Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, February 9, 2009

MB harus dibenar panggil mesyuarat DUN - Tun Mahathir


Berita Oleh Malaysiakini

mahathir mohamad 180108Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tindakan melompat" wakil rakyat di Perak seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihanraya, maka keputusan itu harus dihormati.

Katanya, menteri besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan, lapor Bernama.


"Tetapi jika menteri besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian.

"Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan.

"Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," kata Dr Mahathir selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park di ibunegara semalam.

Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.

Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.

'Demonstrasi bukan budaya M'sia'

Mengenai undang-undang antilompat parti yang dicadangkan, Dr Mahahtir berkata Umno pada satu masa dulu ada meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat tidak bertarikh untuk digunakan jika mereka meninggalkan parti, tetapi ini sekarang tidak sah dari segi undang-undang.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 31Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pembangkang, yang hilang kuasa mentadir kerajaan Perak, perlu sedar bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku terhadap mereka pada masa depan,

"Ini (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.

"Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," katanya.

Para penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengadakan demonstrasi semasa upacara mengangkat sumpah menteri besar Perak yang baru kira-kira satu kilometer dari Istana Kuala Kangsar.

Kerajaan PR yang belum berusia setahun tumbang selepas tiga anggota dewan undangan (Adun) keluar parti menjadi Adun bebas dan menyokong BN.

Manakala Adun Umno yang keluar parti dan menyertai PKR sebelum ini, kembali semula ke pangkuan BN.

Baca Seterusnya......

3 cara nak gugurkan saya dari MB Perak - Nizar



Kenyataan Media Oleh Manjanik

Bismilahir Rahmanir Rahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

Menteri Besar Perak

Baca Seterusnya......

Tuesday, February 3, 2009

Rahsia Kenapa Orang Yahudi Bijak

Oleh: Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu engapa Yahudi Bijak?

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku
metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami,saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, a, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak
akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi
sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.
Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).
Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok.
Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi
pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini,Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.

Dr. Stephen Carr Leon

dari K_D...- mana yang baik jadikan tauladan/mana yang buruk jadikan sempadan..kebanyakan amalan mereka nih ikut sunnah Nabi Muhammad SAW jugak..patut ler bijak semcm jer..cuba bayangkan kalo kita amalkan semua sunnah termasuk membaca Al-Quran dsb..mesti generasi Muslim akan datang bertambah bijak n bertakwa..insyaAllah.

Baca Seterusnya......

Wednesday, January 14, 2009

Isu Solat Jumaat di Kalangan Pekerja Kilang

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah dalam waktu Zuhur, pada hari Jumaat di masjid atau tempat-tempat tertentu dan didahului dengan dua khutbah. Hukum solat Jumaat ialah fardu ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya seperti beragama Islam, akil baligh, berakal, merdeka, bermastautin dan tidak sakit. Oleh itu, jelaslah bahawa solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap umat Islam kecuali hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (Al-Jumaah: 9)

Kewajipan solat Jumaat ke atas lelaki Muslim amat jelas. Hikmah dan kebaikan solat Jumaat juga sering disebarluaskan demi menjaga kepentingan solat Jumaat di kalangan lelaki Muslim. Kebenaran daripada al-Quran yang manakah yang hendak disembunyikan, demi mengejar keseronokan duniawi sehingga berkira dengan masa yang tidak sampai dua jam untuk menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang lain.

Solat Jumaat jika dilakukan dengan sempurna bukan sahaja berfungsi sebagai penghapus dosa, mencegah perbuatan keji dan mungkar serta memantapkan jiwa dan sifat tawaduk dalam diri seperti solat wajib yang lain, malah ia juga berfungsi sebagai majlis ilmu.

Tidak menghormati solat Jumaat dengan berjalan ke sana sini, berseronok bersama pasangan dan sebagainya merupakan perbuatan yang keji. Masyarakat harus tahu hakikat itu. Bertindak menegur mereka yang lalai dan sengaja leka dengan hakikat kewajipan bersolat Jumaat adalah tanggungjawab yang dituntut.

Hukum melaksanakan solat Jumaat adalah fardu ain. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Jumaah, ayat 9. Solat Jumaat termasuk dalam fardu utama dalam syariat Islam, selain satu pertemuan besar mingguan bagi umat Islam. Siapa yang mempermudah- mudahkan kefarduannya, Allah mengecap orang itu sebagai munafik.

Seluruh umat Islam hendaklah melakukan fardu Jumaat dengan penuh keimanan dan keyakinan yang teguh, sebagaimana sabda Rasulullah saw maksudnya: “Daripada Thariq bin Syihab, Nabi Muhamad bersabda:
“Solat Jumaat hak yang wajib melakukannya atas tiap-tiap orang Islam, kecuali hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Daud). Demikian pentingnya kefarduan solat Jumaat.

Yakinlah dengan janji Allah, jika manusia mensyukuri nikmat-Nya dengan mengabdi dan menyembah-Nya, pasti Allah akan menambah nikmat dengan berlimpah ruah.
Sebaliknya, jika manusia mengingkari nikmat itu, azab Allah akan datang dengan tidak diduga. Bahkan dalam al-Quran dijelaskan, jika selesai mengerjakan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki. Ini membuktikan keluasan nikmat yang Allah buka kepada hamba-Nya yang sudi dan mahu mengabdi kepada-Nya.
Firman Allah maksudnya: “Apabila kamu selesai menunaikan solat (solat Jumaat) maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu beroleh kejayaan.” (Al Jumaah ayat 10)

Jelas sekali solat Jumaat adalah wajib dan masalahnya sekarang ialah para pekerja kilang di kebanyakkan kilang-kilang di seluruh negara hanya di benarkan menunaikan solat Jumaat 2 minggu sekali. Negara kita sudah Merdeka 51 tahun, tetapi bab solat tak dapat diselesaikan sehingga kini. Isu solat ini bukan baru tetapi sudah lama .

Isu solat Jumaat dikalangan pekerja kilang pernah di suarakan kepada majlis agama Islam, tetapi ia tidak pernah di beri perhatian yang serius. Apakah fungsi majlis agama Islam untuk menyelesaikan masalah berkaitan solat Jumaat.

Dimohon AHLI-AHLI PARLIMEN ISLAM agar menyuarakan isu solat Jumaat di kalangan pekerja kilang di Parlimen secepat mungkin.

Baca Seterusnya......

Monday, January 12, 2009

MASYARAKAT ISLAM MASIH SAMAR FALSAFAH YOGA

KEPUTUSAN Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga yang diamalkan secara menyeluruh dan sistematik kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah umat Islam bagi sesetengah pihak sungguh mengejutkan. Bagaimanapun, Dr Abdulfatah Haron Ibrahim, tegas menyatakan yoga adalah 100 peratus daripada ajaran agama Hindu. Beliau bukan saja seorang Profesor Usuluddin dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kertas kerjanya mengenai yoga dijadikan panduan kepada pengharaman yoga, malah beliau adalah pakar yoga yang mempelajari dan mengamalkan yoga secara serius. Dr Abdulfatah berhenti selepas mendapati senaman itu bertentangan dengan Islam. Ikuti pandangannya kepada wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan Siti Nur Almizan Aripin.


BOLEHKAH Dr menerangkan secara terperinci mengenai aspek yoga yang bertentangan dengan Islam?

Sebelum menjawab soalan ini, saya berpendapat kita terlebih dulu perlu memahami aspek falsafah yang mendasari isu ini, iaitu agama. Islam adalah agama samawi, iaitu agama wahyu atau agama dari langit dengan Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyebarkan agama ini. Islam adalah agama yang mengatasi akal. Walaupun mempunyai akal, tetapi kemampuan manusia terhad dan tidak dapat melebihi had itu. Sebagai contoh, manusia tidak boleh menyatakan dengan pasti lokasi sempadan langit. Jika ada sempadan, apakah pula di sebalik langit?

Manusia tidak boleh jawab, tetapi al-Quran menjawab persoalan ini dengan menyatakan ada tujuh lapisan langit dan di sebalik langit ada arasy dan syurga. Ini adalah perkara ghaib yang orang Islam percaya kerana dinyatakan dalam peristiwa israk mikraj, iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari bumi naik ke langit hingga Sidratul Muntaha. Peristiwa ini juga adalah antara mukjizat Rasulullah SAW.

Yoga mempunyai kitab suci seperti Bhagavad Gita, tetapi siapa yang tulis? Ada saintis Barat mengkritik sumber agama Hindu yang mempunyai perkara samar-samar. Memang benar agama Hindu adalah lebih awal ribuan tahun berbanding Islam, tetapi ada pelbagai kontroversi dalam kitab itu yang diragui dan nilainya tidak sama dengan al-Quran.

Siapakah pengasas agama Hindu yang tidak mempunyai nabi. Apabila tidak ada nabi, tetapi berfikir mengenai perkara yang di luar kemampuan orang biasa faham, ini adalah falsafah, iaitu mengenai sesuatu hakikat di sebalik alam nyata atau metafizik. Kesimpulannya, Islam adalah agama samawi yang mempunyai nabi, manakala Hindu adalah agama falsafah yang tiada nabi.

Apakah aspek lain yang perlu difahami berhubung isu ini?

Aspek kedua ialah demokratik dan aristokratik. Islam adalah agama demokratik. Dalam antropologi, ada tujuh fenomena sosial, iaitu politik, ekonomi, sosial, sains, falsafah, kesenian dan agama. Konsep fenomena sosial berbeza antara Barat dan Islam. Dalam Islam, semua fenomena sosial tertakluk kepada hukum syariat agama Islam. Oleh itu, timbul hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Seluruh kehidupan orang Islam 24 jam sehari semalam terikat dengan hukum itu.

Islam itu demokratik. Nilai kemuliaan pada pandangan orang Melayu adalah berdasarkan beberapa aspek seperti bangsawan, gelaran dan nama baik. Hukum syarak pula melihat kemuliaan pada ketakwaan, istiqamah, beriman dan beramal.
Hindu pula adalah agama aristokratik. Ada empat kasta tetapi sebenarnya ada lima kerana yang kelima tidak termasuk dalam kasta. Saya memetik kenyataan majalah National Geographic dan Understanding Oriental Philosophy, iaitu sejak 1,500 tahun lalu, masyarakat kasta di India percaya ketentuan sejak azali bahawa manusia yang dilahir di dunia ini adalah tidak sama. Mereka terpaksa masuk ke dalam satu daripada empat kasta.

Dari kepala adalah kasta brahman, dari tangan adalah kesatria (pemerintah dan tentera), dari paha adalah vaisya (saudagar dan peniaga) dan dari kaki adalah sudhra (buruh). Walaupun Mahatma Gandhi adalah pejuang kemerdekaan India, beliau adalah dari vaisya menyebabkan orang dari kasta brahman dan kesatria tidak boleh tunduk kepadanya. Di India, orang yang mengamalkan yoga adalah dari kasta brahman dan kesatria.

Kembali kepada persoalan dasar, apakah yang menyebabkan yoga boleh menggugat akidah umat Islam?

Dalam agama Hindu, manusia pada mulanya bersatu dengan tuhan. Kemudian muncul eon (legenda), suatu benda yang menjauhkan sedikit demi sedikit manusia dari tuhan hingga mereka lupakan tuhan. Ini menyebabkan manusia perlu melawan nafsu hasil daripada eon itu. Yoga yang bermaksud 'yuj' adalah satu bentuk amalan kerohanian Hindu dan juga Buddha yang sebenarnya adalah serpihan daripada agama Hindu.

Pengamal yoga yang dipanggil yogin berusaha membebaskan fikiran untuk mencapai samadhi atau bersatu dengan brahma. Ini adalah falsafah yoga, iaitu bersatu dengan brahma, perkara yang jelas bertentangan dengan Islam.

Berdasarkan matlamat senaman yoga yang mahu bersatu dengan brahma, sebab itu adalah janggal jika ada bukan Hindu terikut-ikut, sedangkan ada banyak senaman lain.

Timbul persoalan di kalangan segelintir pihak mengenai bagaimana melakukan yoga bertentangan dengan Islam?

Segelintir pihak yang membantah keras mendakwa 'kami tidak menjadi Hindu pun.' Nasihat saya, tidak ada pihak yang boleh pertikaikan kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak ke dalam mantera atau elemen falsafahnya. Bolehkah mereka memberi jaminan? Dalam satu laporan media massa, seorang pengamal yoga menunjukkan satu gerakan yoga, tetapi itu bukan yoga tetapi senaman biasa. Orang itu keliru antara senaman biasa dan yoga.

Mungkin kepada orang ramai, apabila disebut senaman yoga ialah asana yoga. Asana bermaksud posisi tubuh (postures) yang sebenarnya bukan hanya gerakan badan dan cara pernafasan, tetapi membabitkan akidah umat Islam.

Ada pelbagai jenis senaman asana yoga. Ada yang kata 84 dan ada yang kata 32 jenis asana yoga. Saya kemukakan beberapa contoh asana yang setiap posisi tubuh mempunyai makna.

Padmasana, iaitu melambangkan keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Dalam mitos kejadian brahma, dia dikatakan terbit dari bunga teratai yang keluar dari pusat vishnu. Yuga-Mudra pula adalah asana yang melambangkan sujud kepada tuhan yang jelas membabitkan perkara agama atau ketuhanan.

Garudasana, iaitu nama burung khayalan berkepala rupa manusia tunggangan tuhan vishnu apabila naik ke langit. Vishnu biasanya digambarkan dengan bunga teratai. Contoh asana yang saya katakan ini menunjukkan wujud unsur agama Hindu-Budha, iaitu bunga teratai, asana sujud dan asana garuda.

Bagaimana pula dengan jenis yoga lain?

Selain asana, ada lima lagi jenis yoga, iaitu hatha, karma, bhakti, jnana dan raja.

Hatha adalah gabungan ha yang bermaksud matahari dan tha yang bererti bulan. Ini bermaksud menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Yoga ini semata-mata mengenai fizikal. Hatha bermaksud menguasai pemikiran melalui cara pernafasan tertentu.

Karma ialah yoga sebab musabab, iaitu untuk melatih hidup tidak mementingkan diri, berkhidmat untuk manusia, masyarakat dan negara di mana anda berada. Yoga ini adalah latihan penyucian diri dan melalui meditasi, mengangkat darjat diri ke tahap tertinggi. Hasil latihan ini menjadikan hati lembut dan melayakkan diri mengamalkan bhakti.

Bhakti adalah yoga ibadat atau yoga cinta ilahi. Dengan ini terbuka hati dan akal kepada martabat kehidupan tertinggi, mengajar beribadat kepada tuhan dan menyerah diri sepenuhnya kepada tuhan.

Jnana melayakkan kita memeriksa diri dengan minda yang terlatih dan daya tinggi melakukan penumpuan kepada hikmat manusia berada di dunia, manakala raja sebagai lanjutan mengenai intuition yang membawa kita kepada maha mutlak. Raja yoga membimbing seorang pengamal yoga (yogin) mencapai samadhi (bersatu) tertinggi, boleh bersatu dengan mutlak (brahma).

Bagaimana mantera yang dilafazkan ketika mengamalkan senaman membahayakan akidah?

Dalam agama Hindu, 'om' dikatakan kalimah kekuasaan maha suci, mantera paling handal berbanding yang lain. Dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam. Cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup huruf 'm' yang terhenti dan dengungan bunyi suara berterusan. Ini membabitkan semua anggota yang mengeluarkan perkataan dan suara yang mengandungi banyak nama tuhan.

Aum pula adalah mengandungi 'a' yang melambangkan kejadian terkandung dalam diri brahma, u melambangkan vishnu, tuhan pemelihara dan m ialah shiva yang melambangkan tuhan pembinasa. Brahma, vishnu dan shiva adalah satu dalam tiga dan digelar trimurthi atau tetiga. Bagaimanapun, ada banyak lagi tuhan atau dewa Hindu dan sukar dikira.

Alasan yang diberikan pengamal yoga ialah mereka melakukannya semata-mata untuk kebaikan kesihatan?

Jika yoga baik untuk kesihatan, mungkin WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) akan mengeluarkan kenyataan bahawa jika hendak melihat model orang yang sihat adalah pergi ke India kerana mereka bersenam yoga dan sihat. Perkara itu tidak berlaku. Ini yang menyebabkan saya menulis mengenai yoga. Saya cuma membuat perbandingan dan pembaca jika faham, fahamlah. Maksud saya, fikirlah sendiri sama ada yoga bagus atau tidak.

Saya mengemukakan kes ini kepada pihak berkuasa agama kerana seseorang menimbulkan perkara yoga yang saya bantah kerana ia adalah perkara Hindu. Di antara hujah saya ialah siapakah yang boleh menjamin apabila (pengamal yoga) disuruh bernafas dan sebut om ... aum. Selain itu, adakah pengajar Yoga adalah seorang Islam yang betul-betul Islam atau bukan Islam. Batas senaman yoga ialah jika setakat menggerakkan badan semata-mata tiada mantera atau lain-lain, jika larat buatlah.

Jika pengamal yoga menyatakan bahawa dua atau tiga jenis penyakit dapat diubati, saya hendak kata ini belum boleh dijadikan kaedah yang boleh diterima pakai oleh semua orang. Kenyataan itu adalah pengalaman peribadi. Jika betul-betul serius, pergilah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) atau mana-mana badan lain untuk membuat penyelidikan.

Saya juga mengikuti sejarah pengubatan India sebagai pengetahuan umum. Saya mendapati India mengeksport ubat herba tradisional, ayurveda namanya dan bukan yoga.

Persoalannya jika yoga berusia ribuan tahun, mengapa orang India sendiri tidak bercakap mengenai senaman yoga boleh menyembuhkan penyakit tertentu. Sepatutnya nyatakan bahawa senaman yoga memberi faedah kepada kesihatan, tetapi mengapa orang India yang berpengalaman dengan sejarah begitu lama tidak menyebut mengenai yoga.

Masyarakat berpendapat yoga baik untuk kesihatan. Mereka melakukan senaman tanpa mantera. Buku mengenai yoga juga banyak di pasaran dan tidak memasukkan mantera?

Yoga adalah 100 peratus daripada ajaran Hindu. Bagi menjawab soalan ini, secara analogi saya nyatakan bahawa arak haram kerana memabukkan. Ada orang menyanggah dengan menyatakan tidak mengapa minum sedikit arak kerana tidak memabukkan. Benar! Tetapi arak tetap arak dan hukumnya haram.

Begitu juga dengan yoga yang haram kerana mengamalkan ajaran Hindu. Walaupun diamalkan sedikit tetapi yoga tetap yoga.

Memang benar di pasaran tempatan ada banyak buku yoga, tetapi masyarakat tidak mendapat gambaran tepat kerana maklumat dalam kebanyakan buku bahasa Inggeris mengenai yoga terhad kepada aspek tertentu, tetapi buku itu menggunakan nama yoga.

Gambaran mengenai yoga yang tidak lengkap menyebabkan masyarakat melenting apabila mendengar fatwa mengharamkan yoga. Saya terfikir juga, adakah orang Melayu membaca buku yoga yang lengkap. Saya fikir tiada atau adakah buku itu dijual di pasaran. Mungkin ada, tetapi adakah betul-betul yoga yang lengkap.

Bagaimana amalan senaman (posture) yoga jika dilakukan boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh atau terjejas akidah?

Secara asasnya, posture mempunyai meditasi. Ketika meditasi, kita diajar mengenai maksud perkataan om atau aum dan menggunakan intuition (ilmu yang terus datang ke hati daripada tuhan). Dalam Theory of Knowlegde, manusia tahu melalui senses (pancaindera) . Kedua, melalui perantara yang bagi orang Islam adalah al-Quran dan hadis. Ketiga adalah melalui akal. Keempat dan yang dipertikaikan adalah manusia mengetahui melalui intuition (ilham laduni).

Intuition sebagai sumber pengetahuan menimbulkan debat yang berpanjangan dan tiada penyelesaian. Akidah Islam menolak intuition sebagai sumber pengetahuan kerana tidak meyakinkan dan tidak dapat dikongsi bersama.

Dalam kitab Jawi disebut sebagai ilham laduni, tetapi akidah Islam tidak menerimanya. Tasawuf menerimanya. Kita boleh mengguna lima pancaindera yang sihat, kita boleh menggunakan akal yang sihat dan normal serta boleh menggunakan al-Quran dan hadis. Intuition datang sekali-sekala ke dalam hati orang tertentu dan berbeza mengikut individu. Oleh itu, kita tidak boleh menjadikan intuition sebagai sumber ilmu untuk semua golongan.

Dalam kes yoga, jika tiada intuition, maka tidak ada yoga. Apabila ada intuition, meditasi dilakukan hingga sampai ke tahap nirguna brahman, tahap yang tidak wujud perbezaan dan segala-galanya adalah satu. Jika sampai ke tahap itu, Hindu adalah agama falsafah. Tidak semua akal manusia boleh menguasai pemikiran.

Adakah masalah yang berlaku ini kerana pemahaman umat Islam sendiri terhadap pengertian akidah yang tidak difahami sepenuhnya. Main cakap dan buat sesuka hati tanpa memikirkan tindakan boleh menjejaskan akidah?

Barangkali mereka bercakap dengan perkataan yang menyerupai agama lain (sembahyang atau apa saja). Perkataan atau sangka dalam hati, maka terjejas akidah seseorang. Jika dia tidak tahu? Maknanya suatu masalah besar. Tidak semua orang alim dan kadang-kadang alim itu juga terbatas. Masalah ini tidak boleh kita jawab dalam ruangan terbatas ini.

Secara mudah, kita beritahu saja bahawa menjejaskan iman itu tiga perkara iaitu iktikad di hati, dengan perbuatan dan perkataan yang menyalahi akidah syariah Islam.

Jika kita buat secara sedar tetapi tidak tahu, jangan hendak cuba sama sekali. Saya rasa setiap individu boleh membezakannya, oleh itu setiap anggota masyarakat perlu mengambil tahu. Dalam masyarakat Melayu seperti di kampung, semua penduduk tahu, terutama penghulu dan imam. Kepemimpinan kampung perlu mengambil tahu hal anak buah.

Ini tidak berbeza di bandar. Masing-masing perlu mengambil tahu antara satu sama lain. Kita tidak boleh hidup terpencil. Apabila terperinci dan timbul tanda tanya seperti ini (isu yoga), bertanyalah kepada orang yang tahu.

Dalam isu yoga, sesetengah orang memberi komen berdasarkan lidah tidak bertulang, bukan ilmu pengetahuan. Apakah bahayanya jika ini berlaku?

Kita sudah tahu sekarang, mana yang boleh dan tidak boleh. Jika yoga menimbulkan kontroversi, kita boleh memilih senaman lain. Di Bandar Baru Bangi, suri rumah yang tidak bekerja atau pesara menubuhkan badan berlatih senaman Cina seperti tai chi, watakung dan chikung yang tidak membabitkan unsur agama.

Tetapi yoga mempunyai latar belakang yang dipertikaikan, iaitu kaitan dengan agama Hindu-Buddha yang kita tidak tahu selama ini. Sekarang sudah heboh dan kita tahu perkara sebenar, jadi pilih senaman lain.

Jika senaman biasa, orang kampung setahu saya tidak memerlukan senaman kerana bekerja menggunakan tulang empat kerat, tapi orang bandar semua menggunakan mesin yang menjadikan mereka pemalas. Ramai menjadi buncit dan gemuk.

Ada kemungkinan kritikan terhadap pengharaman yoga mempunyai kaitan dengan perniagaan berkaitan yoga. Akur terhadap fatwa bermakna sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan.

Ini adalah antara faktor yang menyebabkan yoga merebak kerana bertujuan untuk mencari keuntungan.

Saya andaikan perniagaan itu (berkaitan yoga) tidak besar. Jika tidak besar, ada lagi perniagaan lain yang boleh diusahakan. Jika sudah membahayakan masyarakat, lebih baik tidak diusahakan. Pada saya, kita mesti tahu dan belajar ilmu yoga untuk dijadikan sempadan. Mengetahui ilmu yoga boleh dianggap sebagai fardu kifayah supaya kita tahu untuk dijadikan sempadan dan bukan untuk diamalkan.

Pengajaran yang boleh dipelajari daripada isu ini?

Adakah kita hendak mendidik orang lain. Pada saya, kita tidak boleh hanya berkata 'jangan.' Jika kita kata 'jangan,' ini gantinya. Sekarang jika rakyat yang mahukan senaman tertarik dengan yoga dan pihak tertentu mendapati yoga mempunyai kaitan dengan agama, cari alternatif lain yang tidak terbabit dengan agama.

Sekarang tuan-tuan, orang Islam saja, ini alternatifnya (merujuk kepada senaman alternatif mengganti yoga). Barangkali pendidikan jasmani saja sudah cukup. Apa yang saya maksudkan, kita boleh mencadangkan kepada pihak berkuasa agama supaya menyediakan alternatif agar tempat yang kosong itu tidak lompang.

Oleh: Dr Abdulfatah Haron Ibrahim

Baca Seterusnya......

Tuesday, January 6, 2009

Windows Tips and trick

Registry Hacking

Display legal notice on startup:
Wanna tell your friends about the do’s and dont’s in your computer when they login in your absence. Well you can do it pretty easily by displaying a legal notice at system start up.

view plaincopy to clipboardprint?
1. REGEDIT
2. [HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\policies\system]
3. "legalnoticecaption"="enter your notice caption"
4. "legalnoticetext"="enter your legal notice text"

Automatic Administrator Login:
Well here’s the trick which you can use to prove that Windows XP is not at all secure as multi-user operating system. Hacking the system registry from any account having access to system registry puts you in to the administrator account.

view plaincopy to clipboardprint?
1. REGEDIT 4
2. [HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon]
3. "AutoAdminLogon"="1"
No Shutdown:
Wanna play with your friends by removing the shutdown option from start menu in their computer.
Just hack it down !!!

view plaincopy to clipboardprint?
1. Regedit 4
2. HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer
3. "NoClose"="DWORD:1"

Menu Delays:
Another minor and easy tweak to remove any delay from menus sliding out. For this you will need to use regedit (open regedit by going to Start -> Run…, then typing ‘regedit’ and pressing enter). The key you need to change is located in HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop. The actual key is called MenuShowDelay - all you have to do is change the value to 0. Remember, you will have to re-boot your computer for this tweak to take effect.

Automatically Kill Programs At Shutdown:
don’t you hate it when, while trying to shut down, you get message boxes telling you that a program is still running? Making it so that Windows automatically kills applications running is a snap. Simply navigate to the HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop directory in the Registry, then alter the key AutoEndTasks to the value 1.

Speeding Up Share Viewing:
This is a great tweak. Before I found it, I was always smashing my head against the table waiting to view shares on other computers. Basically, when you connect to another computer with Windows XP, it checks for any Scheduled tasks on that computer - a fairly useless task, but one that can add up to 30 seconds of waiting on the other end - not good! Fortunately, it’s fairly easy to disable this process. First, navigate to HKEY_LOCAL_MACHINE/Software/Microsoft/Windows/Current Version/Explorer/RemoteComputer/NameSpace in the Registry. Below that, there should be a key called {D6277990-4C6A-11CF-8D87-00AA0060F5BF}. Just delete this, and after a restart, Windows will no longer check for scheduled tasks - mucho performance improvement!
Create a Shortcut to Lock Your Computer

Leaving your computer in a hurry but you don’t want to log off? You can double-click a shortcut on your desktop to quickly lock the keyboard and display without using CTRL+ALT+DEL or a screen saver. To create a shortcut on your desktop to lock your computer: Right-click the desktop. Point to New, and then click Shortcut. The Create Shortcut Wizard opens. In the text box, type the following: rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation Click Next. Enter a name for the shortcut. You can call it “Lock Workstation” or choose any name you like. Click Finish. You can also change the shortcut’s icon (my personal favorite is the padlock icon in shell32.dll). To change the icon: Right click the shortcut and then select Properties. Click the Shortcut tab, and then click the Change Icon button. In the Look for icons in this file text box, type: Shell32.dll. Click OK. Select one of the icons from the list and then click OK You could also give it a shortcut keystroke such CTRL+ALT+L. This would save you only one keystroke from the normal command, but it could be more convenient.

Baca Seterusnya......

Sunday, January 4, 2009

Processor Komputer

Prosesor ni ade satu bhgn yg dinamakan processing unit atau "teras"/core. Processing unit ni la yg proses sume command ngan kerja dlm komputer tu. Processing unit ni diletakkan atas tapak "die".

Sekarang ni(manufacturer prosesor) develop satu teknologi yg dinamakan dual core, iaitu letakkan dua processing unit dlm satu "die". Hasilnye prosesor tu bleh buat lebih dari satu keje pada satu masa.

Intel mula buat dual-core processor ni ngan kuarkan Pentium D. pastu dorg improvekan,guna nama "Core" sbb dh tak nak guna nama Pentium, jadi Core Duo.Core Solo pn ade, utk prosesor baru dorg utk masa tu yg belum ada dual core. tak lama lepas tu dorg improve lg performance ngan power efficiency (up to 20%), dan terhasil la Core Duo generasi ke-2, Core 2 Duo. ade jgk dorg kuarkan Pentium Dual-Core.

Belum abis ngan dual core, dorg dah buat plak quad-core (4 processing unit/"teras" dlm satu "die). Dorg mula kuarkan quad-core processor ni ngan Core 2 Extreme.

Core Duo / Core 2 Duo nama utk produk intel, mcm pentium ngan celeron. Dual-core plak name teknologi utk prosesor.

Perbezaannya..

Pentium D= dua teras. tapi ada dua Pentium 4 yang digabungkan dalam satu package.itu sebab kenapa Pentium D panas.

Core 2 Duo= Dua teras dalam satu package,low power consumption,high performance,successor kepada Pentium D.Berasal dari Pentium M.Architecture baru tak panas.

Core duo= Dua teras.mempunyai low voltage(jimat elektrik).biasanya terdapat pada laptop iaitu Intel Centrino.

Dual core= Dua teras seperti Intel Core 2 Duo dan AMD Athlon X2, tapi untuk version desktop diupgrade dari pentium D.

Kelebihan dua teras, boleh handle multitask.contoh seperti main game sambil dengar Winamp atau convert video sambil main game dalam masa yang sama.Game sekarang pun seperti NFS Pro Street sudah dioptimisedkan untuk processor yang mempunyai dual atau multiple core(minimum seperti Pentium 4 HT). dual core ni seolah-olah ada dua processor.

Kodnya plak..

Intel duo core @ core duo @ dual core = processor code T1900 - T2300
Intel core 2 duo = processor code T2400 - T7900+ (lebih dari T7+++ adelah processor centrino santa rosa). untuk laptop le ni..

Apa itu Intel Centrino..

Centrino tu BUKAN prosesor. Centrino ni "pakej" teknologi khas utk mobile computers atau pun laptop. Intel Centrino Mobile Technology ni dibangunkan utk optimumkan performance ngan power consumption, khas utk laptop. Laptop zaman dulu2 kalau pakai bateri, tahan dlm sejam dua je. sejak adenye Centrino Mobile Technology ni, battery time dh tambah jadi 3-4jam (yg tahan 5-6jam pn ade).Untuk medapatkan label Centrino, penjual laptop menggunakan ketiga-tiga bahagian yang diiktiraf Intel. Laptop yang menggunakan cuma CPU dan chipset sahaja sebaliknya akan diberi label Intel Core 2.

i) prosesor intel (celeron x diambil kira)
ii) chipset motherboard intel
iii) wireless adapter intel (broadcomm/aegis x main la)

bila laptop korg ade sume komponen i, ii ngan iii seperti yg dinyatakan, baru layak pakai logo intel Centrino. kalu ade yg xtau, centrino skrg dh masuk generasi ke-4:

1st Generation Centrino (codename Carmel):
- Intel Pentium M (codename Banias/Dothan)
- Intel i855GM/PM Chipset
- Intel PRO/Wireless

2nd Generation Centrino (codename Sonoma):
- Intel Pentium M (codename Dothan)
- Intel i915GM/PM Chipset
- Intel PRO/Wireless 2200BG

3rd Generation Centrino (codename Napa):- Intel Core (codename Yonah) / Core 2 (codename Merom)
- Intel i945GM/PM Chipset
- Intel PRO/Wireless 3945ABG

4th Generation Centrino (codename Santa Rossa):
- Intel Core 2 (codename Merom)
- Intel GM965/PM965 Chipset
- Intel Wireless WiFi Link 4965AGN

Dipetik dari ohbulan.com

Baca Seterusnya......