat mengikut Horoskop China. Dia memang pandai menyenangkan perempuan (jika di pesta-pestaan atau di kelab) dan lelaki seperti ini sangat pandai dan sanggup menghabiskan wang ringgitnya dengan berlian, permata, busana. Lelaki monyet seperti ini tidak pula akan menyerah diri mereka dan kebebasan mereka. Mereka akan membela kemandirian dengan penuh cemburu.(7)

Jika monyert seperti ini digambarkan oleh Rasulullah, yang mengisi malam dengan aktiviti begini, mereka adalah hanya menjadi kekasih bukan isteri. Di malam yang diisikan itu mereka berusaha berpura-pura mengelak dari bernikah dan pada keesokannya mereka melompat seperti monyet kerana mereka telah melepasi garis penipuan.

Sifat monyet ialah suka kepada suaranya sendiri. Ini samalah dengan mereka akan berkaraoke dan ketawa apabila mendengar suara mereka.Mereka yang bersifat monyet juga suka menghabiskan waktu dan berpesta dengan minuman keras.

Sifat-sifat monyet juga berhati hangat dan akan menyerah tanpa motif. Lelaki monyet ingin dianggap baik. Luar biasa cerdasnya, disenangi, penanggung risiko yang menakjubkan.

Hadis Rasulullah S.A.W. di atas hanya menyebut monyet secara umum. Dalam ilmu Horoskop China, ada lagi apa yang dinamakan Monyet Kayu. Apabila malamnya dihabis dengan pesta-pestaan, konsert, Hip Hop dan lain-lain bersama minum dan pil-pil khayal, maka keesokan harinya mereka akan menjadi lelaki yang bijak menyertai sosial, pandai berpura-pura dan sama sekali tidak sesuai dijadikan kawan. Perilaku mereka tidak bagus; itulah Monyet Kayu.

Hiburan yang leka bersama minum di luar sempadan pada waktu malamnya bukan mustahil ia seperti dimeditasi sifat-sifat kemonyetan. Visi Rasulullah melalui hadis di atas memungkinkan terjelma lagi kelakuan Monyet Kayu. Di antara kelakuan-kelakuan Monyet Kayu ialah menonjol diri,licik, suka berkelompok dan tidak jujur, mempertahankan kebebasan pribadi dan inilah di antara sebab masalah sosial yang sering berlaku.

Selainnya suka mencari rezeki secara melompat dari satu tempat ke satu tempat. (bayangkan kejadian-kejadian samun dan ragut) Apabila mereka marah dan berontak mereka akan merosakan tanaman, (bayangkan apabila berlaku rusuhan, rogol, perbuatan biadap dengan ibu bapa) dan suka mencari kutu sesama mereka ( bayangkan ketika mereka melepak di tangga-tangga pasar raya atau di tepi jalan.) Monyet Kayu ini juga akan cepat marah, bengis dan suka merosak keadaan keliling, ( bayangkan kejadian-kejadian apabila ada teguran dan nesihat terhadap golongan ini).

Ternyata apabila malam golongan ini berpesta dan kemabukan rasa, visi Rasulullah S.A.W. ini menggambarkan esok mereka menjadi monyet. Menurut Horoskop China lagi, Monyet Kayu merupakan kelompok yang ‘geng-geng’ atau puak-puak. Mereka akan saling menyerang manakala monyet betina mengekori monyet jantan. (bayangkan apabila adanya kelompok bermotosikal yang pemboncengnya dari anak-anak gadis yang erat memeluk pinggang boy freindnya)

Begitulah halnya sekiranya kita ingin melihat sebuah visi Rasulullah S.A.W. apabila ada golongan yang menghabiskan malam dengan pesta-pestaan, hiburan dan minum-minum dan keesokan harinya menjadi seperti monyet dan khinzir.

Mungkin ulasan dan pandangan terhadap hadis ini keterlaluan, keras dan melampau. Lebih-lebih lagi tidak pernah ditulis oleh orang. Tetapi bagi penulis, kita mempunyai hak dan bebas membuat kesimpulan melalui visi hadis tersebut dengan keadaan sekarang.

Lihat saja visi kedua Rasulullah S.A.W. lewat hadis ini, iaitu ada yang menjadi khinzir atau babi. Mengapa khinzir kepada mereka yang menghabiskan malam dengan pesta-pestaan atau minum-minum?

Sekiranya kita mahu menganalisa sedikit, kita akan bertemu betapa tepat dan jitunya visi hadis ini.

Khinzir atau babi adalah binatang yang haram dimakan. Begitu hukum Allah.(8)

Babi ada dua jenis, iaitu babi hutan (liar) dan babi ternakan.Babi jenis ini telah dipelihara sejak 5,000 tahun. Babi senang biak. Seekur babi beranak dua kali setahun melahirkan 10-12 ekor anak.(9)

Kenapa golongan Yahudi bertukar menjadi babi diceritakan oleh Al-Qur`an di dalam surah Al-Baqarah:65, Al-Maidah:60 dan Al-A`raf:166.

Muhamad Abduh, Imam dan pemikir besar di zaman lampau, ketika berkunjung ke Perancis beliau ditanya apakah rahsia Islam mengharamkan makan babi? Lalu beliau berkata: babi makan sampah yang mengandungi cacing pita, mikroba dan bakteria.

Tetapi jawapan itu disanggah dengan jawapan sedikit saintifik kerana kuman-kuman begitu tidak ada lagi kerana babi dipelihara dengan bersih dan bersistem.

Muhamad Abduh meminta mereka yang bertanya menyembelih dua ekur ayam jantan dengan seekur ayam betina dan dua ekur babi jantan berserta seekur babi betina.

“Untuk apa?” mereka bertanya.

“Lakukan dulu kemudian kalian akan melihat rahsianya,” jawab Abduh.

Apabila permintaan Abduh dipenuhi, maka dilepaskan dua ekur ayam jantan dan seekur ayam betina dalam satu kandang. Kedua-dua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina itu, sehinggalah kedua-duanya jadi letih dan tewas.

Abduh menyuruh mengurungkan ayam-ayam itu kemudian disuruh melepaskan dua ekur babi jantan bersama dengan seekur babi betina. Satu keanihan berlaku. Babi jantan yang seekur membantu babi jantan yang seekur lagi melakukan seks terhadap babi betina, tanpa cemburu, tanpa ada harga diri kejantanan atau pun cuba mengawalnya.

Abduh pun membuat ulasan: Saudara-saudara, daging babi membunuh ghairah orang yang memakannya. Itulah yang terjadi kepada sekelian orang. Seorang lelaki dari yang bersifat seperti babi akan melihat isterinya bersama lelaki lain dan dibiarkan saja tanpa rasa cemburu dan harga diri kerana itulah kononnya hukum sosial. Seorang bapa di antara golongan seperti babi ini hanya melihat anak perempuannya bersama lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was.”(10)

Pandangan Muhamad Abduh terkemudian dari hadis Rasulullah S.A.W. manakala visi Rasulullah sudah seribu empat ratus tahun yang lampau. Sekiranya kita mahu berfikir, itulah yang dibimbangi sekiranya ada golongan-golongan yang menghabiskan malam dengan pesta-pestaan, berhibur sampai melampaui batas dengan minum dan jenis dadah. Yang jelas golongan ini tidak akan bertukar menjadi babi tetapi pasti menjadi seperti apa yang dijelaskan oleh mufassirin hadis, iaitu berubah menjadi sifat yang buruk seperti monyet dan khinzir, tidak di segi fizikal.(11)

Demikianlah jika kita melihat visi hadis Rasulullah S.A.W. ini. Tulisan ini tentu agak menyimpang dari huraian biasa tetapi apa yang diharapkan ia akan menjadi titik tolak perbincangan sekiranya ia boleh ditolak atau mempunyai tafsiran lain.

Wallahu aklam.

Dipetik dari buku Haramkah muzik, menyanyi dan menari; Prof H.M.Toha Yahya Pmar M.A.

Baca Seterusnya......

Wednesday, October 8, 2008

Baca Seterusnya......

Monday, October 6, 2008

Puasa Enam dan Persoalan mengenainya

"بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ . رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا . رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ . آل عمران: 133
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ . رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا . رواه البخاري
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين
Akhukum: Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
04 Syawal 1429h- 041008M
www.abuanasmadani.com

Diambil dari TKO.

Baca Seterusnya......