Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, October 13, 2011

Pakatan beri wang daripada lebihan bajet

Oleh Lim Guan Eng

Tidak seperti kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memberikan dana bantuan kepada golongan miskin melalui lebihan bajet, bajet pilihan raya BN untuk 2012 behttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8WPzSZvpFkSFsfj556g5zVobrXzaXXMqouliI7nFYfv7HGWTDXNAgMYXWt-CkUvTWWNKhs_Ycl31JLjLVKd-2DME_kxkme19FO_lxA-f53aDUmwfFvSiS5s_hhx0u1K-jd2fRu9H0o9E/s400/PR+eRepublik.JPGrgantung kepada defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

Walaupun bantuan wang tunai kepada golongan miskin dan rakyat Malaysia dialu- alukan, timbulnya persoalan di manakah Kerajaan Persekutuan akan mencari wang apabila Petronas dijangka hanya akan menyumbang dividen sebanyak RM28 bilion pada tahun ini ataupun RM2 bilion kurang berbanding tahun 2011?

Jelas bahawa unjuran Kerajaan Persekutuan bahawa pendapatan akan meningkat daripada RM183 bilion tahun ini kepada RM186 bilion tahun depan adalah tidak munasabah memandangkan dividen daripada Petronas dijangka berkurang.

Tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang memberikan bantuan tunai kepada golongan miskin daripada lebihan bajet, bajet pilihan raya BN 2012 pula hanya bergantung kepada perbelanjaan defisit untuk meraih undi. Ramai pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa risiko bajet 2012 membawa negara kepada perbelanjaan yang tidak mampan kerana dibelanjakan ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan.

Dr Marie-Aimee Tourres, seorang felo penyelidik kanan di fakulti ekonomi dan pentadbiran Universiti Malaya, berkata bahawa bajet "buah tangan" ini tidak dikaitkan dengan mana-mana komitmen produktiviti. Jelas Bajet Pilihanraya ini direka untuk meraih pengundi. Pada masa yang sama, DAP tidak dapat nampak sebarang usaha untuk memerangi rasuah atau ketirisan dalam pengurusan sumber negara.

Atas sebab itulah, sasaran Kerajaan Persekutan untuk mengurangkan defisit bajet dari RM45.5 bilion tahun ini kepada RM43 bilion menjelang tahun 2012 atau 5.4% kepada 4.7% daripada KDNK mungkin tidak dapat dicapai. Pungutan hasil adalah terlalu optimistik dan boleh menyebabkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perbelanjaan defisit ini.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun daripada 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 dan 54.8% pada tahun 2012. Hutang Kerajaan Persekutuan pula telah meningkat sebanyak 12% pada tahun 2011 kepada RM456 bilion daripada RM407 bilion pada tahun 2010. Bagi memastikan kemampanan hutang, KerajaanPersekutuan telah menetapkan nisbah 55% kepada KDNK. Justeru, nisbah 54.8% kepada KDNK menjelang tahun 2012 ini sangat berbahaya kerana sudah menghampiri 55% kepada KDNK.

Lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir tahun 2010 adalah sebanyak RM581 bilion atau 76% daripada GDP. Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua tertinggi selepas Korea Selatan.

Nisbah bayaran hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah 47.8% pada tahun 2010, yang bermakna bahawa hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk bayaran hutang. Secara umum, nisbah bayaran hutang yang melebihi 33% dianggap tidak sihat. Bank juga mempunyai syarat tidak akan memberi pinjaman jika lebih daripada satu pertiga daripada pendapatan mereka digunakan untuk bayaran hutang. Jelas rakyat Malaysia telah membentuk negara yang banyak berhutang, terutamanya apabila Kerajaan Malaysia memberikan wang yang diperolehi daripada pinjaman.

Ini adalah satu perbezaan antara BN dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan memberikan wang kepada rakyat daripada wang yang dipinjam di mana pada akhirnya, rakyat masih perlu membayar wang tersebut. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memberi wang daripada lebihan bajet di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak perlu membayar balik wang pada masa akan datang.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

0 comments: