Sumber msomelayu.blogspot.com
Ahmad dan Najib, salam sudah kemas hati belum tahu.
Memerhati segala macam pergolakan dan perkembangan dalam Pas ke belakangan ini tidak siapa boleh menafikan parti itu diamuk dengan masalahnya tersendiri. Kehebatan amukan itu menunjukkan keadaan parti itu tidak boleh dianggap ia mengalami krisis dalaman persis ribut dalam cawan, tetapi berpotensi untuk merebak lebih besar sehingga menjelmakan ribut taufan.
Adalah silap kalau pimpinan parti itu mengira krisis itu perkara mudah dan biasa saja yang dapat diuraikan seperti mengasingkan minyak dengan air yang ketara dilihat. Sebab perkembangan dan apa yang berlaku kini menjurus kepada kemelut lebih besar jika tidak ditangani dengan fatanah.
Justeru melihat kepada apa yang berlaku kini Pas perlu bertindak segera mengambil keputusan yang tegas bagi meletakkan parti itu ke atas satu landasan dan jalur jelas dan boleh diyakini orang. Perkucaran pandangan politik sesama pemimpin Pas kini menjadikan parti itu bahtera yang bergoyang dan akan hanyut tanpa ada haluan.
Bagi membendung keadaan itu melarak, perkara paling pokok sekali kini, ialah memuktamadkan persespi yang Pas ingin bersama Umno. Agenda yang dilontarkan tahun 2008 dan ia mendapat restu Majlis Syura Ulamak (MSU) sendiri menerusi mekanisme apa dinamakan tahalus syiasi.
Walau pun sudah ada jawaban dan penjelasan demi penjelasan daripada hampir semua para pemimpin tertinggi, tetapi "projek terbangkalai" itu tetap menjadi hantu yang mengusik kepercayaan dan keyakinan orang Pas. Sehingga kini agenda kerjasama dengan Umno itu tidak tamat dan terus diperkatakan.
Perkembangan di Kelantan atau pun stail politik baru diambil oleh Pas Kelantan seakan menafikan jawaban dan penjelasan para pemimpin Pas itu. Pendekatan kerajaan Kelantan berbaik-baik dengan Putrajaya ditafsirkan ia adalah mesej kepada apa yang berada di bilik tabir. Ada orang meletakkan perubahan politik Pas Kelantan dengan Umno itu sebagai roh kepada hubungan lebih besar hingga ke dalam pilihan raya.
MB Kelantan Ahmad Yaakub sudah beberapa kali bertemu dan berjabat tangan dengan Najib Razak. Terbaru ialah petang semalam, MB itu berkunjung ke Putrajaya. Mungkin Pas ikhlas atau pun bertindak mengikut semangat Perlembagaan (federalisme), tetapi apa dibimbangi Pas Kelantan menjadi ralik dan leka berkahlwat dengan Umno sehinga dapat ditangkap basah oleh rakyat. Adalah memalukan kalau Pas berkahwin dengan Umno setelah ia ditangkap basah terlebih dahulu.
Kita memahami kesulitan dan masalah dihadapi Ahmad Yaakub di Kelantan. Dengan masalah kewangan negeri makin meruncing sedangkan isu banjir belum selesai, ia ditambah lagi dengan keadaan hubungan dengan pihak Istana yang sebelum ini umpama seperti isi dengan kuku, tetapi kini dikatakan tidak begitu kondusif. Pertemuan MB dengan Sultan tidak seacap dulu lagi? Inilah menyebabkan Ahmad kehilangan punca dan arah untuk mentadbir negeri.
Apakah kerajaan negeri khasnya Ahmad Yaakub dan timbalannya ada masalah dengan pihak Istana? Sewaktu ulang tahun keputeraan Sultan baru-baru ini tidak ada seorang pun orang politik daripada Pas dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato'. Hal dan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Apabila sudah berjauhan atau pun hubungan kerajaan dengan Istana tidak mesra lagi, sudah pastilah nasihat-nasihat berguna daripada Istana khasnya dalam menjana ekonomi dan kewangan Kelantan tidak ada lagi dan juga boleh melemahkan semangat untuk mentadbir, mungkin inilah menjadikan Kelantan dalam keadaan runcing. Dikatakan kantung kewangan negeri sudah nampak "patak".
Kita fahami jalinan kerjasama Pas dengan Umno itu untuk pembangunan Kelantan dan jika kedua pihak jujur dan ikhlas banyak manfaat bagi rakyat.
Tetapi disebabkan tindakan itu tidak ada restu langsung dari puncuk pimpinan, maksudnya ia dibuat bukan atas arahan parti, menyebabkan rakyat mempunyai tafsiran negatif atas apa yang berlaku. Orang boleh beranggapan kerjasama Pas dengan Umno itu adalah berdasarkan nasfu sekarah MB sahaja untuk kepentingannya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai MB sepenggal lagi.
Mungkin Ahmad sudah membuat perkiraan kalau tanpa kerjasama dengan Umno Kelantan tidak boleh dibangunkan dan Pas akan kalah dia akan kehilangan jawatan berprestaj itu.
Makanya adalah elok kalau Pas memuktamadkan perkara ini. Jelas dan terang kepada rakyat secara terbuka dan ikhlas jangan berdolak dalih atau pun bertindak seperti burung Puyuh menyembunyikan diri kepala terlindung tetapi punggung tertungging yang mereka sudah putus untuk bersama Umno.
Untuk ini Pas boleh mengambil keputusan dalam muktamar khas menentukan hala tuju Pas menjelang pilihan raya nanti. Apakah Pas ingin bersama Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Sekiranya muktamar itu bersetuju Pas bergabung dan bekerjasama dengan Umno semua pihak harus akur kepada suara majoriti. Dalam hal ini Abdul Hadi Awang sebagai presiden harus berani, tegas dan bersikap gentlemen.
Apabila ada pemuktamadan itu ia menyenangkan penyokong dan rakyat mengambil sikap mereka dan membuat keputusan. Dengan cara itu rakyat juga tidak merasakan mereka ditipu.
Lagi pun pemuktamadan itu juga perlu bagi mengelakkan pergaduhan terbuka di kalangan ahli dan penyokong Pas bawahan. Mereka yang lembab atau tidak cekap politik (genius) akan terus bergaduh apabila Pas tidak ada sikap jelas mengenai hal ini.
Apabila sudah ada sikap (stand) nanti, sudah pasti pergaduhan, perbuatan lebel melebel, menggelar puak itu sebagai babi, jebon, tedung dan sebagainya akan berhenti dengan sendirinya.
Selagi Pas berkeadaan seperti hari ini, tanpa memuktamadkan sikap mereka, selama itulah situasi berkucah kini berterusan. Keadaan hari ini dengan berpecah dan berbagai-bagai penerimaan (persepsi) umum terhadap Pas sebagai sebuah parti politik ia merugikan parti agama itu.
Ditegaskan pemuktamadan ini perlu disegerakan, dan jangan tunggu menjelang pilihan raya. Kalau hendak menjual nangka jangan sampai ianya sudah busuk.
Wednesday, February 25, 2015
Pas perlu muktamadkan sikap yang mengelirukan
Posted by Suhaimi at 12:56 PM 0 comments
Adik Beradik Najib Dedah Tembelang Najib?
Sumber addindeen.blogspot.com
Kenyataan dikeluarkan beberapa hari selepas laporan The New York Times memetik kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengatakan kekayaan Datuk Seri Najib Razak datang daripada peninggalan keluarganya, selepas laporan mengatakan anak tirinya membeli hartanah mewah di New York, Amerika Syarikat (AS).
"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak," kata keluarganya dalam kenyataan yang ditandatangani anak- anak bekas perdana menteri itu – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir.
Laporan The New York Times menunjukkan anak tiri Datuk Seri Najib Razak membeli hartanah mewah di New York. Najib merupakan anak sulung kepada Razak.
"Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya.
"Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini," tambah mereka dalam kenyataan 3 perenggan dikirim kepada The Malaysian Insider malam ini.
Artikel The New York Times bertarikh 8 Februari tentang kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, termasuk Riza Aziz, anak tiri kepada Najib.
Low membeli apartmen mewah di New York berharga US$33.5 juta (RM122 juta) dan rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta dalam bentuk wang tunai, bagi pihak Riza, lapor akhbar AS itu.
Laporan itu juga mengatakan Najib diserang teruk dengan berita tentang isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja boros membeli barang kemas dan beg tangan berjenama.
Laporan itu berkata Najib "yang berpendapatan lebih kurang $100,000 (RM360,000) sebagai perdana menteri, diserang hebat oleh media tentang laporan perbelanjaan mewah isterinya."
Ia juga menimbulkan gambar Rosmah menggunakan 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang selalunya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 setiap satu.
Isu harta peninggalan keluarga Najib mula timbul apabila akhbar itu yang menunjukkan invois serta dokumen lain sebagai bukti pembayaran untuk barang kemas Rosmah dan meminta jawapan dari Pejabat Perdana Menteri.
Laporan itu memetik Pejabat Perdana Menteri berkata: "Wang yang dihabiskan dalam pelancongan, pembelian barang kemas, dan kandungan peti besi mana-mana pun semuanya tidak luar biasa bagi seseorang dengan kedudukan perdana menteri dengan tanggungjawab dan aset warisan keluarga."
Artikel tersebut menyebabkan ahli Parlimen DAP Tony Pua mempersoalkan punca kekayaan Najib, kerana ayahnya terkenal dengan sifat berjimatnya.
Pua mendesak perdana menteri mengisytiharkan asetnya serta menjelaskan perbelanjaan keluarganya dengan barangan dan hartanah mewah dan menambah Presiden AS juga terpaksa mengisytiharkan aset serta perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah undang-undang negara polis dunia itu.
Baca versi Bahasa Melayu di The New York Times di sini. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 12:39 PM 0 comments
Monday, February 16, 2015
KADAR INSURANS KENDERAAN AKAN NAIK LAGI MULAI 23HB FEBRUARI 2015 INI.
Kadar insurans motor telah dinaikkan pada bulan Februari setiap tahun sejak 2012, dan semakan terkini kadar insurans motor telah ditetapkan berkuat kuasa pada 23 Februari 2015 ini..
Jadual di bawah senarai lama 2013, 2014 dan kadar kadar terbaru 2015 untuk kereta persendirian.Perbezaan dalam kadar adalah peningkatan kira-kira jumlah yang sama dengan pelarasan dibuat dua tahun yang lalu.
Perkara yang akan berbeza tahun depan - 2016 adalah tarikh akhir untuk pentarifan yang dirancang premium insurans motor. Apabila ini berlaku, maka kadar premium akan dibezakan lagi mengikut profil risiko kenderaan, pemilik, dan juga perbezaan harga yang mungkin antara penanggung insurans. Apabila pentarifan itu mula berkuat kuasa, kita mungkin melihat kemunculan penanggung insurans perkhidmatan penuh 'dengan kadar yang lebih tinggi tetapi lebih faedah seperti perkhidmatan trak tunda percuma, dan juga' bajet tanpa perkhidmatan lebih 'penanggung insurans.
Insurans motor adalah talian perniagaan yang dominan untuk syarikat insurans am di Malaysia, mencatatkan pertumbuhan 5.4% yang stabil untuk tahun 2014. Industri ini membayar kira-kira RM5.04 bilion dalam tuntutan insurans motor pada tahun lepas.
Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 2:39 PM 0 comments
Kenapa Shafee Tak Puas Hati Sampai Nak Bersumpah Di Mekah Bagai Ni?
Sumber malaysianreview.com
Oleh Shahbudin Husin
Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tidak habis-habis menghadirkan cerita pelik dan ganjil buat kita semua.
Jika semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun berakhir dan Anwar sudah berada dalam penjara.
Setelah Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan serta dihukum penjara selama lima tahun, adalah perkara biasa jika pihak yang tertuduh merasa tidak puas hati dengan hukuman yahg dijatuhkan itu.
Sebab itu, tiada yang hairannya jika Anwar terus menyatakan sabitan kepadanya adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh karier politiknya. Tidak pelik juga jika ahli keluarga Anwar bersama penyokongnya terus meluahkan simpati dan mengadakan pelbagai demo bagi membantah hukuman itu.
Tiada yang ganjil dan luar biasa juga jika peguambela Anwar terus bercakap menyatakan rasa tidak puas hati dengannya.
Ia boleh dikatakan normal dan biasa bilamana pihak yang kalah terus bersuara dan menuntut keadilan.
Tetap tentulah pelik, ganjil dan luar biasa bila pihak yang menang terus menerus bercakap cuba meyakinkan orangramai mengenai keputusan yang telah dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan itu.
Inilah yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim ini. Setelah beliau didapati bersalah dan kini sedang menghuni Penjara Sungai Buloh, ketua pasukan pendakwaraya, Shafee Abdullah ternampak begitu sibuk bercakap di sana sini mengenai perbicaraan dan hukuman yang telah diterima oleh Ketua Pembangkang itu.
Beliau bukan saja bercakap dengan banyak media mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar, malah tidak habis-habis menyatakan keyakinannya bahawa Anwar memang bersalah dan sah meliwat Saiful.
Di suatu ketika itu, Shafee yang lebih dikenal sebagai peguam UMNO juga menyatakan beliau sanggup bersumpah di Mekah untuk membuktikan keyakinannya bahawa Anwar tetap bersalah.
Tidakkah perbuataan Shafee ini pelik, ganjil dan luar biasa? Apa tujuannya beliau bercakap sedemikian rupa sedangkan beliau adalah pihak yang menang? Bukankah Anwar sudah dijatuhkan bersalah dan menerima hukuman?
Pihak yang menang sepatutnya bergembira dan meraikan kemenangan, bukannya bersungut tidak henti-henti?
Kenapa tak habis-habis bercakap secara terbuka cuba meyakinkan rakyat sedangkan beliau adalah ketua pasukan pendakwaraya ketika perbicaraan saja dan bukannya ahli politik?
Adakah Shafee sendiri tidak yakin dan ragu-ragu dengan keputusan mahkamah itu? Atau beliau sedang didatangkan Tuhan dengan perasaan bersalah dalam hatinya ketika ini?
Tidak cukup dengan bercakap melalui media, pada 17 Februari ini ( Selasa), Shafee juga turut hadir memperkatakan mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar itu dalam sebuah majlis dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Barangkali ada benarnya saranan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman agar khidmat Shafee sebagai timbalan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar segera ditamatkan agar beliau berhenti bercakap mengenai kes yang sudah pun berakhir itu.
Kata Abu Talib lagi, kes Anwar ini tidak seharusnya terus mendapat komen lanjut, sebaliknya tindakan itu seperti mengesahkan lagi dakwaan pelbagai pihak bahawa ianya berunsur dan bermotifkan politik.
Apakah dengan membawa Shafee hadir dalam program anjurannya itu, Khairy Jamaluddin juga mahu orang ramai terus melihat kes Anwar ini dari segi politik?
Dengan bersetuju hadir di program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil juga jika selepas ini Shafee akan turut bersetuju hadir dalam banyak program lain anjuran UMNO bahagian dan cawangan di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar itu.
Nampaknya NGO Tibai dan “Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim” yang sudah pun dibubarkan sehari selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas alasan tiada keperluan lagi meneruskannya, sudah pun ada bakal penggantinya iaitu Shafee Abdullah, seorang peguam terkenal yang disebut-sebut ramai sebagai bakal Peguam Negara selepas ini.
Berada di luar atau di dalam penjara, Anwar terus menghantui ramai orang dengan aura dan pengaruhnya. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 2:21 PM 0 comments
Projek lebuh raya Kidex dibatalkan MB Selangor
Sumber Mkini
Kerajaan Selangor membatalkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Menteri Besar Azmin Ali berkata ia dibatalkan kerana syarikat konsesi gagal memenuhi syarat ditetapkan dalam tempohnya.
Kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh menteri besar seperti berikut:
Kerajaan Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh.
Selain daripada pembangunan ekonomi, pentadbiran Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Selangor.
Pertikaian mengenai kelulusan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebelum ini banyak berkisar kepada persoalan-persoalan ini.
Kerajaan negeri telah menggunapakai maklum balas orang ramai yang terbabit untuk menetapkan syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi.
Kerajaan negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina.
Pendirian ini telah diluluskan dalam pembentangan belanjawan Selangor 2015 di persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014.
Justeru, pihak konsesi Kidex perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment).
Kajian-kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk kawasan yang terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuhraya tersebut.
2. Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan (rate of return to investment).
3. Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Kidex untuk mematuhi syarat-syarat ini sebelum 14 Februari 2015.
Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh Kidex setelah tempoh masanya tamat, maka kerajaan Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).
Pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya-lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.
Posted by Suhaimi at 2:13 PM 0 comments
Tuesday, February 10, 2015
KWSP umum dividen 6.75 peratus bagi tahun 2014
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata bayaran dividen itu berjumlah RM36.66 bilion, berbanding RM31.2 billion pada 2013.
Dana simpanan persaraan terbesar negara itu juga mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.08 bilion bagi 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35 bilion pada 2013, dipacu terutamanya oleh ekuiti dalam pasaran domestik dan global, katanya.
"Pelaburan luar negara menyumbang 33 peratus daripada jumlah pendapatan 2014 walaupun hanya 23 peratus daripada jumlah aset KWSP," katanya.
Kelas aset mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM22.91 bilion, peningkatan sebanyak 17.37 peratus berbanding RM19.52 bilion pada 2013, dan menyumbang 58.63 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada 2014.
Pinjaman dan bon menyumbang RM7.57 bilion dalam pendapatan, berbanding dengan RM7.51 bilion pada tahun 2013.
Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Bon Sama Taraf mencatatkan RM6.59 bilion dalam pendapatan, meningkat 6.14 peratus berbanding RM6.21 bilion pada 2013.
Instrumen Pasaran Wang mencatatkan pendapatan sebanyak RM619.65 juta Hartanah dan infrastruktur menyumbang RM1.39 bilion dalam pendapatan pelaburan pada 2014, berbanding dengan RM1.14 bilion pada tahun sebelumnya.
Setakat 31 Disember 2014, aset pelaburan KWSP berjumlah RM636.53 bilion, naik 7.91 peratus daripada RM589.87 bilion pada 2013.
Beliau berkata maklumat mengenai dividen 2014 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP di 'Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,' Twitter di KWSPBuzz dan YouTube 'KWSP Malaysia.'
Menurut Samsudin penyata akaun yang telah dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan mulai esok, 8 Februari. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:53 AM 0 comments
Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat
Sumber Kelab GB
Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.
Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!
Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.
Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.
Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.
Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.
Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.
Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.
Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.
Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.
Cengkaman Umno
Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.
Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.
Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.
Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.
Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.
Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.
Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!
Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.
Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.
Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.
Menjelang GST
Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.
Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.
Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.
Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.
Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!
Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.
Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.
Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.
Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.
PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.
Adab beza pandangan
PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.
Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!
Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.
Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.
Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?
Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.
Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.
Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.
PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.
Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.
Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor
‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.
Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.
Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.
Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.
Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.
Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.
Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.
Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.
Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.
AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 9:43 AM 0 comments
Monday, February 9, 2015
'Buang dinosaur, lantik muka baharu'
Sumber Sinar
DALAM apa sahaja kapasiti - mufti, pensyarah atau pendakwah - beliau menarik perhatian ramai. Sebagai Mufti Perlis pertama kali (2006 - 2008), kemudian sebagai pensyarah universiti, beliau lantang bersuara.
Ramai menyokong, tetapi ada juga yang tidak menerima pandangannya. Mulai awal bulan ini, beliau kembali menduduki kerusi Mufti Perlis, jawatan yang beliau tinggalkan tujuh tahun lalu. Dengan pengalaman dan pendedahan yang makin banyak, beliau tentunya ada banyak perkara yang ingin dikongsikan dengan masyarakat.
Ikutilah temu bual Timbalan Pengarang Berita Farush Khan, Editor Rencana DARINA OSMAN dan jurugambar ROSLI TALIB dengan DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN.
Datuk pernah jadi Mufti Perlis dahulu, dan kini kembali ke pejabat mufti setelah beberapa tahun menjadi pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM). Apa perasaan Datuk?
Saya mungkin agak lebih teruja atau berdebar nak jadi mufti pertama kali dulu, sebab saya tidak ada pengalaman dan tak tahu bagaimana cara pengurusan. Lepas jadi mufti, saya balik semula sebagai pensyarah, (dan) pergi merata-rata di dunia ni.
Saya terdedah kepada banyak pengalaman, alhamdulillah. Semasa jadi mufti dulu, umur saya 35 (tahun), dengan semangat orang muda, darah muda masa tu (tersenyum).
Selepas jadi mufti kali pertama, saya kira rakyat lebih mengenali saya (melalui) sebahagian besar isu yang saya bangkitkan. Mungkin banyak isu tertentu dan saya kira sebahagian mengenali saya dengan cakap-cakap (saya).
Kemudian saya dapat peluang pergi ke beberapa tempat. Tamat jadi mufti, saya diberi peluang ke Wales ketika jadi pensyarah di USM (Universiti Sains Malaysia).
Kemudian saya jadi felo di Oxford, kemudian balik lagi (ke tanah air), kemudian pergi menuntut di London selama enam bulan. Jadi agak banyak pengalaman, yang saya rasa alhamdulillah, walaupun ketika saya tidak jadi mufti, perkataan-perkataan saya masih diambil oleh media dan mendapat liputan.
Apabila nak jadi mufti semula (mulai awal bulan ini), apabila Tuanku Raja Perlis (berkenan) panggil menghadap dan memaklumkan bahawa (Mufti Perlis sebelum ini) Datuk Dr Juanda (Jaya) nak balik ke Sarawak menjadi penasihat kerajaan negeri sekarang, maka saya berfikir, istikharah dan membuat keputusan menerima tawaran tersebut.
Untuk kali ini saya masuk pejabat mufti, saya dah tahu apa yang nak buat, boleh lihat dari pelbagai sudut. Apabila umur kita meningkat, pengalaman bertambah, pertimbangan-pertimbangan kita (pun) lebih baik.
Ketika pertama kali menjadi mufti dahulu tentu banyak perkara yang Datuk rancang untuk pentadbiran Islam di Perlis. Sejauh mana apa yang Datuk rancang itu dilaksanakan oleh pengganti Datuk? Kalau masih tidak dilaksanakan apakah Datuk bercadang meneruskan semula kali ini?
Walaupun saya jadi Mufti Perlis dua tahun, saya dengan Perlis agak rapat. Bila saya datang ke Perlis ini, alhamdulillah, tak jadi mufti pun (saya) masih (jadi) Ahli Majlis Agama Islam Perlis.
Apa yang saya fikirkan ialah mufti menjadi rujukan agama. Oleh kerana rakyat mencari satu sumber atau tempat merujuk, sekurang-kurangnya mereka mencari garis panduan, maka mufti patut dikenali rakyat dan senang dihubungi serta (dapat) memahami banyak isu.
Akan jadi masalah jika mufti itu tidak dikenali, tidak bersuara, tidak bercakap, hanya dikenali untuk acara-acara rasmi tetapi tidak menyelesaikan isu yang pelbagai. Dalam masa sama, kita kata Islam itu lengkap, syumul, tetapi bila ada isu yang membabitkan agama kita tak mahu bercakap.
Dan orang-orang politik bercakap, orang itu bercakap. Akhirnya kita tanya kenapa semua orang nak bercakap.
Sebagai penceramah selama ini Datuk dilihat sebagai berani dan amat terbuka dalam menjelaskan isu-isu Islam, walaupun ada pihak berasa tersinggung. Kini Datuk menjadi pegawai kanan kerajaan dan terikat dengan peraturan. Apakah keberanian dan kelantangan Datuk akan diteruskan?
Saya tidak rasa (ia akan terjejas) melalui kekangan, sebab dalam tempoh tak jadi mufti pun saya bersuara dalam hal politik, sosial dan berbagai-bagai. Saya berterima kasihlah pada istana Perlis, bukan (pihak istana) tak tahu saya bercakap.
Satu perkara yang berharga dalam hidup kita ini ialah kebebasan untuk menyatakan pandangan kita. Apa makna jawatan jika kebebasan kita dirampas. Ini prinsip penting dalam hidup, tetapi (menyatakan pandangan) mestilah dari sudut kesantunan, kesusilaan, bahasa dan seumpamanya.
Ada peraturan-peraturannya, tetapi (kalau) sehingga menghalang manusia bercakap, ini tidak melambangkan sebuah negara yang maju. Kita mesti bercakap. Saya akan bercakap, saya tidak mencerca. Kemungkinan pandangan saya berbeza, tetapi saya akan maklumkan ia pandangan peribadi saya.
Saya sepatutnya begitu, akan terus bercakap. Hubungan saya baik dengan istana, saya juga Ahli Majlis Agama Perlis.
Ketika pertama kali jadi mufti dahulu, apakah cabaran-cabaran utama yang Datuk hadapi? Apakah cabaran-cabaran itu masih wujud sekarang? Apakah langkah terkini Datuk untuk menghadapi dan mengatasi cabaran tersebut?
Ada advantage (kebaikan) dan disadvantage (keburukan). Advantagenya ialah kita mudah menyampaikan idea kita sendiri.
Oleh kerana, alhamdulillah, saya bercakap dan saya juga penulis, sebahagian idea saya (yang) saya tulis di FB (dan) Twitter saya, yang boleh dipetik oleh orang lain; yang kadang-kadang wartawan petik maksud lain.
Jadi kalau kita tulis, ayat kita sendiri, kita tahu, dan orang boleh akses kepada maklumat yang betul, yang asli. Jadi itu satu kelebihan.
Kalau apa yang kita kata disebarkan tidak betul, ini merebak sangat cepat, jadi viral, tetapi saya rasa kekuatan media sosial sekarang ini banyak beri manfaat. Tetapi kita kena aktif, kena counter balik.
Ada artikel saya tulis belum keluar di media cetak, sudah ada di media sosial. (Kelebihan) ini tidak ada zaman saya dulu. Ada (juga) tetapi tidak sehebat sekarang. Perlis ini ada banyak persepsi.
Dulu lebih teruk, nak jelaskan susah, tetapi apabila saya jadi mufti saya berterima kasih kepada media kerana banyak sokong saya, dapatlah saya terangkan apa yang berlaku di Perlis.
Tetapi sekarang kita tengok ramai yang boleh membaca, terutama mengenai agama dan mengenali tokoh ilmuwan agama peringkat antarabangsa. Orang tidak lagi menerima pandangan sempit. Kini lebih global.
Contoh isu Cadbury tempoh hari. Kalau dulu dengan babi, habislah. Tetapi kini dengan isu Cadbury orang mula kenal bukan setakat babi, tetapi DNA dan melihat dari sudut lain, lebih luas.
Datuk dikenali dalam tiga bidang utama, iaitu sebagai ahli akademik, penceramah dan mufti. Antara ketiga bidang ini yang mana Datuk rasa paling seronok untuk melaksanakannya?
Ramai orang berceramah, ada yang jadi mufti, tetapi saya kira ramai yang membantu orang ialah sholarship; kesarjanaan, maksudnya kajian, melihat pandangan yang lebih luar dari sudut berbeza.
Perlis memang terkenal dengan pandangan-pandangan. Walaupun (Perlis) negeri kecil, kalau (mengenai) stand (pendirian) Perlis sekarang, orang selalu kata Wahabi, Perlis nothing to do (tiada kaitan) dengan Wahabi.
Saya kata pada wartawan, Perlis tidak Wahabi dan tidak benarkan Wahabi di Perlis. Apa yang diceritakan (bahawa Perlis amalkan Wahabi) itu tidak benar. Dari dulu Perlis telah letakkan dalam perlembagaannya, satu-satu negeri (yang) tidak terikat dengan satu mazhab.
Ia terima semua dan akan melihat yang mana terbaik. Dulu-dulu kita bayar zakat dengan beras, (tetapi) kini bayar zakat dengan duit. Dulu pernah saya kata dalam kes anak tidak sah taraf; yang lahir bawah dari enam bulan, susah untuk didaftarkan. Ramai anak yang didaftarkan tidak boleh dibinkan nama bapa, tetapi dibinkan Abdullah.
(Di) Perlis, kita benarkan bin nama bapa, walaupun dia kahwin baru tiga bulan, anak itu anak dia. Kita nak hukum siapa? Nak hukum ibu bapa, nanti anak dia tidak ada ibu bapa, susah nak daftar sekolah.
Sini (di Perlis) orang nak masuk Islam kita binkan dengan nama bapa dia. Takkan kita nak binkan Abdullah pula. Islam mengiktiraf "panggil mereka dengan nama". Perlis kecil, tetapi Islam kita syumul.
Kita nak Islam yang harmoni yang menyelesaikan (masalah). Malaysia the only (negara) yang suruh binkan Abdullah. Negara lain tak ada. Itu lebih kepada keputusan kita yang bersifat tempatan.
Negeri sebenarnya tidak terikat dengan fatwa kebangsaan, agama di bawah negeri. Cuma fatwa kebangsaan sebagai makluman kita hadir ke Majlis Fatwa Kebangsaan. Hakikatnya ia fatwa peringkat negara, tetapi bidang kuasa dalam negara kita, negeri tidak terikat.
Negeri di bawah raja negeri berkenaan. Kalaulah fatwa kebangsaan kata A, kemudian negeri buat keputusan B, terpakai di negeri itu. Ada pandangan-pandangan yang berbeza dengan negeri lain, tetapi sama dengan negara Arab, contoh mengenai talak.
Kita balik kepada fatwa yang asal, seperti ijtihad pada zaman Khalifah Umar (Al-Khattab ra). Kita nak jaga kekeluargaan tersebut. Bilangan talak bergantung kepada kali yang dia lafazkan.
Dari segi amalan harian dan hal ehwal pentadbiran Islam, Perlis dikatakan sedikit berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Pada pandangan Datuk apa agaknya penyebab kepada perbezaan ini? Apakah kelainan, perbezaan ini sesuatu yang baik?
Kita tengok (wanita) pakai tudung hijau (atau) hitam; itulah perbezaan. Manusia hidup dengan kepelbagaian yang beri alternatif selagi kepelbagaian itu memberi jalan keluar yang baik, bukan bawa manusia kepada jenayah.
Ia adalah sesuatu yang baik. Perbezaan ini membantu. Contoh, kalau ikut bayar zakat dulu-dulu kita kena bayar dengan beras, ertinya dekat nak raya penuhlah beras kat rumah. Tetapi kerana kita boleh terima pandangan mazhab Hanafi, zakat bayar dengan duit.
(Walaupun) tidak ada dalam mazhab Shafie, kita terima pakai. Mazhab Shafie perlu lafaz. Bayar dengan mesin, mesin mana boleh bercakap? Jadi perbezaan itu dilihat advantage.
Fatwa atau hukum (bertujuan) membantu manusia dan menyelesaikan masalah. Kita kena bagi pandangan yang mendekati maksud al-Quran dan sunnah (dan) dalam masa sama, menyelesaikan masalah.
Tanda-tanda semakin jelas bahawa umat Islam di negara kita semakin berpecah dan berpuak. Salah satu faktor perpecahan adalah kerana perbezaan fahaman politik. Sebagai mufti, apa komen Datuk mengenai perkara ini?
Kita kena lihat adakah benar umat Islam berpecah di Malaysia. Kalau benar kena kenal pasti. Saya ambil contoh era 80-an, ada (kejadian) sembahyang dua imam. (Disebabkan) parti berbeza, (ahli parti) tak boleh makan semeja.
Saya rasa ini sangat serius. Hari ini (keadaan) tak seserius itu (lagi). Orang Islam boleh solat sama dalam masjid. Reformasi banyak, hujah intelektualiti rakyat meningkat, tetapi saya tak nampak mereka sampai bertumbuk di jalan kerana berbeza (fahaman) politik. Tetapi saya rasa dulu lebih serius.
Untuk tangani masalah perpecahan, jika ada, ialah kebijaksanaan rakyat. Kena educate (didik) rakyat. Saya lihat rakyat sudah matang. Ada orang, dia suka dengan kerajaan, tetapi tak suka dengan pemimpin tertentu.
Ada orang, dia suka idea pembangkang, tapi tak undi pembangkang. Politik parti sudah berkurangan, sudah mula kritikal dengan isu. Jadi bila kita rasa itu perpecahan, perpecahanlah. Pada saya kita kena remove (singkir) all dinosours dalam politik.
Contoh, isu (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim dari dulu, skrip yang sama. Pemimpin yang baru datang, kalangan orang lama akan bangkitkan lagi isu sama. Kita nak muka-muka baru, kita tak nak lagi isu-isu lama, isu peribadi ni.
Pelbagai lagi isu, soal ketamadunan, soal hala tuju negara yang pada saya belum jelas. Kita bukan nak dengar (cara) selesai isu, (iaitu) dengan pergi berhimpun di mahkamah untuk dengar masalah peribadi.
Tapi biarlah ia mengenai hak tuntutan rakyat, macam tuntutan royalti minyak Kelantan. (Itu) Lebih baik daripada pergi dengar isu peribadi manusia. Perpecahan ini puncanya politik, bagi muka barulah.
Ini isu keluar (daripada) tajuk soalan. (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pergi upacara Thaipusam (di Batu Caves, baru-baru ini). Negara ini ada pelbagai agama.
Najib boleh pergi, tetapi jangan meleburkan dirinya sebagai seorang Muslim. Kalau tanya saya, saya kata seorang PM boleh pergi ke majlis itu bukan untuk merayakan perayaan agama, tetapi pergi sebagai ketua negara bercakap mengenai keharmonian.
Oleh kerana beliau pergi sebagai identiti PM, pihak pengurusan perlu maklumkan beliau tidak perlu berpakaian seperti merayakan upacara itu, tak perlu kalungan bunga.
Bukan tak boleh hadir, tapi hadir dengan tidak merayakan perayaan itu. Kerana itu perayaan agama (yang) dirayakan penganut agama, ada kepercayaannya.
Ia bukan sambut merdeka atau tahun baharu. Penasihat yang ada di keliling PM dan pemimpin yang terbabit dengan agama tidak menasihati PM dalam kes ini. Pergi sebagai PM bukan sebagai (orang yang) turut merayakan perayaan itu.
Selain perbezaan politik pandangan dan persepsi berbeza dalam kalangan para ulama juga akhir-akhir ini memecahbelahkan lagi orang Islam di negara ini. Perkara-perkara kecil seperti doa qunut, talkin, tahlil arwah pun boleh menjadi punca perpecahan masyarakat. Apa peranan yang boleh dimainkan oleh para mufti untuk mengatasi perkara ini?
Saya hairan bila orang kata ada perpecahan kerana benda-benda kecil ini. Ini hanya persepsi, mentaliti golongan agama yang tak baik, mahu dominasi.
Benda-benda ini dicipta penceramah dan sebagainya. Kalau Perlis, kita tak galak. Ini soal manusia dengan Tuhan nak talkin, nak qunut. Amalan seseorang itu lebih penting.
Sebagai Mufti Perlis, apa visi Datuk untuk masa depan perkembangan Islam di Perlis khususnya dan di negara ini, amnya?
Saya lihat, alhamdulillah, di Malaysia ini ramai berpendidikan, terdedah dunia luar, pandangan antarabangsa oleh para scholars. Perkembangan ilmiah berlaku (adalah) suatu perkembangan sihat. Kita tak boleh jumud.
Keadaan orang Islam hari ini berbeza, yang mesti ditangani cara berbeza yang mungkin tak sama cara dahulu. Jika tidak, kita tak boleh ke depan. Orang lain kaut untung, kita tak dapat apa. Islam ini nak kena difahamkan.
Kita tak boleh mainkan isu perkauman, tak boleh main dendam. orang Melayu ramai perlu jadi contoh baik. Dulu (kita dan orang lain) boleh duduk semeja, kini tak (boleh) sebab kita jadikan agama sebagai penyebab orang meruncing, (dan) tertekan. Agama mesti jadi penyebab kepada keharmonian rakyat, tapi kini agama jadi punca ketegangan dalam negara. Memang peniaga ramai Cina, jika (peniaga) Melayu juga naikkan harga kita marah juga.
Agama mesti merentas kaum. (Dalam mendapatkan) jalan penyelesaian, semua nak jadi hero, nak kumpul penyokong. Ini soal masalah kepimpinan. Najib lambat. Saya suka cara (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad).
(Sekarang) dekat nak bertumbuk, baru nak buat keputusan. Itu pun tak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus.
Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas. Saya rasa Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik.
Jika cara kepimpinan begini berterusan, negara tak akan henti dengan masalah. Jadi Najib (perlu) kemas kini kepimpinannya. Apa yang berlaku dalam negara kini tidak baik.
Semua orang nak jadi hero, semua nak bercakap soal isu-isu dalam negara. Najib perlu kembalikan identiti beliau, perlu jadi PM untuk semua. Ada majoriti, ada minoriti, ada hak orang Melayu. Lama juga Umno perintah Tanah Melayu, Okay saja, tiada kelemahan dan (tidak) timbul isu-isu begini.
Saya tengok ada bocor dalam pentadbiran. DAP dan Pas pun satu masalah. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 11:18 AM 0 comments
Kisah Sebenar Pemilik Restoran Me' Nate Yang Jual Steak Sampai harga RM 9388,50
Sumber Siakapkeli.com.my
Admin pun pernah masuk kedai ini dan memang ternyata kedai ini memang eksklusif dimana dan cantik. Admin makan pun sebab orang bayar, tapi makanan tidak la semua mahal beribu-ribu sebab daging sudah di pack dengan harga siap sekali masak. Ada yang harga RM20-RM30 pun ada.
Kali ini kami di Siakapkeli akan mendedahkan kenapa restoran ini menjual Steak dan makanan begitu mahal samapi beribu-ribu ringgit.
Tahukah anda pemilik ialah Mustaffa Othman yang merupakan seorang pakar daging yang pernah bekerja di Istana Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London dan berkhidmat semasa mendiang Puteri Diana lagi.
Tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan kocek kosong selain meninggalkan isteri dan anak di tanah air pada 1989, Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub, terbang ke kota London untuk mencari pengalaman, pelajaran serta sumber kewangan lebih baik.
“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba pengalaman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.
“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seminggu.
“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.
Menurut Mustaffa, semasa di sana beliau akan belajar pada waktu siang dan akan bekerja sebagai pemotong daging pada waktu malam di sebuah kedai milik seorang warga Pakistan di London bagi menampung keluarganya di Malaysia.
Allah kurniakan rezeki yang terhebat apabila Mustaffa telah ditawarkan bekerja dengan Dawn Group of Companies pada 1991 denagn jawatan dan gaji lebih tinggi.
Syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal daging besar dimana mereka merupaka pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth.
"Sebelum saya bergelar pemotong daging saya telah diuji terlebih dahulu apabila ditinggalkan di dalam sebuah bilik yang mempunyai paha lembu, sebilah pisau dan batu asah.
"Saya tidak menyedari it sebenarnya adalah satu temuduga di mana saya hanya diberikan 10 minit untuk memotong daging tesebut dan saya pun memotong daging tersebut dengan saiz sederhana kecil."
Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembungkusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya.
“Cara orang Barat mengendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pengambilannya mengakibatkan penyakit.
“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari.
“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang dipetik Harian metro.
Beliau terut memberi tahu bahawa Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mahligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu.
“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir.
“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.
“Ketika itu saya dan seorang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir.
“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” katanya yang berusia 61 tahun.
Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih menyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing.
“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya.
“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan.
“Pada 2000, timbul isu penyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.
Membuka Me’nate Steak Hub enam tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya.
Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya matanya berjaya mengekalkan kestabilan restorannya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here.
Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging.
Berkenaan dengan harga yang ditawarkan yang dikatana terlalu maha tahukah anda yang harga sebenar sepotong daging yang dimasak tersebut sudah begitu mahal?
Jadi Admin nasihatkan kepada yang poket nipis macam admin ni janganlah sesekali pergi kedai pesan steak mahal itu sebab pasti akan berlaku lagi kes ambil gambar resit dan sebarkan di laman sosial. Pesan je menu biasa yang lain ada yang termampu dan jangan risau kerana pasti sedap. Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 10:35 AM 0 comments
Wednesday, February 4, 2015
Mati
Mayat terpinga-pinga dan baru sedar ia telah mati. Ketika itu masuklah malaikat Rumman sebelum masuknya malaikat Munkar dan Nakir. Mukanya bersinar seperti matahari dan ia berkata kepada mayat.
"Tulislah segala apa yang engkau telah perbuatkan di dunia tentang kebaikan dan kejahatanmu"
Maka jawab mayat, "Dengan apa hendak aku tuliskan, dan di mana aku hendak tulis?"
Maka jawab malaikat itu, " Lidahmu sebagai tinta dan jarimu sebagai kalam."
Maka berkata mayat, "Dimanakah buku yang hendak aku tulis?"
Maka malaikat Rumman mencarikan kain kafan lalu diberikan kepada mayat, "Tulislah segalanya di atas kain kapan ini."
Maka mayat pun menulis apa yang telah dilakukan di dunia tentang satu kebajikan. Dan jika sampai kepada kejahatan, mayat akan berasa malu untuk menulisnya. Maka berkatalah malaikat; "Wahai orang yang bersalah, kenapa kamu tidak malu kepada Zat yang menciptakan kamu sewaktu kamu melakukan dosa dahulu di dunia dan sekarang engkau malu terhadap diriku?"
Kemudian apabila mayat itu enggan menulis kejahatannya, malaikat itu akan mengangkat tongkat pemukul dan dipukulnya mayat itu, maka berkata mayat ; "Angkatlah tongkat ini agar aku boleh menuliskannya"
Maka mayat pun menuliskan segala kejahatannya dan kebaikannya tanpa tinggal walau sebesar habuk. Kemudian malaikat meminta mayat itu untuk mengecapnya. Maka berkata mayat; "Dengan apa hendak aku capkan?"
Maka berkata malaikat;"Kamu capkan dengan kuku kamu."
Maka mayat pun memperlakukan sebagaimana yang diperintahkan oleh malaikat. Dan setelah itu malaikat pun menggantungkan tulisannya itu dilehernya sehingga hari kiamat.
Firman Allah SWT:
"Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpai terbuka." (Al-Israa':13)
Setelah itu, masuk pula Munkar dan Nankir dan bermulalah soal jawab dengan si mayat mengenai ketuhanan, kenabian dan sebagainya. Jika mayat tidak dapat menjawab, maka ia akan diseksa dengan seksaan yang pedih. Di dalam kubur lagi sudah dihukum atas perbuatan yang dilakukan. Kalau mayat itu calon syurga, di dalam kubur lagi sudah ditunjukkan tempatnya. Dan begitu juga ahli neraka, tempat seksaannya juga telah ditunjukkan. Rasulullah Solllahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Apabila seseorang itu mati, maka diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia akan melihat syurga dan jika ia ahli neraka, ia pun akan diberi melihat neraka. Kemudian dikatakan,"Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya pada hari kiamat." (HR Muslim)
Begitulah rupanya orang yang di dalam kubur, sentiasa resah menanti saat berakhirnya alam kubur kerana tidak tahan diseksa dan tidak sabar untuk menikmati kebahagiaan di syurga. Kita yang hidup ini mengetahui kisah ini tetapi masih lalai dengan maksiat dan dunia. Masih lalai dengan harta kekayaan dan keluarga. Bersabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam:
"Keberangkatan mayat itu diringi 3 hak iaitu, keluarganya, harta bendanya dan amal perbuatannya. Yang dua akan pulang dan satu tetap tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya sedang yang tinggal ialah amal perbuatannya." (HR Bukhari dan Muslim)
Sumber: Menyelami Samudera Tasawuf oleh Ustaz Shamsul Mohd Nor Baca Seterusnya......
Posted by Suhaimi at 1:40 PM 0 comments