Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, October 31, 2011

Laporan Audit: Akauntabiliti Kerajaan Kelantan cemerlang

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

FALSAFAH pengurusan dan pentadbiran Negeri Kelantan sejak 1990 sehingga kini ialah berpaksikan ubuiyah, masuliyah dan itqan. Menghayati falsafah ini, maka dalam aspek penguhttp://terompahbesi.files.wordpress.com/2011/08/pas-tipu.jpg?w=240&h=160rusan kewangan telah berlaku amalan berhemat, berjimat, telus dan cekap.

Suatu amalan yang memenuhi nilainilai akauntabiliti yang pastinya menyempurnakan Indeks Akaun tabiliti (IA). Hal ini terbukti dan terserlah menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Indeks Akauntabiliti

Pengauditan sebenarnya bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri berlaku mengikut undang-undang dan peraturan kewangan.

Mekanisme penilaiannya adalah berasaskan pemakaian Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara. Ia berlaku sejak tahun 2007 dan tahun 2010 lepas adalah tahun keempat pelaksanaannya.

Indeks Akauntabiliti diwujudkan bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengauditan pengurusan kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri bagi mengukur dan menambah baik kawalan pengurusan kewangan yang cemerlang. Indeks Akauntabiliti diberi penarafan berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturanperaturan kewangan berhubung dengan kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, akaun amanah/kumpulan wang amanah dan deposit, aset, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata Kewangan.

Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti telah membantu mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu, “budaya membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul” bukan sahaja dapat mempertingkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan Jabatan/Agensi malah mencapai amalan integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang ditekankan oleh Kerajaan..

Laporan Ketua Audit Negara

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Amrin Buang laporan mengenai Negeri Kelantan bagi tahun 2010 lalu adalah meliputi aspek penyata kewangan Kerajaan Negeri dan pengurusan kewangan jabatan/agensi. Ia disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/Agensi Negeri sepanjang tahun 2010. Di antara agensi terlibat 10 jabatan ialah Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri, dan Pejabat Pembangunan Negeri.

Kesemua jabatan yang diaudit itu boleh dikatakan hampir 90 peratus perkhidmatannya adalah terlibat secara langsung dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat. Justeru di sebalik laporan audit oleh Ketua Audit Negara adalah menggayakan prestasi penjimatan cemerlang yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz.

Bajet yang diaudit

Berdasarkan peruntukan bajet 2010, kesemua bajet bagi 10 jabatan yang diaudit adalah berjumlah RM192.25 (termasuk perbelanjaan mengejut). Namun apa yang berlaku, perbelanjaan sebenar ialah sebanyak RM168.24. Maka ia boleh dianggap sebagai penjimatan kira-kira RM24 juta. Kesan penjimatan itu, maka nilai defisit bajet Kerajaan Negeri dapat diatasi.

Demikian pula, dilaporkan akaun kena bayar (AKB) Negeri Kelantan turut menurun, iaitu pada tahun 2010, jumlah AKB adalah RM15.99 juta berbanding RM38.87 juta pada tahun 2009. Bermakna telah menurun sebanyak RM22.88 juta atau 58.9%. Sekali gus boleh dikatakan beban tanggungan hutang (apa-apa perbelanjaan yang sepatut dibayar) telah menunjukkan prestasi baik dari segi beban. Ia berpunca daripada pengurusan membayar yang dianggap cekap yang disokong oleh sumber kewangan yang ada dan ketulusan amalan kewangan.

Demikian juga, Kerajaan Kelantan dilihat turut melaksanakan strategi pembangunan masa depan yang menjamin penerusan sumber hasil negeri, iaitu perhutanan.

Ia dapat dilihat menerusi Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang diwujudkan.

Kumpulan wang ini bertujuan untuk melaksanakan pelbagai projek seperti menyedia, melaksana dan mengkaji semula rancangan pengurusan hutan Negeri.

Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang ini meningkat sebanyak RM3.67 juta atau 8.2% menjadi RM48.25 juta berbanding RM44.58 juta pada tahun 2009. Ia suatu strategi baik demi pengkayaan hasil masa depan negeri kerana baki yang lebih besar itu membolehkan perancangan pembangunan hutan yang boleh menyeluruh (extensive) pada masa depan.

Meningkatkan prestasi kewangan

Menurut Ketua Audit Negara, prestasi kewangan Jabatan/ Agensi Negeri Kelantan boleh ditingkatkan lagi menerusi amalan lima perkara yang diringkaskan sebagai SIKAP iaitu pertama SUPERVISION – penyeliaan yang rapi terhadap kerja yang diserahkan kepada pegawai bawahan.

Ketua Jabatan perlu memastikan garis panduan yang jelas dan terperinci disediakan sebagai rujukan oleh penjawat awam untuk menjalankan tugas mereka. Penjawat awam pula perlu melaporkan kemajuan kerja mereka secara berkala.

Kedua, INTEREST – setiap penjawat awam perlu melaksanakan tugas mereka dengan penuh minat, dedikasi dan tidak bersikap sambil lewa.

Ketiga, KNOWLEDGE – setiap penjawat awam mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang tugas masing-masing. Bagi tujuan ini, program latihan perlu dilaksanakan secara berterusan.

Keempat, ATTITUDE – setiap penjawat awam melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah.

Akhirnya, PROCEDURE – prosedur kerja yang lengkap dan jelas diwujudkan serta dipatuhi. Apa pun pandangan Ketua Audit Negara itu tidak bermakna kedudukan pengurusan kewangan Negeri Kelantan begitu kritikal atau tidak bermaya sehingga boleh dianggap tiada akauntabiliti.

Misalnya, daripada laporan daripada Ketua Audit Negara juga terhadap 14 agensi Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2009 dikira mencapai tahap akauntabiliti cemerlang.


0 comments: