Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, October 25, 2011

4 Hari Mati Masih Belum Dikebumikan: Mayat Ghaddafi Semakin Membusuk

Misrata, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters

Baca Seterusnya......

Monday, October 24, 2011

KM Pulau Pinang: Lawatan rasmi k'jaan BN lebih mahal


MK|Kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta untuk perjalanan luar negara sepanjang tempoh tiga setengah tahun memerintah di Pulau Pinang, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata dari Mac 2008 hingga Mac 2011, kerajaan membelanjakan RM146,284 bagi 20 lawatan yang membabitkan ketua menteri dan RM1,066.697 untuk 123 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan negeri ahli-ahli majlis eksekutif (exco).

Menurut Lim, ketika Pulau Pinang di bawah pimpinan BN, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM149,326 bagi sepuluh lawatan rasmi yang membabitkan ketua menteri dan RM782,988 untuk 56 lawatan yang melibatkan timbalan ketua menteri dan ahli-ahli exco yang lain.

Jumlah perbelanjaan itu adalah untuk tahun-tahun dari Mac 2005 hingga Feb 2008, kata Lim.

"Sebagai perbandingan, kos purata untuk lawatan rasmi ketua menteri di bawah kerajaan BN adalah RM14,932.60 berbanding dengan RM7,314.20 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersidang hari ini dengan sesi soal soal jawab pada sebelah pagi dan akan dikuti pembentangan bajet negeri 2012 pada waktu petang.

Dewan akan akan ditangguhkan esok untuk perayaan Deepavali dan disambung semula pada 31 Okt hingga 4 Nov.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum itu menjawab soalan oleh ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, yang meminta perbandingan perbelanjaan kerajaan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sepanjang tempoh tiga tahun pemerintahannya.

Baca Seterusnya......

Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin

NONEMKini | Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis tuntutan kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu ini.

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.

mahathir subang airport 220706 mahathir gesturingPakar perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Abdul Aziz.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.

Baca Seterusnya......

Anwar: Apa kaitan HIMPUN, petani miskin, anak menteri?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

“Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan,” katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.


Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

Pada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah

“Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana,” kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

“Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin,” katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

Bernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

“Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

“(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka,” kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

“Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin,” katanya lagi.

Baca Seterusnya......

Dibebaskan selepas 30 tahun silap dipenjarakan

Sumber Kosmo


HENRY JAMES bercakap kepada pemberita selepas dia dibebaskan daripada penjara di New Orleans pada Jumaat lalu.

NEW ORELEANS, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.

Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol.

James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981.

Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.

"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.

Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan.

"Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan.

James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang.

Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat.

Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu.

James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya.

Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan.

James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan. - AP


Baca Seterusnya......

Ghadafi Kais Makanan dari Rumah Kosong untuk Bertahan Hidup Semasa Dalam Kepungan

http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/Pengawal-Khadafi_Ibrohim.jpg
Mansour Dhao Ibrahim, pengawal setia Moammar Khadafi, dalam tahanan di Misrata.
TRIBUNNEWS.COM, MISRATA - Setelah menjalani 42 tahun hidup sebagai diktator di Libya, Kolonel Moammar Ghadafi menjalani hari-hari terakhir hidupnya dengan sengsara.
Bersembunyi di kota kelahirannya, Sirte,lelaki 69 tahun itu hidup dengan beras dan pasta yang dikais para pengawalnya dari rumah-rumah yang sudah ditinggalkan penghuninya. Ke rumah-rumah itu pula Khadafi bersembunyi secara berganti-ganti.

Begitulah pengakuan seorang pgawai keselamatan senior Ghadafi yang tertangkap kepada New York Times, Sabtu (22/10/2011). Pegawai itu adalah Mansour Dhao Ibrahim, komandan unit Pengawal Rakyat. Unit yang amat ditakuti ini merupakan jaringan relawan dan informan yang setia pada Ghadafi.

Menurut Ibrahim, ketika hidup dalam kepungan musuh-musuhnya dan harus selalu berpindah, Ghadafi mulai tidak sabar. “Dia suka bilang, ‘Kenapa tak ada air, kenapa tak ada letrik,” kata Ibrahim.
Ibrahim yang selalu berada di dekat Ghadafi selama dalam pengepungan mengatakan, ia dan pengawal lain kerap menyarankan kepada Ghadafi untuk menyerahkan kekuasaan dan meninggalkan Libya. Namun Ghadafi dan salah satu anaknya, Mutassim yang akhirnya juga meninggal , tak pernahmahu menyerah.

Ibrahim yang juga sepupu Ghadafi ini dipercayai kuat terlibat dalam pembantaian demonstran di kawasan Tajura, Tripoli. Ia juga diduga masih menyimpan senjata dan tahanan di pertaniannya tak jauh dari Tripoli. (The New York Time)

Baca Seterusnya......

Pakatan Rakyat batal GST jika memerintah

PERMATANG PAUH, 23 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

"Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

"Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan," tambahnya lagi.


Baca Seterusnya......