MKini | Peguam yang mewakili profesor undang-undang dan pakar  perlembagaan  negara Profesor Abdul Aziz Bari akan menghantar notis  tuntutan kepada  tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad,  minggu ini.
Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.
Notis  itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan   membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang  telah  mencemarkan nama baik Abdul Aziz.
Sekiranya mereka gagal berbuat  demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin  berkata profesor itu akan  memfailkan saman fitnah ke atas mereka.
"Kami menerima arahan  untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul  Aziz dan kami akan  menghantarnya mulai esok," katanya kepada Malaysiakini.
Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.
“Kalau  dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia  melanggar  undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia  kurang ajar,"  kata Mahathir dipetik akhbar milik Umno itu.
Pakar   perlembagaan itu kemudiannya menempelak Dr Mahathir dan mempersoalkan   siapa yang sebenarnya tidak bermoral terhadap raja-raja.
“Cuba  bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan  Selangor  dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan  apa yang  diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata  Abdul  Aziz.
Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberpa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.
Hanipa  berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil  tindakan  undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan  kenyataan beliau  kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.       
Monday, October 24, 2011
Aziz Bari hantar notis pada Dr M, Utusan, Zul Nordin
Posted by Suhaimi at 12:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment