Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 27, 2009

Maklumat Nombor Dan Perkataan Pada Tayar.

Setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan ketahanannya, termasuk minggu dan tahun keluaran. Sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.


Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Sumber Berita Harian

Baca Seterusnya......

Saturday, April 25, 2009

English hurts Arabic schools warn

DUBAI // A state school programme that uses English to teach maths and science is threatening to undermine pupils’ Arabic skills, school principals have warned.

One said the Arabic vocabulary of younger children is so poor, some cannot name their body parts.


Principals from the Madares Al Ghad (Schools of Tomorrow) programme, commonly known as MAG, took their concerns to the Federal National Council (FNC) yesterday. They want the Ministry of Education to take action.

The MAG programme was introduced into 50 schools in the UAE in autumn 2007 by the ministries of Education and of Higher Education and Scientific Research as a pilot programme. One of the main goals is to create bilingual graduates by teaching maths and science in English, as well as the English language.

Though principals said there were benefits to the programme, such as an improvement in pupils’ English skills and a marked rise in the use of analytical skills, most principals admitted to being disappointed with what they described as an “unrealistic” curriculum.

“We have noticed that the younger children just don’t use their Arabic as much; their vocabulary is suffering,” said Toubi Ali, principal of Al Khulafa Al Rashideen Primary School in Dubai.

“They cannot even describe all their body parts in Arabic, because they are learning the English words for them instead in their science classes.”

One of the objectives of the MAG programme is to change from rote-based teaching to student-centred learning, and to produce graduates proficient in both Arabic and English.

Many students are spending five to six years at university, because they are forced to take remedial courses in English before they can enter federal universities where the primary language of instruction is English.

Creating a curriculum that is strong in both languages is meant to eliminate that problem.

But some principals feel that students’ Arabic language skills are suffering as a result.

“Our kids should be taught English as a language, not have it be used as the language of instruction for all students at the expense of Arabic,” said Hamda Yousef, principal at the Dubai Modern Education School.

“Arabic language should be the priority; it is the mother tongue, the language of our culture, and the language of our religion.”

Principals also worried that teachers not proficient in English are teaching mathematics and science in English.

“Our teachers are not strong in English — they are Emiratis who teach in Arabic,” said Mrs Ali, from Al Khulafa Al Rashideen Primary School.

“For us to come now and ask them to teach maths and science in English to our students, which is exactly what MAG is about, is not realistic.”

Maryam al Jassmi, principal of Hessa Bint Al-Mor Primary School in Dubai, said the instruction of mathematics and science in English was causing problems between students and their parents.

“The parents are not as good in English, so they can’t help their children with homework, or explain a concept to them, and in turn, the children don’t know their numbers in Arabic, or their science terms even. There has to be a solution for this if we want our kids to be truly bilingual.”

Some principals, however, said there were benefits to the MAG programme, which involves English-speaking mentors training usually Arabic speaking teachers.

“The kids are better conversationalists,” said Khawla al Mulla, principal at Alnoof High School in Sharjah.

“The change in teaching methods has lead to better English grades and better teachers.”

Intissar Issa, principal at the Maria Coptic for Secondary Education school said: “At first we were worried that the MAG teams sent to each school will have a negative impact on our kids, due to the cultural difference.”

“Instead, our students benefited from this cultural exchange, and had a reference to go to that is better than the internet or a dictionary. We noticed an improvement in their accents, as well as the accents of our teachers, and a big improvement in the English language skills of everyone.”

Both the principals and the members of the FNC agreed that to get students interested in Arabic, they need a dual curriculum that is as attractive as the English texts.
“The tools used to teach Arabic are not modern; they are not being developed,” said Hana Kanan, project manager of the MAG School programme.



From Fudzail's blog (Dubai Version)

Baca Seterusnya......

Menarik : Terapi Penafasan Untuk Menghilangkan Sakit Kepala Dan Keletihan.

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).
(Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold").



Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.
(When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa letih badan, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan hembusan secara bolak-balik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya dengan mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).


Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat letih.Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
(When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)


Cara tersebut boleh diajarkan kepada kanak-kanak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya nyeri. Kemudian saya berubat ke doktor dan beliau bergurau : "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak berkata omong kosong. Apa yang dia sampaikan didukung dengan teori dan bukti. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak juga sembuh.
(I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam. saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari seminggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama satu bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak datang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me).

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Saya memberitahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Ramai orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?).

Dengan mempraktikkan teknik terapi pernafasan ini secara istikamah (menarik dan mengeluarkan nafas), tubuh badan kita akan menjadi sangat rileks.
(Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition

Jika ingin membunuh diri, cubalah menutup kedua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa.
(When you are having suicide, please try to closed both of your nostril { right and left side } for about 2 hours, then you feel nothing 'aka' gone.

Semoga info ini sangat bermanfaat buat pembaca2 sekalian . . . .


Sumbangan Dari Blog AMBUYAT EL-BINANGKIT

Baca Seterusnya......

Wednesday, April 22, 2009

Diet Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah Anda.

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu. Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?


Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda. Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.

Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek : Yogurt

Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek : Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek : Sepotong kuih

Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Baca Seterusnya......

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

Berikut adalah 10 jenis makanan yang dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau memminum jusnya, sebenarnya ia menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
Ikan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam buah mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Seseorang yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Melalui kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Baca Seterusnya......

Teknik Bernafas Dengan Betul

Apabila diberitahu bahawa ramai orang dewasa tidak bernafas dengan betul, saya terperanjat kerana berpendapat pernafasan antara tindakan di luar kawalan yang berlaku secara semula jadi.Sebaliknya, bayi dan kanak-kanak melakukan teknik pernafasan yang betul. Baik si kecil atau orang dewasa, bukankah sama-sama bernafas melalui hidung, jadi di manakah bezanya? Jika diperhatikan, pernafasan bayi dan kanak-kanak sampai ke abdomen (perut) sedangkan pernafasan orang dewasa terhad hingga ke dada saja.

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Abd Kadir, berkata untuk bernafas dengan betul ada caranya iaitu tarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada.


Jika dada yang ternaik, bermakna teknik anda masih belum betul. Pada masa sama jika boleh, ‘kunci’ dubur (kemut) dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

Ulang teknik ini beberapa kali setiap pagi atau pada bila-bila masa. Latihan senaman pernafasan ini juga boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan, terutama ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Pernafasan yang baik dan betul ada banyak manfaatnya. Ini sebabnya tai chi, yoga, meditasi, pelbagai jenis sukan, termasuk seni mempertahankan diri, sangat mementingkan teknik pernafasan supaya ia memberi kesan lebih baik kepada badan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi sesetengah kerjaya seperti penyanyi, pemuzik, perenang dan atlit. Malah, untuk mengaji al-Quran dengan baik pun kita memerlukan teknik pernafasan yang betul.

Sebenarnya, teknik pernafasan ada kaitan dengan keadaan psikologi. Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat. Jadi untuk menenangkan diri, kita disaran supaya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.

Sememangnya cara ini boleh meredakan rasa cemas, panik atau marah. Bahkan teknik pernafasan juga digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan dan mengawal kemarahan.

Ada juga mengatakan, teknik pernafasan yang betul akan mempengaruhi kesihatan kerana ia boleh merangsang sistem limfa untuk berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana sel badan bergantung kepada sitem limfa untuk mengeluarkan bahan toksik dan cecair berlebihan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi pesakit asma. Apabila kita menarik nafas dalam-dalam, ia bermakna lebih banyak udara (terutama oksigen) akan masuk ke paru-paru. Cara ini secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan asma di kalangan pesakit.

Kajian terbaru yang dilakukan Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati, menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan beberapa minit sehari boleh membantu merendahkan tekanan darah.

Saintis yang diketuai Dr David Anderson percaya, cara kita bernafas ada kaitan dengan tekanan darah. Katanya, kaedah pernafasan yang dilakukan kebanyakan orang ketika ini menyebabkan kita kekurangan oksigen.

Apatah lagi tabiat pemakanan yang tinggi kandungan garam akan melemahkan fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan garam berlebihan tadi.

Tekanan darah tinggi seolah-olah menjadi penyakit biasa kerana kini orang muda turut mengalami masalah ini. Individu yang ada tekanan darah tinggi berisiko tinggi mendapat serangan jantung, strok, buah pinggang rosak, buta dan dementia (penyakit gangguan ingatan).

Meditasi, yoga, tai chi dan senaman lain yang setara dengannya membabitkan teknik pernafasan yang dalam dan perlahan dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Kajian klinikal yang dijalankan InterCure Inc ke atas pengguna alat khas untuk membuatkan mereka bernafas secara perlahan selama 15 minit sehari dalam tempoh dua bulan mendapati, tekanan darah responden menurun sebanyak 10 hingga 15 mata.

Bagaimanapun perlu diingat, pernafasan yang betul bukan pengganti kepada ubat, pemakanan atau senaman, sebaliknya ia boleh dianggap tambahan kepada rawatan sedia ada.

Bagaimana pernafasan boleh membantu merendahkan tekanan darah masih menjadi teka teki. Menurut Dr Anderson, pernafasan perlahan memang boleh merehat dan mengembangkan salur darah dalam jangka masa pendek, tetapi ia belum cukup untuk menerangkan keajaiban ini.

Satu kajian dijalankan di Hospital Harbor, Baltimore, Maryland menggunakan satu mesin khas. Didapati dalam keadaan tertekan, kita akan bernafas dengan cepat, pendek dan tanpa disedari kita juga akan menahan nafas.

Tindakan menahan nafas sebenarnya mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam darah, menyebabkan darah menjadi lebih berasid. Ia mengakibatkan kecekapan buah pinggang untuk menyingkirkan garam dari badan menurun. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Namun teori Dr Anderson masih memerlukan sokongan saintifik lain. Walaupun penerangannya masih dianggap lemah, teknik pernafasan yang betul dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lalu.

Tanpa penerangan saintifik pun, manfaatnya terbukti dan tidak rugi jika kita mempelajari dan mengamalkannya. Pada masa sama, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta rajin bersenam.

Baca Seterusnya......

Teknik Bernafas Dengan Betul

Apabila diberitahu bahawa ramai orang dewasa tidak bernafas dengan betul, saya terperanjat kerana berpendapat pernafasan antara tindakan di luar kawalan yang berlaku secara semula jadi.Sebaliknya, bayi dan kanak-kanak melakukan teknik pernafasan yang betul. Baik si kecil atau orang dewasa, bukankah sama-sama bernafas melalui hidung, jadi di manakah bezanya? Jika diperhatikan, pernafasan bayi dan kanak-kanak sampai ke abdomen (perut) sedangkan pernafasan orang dewasa terhad hingga ke dada saja.

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Abd Kadir, berkata untuk bernafas dengan betul ada caranya iaitu tarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada.


Jika dada yang ternaik, bermakna teknik anda masih belum betul. Pada masa sama jika boleh, ‘kunci’ dubur (kemut) dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

Ulang teknik ini beberapa kali setiap pagi atau pada bila-bila masa. Latihan senaman pernafasan ini juga boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan, terutama ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Pernafasan yang baik dan betul ada banyak manfaatnya. Ini sebabnya tai chi, yoga, meditasi, pelbagai jenis sukan, termasuk seni mempertahankan diri, sangat mementingkan teknik pernafasan supaya ia memberi kesan lebih baik kepada badan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi sesetengah kerjaya seperti penyanyi, pemuzik, perenang dan atlit. Malah, untuk mengaji al-Quran dengan baik pun kita memerlukan teknik pernafasan yang betul.

Sebenarnya, teknik pernafasan ada kaitan dengan keadaan psikologi. Apabila kita panik, cemas atau marah, kita akan bernafas dengan cepat. Jadi untuk menenangkan diri, kita disaran supaya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.

Sememangnya cara ini boleh meredakan rasa cemas, panik atau marah. Bahkan teknik pernafasan juga digunakan sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan dan mengawal kemarahan.

Ada juga mengatakan, teknik pernafasan yang betul akan mempengaruhi kesihatan kerana ia boleh merangsang sistem limfa untuk berfungsi dengan lebih baik. Ini kerana sel badan bergantung kepada sitem limfa untuk mengeluarkan bahan toksik dan cecair berlebihan.

Teknik pernafasan yang betul juga sangat penting bagi pesakit asma. Apabila kita menarik nafas dalam-dalam, ia bermakna lebih banyak udara (terutama oksigen) akan masuk ke paru-paru. Cara ini secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan asma di kalangan pesakit.

Kajian terbaru yang dilakukan Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati, menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan beberapa minit sehari boleh membantu merendahkan tekanan darah.

Saintis yang diketuai Dr David Anderson percaya, cara kita ber nafas ada kaitan dengan tekanan darah. Katanya, kaedah pernafasan yang dilakukan kebanyakan orang ketika ini menyebabkan kita kekurangan oksigen.

Apatah lagi tabiat pemakanan yang tinggi kandungan garam akan melemahkan fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan garam berlebihan tadi.

Tekanan darah tinggi seolah-olah menjadi penyakit biasa kerana kini orang muda turut mengalami masalah ini. Individu yang ada tekanan darah tinggi berisiko tinggi mendapat serangan jantung, strok, buah pinggang rosak, buta dan dementia (penyakit gangguan ingatan).

Meditasi, yoga, tai chi dan senaman lain yang setara dengannya membabitkan teknik pernafasan yang dalam dan perlahan dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Kajian klinikal yang dijalankan InterCure Inc ke atas pengguna alat khas untuk membuatkan mereka bernafas secara perlahan selama 15 minit sehari dalam tempoh dua bulan mendapati, tekanan darah responden menurun sebanyak 10 hingga 15 mata.

Bagaimanapun perlu diingat, pernafasan yang betul bukan pengganti kepada ubat, pemakanan atau senaman, sebaliknya ia boleh dianggap tambahan kepada rawatan sedia ada.

Bagaimana pernafasan boleh membantu merendahkan tekanan darah masih menjadi teka teki. Menurut Dr Anderson, pernafasan perlahan memang boleh merehat dan mengembangkan salur darah dalam jangka masa pendek, tetapi ia belum cukup untuk menerangkan keajaiban ini.

Satu kajian dijalankan di Hospital Harbor, Baltimore, Maryland menggunakan satu mesin khas. Didapati dalam keadaan tertekan, kita akan bernafas dengan cepat, pendek dan tanpa disedari kita juga akan menahan nafas.

Tindakan menahan nafas sebenarnya mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam darah, menyebabkan darah menjadi lebih berasid. Ia mengakibatkan kecekapan buah pinggang untuk menyingkirkan garam dari badan menurun. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Namun teori Dr Anderson masih memerlukan sokongan saintifik lain. Walaupun penerangannya masih dianggap lemah, teknik pernafasan yang betul dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun lalu.

Tanpa penerangan saintifik pun, manfaatnya terbukti dan tidak rugi jika kita mempelajari dan mengamalkannya. Pada masa sama, jangan lupa mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta rajin bersenam.

Baca Seterusnya......

Monday, April 20, 2009

Tips Mudah Nak Kuruskan Badan.

Semua orang nak kurus dan langsing mcm model...tapi tak ramai yang mampu kurus mcm tu....Diet, pil2 dah try tapi smpai skrg tak de improvement..Lagi mencanak naik adalah....So dibwh ni disebutkan tips2 mudah nak kuruskan badan...walaupun kadangkala sukar dak dilaksanakan.

1. Jangan guna jalan pintas(shortcut) yg boleh mendtgkan kesan sampingan cthnya tak makan nasi selama 3 bulan. Nasi adalah karbohidrat yg penting utk memberi tenaga. Karbohidrat, protein & lemak perlu ada dlm makanan seharian tapi perlu seimbang. Cuma kuantititi nasi hendaklah dikurangkan sebaliknya lebihkan makan sayur2an & buah2an segar. Cuba tukar gaya makan anda kpd ‘makan sayur berlaukkan nasi’ dan bukan ‘makan nasi berlaukkan sayur’. Namun diet hanya menyekat makanan/kalori berlebihan tetapi lemak dlm badan perlu dibakar. Jgn percaya pil2, ubat2 kuruskan badan.....kebanyakannya ada side effect..


2.Bersenam: senaman adalah pembakar lemak. Senaman perlu disiplin (minima 20 minit setiap kali, 3 kali seminggu) & jangan berputus asa. Mulakan dgn berjalan pantas atau berjogging atau berbasikal atau berenang bagi mengurangkan impak kepada sendi. Setelah stamina meningkat tambah masa senaman dari 20min ke 30min ke 45min dan seterusnya diselangselikan dgn mengangkat bebanan.

3. Banyakkan minum air kosong.

4. Parking kenderaan jauh sikit daripada tempat yg hendak dituju supaya boleh berjalan. Buat cam gambar bawah ni pon boleh.

5. Utamakan naik tangga dari naik lif.

6. Kurangkan makan di luar. Masakan sendiri kita boleh kawal garam, lemak dsbnya.

7. Jangan simpan coklat, biskut raya, chekedis, junk food di pejabat.

8. Jangan abaikan sarapan pagi, tetapi makan makanan berserat tinggi spt oat.

9. Jangan selalu timbang berat badan tapi guna ukuran seperti seluar dah longgar, boleh pakai jeans dgn selesa dsbnya.

10. Jangan target terlampau tinggi sangat, turun 1kg sebulan adalah lebih sihat berbanding 4kg dlm 1 bulan.

11. Libatkan keluarga dlm proses ini. Senaman bersama keluarga lebih bermakna bagi mengeratkan hubungan.

12. Lepas senaman atau aerobik jangan la pergi makan nasi lemak pulak.

13. Bagitau kawan2 atau keluarga target anda dan catat pencapaian anda dlm diari atau blog atau kat mana2 sajalah.

14. Bagi reward kpd diri sendiri jika target tercapai.

15. Mulakan SEKARANG dan jgn bertangguh2 lagi utk mencapai berat badan yg sihat. Kira BMI anda skrg!

Apapun, jika anda malas atau tiada keazaman yg kuat, tips-tips mudah tersebut pasti terasa susah utk dipraktikkan....... Tapi kalau nak seribu daya kan? Selamat mencuba!

Baca Seterusnya......

Tuesday, April 14, 2009

Networking Between 2 Computer

Jika anda mempunyai dua komputer di rumah, anda boleh menghubungkan dua komputer tersebut menggunakan kabel tanpa menggunakan switch. Biasanya ia digunakan untuk membolehkan kita berkongsi maklumat antara dua komputer tersebut.


Perkakasan Dan Persiapan

Mula-mula anda perlu menyediakan perkakasannya dahulu.Untuk dua PC, anda memerlukan network card, satu kabel UTP RJ45, dan dua RJ45 connector. Anda juga memerlukan sebuah perkakasan khusus untuk memasang kabel UTP dengan RJ45 connector.

Untuk lebih memudahkan, gunakan kad jaringan jenis PCI. Ini supaya anda tidak perlu mengubah-ubah jumper pada kad tersebut untuk menyesuaikan setting-nya. Sebagai informasi, PC sekarang telah banyak dilengkapi dengan kad jaringan terpasang (onboard) pada motherboard dan anda tidak perlu lagi memasang kad jaringan tambahan.

Sebelum memasang kabel ke konektor, ratakan hujung-hujung kabel tersebut dengan menggunakan crimping tool. Seterusnya, dengan pengait (hook) konektor berada di bawah, pasang kabel UTP dengan mengikuti aturan pemasangan berikut.



Tukar pin 1 pada kabel UTP di connector pertama menjadi pin 3 pada connector kedua, pin 2 pada connector pertama menjadi pin 6 pada connector kedua, pin 3 pada connector pertama menjadi pin 1 pada connector kedua, dan pin 6 pada connector pertama menjadi pin 2 pada connector kedua. Setelah itu pasangkan connector dengan memasukkannya pada pengepit dalam crimping tool.

Melakukan Pemasangan

Sebelum menghubungkan kedua-dua komputer dalam jaringan, pasang duhulu kad jaringan. Seterusnya ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat beberapa penetapan terhadap jaringan tersebut.

1. Klik Start - Control Panel, lalu klik Network and Internet Connections.

2. Kemudian, klik Network Connections.

3. Setelah itu, klik kanan icon jaringan yang ada di bawah baris LAN or High-Speed Connection, dan pilih Properties.

4. Pada tetingkap yang muncul, klik dua kali Internet Protocol (TCP/IP).

5. Pada tetingkap yang muncul, klik pilihan use the following IP address. Masukkan alamat IP yang diinginkan seperti 192.168.0.3 (ingat bahawa alamat ini tidak boleh sama antara satu komputer dengan komputer yang lain). Kemudian, pada bahagian Subnet Mask, masukkan angka 255.255.255.0 (biasanya ia akan terisi secara automati selepas anda selesai menaip alamat IP/IP Address). Pada bagian default gateway, masukkan alamat IP 192.168.0.1 (Tidak perlu diisi bahagian klien, kosongkan saja bagian default gateway).

6. Jika klien anda akan dihubungkan ke Internet, klik bagian Use the following DNS addresses, lalu isikan alamat DNS server ISP anda, sebagai contoh 202.158.3.7 pada baris Preferred DNS server (Jika anda tidak tahu alamat DNS server ISP anda, silakan hubungi bahagian teknikal ISP anda). Setelah itu klik OK. Jika komputer klien tidak akan dihubungkan ke Internet, kosongkan saja bagian ini dan biarkan sebagaimana adanya.

7. Anda akan kembali ke tetingkap Network Connections. Klik kanan My Computer dan pilih Properties.

8. Pada tetingkap yang muncul, klik tab Computer Name. Pada tetingkap berikutnya, taipkan nama komputer yang diinginkan (contohnya User2) di bahagian Computer name. Masukkan nama workgroup dalam bagian member of. Gunakan nama workgroup yang sama untuk kedua-dua komputer. Setelah itu klik OK dan OK lagi. Restart jika perlu.

9. Ulangi langkah ini untuk setiap komputer Windows XP yang akan dihubungkan ke jaringan.

Berkongsi File dan Folder

Untuk berkongsi file atau folder, anda boleh melakukan langkah berikut:

1. Klik kanan folder yang ingin dikongsikan. Seterusnya pilih Properties.

2. Setelah itu, klik Sharing dan klik Share this folder. Dalam kotak Share name, anda boleh mengubah nama folder yang akan dikongsikan (jika diinginkan). Jika tidak, sila biarkan kotak itu seperti apa sebelumnya.

3. Setelah itu, klik butang Permissions. Pastikan bahawa Everyone telah tertera dalam kotak Group or user names. Setelah itu klik OK. Jika belum tiada, klik butang Add lalu masukkan Everyone di dalam kotak Enter the object names to select. Setelah itu, klik OK dan OK lagi.

4. Pada tetingkap yang muncul, pilih Security. Pastikan bahawa Everyone telah muncul dalam kotak Group or user names, sudah tertera Everyone. Jika belum ada, klik butang Add. Seterusnya masukkan Everyone di dalam kotak Enter the object names to select. Setelah itu, klik OK.

5. Kini, kliklah Everyone di bawah kotak Group or user names. Kemudian, di bawah pilihan Permissions to Everyone, klik Allow untuk pilihan Read & Execute, List Folder Contents, dan Read untuk memungkinkan pengguna lain melihat isi folder yang dikongsikan (hanya melihat saja, tidak boleh menyunting / mengubah atau menghapus kandungan). Setelah itu, klik Apply dan OK.

(sumber: InfoKomputer)

Baca Seterusnya......

Mandi Wajib Yang Betul

Salam sejahtera di hari yang mulia ini. Semoga apa yang kita lakukan pada hari ini akan memperolehi keberkatan. Hari ini kita kongsikan sedikit maklumat berkaitan mandi wajib. Mari kita berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam
Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala“. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini,
sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Baca Seterusnya......

Friday, April 10, 2009

Shabsuka (Arab Delight)



Shabsuka merupakan makanan berasal dari kaum Arab. Seperti Bamiah dan Kacang Phool, Shabsuka juga adalah salah satu hidangan yang gemari. Anyway, kalau sesiapa nak cuba, this is the recipe.


Bahan-Bahan
500 gm daging kisar (atau daging yg dipotong kecil-kecil)
3 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang putih }
½ inci halia } …..(tumbuk halus)
4 sudu makan rempah kari
1-2 sudu makan tairu (optional)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 cawan kecil sayur campuran (mixed vegetable)
2 sudu teh puri tomato
4-5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
2 sudu teh gula (atau secukup rasa)
garam secukup rasa


Bahan Untuk Tabur Atas Daging
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
sedikit daun pudina
sedikit daun ketumbar
1-2 btg lada hijau (hiris)
1-2 btg lada merah (hiris)
2 sudu mkn bawang goreng (optional)
4 biji telur (dikocok sedikit, bubuh garam)


Cara:
1) Daging kisar digaul dengan bawang putih, halia, tairu dan rempah kari. Perapkan selama 20 minit.

2) Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan pula cili. Masak hingga cili garing.

3) masukkan daging yg telah diperap tadi dan kacau rata. Kalau perlu bubuh sedikit air.

4) Apabila daging ¾ empuk, masukkan puri tomato, sos tomato, sayur campuran dan tomato dadu. Kacau lagi dan bubuh garam & gula. Sesuaikan rasanya (masam, manis, etc) mengikut selera anda. Biarkan sebentar lagi sebelum diangkat. Bahan ini jgn terlalu cair atau terlalu pekat.

Cara Penyediaan Shabsuka
1) Daging yg telah dimasak tadi dibubuh dalam pinggan pyrex. Ratakan.

2) Taburkan bahan-bahan seperti, bawang/tomato dadu, cili merah/hijau hiris, daun pudina/ketumbar dan bawang goreng. Akhir sekali, siramkan telur ke atasnya.

3) Bakar selama kira-kira 20 -30 minit dalam ketuhar biasa atau 5-7 minit dalam ketuhar gelombang mikro.

4) Hidangan ini sesuai dimakan bersama roti.



Baca Seterusnya......

Senarai Kabinet PM Najib

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Baca Seterusnya......

Hentikan rompakan kroni, tolak penswastaan

Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 1980-an dahulu. Ia adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ia merupakan dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrem.

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan, banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat milik awam. Banyak syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.

Kaum pemodal meleleh air liur apabila melihat syarikat-syarikat air, elektrik, pos, telefon, penerbangan, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.


Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat ini diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksimum.

Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.

Khidmat untuk orang ramai ialah syahadah untuk semua syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan "khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai". Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada semua mereka.

Tiba-tiba Dr Mahathir Mohamad melancarkan skim cepat kaya pada tahun 1980-an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, bekalan air, khidmat pos, hospital, Taman Negara dan jalan raya – semua ini contoh syarikat dan harta orang yang diagih-agihkan olehnya kepada kaum kerabat dan kroninya.

Inilah skim cepat kaya Mahathir yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Pada tahun-tahun itu, ketika Mahathir masih di takhta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi taukeh gedung-gedung perniagaan.

Kita mendengar Mat Drebar Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.

Semua harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk dijadikan milik peribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni.

Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.

Hasilnya di zaman Mahathir banyak lanun dan perompak menjadi kaya-raya.

Bayangkan puluhan puluh tahun syarikat dan harta ini cuba dibangunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS - dari dua buah kapal terbang yang disewa akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa.

Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya perkhidmatan pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara.

Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka, jalan raya dan landasan keretapi dibuat.

Berapa bilion ringgit pelaburan telah dicurahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini?

Dalam sekelip mata sahaja semua harta ini dirompak oleh Mahathir. Harta-harta milik kita semua ini dengan begitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.

Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar penswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.

Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom?

Tidakkah kita berasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar? Tidakkah kita berasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika Syarikat?

Tidakkah kita terganggu apabila syarikat telefon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea Selatan dan Australia?

Dasar penswastaan telah berjalan lebih 20 tahun. Porak-peranda hasil pelaksanaan dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung "menipu" untuk membuat duit.

Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang "tidak bermutu" tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar.

Jika tidak ada duit, maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.

Lihat pula berapa banyak jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan tarifnya saban tahun. Telefon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat-syarikat swasta ini.

Dahulu - ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung, keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Apabila syarikat ini diswastakan, apabila ada untung, maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini.

Inilah bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.

Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan tindakan seumpamanya. Najib sedang membuka jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby kroni pertama Najib. Jika diselidik dan dihalusi, maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan.

Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara melalui penswastaan. Ia telah dipersetujui oleh Najib. Dia sendiri membuat kenyataan - dia tidak akan menghalang niat Sime Darby.

Lihat dengan licik Najib telah "membocorkan" berita rancangan ini sesudah Parlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Najib tidak mahu projek penswastaan (baca: rompakan) IJN ini dibincangkan di Parlimen. Pasti perancangan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap.

Pasti ada rundingan yang telah dibuat. Kenapa projek penswastaan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di Parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib bersetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu diuar-uarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?

Semua perjanjian penswastaan dibuat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan.

Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan, kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang dijanjikan?

Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengayakan kroni dan kaum kerabat.

Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai daripada kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.

Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran.

Selagi mereka berkuasa, rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan – hentikan dasar ini dan mereka ini kita nyahkan daripada tampuk kuasa.

Di petik dari Malaysiakini.

Baca Seterusnya......

Thursday, April 2, 2009

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.



Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang.

Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,seperti rawatan akupuntur.

Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.

Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.
Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke.

Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung.

Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas.

Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.

Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.

Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

Baca Seterusnya......