Sumber Beritasemasa
Baru-baru ini, Volswagen telah diarahkan oleh kerajaan untuk menaikkan harga model Polo GTI
daripada RM130,000++ kepada RM160,000++. Maknanya kita boleh perhatikan
di sini sampai bila-bila jika masih tiada keinginan untuk mengubah
polisi “lapuk” dengan terus memberikan “tongkat dan subsidi” kepada yang
sudah tidak layak, walaupun banyak cukai
bakal diturunkan/ditiadakan kerajaan dilihat masih mempunyai kuasa untuk
menentukan harga kerata di Malaysia sehingga memaksa rakyat secara
“halus” untuk membayar harga kereta yang jauh berlebihan daripada nilai
yang sepatutnya.
Kalau diimbaskan
kembali 15 tahun yang lalu, kesnya lebih kurang sama dengan kes Kia
Sephia pada tahun 1996. Masih ingat lagi? Apabila model tersebut
memasuki market Malaysia, ia telah ditawarkan dan dijual pada harga
sekitar RM64,000. Terus jualan Wira 1.6 punya merudum. Akhirnya, Proton report kepada pihak kerajaan dan pihak kerajaan terus mengarahkan harga Sephia dinaikkan ke RM68K! Mudah bukan jalan penyelesaiannya untuk mereka mendapatkan untung dengan mudah?
Perodua : Cadangan Dasar Kenderaan Akhir Hayat (EOL) Satu Keperluan?
KUALA LUMPUR – Perodua, pengeluar kereta kompak utama Malaysia berkata, terdapat keperluan untuk memperkenalkan dasar kenderaan akhir hayat bagi menangani isu keselamatan kenderaan dan memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.
Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini menggesa kerajaan menimbangkan dasar tersebut.
“Semasa perbincangan dengan kerajaan baru-baru ini, industri automotif mencadangkan dasar itu harus dilaksanakan secara suka rela sebelum menjadikan ia wajib,” katanya.
Sila
perhatikan sebahagian ayat yang kami telah highlightkan seperti di atas
ini. Ia jelas menampkkan ketamakkan kelompok tertinggi kapitalis
daripada Perodua contohnya.
Wahhh
lepas habis bayar kena buat hutang lain pula. Banyak duit rakyat
Malaysia? Ditahap manakah kualiti kereta tempatan yang ada sekarang
ini?”
Nasihat kami, sebelum anda (Perodua) mencadangkan polisi EOL ini, kami mencadangkan supaya anda :
- Pertama, menstruktur semula cukai/kenderaan di Malaysia seperti yang berlaku sekarang ini kepada “paras yang munasabah” yang sama sekali tidak membebankan rakyat Malaysia bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk merealisasikannya. Contohnya : Perodua mulakan kempen turun harga seperti Viva 660 BZ basic yang baru tu dijual dengan harga sebenar sekitar RM15,000.00. Boleh?
- Keduanya, betapa ironinya sebuah pengeluar kereta yang diketahui umum suka letak spesifikasi seminimum boleh pada model-modelnya dan terlalu profit oriented, bercakap mengenai “vehicle safety”. Tengok sahajalah berapa banyak versi Viva, Myvi dan Alza – ada advanced, ada special, ada elite, ada EZ, GX, bla bla bla……..tetapi semuanya bergantung kepada “kehebatan bodykit” mereka semata - bukan nyasafety feature pun. pertingkatkan kualiti model-model kenderaan anda. Boleh?
- Ketiganya, janganlah menganaktirikan rakyat Malaysia berbanding pelanggan anda di negara luar dengan memberikan harga dan kualiti kelas ketiga kepada kami. (Semak laporan berita ini: Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya? Kenapa?). Boleh perbaiki?
Sebenarnya,
jikalau kereta ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik,
rakyat Malaysia pun tidak keberatan untuk menerima polisi seperti ini.
Ini kerana polisi ini daripada sudut lain ada bagusnya, ya……memang bagus
tetapi dengan bersyarat. Pastikan setiap kali mahu memperkenalkan
polisi baru jangan sampai hanya satu pihak yang terpaksa berkorban untuk
kamu (Perodua) sehingga akhirnya ramai rakyat Malaysia yang
“terkorban”.
“Apa yang
boleh kami katakan di sini, paling tidak pun cadangan kami nombor 1 dan
nombor 2 itu boleh diperbaiki secara total, cadangan untuk polisi
sebegini tidak praktikal langsung”
Ingatlah,
tak semua rakyat Malaysia terdiri daripada golongan yang kaya semata,
ada juga golongan yang berpendapatan serdahana, apatah lagi yang miskin.
Bukannya semua orang boleh bertukar kereta secara kerap. Nak buat
polisi negara mesti menjaga kebajikan semua golongan. Bukannya menjaga
“perut” kelompok manoriti kapitalis versi Malaysia ini.
Akhirnya, kesan dah kena balik pada mereka. Dahulu, ramai berebut nak beli sebab loan senang sampai 9 tahun. Sekarang ini kebanyakannya mula terperangkap dengan loan panjang itu sehingga tak mampu untuk menukar kereta lagi. Ditambah dengan syarat ketat melibatkan pinjaman kereta yang ditetapkan Bank Negara
sekarang ini. Sudahnya paksa orang buang kereta lama supaya orang terus
beli kereta mereka. Mudahnya mencari jalan penyelesaiannya? Apa
pendapat anda semua mengenai cadangan seperti ini?
0 comments:
Post a Comment