Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 9, 2012

Curi Dan Sorok tin susu celah kangkang

KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. -hm

BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.

Baca Seterusnya......

Friday, April 6, 2012

Inilah Kad Pegenalan Sebenar Pelakon Aaron Aziz.


Kali ini Aaron Aziz tampil menunjukkan kad kad pengenalan beliau yang sebenar. Gambar dari Suria.fm
Kecoh baru-baru ini mengatakan Nama sebenar Aaron Aziz sebenar diketahui selepas kad pengenalan singapura beliau tersebar angkara pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah meng’edit’ gambar tersebut dan telah menyerupai kad pengenalan yang sebenar Aaron.

Terbaru, Aaron Aziz menyatakan tentang ketidak sahihan kad pengenalan beliau yang juga mengatakan nama sebenar beliau bukanlah Mat Harun Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa. Kali ini Aaron Aziz telah menunjukkan kad pengenalan belau yang asli dan sememangnya nama sebenar beliau adalah Aaron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha.

Aaron Aziz meluahkan kekesalan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang apabila ada individu cuba menimbulkan kontroversi apabila menyiarkan suntingan kad pengenalan palsu Aaron Aziz hasil seni photoshop dengan tertera nama Mat Harun Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa‘ serta tuduhan bahawa dia menipu peminat dengan nama sebenarnya. Bagi menghentikan kontroversi yang melanda, Aaron di sidang media bertegas nama sebenarnya Aaron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha serta tuduhan beliau menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Bagi menghentikan kontreversi ini, Aaron menegaskan kepada pihak media bahawa nama sebenarnya adalah Aaron Aziz Mustapha bukan Mat Harun . Berita ini mendapat liputan luas pelbagai pihak media. -Harian Metro

ID pengenalan Aaron Aziz yang di edit didakwa nama sebenanrnya adalah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustafa



Baca Seterusnya......

Pertumbuhan Kelantan Lebih Pesat Mengatasi KDNK Negara

Gambar: Takiyudin menyaksikan pertukaan dokumen perjanjian antara MPKB-BRI dengan Sentosa Jaya.

K
ota Bharu, 5 April: Negeri Kelantan yang ditohmah sebagai sebuah negeri yang termiskin di negara ini, sebenarnya lebih maju dari apa yang disangkakan.

Malah pertumbuhan KDNK Kelantan telah mengatasi pertumbuhan KDNK negara bagi dua tahun berturut-turut, iaitu 8.1 peratus (berbanding negara 6.2 peratus) pada tahun 2007 dan 6.9 peratus (berbanding negara 4.1 peratus) pada 2008.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat, berkata demikian ketika berucap pada majlis perjanjian persefahaman pembinaan apartmen 25 tingkat antara MPKB-BRI dengan pengusaha Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, disebuah hotel tengahari tadi.

Majlis perjanjian itu yang diwakili beliau bagi pihak MPKB-BRI dan Sentosa Jaya oleh Pengarah Urusannya, Datuk Razali Daud, disaksikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Projek yang dibina di atas tapak Pasar Kubang Kerian itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 36 bulan, sebagaimana mengikut perjanjian.

Menurutnya, pencapaian itu berlaku kerana kepesatan ekonomi dan pembangunan yang berlaku di negeri itu.

“Pada tahun ini juga, MPKB-BRI mensasarkan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding sebelumnya yang tidak begitu menepati sasaran.

“Menurutnya,sumber pendapatan tersebut melalui pulangan pelaburan projek usahasama MPKB-BRI dengan swasta,”ujarnya. -HD

Tapak pasar diganti dengan apartmen 25 tingkat

KOTA BHARU, 5 April: Lot 1910 Seksyen 54, yang dahulunya terdapat sebuah pasar yang dikenali Pasar Kubang Kerian, bakal berubah wajah apabila satu unit apartmen 25 tingkat yang bernilai RM115 juta siap kelak.

Gambar: Takiyudin melihat model apartmen yang akan dibina

Projek berkenaan diurus Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn Bhd dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Sehubungan itu, majlis perjanjian usahasama itu masing-masing ditandatangani Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat dan Pengarah Urusan Syarikat Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Datuk Razali Daud.

Menyaksikan majlis perjanjian usahasama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apartment ini mengandungi 321 unit rumah kediaman, 11 unit pejabat, 10 unit kedai perniagaan, satu unit surau, satu unid dewan serbaguna, kolam renang dan kawasan riadah.

Projek ini dijangka menarik perhatian masyarakat di negeri itu memandangkan kedudukannya yang begitu strategik dengan kadar harga yang berpatutan antara RM160,000 hingga lebih RM300,000.

Fauzi ketika berucap pada majlis itu memberitahu melalui pembangunan projek pusat komersial itu, MPKB-BRI bakal memperolehi pulangan langsung pelaburan RM5.17 juta.

“Keuntungan itu diperolehi dari projek RM3.87 juta dan bayaran in-kind secara tunai bagi pembinaan pasar baru sebanyak RM1.3 juta,”ujarnya.

Selain itu, tambahnya MPKB-BRI turut mendapat pulangan tidak langsung sebanyak RM433,000 setahun. -HD

Baca Seterusnya......

Aset NFC Tidak Dibekukan Tetapi Sedang Dilupuskan

Sumber Kelab GB

PKR: NFC sedang lupuskan aset

PKR hari ini mendakwa pemilik National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam proses menjual tiga hartanah, yang didakwa mereka dibeli menggunakan pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail dan Pengarah Eksekutif Wan Shahinur Izran Salleh dalam proses memuktamadkan penjualan hartanah itu dengan nilai RM3 juta kepada Insun Development Sdn Bhd.

"Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat daripada skandal NFC kepada isu peletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan harta-harta yang sepatutnya dibekukan," kata Rafizi.

Dengan usaha itu, dakwa Rafizi lagi, menunjukkan syarikat itu sedang melupuskan asetnya.

Justeru beliau menegaskan bahawa semua transaksi melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana kemungkinan besar ia diperoleh menggunakan dana awam.

Shahrizat -- isteri kepada Salleh -- akan berundur daripada jawatannnya selepas penggal lantikan sebagai senator tamat tiga hari lagi (8 April) setelah terpalit sama dengan projek kontroversi itu.-mk

Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan Oleh Rafizi Ramli

Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1. Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2. Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3. Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4. Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain.

Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd bernilai RM3 juta.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:

B-00-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis: Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada Insun Development Sdn Bhd: RM1.5 juta

Hartanah 2

Alamat: B-01-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd: RM759,000

Hartanah 3

Alamat:B-02-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd:RM741,000

Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1. Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta

2. 2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta

3. Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta

4. 2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta

5. 8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.
----------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi Keadilan



Baca Seterusnya......

Thursday, April 5, 2012

Populariti Datuk Seri Najib naik, adakah BN akan menang besar?

  1. Populariti Najid di kalangan rakyat naik sebanyak 10% kepada 69% pada bancian terbaru yang dibuat oleh Merdeka Centre for Opinion Research. Ia jauh lebih baik berbanding 6 bulan lepas.
  2. Faktor yang menyumbang kepada kenaikan tersebut adalah luahan kegembiraan golongan berpendapatan kurang dari RM3000 yang mendapat BR1M baru-baru ini. Sebanyak 74.5% daripada golongan ini menyokong usaha Najib. Perlu diingat bahawa 94% daripada golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 adalah orang Melayu.
  3. Walaupun populariti Najib naik banyak tetapi malangnya populariti kerajaan BN yang dipimpinnya turun kepada hanya 48%.
  4. Kerajaan BN tidak mendapat sokongan daripada mereka yang muda kurang daripada 30 tahun. Hanya 39% daripada golongan ini menyokong kerajaan BN sedangkan jumlah mereka adalah separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi pada PRU-13 nanti.
  5. Golongan yang menyokong BN paling banyak pula adalah mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun iaitu sebanyak 54% dan kemungkinan ramai daripada mereka yang tak akan sempat mengundi pada PRU-13 nanti.
  6. Tak payah untuk kita buat kiraan yang susah untuk membuat rumusan bahawa walaupun rating Datuk Seri Najib naik tinggi, Barisan Nasional nampaknya akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerajaan pada PRU-13 nanti jika 'mood' sebegini berterusan sehingga PRU-13 nanti.
  7. Najib nampaknya mengatur strategi yang baik dengan melepaskan label sebagai pelampau Melayu kepada PERKASA dan melepaskan label sebagai pelampau agama kepada JATI tetapi nampaknya kebanyakan rakyat mengaitkan Perkasa dan JATI kepada Umno.
  8. Najib nampaknya berjaya melepaskan dirinya daripada serangan peribadi hasil daripada usaha terancang yang amat baik dengan menyerang bertubi-tubi pesaing kuatnya iaitu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
  9. Ketua Pembangkang diserang teruk oleh semua pihak termasuklah cybertrooper Umno dan juga bekas rakan-rakan baik Anwar yang berpaling tadah setelah dijamu dengan berbagai jawatan. Semua usaha ini digembleng dengan hebat oleh keseluruhan media utama yang dikuasai oleh kerajaan sehingga dapat membentuk benteng kuat terhadap peribadi Najib.
  10. Tindakan tiga serangkai kumpulan ini iaitu Perkasa, JATI dan senator terjun serta rakan-rakannya membuatkan Najib selesa meronda ke seluruh negara dan mempamerkan kepada seluruh rakyat bahawa dia telah melaksanakan kerjanya dengan baik.
  11. Ternyata usahanya itu berjaya dan dibuktikan oleh popularitinya yang meningkat tetapi malangnya hanya dia yang popular tetapi tidak kerajaan yang dipimpinnya.
  12. Semalam satu lagi usaha Najib mempamerkan kehebatannya kepada rakyat namun kita boleh lihat semuanya berkisar kepada Najib, Najib dan Najib. Sekali lagi Najib berjaya tunjukkan bahawa dia hebat namun saya rasa itu tidak bermakna rakyat ambil faham bahawa BN hebat.
  13. Kalau negeri pimpinan Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang dan Selangor makin hebat setelah diambil alih daripada BN, kenapa pula negara yang sedang meningkat baik sepertimana yang ditunjukkan oleh Najib tidak dapat diuruskan oleh PR dengan lebih baik lagi sedangkan keseluruhan mereka yang bekerja membaiki prestasi negara adalah pegawai-pegawai profesional. Mereka jugalah yang akan kekal bekerja walaupun kerajaan BN ditakdirkan tumbang pada PRU-13 nanti.

Baca Seterusnya......

Kui..Kui..:Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber Beritasemasa

Pendapatan Perkapita Malaysia Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Tempoh hari, Datuk Seri Najib ada membentangkan laporan GTP & ETP mengenai prestasi Malaysia di bawah kerajaan pimpinan beliau. Dan terdapat beberapa pengumuman yang berjaya menarik perhatian kami, termasuklahlah pengumuman Datuk Seri Najib yang menyentuh angka yang melibatkan pendapatan perkapita Malaysia ketika ini….

Pendapatan Per Kapita Negara Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber : Bernama

Angka KDNK RM852.7 Billion – Pendapatan PerKapita Malaysia USD9700

  • pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion
  • pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion
  • Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP
  • Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020

Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion.

Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020. (Sumber Penuh : 1Malaysia.com.my

Dahulu sekitar tahun 90an, Malaysia sebaris dan tergolong dalam kelompok negara “Harimau Asia“ yang terdiri Malaysia sendiri, Singapura, Korea Selatan, Taiwan. Sekarang?

Walaubagaimanapun, kami tetap optimis yang Malaysia mampu bangkit dengan cepat selepas ini kembali kepada kedudukan asal untuk bersaing semula dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia suatu ketika dahulu. Insyaallah boleh. Tetapi bila akan tiba masanya? Itu yang menjadi persoalannya.

Di bawah ini, merupakan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia setakat pada tahun 2010 sahaja. Yang mana kami menyenaraikan Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan juga Brunei untuk tujuan perbandingan secara jelas :

Pendapatan Perkapita Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber Data : Bank Dunia (World Bank)

Dan data terbaru berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini bertajuk “Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia – Brunei, Singapura Tersenarai!!“, telah meletakkan negara jiran Malaysia Singapura dan Brunei di kedudukan ketiga dan kelima. Dan anda boleh semak angka terbaru pendapatan perkapita Singapura dan Brunei yang dikeluarkan oleh Forbes itu.

Mungkin ada yang mempertikaikan, Singapura dan Brunei boleh kaya sebab negara mereka kecil dan penduduk pun tidak ramai, jadi lebih mudah untuk menguruskannya. Kami yakin dan percaya pasti ada yang akan mengutarakan pendapat seperti ini. Yalah, masing-masing ada pendapat dan pandangan tersendiri.

Tetapi cuba kita jenguk jauh sedikit jaraknya daripada Malaysia iaitu negara Arab Saudi. Melihatkan kepada statistik penduduk Arab Saudi hanya kurang 1 juta sahaja berbanding jumlah penduduk di Malaysia yang dianggarkan sekitar sudah mencapai jumlah penduduk sekitar 28 juta ketika ini. Apa eksport utama kerajaan Arab Saudi? Dan berapa pendapatan perkapita Arab Saudi?

Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada minyak mentah semata untuk tujuan eksport

Pendapatan Perkapita 2012 Pendapatan Perkapita Malaysia Meningkat Daripada US$6700 Kepada US$9700 (RM30,070)!!

Sumber : Laman Web Statistik Kerajaan Arab Saudi

Sedangkan Malaysia yang memiliki penduduk yang seakan sama dengan Arab Saudi, tetapi Tuhan telah limpahkan kepada Malaysia sumber alam yang pelbagai. Antaranya ialah :

  • Minyak mentah yang berkualiti tinggi
  • Gas Asli (eksport ke-9 terbesar di dunia)
  • Minyak Sawit ( Pengeluar No-1 dunia )
  • Koko ( Malaysia mengeluarkan 1% daripada Koko seluruh dunia)
  • Getah Asli
  • Teh
  • Balak
  • lain-lain?

Jadi kami sangat yakin, jika negara Malaysia kita ini dapat diuruskan dengan lebih baik lagi berbanding sekarang ini Malaysia akan bergerak lebih cepat lagi. Apa respon & pandangan anda pula?


Baca Seterusnya......

Bersih 3.0 Ibu Segala Himpunan

Sumber MSO
Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) akan meneruskan himpunan awam bagi menuntut proses pilihan raya bersih dan adil di negara ini. Himpunan itu dijangka diadakan pada 28 April ini venuenya di Dataran Merdeka, waktunya jam 2:00 petang. Tarikh itu juga khabarnya serta dengan Himpunan Hijau 3.

Ada sedikit kelainan dalam himpunan Bersih 3;0 bertema Duduk dan Bantah kali ini di mana tiada perarakan tetapi berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka. Tidak dapat dipastikan apakah himpunan itu akan membawa kepada himpunan berterusan hingga menjelang tengah malam beberapa hari.

Sasterawan Negara Pak Samad Said akan mengepalai himpunan Bersih 3:0 kali ini. Sebanyak 84 buah Ngo akan bergabung tenaga membuat desakan itu. Samad menjangkakan himpunan itu akan melibatkan 500,000 peserta. Wah kalau ini menjadikan kenyataan negara bakal mencatat sejarah baru dan ia ujian kepada Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh parlimen baru-baru ini.

Sejauh mana akta itu akan berdiri atas prinsip undang-undang ataupun akta Perhimpunan Aman itu bakal menjadi satu sejarah baru pulak.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.

* Bersihkan senarai undi. *Memreformasikan undi pos. *Guna dakwat kekal. *Akses media bebas dan adil. *Kukuhkan institusi awam. *Hentikan rasuah. *Hentikan politik kotor.

Itulah lapan tuntutan yang dituntut oleh Bersih tetapi ia tampak sukar dan liat untuk dipenuhi oleh kerajaan. Kenapa kerajaan begitu liat untuk memenuhi tuntutan itu? Di sinilah menimbulkan tanda tanya dan tanggapan negatif kenapa ke lapan-lapan subjek itu dikekalkan. Apakah kerana ia memberi keuntungan dan demi kepentingan parti yang memerintah.

Memanglah dari satu sisi himpunan begitu tidak berapa kondusif untuk negara kerana akan memberi persepsi kepada dunia luar bahawa keadaan demokrasi kita berkecamukan. Tanggapan kepada demokrasi memberi gambaran politik kita tidak stabil. Ketidakstabilan poltiik pula menyebabkan wujud implikasi lain, pelabor tidak berapa berminat untuk datang melabor ke negara ini.

Ketiadaan pelabor menyebabkan pendapatan negara berkurangan. Sebagai sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia kita memerlukan hubungan dagangan dengan dunia luar. Bantuan pelaboran untuk membuka industri dan menanam modal adalah (subjek) asas untuk negara ini berkembang maju. Dan untuk memanggil mereka ianya memerlukan kestabilan dan keamanan politik selain daripada kredibiliti dan juga ketelusan kerajaan.

Kurangnya penghasilan negara menyebabkan negara miskin dan rakyat susah. Kesusahan rakyat menjadikan negara kita terkebelakangan dan mundur. Kemunduran meletakkan negara kita di corot dapur dunia.

Menyedari rangkaian dan natijah itu semua pihak kena faham. Penganjur Bersih kena sedar dan melihat kesulitan negara jika senario itu berlaku. Kena hitung juga sudah berapa banyak kita membazirkan masa, tenaga dan wang hanya untuk berpolitiking dan menguruskan sesuatu yang remeh dan tidak memberi kelabaan banyak kepada negara dan bangsa.

Begitu juga di sebelah kerajaan juga kena fikir dan mengambil kira apa sebab berlaku tuntutan itu. Tentu ia ada sebab musabab dan faktor menolaknya. Kerajaan yang bijaksana akan mengelak keadaan-keadaan mengacau begini dari berlaku. Dengan terus bersikap dan egois ia tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang diplomasi dan toleransi.

Mengikut teori akal tanpa ada motif lain untuk mengatasi isu himpunan dan tuntutan lapan perkara itu sangat mudah diuraikan. Penuhkan tuntutan lapan perkara Bersih itu maka himpunan yang boleh memungkinkan huru-hara berlaku akan senyap. Bersih tidak akan melaung dan bertempik atau duduk sambil mendesak.

Kenapa sulit sangat untuk melayaninya?

Penubuhan PSC untuk membaikpulih dan menambah nilai pilihan raya tidak membawa hasil yang dihajatkan. Apabila tuntutan utama Bersih tidak dilayan menyebabkan PSC itu seolah-olah dijadikan gula-gula untuk memujuk rakyat. Kelulusan laporan oleh PSC tanpa dibahas di parlimen membuktikan bahawa tiada persepakatan bersama di antara kerajaan dan pembangkang. Cara parlimen handle PSC itu menggambarkan parlimen juga seakan tidak mahu kepada perdamaian politik?

Malahan apa yang berlaku di parlimen sungguh menyesal dan 'mentahi babikan' bila mana Speaker menggunakan sepenuhnya kuasa prerogatifnya untuk menghalau wakil rakyat pembangkang keluar dewan apabila ucapan salah seorang mereka dikira menyentuh dan mencabar speaker.

Speaker tidak sepatutnya menghalau mereka walaupun relatif mereka melakukan kesalahan, apa lagi tindakan itu akhirnya hasil yang dirunding dan dipersetujui bersama dalam PSC itu tidak diterima secara konrit dan semua pihak. Sepatut speaker Pendikar Amin Mulia dapat menahan kan diri dan tidak merasa tercabar dengan sindiran Mohamad Azmin Ali.

Seorang speaker bukan saja harus adil dia juga kena sabar dan bijaksana. Jangan kita memikul jawatan itu kerana kelangsungan politik kita dan juga kerana ingin mencari keuntungan dari jawatan itu. Bila anda berada di kerusi emas speaker anda menjaga kepentingan negara dan bukan menjaga kepentingan mana-mana pihak.

Tindakan Bersih kali ini lebih relevan dan tanggung kerana mereka dipermainkan menerusi PSC itu. Mereka diajak berunding bersetuju kemudian mereka dikencing. Lebih baik dari awal lagi PSC itu tidak ditubuhkan sebaliknya kerajaan harus bersedia untuk berhadapan dengan Bersih. Untuk itu polis siapkan lapangan, mungkin seperti Bukit Jalil untuk dijadikan penjara sementara untuk mengurung para ahli himpunan. Tender untuk menyediakan air dan minuman juga boleh dilakukan. Kontraktor kelas F berjiwa Umno masih ramai yang belum dapat projek tender itu boleh diberikan kepada mereka.

Atas kepentingan itu, kerana itu saya kira Bersih 3.0 adalah kemuncak kepada segala himpunan di negara ini. Kalau Bersih 1.0 berjaya menghimpunkan seramai 65,000 Bersih 2.0 seramai 30,000 mungkin Bersih 3.0 ini akan mencecah angka 100,000. Seandainya apa dihajati Pak Samad itu menjadi kenyataan , berpakat duduk dan bantah di Dataran Merdeka mungkin Merdeka Spring akan berlaku.

Kalau ini berlaku (minta dijauhkan) kerajaan (UBN) perlu bertanggungjawab kerana mereka telah mengheret rakyat ke tahap jihad untuk menentang kerajaan.

Baca Seterusnya......