SHAH ALAM 17 SEPT: Penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara
serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan dakwaan mahasiswa
wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum ini benar.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang
berkata ini membuktikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang
dipanggil ‘OPS 2020′.
Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan
seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila
tarikh PRK ini akan berlangsung.
Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di
parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri
Khaleed Nordin.
Langkah ini jelas Safwan menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.
“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara
serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang yang mengejutkan kita.
“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa
kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika dihubungi TV
Selangor.
Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.
“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.
“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat
persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan,”
katanya.
Beliau menambah, tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus
dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya
mengenainya.
Semalam, hampir 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek
ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada
KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi Mahasiswa’.
Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus,
mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan
raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan
dana kepada calon.
Tuesday, September 18, 2012
Pilihan Raya Kampus Serentak Bukti Wujud Campurtangan ‘Orang Politik’
Posted by Suhaimi at 9:25 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment