Oleh: rozmal
Belanja
kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang. 16 Sept 2012 -
“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat
wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar” menurut
Hadzrien.
Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
“Saya
tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia
kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.
“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.
“Puncanya,
keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000
kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan
termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.
“Jadi,
dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah
dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang
sebegini.”
Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas
kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan
oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran
perkahwinan.
Bayaran mas kahwin ini
diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula
bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.
“Hantaran
perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,”
menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan
perkahwinan pada hujung tahun ini.
Kata
Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu
bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.
Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.
“Semasa
upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran,
memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka
harganya lebih tinggi.
“Jadi sebab itu,
mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis
perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.”
Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.
“Apabila
berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu
membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman
peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi
apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran
anak pula.
“Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.
Pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.
Tujuh
tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana
hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.
“Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.
Hadzrien
(bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga
tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia
dan isterinya.
“Saya telah berkahwin
dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja
perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank
terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.
“Saya
telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu
perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung
isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata
Hadzrien lagi.
Katanya, pinjamannya
yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar,
hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.
“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.
“Perkahwinan
sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta
kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan
ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi.
0 comments:
Post a Comment