Selangorkini
PADANG TERAP 20 FEB : Hampir 2,000 penduduk terdiri daripada penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka di sini semalam menuntut Kerajaan Pusat bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak.
Mereka adalah sebahagian rakyat yang pendapatan mereka terjejas teruk akibat penurunan mendadak harga getah sejak beberapa bulan lalu.
Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getak, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.
Pelbagai spanduk turut dibawa termasuk yang bertulis “Harga barang naik, harga getah turun”, “BN menang rakyat senang?” dan “Getah turun ape cerita, terima kasih BN”.
Dalam pada itu, mereka turut mendesak Kerajaan Pusat menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah.
Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.
Pada kebiasaan kata Suhaizan, pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ianya masih dibawah paras kemiskinan.
“Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang dari itu.
“Pada tahun 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah skerap RM2.40.
“Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, “katanya dipetik Harakah Daily.
Himpunan semalam adalah kali ketiga diadakan. Sebelum ini himpunan serupa diadakan di beberapa tempat termasuk di Baling.
Friday, February 21, 2014
Harga getah jatuh, 2,000 penoreh lancar demonstrasi
Posted by Suhaimi at 12:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment