EKSKLUSIF Permodalan Nasional Berhad
(PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan Merdeka kini ditambah
kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi bangunan ketiga
tertinggi di dunia.
Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan
kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah
sehingga menjadi 120 tingkat.
"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.
"Sejak
itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan
semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.
Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.
Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.
Dengan
ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj
Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab
Saudi.
Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.
Menara
Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan
pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan
India.
Thursday, September 13, 2012
Warisan merdeka kini 600m, ketiga tertinggi di dunia
Posted by Suhaimi at 12:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment