BN tak pernah kalah dalam peperangan PRU di negara kita. Secara logiknya
mereka tentu ada amalkan teori perang dari buku Sun Zhu's Art of War.
Buku itu merumuskan falsafah:
"kenali diri anda, kenali musuh anda, dalam 100 pertempuran anda tak akan kalah!"
Setakat ini perang PRU belum lagi mencapai 100 kali, tapi kalau nak dikira dari segi peratusan mereka telah menang 100%. Maknanya mereka tentu ada mengamalkan falsafah hebat yang dipelajari dari para jeneral perang hebat yang ada di seluruh dunia dalam sejarah.
Apakah falsafah perang yang diguna pakai oleh para jeneral hebat tersebut:
- Jangan serang pada tempat yang musuh cukup bersedia. BN atau Umno tak pernah suka menyahut cabaran pembangkang untuk berceramah atau berdebat. Tak ada parti yang lebih bersedia untuk berceramah selain daripada pembangkang di negara kita ini. Lawan hujah atau lawan pidato alamat cari nahas bagi Umno. Lihat mereka dari BN/Umno yang cuba-cuba lakukan perkara tersebut. Hampir kesemuanya kena titik habis.
- Sentiasa menyerang dari berbagai sudut. BN/Umno tak pernah kering idea menyerang pembangkang dari pelbagai sudut. Mereka ada kelebihan gunakan kesemua media popular yang dikuasai kerajaan untuk itu. Serangan pula pada sudut lemah pakatan pembangkang seperti mana yang dinyatakan pada prinsip pertama di atas.
- Jangan tumpu pada perlawanan, berikan tumpuan pada matlamat akhir. Dengan itu anda mungkin tak perlu bertempur lansung untuk menang. BN/Umno tak kisah pada pertempuran ketika PRU, mereka lebih kisah pada matlamat menguasai kerajaan persekutuan. Segala usaha dilakukan seperti ubah pengundi, ubah sempadan, beli calon, pujuk calon bebas dan lain-lain. Biar sesetengah medan mereka kalah teruk, asalkan kerajaan persekutuan mereka kuasai. Kadang-kadang menang tak bertandingpun.
BN/Umno memang berpengalaman luas untuk menang perang PRU. Mereka tak
pernah kisah jika dianggap pondan bila ketua mereka tolak berdebat
dengan ketua pembangkang. Tak ada jeneral hebat yang cari penyakit untuk
serang secara berdepan di mana kedudukan musuh terlalu bersedia.
Apakah semua itu akan terbalik pada PRU-13 nanti dan BN/Umno jadi pembangkang pulak? jika itu terjadi Malaysia akan menyaksikan kemunculan seorang lagi jeneral perang hebat dalam sejarah dunia...mungkin jeneral itu adalah Anwar Ibrahim?
Strategi di atas di petik dari sini.
0 comments:
Post a Comment