Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, September 10, 2012

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium


BERNARD ARNAULT

BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keempat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah memfailkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam.

Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai kekayaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan.

Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan mewah LVMH telah mengemukakan permohonannya pada minggu lalu.

"Permohonan beliau akan dilayan sama seperti permohonan-permohonan lain," kata ketua Suruhanjaya Naturalisasi, Georges Dallemagne.

"Kami kini menerima 47,000 permohonan untuk diproses."

Arnault tinggal di Paris tetapi memiliki kediaman di ibu negara Belgium, Brussels.

Menurut majalah Forbes, lelaki berkenaan yang memiliki anggaran kekayaan bernilai AS$41 bilion (RM127.5 bilion) merupakan sekutu rapat bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

0 comments: