Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat. Tok Kadi tanye kat pompuan tu….
“Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? pompuan tu jawab…
“Saya yang mengandungkan anak tu. Saya yang melahirkan anak tu. Dia keluar dari perut saya.”
Si suami terkedu sebab dia tau lepas ni kadi akan tanye dia lak. Ahhh…sudah. ..mende aku nak goreng Tok Kadi tua ni….
Kadi pun tanye si suami… ”hah. ..kamu...bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”
“Tuan kadi…kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”
Jawab Tok Kadi..”hak kamu le..” Si suami tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan
tuan…kan.. .kan ”
Tuesday, June 30, 2009
Lawak Guling
Posted by Suhaimi at 9:41 AM 0 comments
Motivasi Diri - Nafsu Yang Tidak Pernah Puas
Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Di keramaian, ia berjumpa dengan seorang pengemis. Sang raja menyapa pengemis ini:
Apa yang engkau inginkan dari dariku?
Si pengemis itu tersenyum dan berkata:
Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba.
Sang raja terkejut, ia merasa pelik:
Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah!
Maka menjawablah sang pengemis:
Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa. Rupanya sang pengemis bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu. Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis.
Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa dan kaya-raya.
Dengan penuh kejujuran dan kesederhanaan si pengemis itu menghulurkan mangkuk penadah sedekah:
Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini,
Bukan main! Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya. Segera ia memerintahkan bendahara kerajaan yang ikut dengannya untuk mengisi penuh mangkuk pengemis kurang ajar ini dengan emas! Kemudian bendahara menuangkan emas dari pundi-pundi besar yang di bawanya ke dalam mangkuk sedekah sang pengemis. Anehnya, emas dalam pundi-pundi besar itu tidak dapat mengisi penuh mangkuk sedekah.
Tidak mahu malu di hadapan rakyatnya, sang raja terus memerintahkan bendahara mengisi mangkuk itu. Tetapi mangkuk itu tetap kosong. Bahkan seluruh perbendaharaan kerajaan: emas, intan berlian, ratna mutumanikam telah habis dilahap mangkuk sedekah itu. Mangkuk itu seolah tanpa dasar, berlubang.
Dengan perasaan tak menentu, sang raja jatuh bersimpuh di kaki si pengemis bukan pengemis biasa, lalu ia bertanya :
Sebelum berlalu dari tempat ini, dapatkah tuan menjelaskan terbuat dari apakah mangkuk sedekah ini?
Pengemis itu menjawab sambil tersenyum:
Mangkuk itu terbuat dari keinginan manusia yang tanpa batas. Itulah yang mendorong manusia senantiasa bergelut dalam hidupnya. Ada kegembiraan, keinginan memuncak di hati, pengalaman yang mengasyikkan kala engkau menginginkan sesuatu. Ketika akhirnya engkau telah mendapatkan keinginan itu, semua yang telah kau dapatkan itu, seolah tidak ada lagi ertinya bagimu. Semuanya hilang ibarat emas intan berlian yang masuk dalam mangkuk yang tak beralas itu. Kegembiraan, keinginan, dan pengalaman yang mengasyikkan itu hanya tatkala dalam proses untuk mendapatkan keinginan. Begitu saja seterusnya, selalu kemudian datang keinginan baru. Orang tidak pernah merasa puas. Ia selalu merasa kekurangan. Anak cucumu kelak mengatakan : “power tends to corrupt” (kekuasaan cenderung untuk berlaku tamak).
Raja itu bertanya lagi :
Adakah cara untuk dapat menutup alas mangkuk itu?
Tentu ada, yaitu rasa syukur kepada Allah SWT. Jika engkau pandai bersyukur, Allah akan menambah nikmat padamu ,Ucap sang pengemis itu, sambil ia berjalan kemudian menghilang dari mata khalayak.
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Se- sungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (14:7)
Posted by Suhaimi at 9:35 AM 0 comments
Motivasi Diri - Lobak, Telur & Serbuk Kopi
Seorang anak mengeluh pada ayahnyamengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukardan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak ?”, “Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.
Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah ?”
Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi
mengubah warna dan rasa air tersebut.
“Kamu termasuk golongan yang mana ? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.
“Apakah kamu adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau, apakah kamu adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, penceraian atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya anda menjadi anda menjadi keras dan kaku. Dari luar
kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Atau adakah kamu serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitarmu juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Posted by Suhaimi at 9:24 AM 0 comments
Monday, June 29, 2009
Senaman Untuk Mata
Pembaca2 blog yang dihormati, pernah tak rasa mata korang macam stress and rasa macam menyucuk2 dari dalam?. Kalau pernah rase macam ni menandakan mata tu dah terover bekerja. Antara sebab2 yang meletihkan mata kita...
1. Memandu terlalu lama (long distance)
2. Guna komputer lama sangat
3. Terlalu banyak menonton TV
4. Membuat suatu perkerjaan yang memerlukan fokus dekat dalam keadaan berpanjangan.
Aku pasti ramai antara korang selalu mengalami fenomena 'eye-strain' nih.... Tau tak, fenomena ni sebenarnya dapat dilegakan atau dihilangkan dengan siri2 senaman yang ringkas yang korang boleh buat on the spot... Malah, jika korang selalu buat senaman2 ni selalu, sistem kawalan fokus serta kekuatan mata korang akan bertambah dan mata korang akan menjadi semakin 'mantap' dalam melakukan kerja2 fokus dekat...
Jom kita layan.... 1,2,3,4....8 lagi.... yeah....!!!!
1. 'Push Up' Mata Korang
Senaman bertujuan untuk menguatkan koordinasi mata korang dalam melihat objek2 dekat bersama2... Kiranya kita ajar mata kiri dan kanan untuk bekerja secara berpasukan.
Kalau koordinasi kedua mata kurang, ni lah yang menyebabkan mata cepat letih...
Caranya, pegang sebatang pen pada jarak panjang tangan dihadapan mata korang. Lepas itu fokus ke hujung mata pen tersebut dan bawak pen tu perlahan2 semakin dekat kearah hujung hidung korang... Pastikan mata sentiasa fokus kat hujung pen tersebut sampai la korang nampak hujung pen tu jadi dua... ulang latihan sampai korang still nampak hujung pen tu satu je walaupun hujung pen tu dah sampai kat hujung hidung korang...
2. Latihan Mengubah Fokus
Latihan ni bertujuan untuk melambatkan mata korang menjadi letih apabila melakukan 'near task'. Latihan ni bertujuan meningkatkan abiliti mata korang untuk mengubah fokus dari tengok jauh ke tengok dekat atau sebaliknya...
Korang amik satu buku atau surat khabar and pilih tulisan yang agak kecik.... korang fokus pada tulisan tu and bawa tulisan mendekati mata korang... Bawa sampai point last sekali korang still boleh baca tulisan tu...( dekat lagi dari point tu korang dah nampak kabur tulisan tu). Korang tenung tulisan tu selama 15 saat dan lepas tu korang alihkan pandangan korang kat objek jauh yang jaraknya lebih kurang 10 kaki and tenung selama 15 saat jugak... Korang boleh ulang step tadi selama 5 kali...
3. Latihan 'Merry Go Round'
Nama latihan kat atas ni aku yang pandai2 bagi....hehe... Latihan ni bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen kat mata korang.... Mata korang akan lebih 'fresh' lepas korang buat latihan ni...
Korang cuba pusingkan bola mata dalam satu pusingan lengkap sebanyak 3 kali atau lebih pun takpe. Ikut suka korang... Lepas tu gerakkan mata ke kanan dan ke kiri dan ke kanan semula.
4. Tekup dan Urut
Nama latihan ni pun aku reka2 sendiri....heheh. Latihan ni bertujuan untuk merelakskan mata setelah sekian lama bekerja.
Caranya, korang tutup mata and kemudian urut mata dengan belakang tapak tangan. korang boleh lakukan serentak pada kedua2 mata dalam masa beberapa saat. Sejurus selepas tu, buka mata dan tekup mata korang dengan tapak tangan (korang jadi tak nampak la masa ni!!!). Korang biar dalam masa 30 saat dan tarik nafas perlahan2 dengan menggunakan hidung.
Ok....Amacam...??? Boleh la nanti korang cuba kat ofis ker, kat sekolah ker atau dimana2 korang rase sesuai.
Pastikan jugak korang banyakkan berkelip dan menguap untuk melancarkan pengaliran air mata dan oksigen. Banyakkan juga pengambilan air masak yer... Kalau diamalkan selalu, mata akan lambat letih dan produktiviti akan bertambah...cewah....:)
Posted by Suhaimi at 2:16 PM 0 comments
Wednesday, June 17, 2009
Tanda-Tanda Sakit
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
i) Mata menjadi merah :Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata :Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata :Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak :Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema :Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid
berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a. Batuk keluar kahak :Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak :Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering.Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong.Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
d) Bibir kering dan pecah.Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan pengedaran darah)
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
i) Telinga terasa tersumbat :Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung :Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki
terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat
yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada
kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses
gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas.Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-
tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh(rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu.Menandakan saluran darah telah
menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang,
b) KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI :Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI :Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI :Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DICELAH-CELAH JARI KAKI :Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk
(Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.
a)Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b)PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c)PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah
(tengkuk).Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d)SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
e)BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) RASA PENING YANG MEMUSINGTanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) LOYA/MUNTAH .Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah :Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii)
ii)Darah hitam :Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya
penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING ;Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK :Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :Menandakan proses pembuangan toksin sedang
berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH :Penyakit batu karang atau buah pinggang luka..
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar.. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit
barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT:Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah :Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam:Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM :Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk :Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap:Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang :
a)Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c)BADAN TERASA PANAS .Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT :Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :Sistem penghadaman yang lemah.
Posted by Suhaimi at 12:06 PM 0 comments
Fluorida merupakan silent killer
AWAS !!!
Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.
Apa itu fluorida? Layari www.muslimconsumer.org.my/fluorida
Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.
Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit AWAS !!!
BAHAYA FLUORIDA
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat
gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang
memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut
sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali
memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang
diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN
MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT
KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
Perlukah amaran seperti diatas sekiranya produk tersebut benar-benar selamat?
Mungkin jika digunakan sekali atau dua kali tidak mendatangkan apa–apa kesan,
tetapi jika digunakan setiap hari dan sehingga 3 kali sehari ia mampu memberi
pelbagai kesan buruk antaranya: KANSER & DENTAL FLUOROSIS!
Posted by Suhaimi at 11:59 AM 0 comments
Rahmat Untuk Suami Isteri Yang Bangun Malam
Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya. Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu-bapa dan anak-anak renggang.
Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT.
Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.”(Surah Al-Maidah, ayat 2)
Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam
lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat.
Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah
merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat
dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke
mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.
Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.
Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Kelebihan bertahajud
Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.
Lima ketika di dunia:
1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana
Empat ketika di akhirat:
1. Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Diringankan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan
Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.
Posted by Suhaimi at 11:45 AM 0 comments
Bahaya Menggunakan Botol Plastik Dan Bekas Polisterin
Kecenderungan penduduk negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.
Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl
chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti 'vinyl cloride monomer' (VCM) dan 'phthalates'. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.
Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti
Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim,
berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan
semula sekali atau dua sebelum dibuang.
"Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya
seperti kadmium yang digunakan sebagai 'plastisizer' iaitu untuk meningkatkan
kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama
digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya
terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman," katanya.
"Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih
daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.
"Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg /kg tidak
sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan," katanya.
Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan
PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun
masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.
Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET)
selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan
'phthalates'.
Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan
barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.
"Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada
pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC
terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
"Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan
plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,"
katanya.
Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti
jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci
bersih dan melekat daki.
"Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang
untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian
Kesihatan," katanya.
Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya
penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom
dan polisterin.
Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(Fomca).
Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin
Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya
penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air
mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.
"Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke
sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya
boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu
dibuang," katanya.
Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi
amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.
Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat
daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam
ke dalam tubuh.
"Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan.
Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan
pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain
seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak
boleh dijadikan pembungkus makanan.
"Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi
kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi
amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta
bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh
senyap.
"Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh
berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang
memudaratkan kesihatan," katanya.
Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila
terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang
ditinggalkan dalam kereta.
"Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan
berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.
"Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus
untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas
dan khusus untuk menyimpan makanan," katanya.
Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas
plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan
kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.
"Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada
plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas
kimia.
"Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan
kesannya sama seperti teh tarik bungkus," katanya.
Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula.
Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara
berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan
terbabit dalam menjaga alam sekitar.
Posted by Suhaimi at 10:41 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO, Peperangan SIFFIN Sebagai Pengajaran.
Oleh YB Klalid Samad
Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.
Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.
Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.
Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.
Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.
Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.
Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.
Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!
Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!
Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!
Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!
UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.
Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?
Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.
Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.
Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?
Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.
Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain
Posted by Suhaimi at 2:51 PM 0 comments
Friday, June 5, 2009
Masalah buah pinggang, kencing manis (diabetes) & dialisis, penyakit orang Melayu?
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sumber dari: http://emjayjb.multiply.com/
Alhamdulillah kira-kira dua minggu lalu saya dapat mengunjungi seorang saudara saya yang diberikan Allah satu azab yang berat iaitu perlu menjalani dialisis sebanyak 3 kali seminggu. Menurut kebiasaannya apabila seseorang mula menjalani dialisis, insya-Allah sampai matilah bergantung dengan mesin dialisis ini. Doktor mengatakan bahawa buah pinggang sdr saya ini sudah gagal berfungsi langsung dan dengan itu perlu menjalani dialisis.
Sdr saya ini sudah mengalami penyakit kencing manis untuk tempuh yang lama iaitu melebihi 7 tahun dan kini kencing manis belum sembuh datang pula penyakit baru iaitu kegagalan buah pinggang. Buah pinggang hamba Allah ini gagal menghasilkan air kencing dan dengan itu segala bahan toksik tidak dapat dikeluarkan dari tubuh dan kini mesin dialisis digunakan untuk mengeluarkan bahan toksik dari tubuh.
Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan kandungan glukosa dalam darah yang tinggi, terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Tanda-tanda biasa bagi penghidap kencing manis ialah kencing yang kerap serta dahaga yang melampau. Tanda-tanda ini kerap digunakan untuk mengenali penyakit kencing manis oleh para doktor. Tanda mudah lain untuk mengenali penyakit kencing manis ialah dengan kencing pada tanah yang terdapat semut. Sekiranya semut datang menghurungi kencing, ini menunjukkan pemilik kencing ini menghidap penyakit kencing manis.
Arwah guru ada mengajarkan beberapa ilmu untuk mengenalpasti kencing manis dan antara cara mudah mengenalinya ialah, kerap haus melampau, amat kerap kencing, air kencing berbuih dan kulit badan yang kering dan boleh menyebabkan gatal
Menurut para doktor, punca penyakit kencing manis ini adalah kerana kegagalan organ pankreas mengeluarkan hormon insulin. Doktor menggunakan rawatan insulin sama ada secara suntikan atau pun secara makan untuk menampung kekurangan hormon insulin yang dikeluarkan oleh tubuh. Menurut doktor, secara lumrahnya, seorang yang sudah dikenalpasti menghidap penyakit kencing manis akan mati bersama-sama penyakit ini.
Berikut adalah pautan-pautan untuk keterangan berkenaan kencing manis:
1. Lebih lanjut mengenai kencing manis
2. Laman mengenai Diabetes Mellitus
3. American Diabetes Association
Para doktor amat yakin dengan fakta bahawa penyakit kencing manis tidak boleh dirawat namun saya tetap berpendirian selari dengan hadis Nabi SAW, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.
Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud). Saya pun amat musykil mengapakah para doktor tidak dapat mencari ubat penawar untuk memulihkan penyakit kencing manis ini. Saya berpendapat bahawa ada kemungkinan para doktor dengan sengaja disekat untuk mencari penawar sebenar penyakit kencing manis. Maklumlah ilmu perubatan moden ini adalah dari barat (Yahudi?) dan bagi Yahudi, membunuh orang bukan yahudi (Goyem) hukumnya adalah harus. Lihat sajalah di Malaysia sekarang pun, segala artikel yang serius menjelaskan kesan buruk makan mee maggi sentiasa disekat dari masuk akhbar.
Semenjak 20 tahun lalu saya telah mengetahui bahawa penyakit kencing manis ini memang ada ubatnya. Arwah guru saya memang ada menyediakan ubat rebusan tumbuhan untuk merawat penyakit kencing manis. Sehingga kini isteri arwah guru masih menyediakan ubat untuk merawat kencing manis.
Arwah guru saya juga ada menjelaskan punca penyakit kencing manis ini. Punca sebenar kencing manis adalah kegagalan bahagian atas buah pinggang yang saya namakan adrenal. Pengetahuan biologi saya ini dapat menerima penjelasan arwah guru. Saya pun pelik dari mana arwah guru saya mengetahui bahagian atas buah pinggang ini. Seterusnya arwah guru menjelaskan bahawa kegagalan fungsi adrenal akan menyebabkan kesan berantai iaitu kegagalan organ pankreas untuk merembeskan hormon insulin. Kegagalan rembesan insulin inilah yang mengakibatkan kencing manis.
Penjelasan arwah guru ini bagi saya amat informatif berbanding penjelasan doktor yang berhenti sekadar kegagalan pankreas sahaja. Saya tambah mempercayai hujah yang diberikan oleh arwah guru saya ini dengan penjelasan lanjutnya iaitu “pesakit kencing manis akan diberikan ubat yang sama dengan pesakit gout dan pesakit berkaitan buah pinggang lainnya”. Penjelasan arwah guru amat mantap sekali. Apatah lagi apabila melihat para pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan darinya sembuh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan ubat untuk merawat kencing manis ini.
Apabila kita mengkaji fungsi adrenal, insya-Allah akan diperjelaskan lagi hubungkait antara adrenal dengan pankreas. Dari web http://www.naturalways.com/adrenal.htm ada dinyatakan bahawa apabila keadaan adrenal ini merosot, ia boleh menyebabkan banyak perkara seperti lemah, kadar gula dalam darah yang merosot, tekanan darah rendah dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa adrenal ini ada peranan langsung dalam mengawal fungsi pankreas untuk mengeluarkan insulin. Seterusnya artikel dari web ini menjelaskan bahawa kemerosotan adrenal boleh disebabkan oleh diet yang buruk (poor diet) dan pelbagai faktor lagi. Ini menjelaskan lagi fakta ilmu yang diajarkan dari arwah guru bahawa permakanan yang buruk akan merosakkan buah pinggang dan seterusnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti gout, batu karang, kencing manis dan kegagalan buah pinggang (dialisis).
Bukti serta penjelasan mudah dari guru inilah yang menambah kesangsian sama ada Yahudi iaitu tok guru para doktor kita benar-benar tidak mengetahui rawatan penyakit kencing manis atau mereka memang sengaja mengambil kesempatan dari azab yang diterima para pesakit?? Semua ini sebenarnya amat mudah difahami sekiranya kita membaca dan memahami “Protokol-protokol Zionis Yahudi” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/222 .
Berbalik kepada kes sdr saya di atas yang mengalami diabetes, setelah beliau menghidap diabetes untuk tempuh yang lama, akhirnya beliau telah didiagnos sebagai kegagalan buah pinggang dan terpaksa melalui zaman bergantung kepada mesin dialisis untuk menyambung nyawa. Sebenarnya menurut pandangan yang berpandukan ajaran arwah guru saya, hamba Allah sdr saya di atas sebenarnya telah mengalami gangguan / masalah pada buah pinggangnya sewaktu beliau telah didiagnos menghidap kencing manis lama dahulu. Apabila kencing manisnya tidak dirawat secara betul, ini bermakna buah pinggangnya semakin serius dan ini juga dapat digambarkan melalui bertambah seriusnya kencing manisnya. Kemuncak kepada masalah buah pinggang hamba Allah sdr saya ini ialah pabila 3 bulan lalu beliau didiagnos gagal fungsi buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.
Mengapa doktor tidak dapat mendiagnos kerosakan buah pinggang hamba Allah sdr saya lebih awal agar buah pinggangnya dapat dirawat? Memang ini adalah kelemahan (atau disengajakan??) sistem perubatan moden dewasa kini. Jikalau mereka dapat mengesan masalah buah pinggang ini lebih awal serta mampu merawatnya, insya-Allah sdr saya ini tidaklah perlu hidup bergantung kepada mesin dialisis.
Saya kerap mendiagnos keadaan buah pinggang dan antara instrumen yang saya gunakan adalah sebagaimana terdapat dalam soal selidik yang saya sertakan dalam artikel saya bertajuk “Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82 . Alhamdulillah ramai juga pembaca Laman Emjay yang telah mendapatkan khidmat melalui kaedah ini namun ramai juga yang saya tidak memberikan respons terutama sekali apabila masa saya sangat terhad. Kepada mereka yang saya tidak respons dalam tempuh seminggu boleh email semula untuk saya pertimbangkan.
Masalah berkaitan buah pinggang ini boleh dikategorikan kepada peringkat awal, pertengahan, teruk dan kronik. Melalui kaedah diagnosa yang diajarkan oleh arwah guru, masalah pada buah pinggang dapat dikenalpasti seawal peringkat awal, pertengahan dan teruk. Doktor insya-Allah hanya dapat mengenalpasti masalah berkaitan buah pinggang hanya apabila ia sudah mencapai peringkat kronik. Apabila hamba Allah sdr saya sudah menghidap kencing manis, buah pinggangnya adalah sudah bermasalah pada tahap teruk hampir kronik namun pada tahap ini majoriti doktor masih belum dapat mendiagnos masalah tersebut. Apabila hamba Allah sdr saya didiagnosa dan dikenalpasti gagal fungsi buah pinggang 3 bulan lalu, tahap masalah buah pinggangnya adalah pada tahap kronik. Memang selalunya doktor hanya dapat mengenalpasti apabila buah pinggang sudah kronik. Pada tahap ini apakah peluang yang dipunyai oleh para pesakit ini? Peluang mereka sebenarnya kelihatan amat gelap gelita. Namun sekiranya Allah mengizinkan, tidak mustahil mereka ini boleh sembuh.
Selalunya apabila saya memberitahu mereka yang berurusan dengan saya bahawa buah pinggang mereka sudah 50% rosak, 30% rosak atau 70% rosak, mereka memandang sinis hasil diagnosa saya. Seterusnya mereka berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan dakwaan saya sama ada benar buah pinggang mereka dalam keadaan sihat atau seperti dakwaan saya. Hasil siasatan doktor seterusnya mengesahkan bahawa buah pinggang mereka dalam keadaan “sihat” maka bertambah seronglah pandangan mereka terhadap hasil diagnosa saya. Begitulah saya memang tidak mampu memberikan rahmat apatah lagi apabila manusia amat taksub dengan doktor. Apa yang dikatakan doktor adalah sentiasa benar dan siapalah saya.
Alhamdulillah banyak ilmu berkenaan kerosakan buah pinggang telah diajarkan oleh arwah guru. Banyak daripada ilmu berkenaan buah pinggang ini telah pun saya kongsikan kepada para pembaca melalui artikel bertajuk “GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs” di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75 . Sebenarnya insya-Allah ramai orang akan sihat dan jauh dari gout dan kencing manis sekiranya mereka mengamalkan saranan saya sebagaimana di dalam artikel tersebut. Namun sekali lagi saya menjelaskan bahawa saya sekadar memanjangkan ilmu tetapi rahmat adalah tetap di tangan Allah SWT. Apabila Allah tidak ingin memberikan rahmatNya melalui artikel saya ini, pembaca antaranya akan mempersoalkan berbagai soalan remeh seperti “kalau semua ini tidak boleh di makan, nak makan apa?” atau soalan “kalau awak boleh merawat diabetes, sepatutnya awak sudah jadi jutawan”. Begitulah kalau Allah tidak ingin memberikan rahmatNya, racun disangka ubat dan ubat sangka racun. Allahlah yang menetapkan hati kita sedemikian.
Mereka yang mengenali saya dalam erti kata sebenar atau mereka yang sudah banyak belajar dengan saya, apabila mereka mengalami penyakit kencing manis, dengan sedikit nasihat serta ubat alhamdulillah penyakit kencing manis mereka telah sembuh. Ada seorang ibu berusia hampir 60 tahun yang telah menghidap kencing manis hampir 20 tahun dan telah belajar agama di rumah saya, apabila dinasihati alhamdulillah dalam tempuh dua bulan Allah memberikan kesembuhan.
Sebelum saya bercerita tentang rawatan kencing manis, marilah kita sama-sama belajar memahami mengapa Allah memberikan penyakit kencing manis ini kepada manusia. Ingatlah bahawa apabila seseorang tidak suka mendekatkan diri kepada Allah, maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan musibah seperti penyakit kencing manis ini.
Marilah kita fahami surah An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Dari ayat-ayat Al Quran di atas bolehlah saya simpulkan bahawa antara punca penyakit kencing manis ialah kerana banyak melakukan dosa dan antara dosa-dosa tersebut ialah:
1. Mensyirikkan Allah
2. Mengambil dan terlibat dengan rasuah
3. Mendapatkan rezeki secara tidak halal seperti secara menipu dsbnya
4. Rezeki dari agihan faraid harta pusaka yang tidak dibahagikan dengan tidak
betul.
5. Perbuatan berdosa lainnya seperti berzina.
Bagi hamba Allah sdr saya ini, memang saya amat sedih dengan tabiaatnya yang amat mempercayai bomoh. Ini adalah perbuatan dosa syirik. Seorang pesakit kencing manis dari kalangan pegawai polis satu ketika dahulu pernah mendapatkan rawatan kencing manis dan telah sembuh. Kemudian apabila beliau bertukar tempat kerja dan mengamalkan semula tabiaat lama iaitu terlibat dengan rasuah, beliau telah menghidap semula penyakit lamanya iaitu kencing manis.
Kemungkinan besar Allah memberikan penyakit kencing manis ini untuk menghapuskan dosa-dosa lalu pesakit ini sesuai dengan ayat As-Syura:30 di atas. Adalah baik sekali Allah melupuskan dosa hambaNya di dunia berbanding mati dengan membawa dosa-dosa yang banyak.
Satu lagi perkara baik tentang penyakit kencing manis ini ialah insya-Allah dapat mendidik manusia mengingati Allah dan mengingati mati. Manusia dijadikan Allah untuk beribadah dan mencari bekalan di akhirat. Apabila manusia yang lalai hanya leka dengan keasyikan duniawi, penyakit kencing manis ini insya-Allah dapat mendidik manusia ke arah tugas sebenar mereka menyediakan bekalan untuk akhirat. Begitulah Allah memang cantik dan sentiasa cantik dan sentiasa menyayangi umatNya, tetapi sayangnya banyak manusia tidak mengetahui.
Satu kesan dari penyakit diabetes ialah kemerosotan prestasi seks bagi suami. Bagi suami muda yang menghadapi diabetes, memanglah isteri amat merasai kesedihannya. Bagi lelaki yang jahat suka berzina, kencing manis seolah-olah rahmat tersembunyi.
Bagi yang menghidap diabetes dan sanggup merubah gaya hidup selari dengan kehendak Islam, silalah datang ke rumah untuk berurusan.
Hamba Allah sdr saya sebagaimana yang saya ceritakan di atas, saya telah memberikan nasihat agar datang ke rumah semoga masalahnya dapat ditangani bersama. Namun sehingga kini hamba Allah ini tidak juga datang ke rumah. Dalam kes ini saya memberikan kesimpulan bahawa Allah ingin mengazab lagi hamba Allah ini. Kalau Allah berkehendak, insya-Allah segala urusan beliau untuk datang ke rumah saya dimudahkan Allah tetapi sebaliknya dengan kehendak Allah juga segala urusan beliau datang ke rumah saya dipersulitkan.
Azab dari dialisis, hanya mereka yang terlibat faham tentang azabnya. Mereka hanya akan segar selepas dialisis dan selepas satu hari badan akan mengalami keletihan dan pelbagai kesan negatif lain. Namun azab paling berat ialah azab kewangan. Kos kewangan bagi setiap kali rawatan dialisis adalah antara RM200 – RM300. Berdasarkan kos RM200 sekali rawatan, kos rawatan 3 kali seminggu memerlukan kos sebanyak RM600 seminggu dan membawa kepada RM2400 seminggu. Bagi orang yang hidup mewah, kos ini agak besar juga tetapi kalau bagi orang kampung, kos ini adalah mustahil dapat ditanggung.
Satu maklumat yang amat penting ingin saya kongsikan hasil dari lawatan saya menemui hamba Allah sdr saya tersebut. Saudara saya ini menjalani rawatan dialisis di satu pusat rawatan dialisis di Taman Saujana iaitu di satu lokasi antara pekan Ulu Tiram dengan Kota Tinggi. Kalau dari Ulu Tiram, Taman Saujana ini terletak di sebelah kanan berhampiran dengan stesen minyak Petronas. Pusat rawatan dialisis ini terletak di “corner lot” dan mengambil ruang sebanyak dua lot rumah kedai. Di dalam pusat rawatan ini menempatkan 20 mesin dialisis. Sewaktu lawatan saya ke sana, sebanyak 18 mesin dipenuhi pesakit dan mungkin 2 mesin lagi yang kosong sedang menanti pesakit atau mungkin mesinnya rosak. Setiap rawatan memakan masa yang lama melebihi 4 jam. Apakah maklumat AMAT PENTING yang ingin saya kongsikan kepada sdr pembaca sekelian???? Sesungguhnya kesemua 18 orang pesakit yang menjalani dialisis sewaktu lawatan saya tersebut adalah ORANG MELAYU SAHAJA.
Fakta yang amat penting ini sudah saya ketahui lama dahulu. Penemuan bukti terbaru di pusat rawatan dialisis ini sekadar memantapkan pengetahuan lama saya sahaja. Memang kegagalan buah pinggang hingga ke tahap dialisis semenjak dahulu memang majoritinya adalah orang Melayu. Pada lawatan tersebut saya datang bersama abang dan kakak ipar saya iaitu pesara kerajaan dari jawatan jururawat di hospital kerajaan. Kakak ipar memang banyak berurusan dengan pesakit seperti ini. Saya mengemukakan satu soalan kepada kakak ipar saya ini “di hospital dahulu, apakah majoriti kaum yang mendapatkan khidmat bagi penyakit kencing manis dan dialisis?”. Macam tidak terperanjat kakak ipar saya menjawab “orang Melayu”. Memang orang Melayulah yang menjadi majoriti besar menghidap penyakit kencing manis dan dialisis buah pinggang. Mungkin sekiranya ada pembaca Laman Emjay yang bekerja di hospital boleh menambah kekuatan fakta ini dengan menyatakan data statistik sebenar pesakit kencing manis dan dialisis di Malaysia.
Mengapa orang Melayu ramai yang menghidap kencing manis dan dialisis sedangkan amat sedikit orang Cina menghidap penyakit ini?? Jawapannya ialah kerana gaya hidup dan permakanan. Paling merosak adalah tabiat orang Melayu yang tidak gemar minum air dengan banyak sebagaimana orang Cina. Sekiranya ingin melihat fenomena ini, sila melawat sekolah Cina dan sekolah kebangsaan. Majoriti hampir keseluruhan pelajar Melayu di sekolah kebangsaan tidak membawa bekal air minum manakala pelajar Cina masing-masing membawa bekal air minum. Tambah memeranjatkan adalah saiz botol bekas minuman mereka pula adalah amat besar. Inilah antara punca mengapa Cina kurang menghadapi masalah kencing manis dan dialisis.
Punca utama seterusnya masalah kencing manis dan dialisis ini ialah ramai orang Melayu kini sudah berubah tabiat permakanan nenek moyang mereka dari omnivor kepada karnivor. Lembu adalah haiwan herbivor yang makan daun sahaja. Singa adalah haiwan karnivor yang makan daging sahaja. Manusia sepatutnya adalah omnivor yang makan daging dan tumbuhan. Namun Melayu kini merasa bangga berubah menjadi karnivor iaitu makan hanya daging, ayam dan ikan dengan sedikit nasi. Ada setengah pelajar di UTM bangga makan potato chip dengan chicken chop untuk makan tengahari mereka. Inilah petanda satu kerosakan bangsa iaitu bangsa Melayu. Ada setengah hanya makan sayur timun, taugeh, kobis dan salad sahaja. Gaya permakanan seperti ini memang amat mengundang kencing manis dan dialisis. Sayuran berkhasiat seperti peria, kailan dan sawi pahit tidak dipandang lagi oleh mereka namun orang Cina masih utuh mengamalkan makan sayuran berkhasiat ini.
Saya kerap menasihati pelajar dan mereka yang belajar dengan saya bahawa apabila kita banyak melakukan kesilapan di dunia, Allah akan mengubah lidah kita dari makan makanan yang baik kepada makan makanan yang bakal membawa penyakit . Ada yang berubah apabila makan tengah hari asyik makan produk KFC atau Mc Donald sahaja bersama air Coca Cola. Selepas sudah banyak makan makanan yang merosak akhirnya Allah memberikan penyakit sebagai balasan. Inilah sunnatullahNya.
Kepada penghidap kencing manis, gout dan kegagalan buah pinggang yang menyebabkan perlu menjalani dialisis, berusahalah mendekatkan diri kepada Allah dengan memilih jalan yang diredhainya semoga dengan ini Allah memudahkan proses rawatan dan seterusnya memulihkan penyakit berat ini. Tanda Allah kasih kepada kita ialah dengan diberikan musibah seperti penyakit berat ini semoga kita kembali ke jalan lurus yang diredhaiNya. Bertaubatlah dari segala kesilapan yang pernah kita lakukan.
Sila hubungi saya melalui email kangmasjb@hotmail.com untuk temu janji.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Posted by Suhaimi at 9:50 PM 0 comments
4 Isteri, Tapi Jagalah Yang Pertama... Kenapa yer?
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu. "Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Sumber Dari:TKO Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:24 PM 0 comments
Keperluan Tubuh Badan Terhadap Cahaya Matahari
“KITA mungkin menitikberatkan pengambilan kalsium namun seringkali kita terlupa akan kepentingan vitamin D dalam penjagaan kesihatan harian,” ulas Pakar Nutrisi dan Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Prof. Madya Dr. Winnie Chee. Ujarnya, tanpa vitamin D, penyerapan kalsium dalam tubuh sukar dilakukan. Malah, dalam kes-kes ekstrem, ia akan mempercepatkan berlakunya penyusutan jisim dalam tulang atau dikenali sebagai osteoporosis.
Berdasarkan penyelidikan Winnie, tubuh rakyat Malaysia lazimnya tidak menghasilkan vitamin D yang mencukupi kerana mereka gemar menjauhkan diri daripada sinaran matahari.
“Saya akui ramai antara kita terutama wanita suka berjoging dan bersenam. Namun faktor pemilihan tempat dan masa membuatkan mereka tidak sihat secara total,” katanya.
Menurut Winnie, bersenam pada awal pagi iaitu sebelum matahari naik serta lebih selesa dilakukan di dalam gimnasium tertutup membuatkan penghasilan vitamin D secara semula jadi sukar berlaku. Jelasnya lagi, vitamin D3 yang penting untuk kulit terhasil apabila 7-dehydrocholestrol bertindak balas dengan ultra-violet dalam kiraan gelombang antara 270-300 nanometer (nm).
“Walaupun kehadiran gelombang ini hanya selama 10 hingga 15 minit semasa matahari terbit, pendedahan terhadapnya amat penting untuk pembentukan vitamin D,” ungkapnya.
Winnie turut mendedahkan bahawa wanita di bandar, terutama di Kuala Lumpur, bukan sahaja mengalami penyusutan jisim tulang malah vitamin D. Tanpa pendedahan yang secukupnya terhadap matahari, kandungan vitamin D dalam tubuh akan berkurangan dengan pantas. Faktor ini, secara tidak langsung membuktikan terdapat kaitan antara kehilangan kalsium dalam tubuh dan vitamin D. Tanpa kombinasi antara kedua-duanya, kesihatan tulang mudah terjejas.
“Meskipun terdapat suplemen vitamin D di pasaran, namun mendapatnya secara semula jadi amat penting. Justeru, jangan takut untuk terkena pancaran matahari, terutama pada awal pagi,” tegasnya. Lebih daripada itu, vitamin D juga didapati mampu menjadi agen pelindung kepada mereka yang menghidap kanser khususnya kanser kolon, prostat, dan payu dara.
Walaupun kajian masih dilakukan, namun keputusan awal menunjukkan terdapat kesan positif dalam membantu melindungi orang ramai daripada risiko kanser. Dalam pada itu, pengambilan vitamin secara berlebihan juga memberi impak tersendiri pada kesihatan seseorang seperti muntah, pening, lemah anggota badan dan kehilangan berat badan. “Lebih membimbangkan, dos berlebihan ini akan meningkatkan tahap kalsium dalam darah pesakit termasuk mengakibatkan ritma jantung yang abnormal dan kekeliruan. “Jadi, amat mustahak vitamin D diambil mengikut dos yang betul dan diawasi serta dinasihati oleh pakar kesihatan,” katanya.
Sumber vitamin DMAKANAN:
Daging, ikan
- Salmon, tuna, mackerel
- Minyak ikan adalah sumber terbaik vitamin D iaitu sebanyak 1,360 IU dalam setiap
hidangan
- Telur (20IU)
- Keju (12IU)
- Susu tanpa lemak (98IU)
- Bijirin segera (40IU)
Pendedahan pada matahari
Sinaran lembayung (UV) radiasi B dengan gelombang antara 290 hingga 315nm mampu membenam ke dalam kulit lalu menukarkan 7-dehydrocholesterol kepada pravitamin D3 yang akhirnya akan menjadi vitamin D3. Radiasi UVB tidak dapat melalui cermin. Jadi pendedahan matahari di dalam bilik melalui tingkap tidak akan menghasilkan vitamin D.
* IU - Unit Antarabangsa
Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:13 PM 0 comments