Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, September 4, 2012

Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?

merdeka Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?

Hari Merdeka 2012 sudah pun berlalu. Macam-macam “berita kejayaan” yang keluar. Termasuklah berita kejayaan pimpinan Datuk Najib memperolehi dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar sehingga dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55  pada malam Jumaat yang lalu. Tetapi adakah ia fakta atau auta? 


Dipendekkan cerita rekod-rekod yang ada ini semuanya berkaitan dengan kejayaan capaian menggunakan perkhidmatan Twitter. Tetapi persoalan sekarang ini mengapa mahu mengangkat satu kejayaan yang hakikatnya adalah palsu, dibuat-buat bukannya datang daripada kehendak sebenar orang ramai? 

Bukankah lebih baik dijemput semua datang ke majlis merdeka tanpa sebarang paksaan, bayaran dan tawaran yang “indah-indah”. Bukankah itu lebih baik? Mengajak menyertai sebarang kempen apapun tanpa perlu dibayar.

Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan respon balas yang baik bagi cara sebegitu rupa tidak datang “bergolek”. Semuanya mesti melalui proses yang panjang……Tetapi jika mahu hasil yang “segera” inilah hasilnya.
merdeka 55 Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?
Merdeka 2012 Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?
Komuniti internet kebanyakannya kami pasti ramai yang sudah mengetahui, dikala komuniti yang kurang aktif dengan perkembangan di Internet masih lagi meraikan kejayaan kempen Tweet Merdeka 55 yang berjuta-juta itu sedangkan firma kajian Politweet.org telah mengeluarkan kenyataan mengatakan kempen sebegini kebnayakannya dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
94 PoliTweet.Org  Hari Merdeka 2012 : Apa Faedahnya Tweet #Merdeka55? Mengapa Perlu Menipu Angka Kejayaan?
(Sumber : Ada lagi banyak bahan kajian di laman Facebook mereka di sini)
Tidak perlu kami terangkan secara teliti bagaimana operasi kempen ini berlaku. Anda cuba semak lagi 3 akaun di bawah ini …..
  1. Akaun twitter 1 : https://twitter.com/TANCHORKHAI
  2. Akaun twitter 2 : https://twitter.com/NADARAJA9
  3. Akaun Twitter 3 : https://twitter.com/MANSORNOR
Melayu ada Cina ada, India pun ada. Cukup “sifatnya” bagi mengangkat slogan 1Malaysia. Jikalau anda semua perhatikan dengan teliti. Seorang satu menghantar multiple tweets, isi lebih kurang sama, yang cina dan india pun ada tweets ‘Alhamdulillah dan Syukur’. Ehem…Elok sangatlah tu.

Sebenarnya terus-terangkan kami kurang pasti apakah faedah dan matlamat utama mengadakan kempen seperti ini? Sudah dirasakan cukup patriotikkah anak Malaysia jika mampu dikumpulkan sokongan dengan menggunakan platform media sosial seperti ini? Ataupun mungkinkah dengan berjuta-juta tweet ini akan dapat menambahkan tahap keyakinan Datuk Najib untuk bubarkan parlimen yang masih dinantikan seluruh rakyat Malaysia ketika ini.- Beritasemasa

Baca Seterusnya......

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.

Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.

Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.

“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.

“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi.” Kata Guan Eng.

“Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah”. Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.

Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.

Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.

“Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?” ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Baca Seterusnya......

Monday, September 3, 2012

Sambutan kemerdekaan S'gor tak pernah libatkan sultan

 
ULASAN Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan.

Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos sama ada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam kemerdekaan.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.

Justeru, kerajaan negeri yakin sepenuhnya dengan pengalaman YB Datuk Setiausaha dan seluruh Jawatankuasa Program yang terdiri dari pegawai kerajaan dalam mengendalikan acara sambutan yang melibatkan protokol dan tetamu jemputan.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor.

Seorang pun ADUN BN tak hadir
Sekiranya acara ini melibatkan DYMM Sultan mana mungkin setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kerajaan terlepas pandang akan perkara ini.

Tambahan pula, sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani untuk memaklumkan kepada setiausaha kerajaan negeri.

Saya berpendapat, kekeliruan timbul apabila Datuk Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada setiausaha kerajaan negeri.

Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan negeri pada masa yang sama telah menghantar jemputan kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang dari BN tetapi tiada seorang pun mereka ini menghadirinya.

Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit. Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada.- Faekah Husin

Baca Seterusnya......

DPMM tegur Najib isu tender MRT

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap projek MRT yang disifatkan meminggirkan usahawan bernaung bawahnya dan dianugerahkan kepada kontraktor dengan rekod meragukan.

"MRT (yang bernilai) RM36 bilion kita (kontraktor DPMM) tak dapat langsung.

"Orang yang dapat pula luar biasa. Gagal buat kereta api, diberi lagi projek MRT," kata presidennya Datuk Syed Ali Alattas pada sidang media selepas Forum Meja Bulat GLC DPMM di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

"Jadi semua perkara ini kita minta pada PM jangan banyak sangat buat perkara pelik-pelik.

"Nanti generasi akan datang akan marah kepada kerajaan," katanya.

Baca Seterusnya......

Sunday, September 2, 2012

Kereta Adolf Hitler Yang Antik


 Kereta Mercedes Benz model 770 K kepunyaan Adolf hitler seperti yang diceritakan CNN, sekarang berada di tangan seorang jutawan Rusia yang tidak mahu dikenali. Dia membeli kereta tersebut pada harga US$15 juta.

Menurut seorang pengusaha kereta lama di Duesseldorf, Jerman, Michael Froehlich berkata, kereta itu dibeli oleh wakil dari jutawan Rusia tersebut, dia datang ke pejabatnya untuk menjejaki di mana kereta tersebut berada. Froehlich mengaku sangat terkejut dan menolak pada awalnya.

Jom tengok kereta Adolf Hitler yang antik di bawah ini.


Walaupun begitu, wakil tersebut tetap berusaha menjejaki tempat di mana diletakkan kereta tersebut. Dia menjumpainaya pada seorang pengusaha asal Bavaria, Jerman.

Sebelumnya,kereta tersebut terletak di muzium kereta klasik di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Baca Seterusnya......

Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan

Oleh: AnakSgDerhaka

Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.

Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.

Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..

Baca penjelasan mereka ini..

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.

Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.

Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.

Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.

PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Baca Seterusnya......

Kuota haji Malaysia kekal 28,000

tabung haji, daftar haji, daftar online haji
Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di Putrajaya malam tadi.

Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.

Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 September melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada29 Oktober.

Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.

"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.

Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama

Baca Seterusnya......