Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia
menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya permohonan
untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai
jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang
terhad setiap tahun.
Sehingga kini seramai 936,000 rakyat
Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah
berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di Putrajaya malam tadi.
Sebelum
ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini
menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat
Malaysia yang mengadakan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah
pada 26 April lepas.
Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi
menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa
kecewa dengan tindakan berkenaan.
Sehubungan itu Jamil Khir
menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan
ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan
sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.
"Maka
ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa
melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin
memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.
Beliau
berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula
pada 17 September melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada29
Oktober.
Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk
28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas,
manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang
mengikut kos sebenar tanpa subsidi.
Mengenai Kursus Perdana Haji
yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia
diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah
untuk melaksanakan ibadah kelak.
"Kursus ini adalah sebahagian
daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara
ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat
Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan
jemaah haji," katanya.
Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan
e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk
mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu.- Bernama
Sunday, September 2, 2012
Kuota haji Malaysia kekal 28,000
Posted by Suhaimi at 6:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment