Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, October 23, 2014

Festival Makan Daging Anjing

Festival tahunan ini merupakan tradisi kuno untuk penduduk tempatan di Yulin, China telah mendapat bantahan daripada pencinta haiwan sedunia. Festival ini disambut bagi merayakan solstis musim panas dengan menghidangkan daging anjing sebagai sajian utama.

Festival ini mendapat sambutan lebih dari ribuan penduduk tempatan dan pelancong yang akan memakan daging anjing tersebut dalam bentuk BBQ, stir-fry dan boiled bersama-sama dengan sayur-sayuran, buah laici dan air minuman alkohol berasaskan bijirin.

Tradisi tempatan mendakwa bahawa makan anjing dan laici dan minum minuman keras pada solstis musim panas membuatkan orang kekal sihat semasa musim sejuk.

Aktivis haiwan menganggarkan 10,000 anjing telah dibunuh setiap kali festival daging anjing itu diadakan. Petisyen telah dikeluarkan untuk memohon Yulin Governor Chen Wu untuk membatalkan festival ini di laman Change.org

Mereka berusaha membeli anjing-anjing yang telah dijual di pasaran terbuka dengan menggunakan duit kutipan derma dan duit sendiri. Namun, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemuanya.

Penyokong-penyokong festival ini sering menggunakan hujah tentang daging lembu yang dimakan oleh orang lain walaupun orang India menganggapnya haiwan suci sebagai alasan utama mereka meneruskan festival ini.

Petikan dari CNN, seorang lelaki telah berteriak kerana tidak puas hati dengan tekanan media terhadap festival tersebut di pasar terbuka Dong Kou:

“Adakah anda makan daging lembu? Jika anda berhenti makan daging lembu, kami akan berhenti makan daging anjing.”

“Ini adalah tradisi kita dan kita dah biasa makan daging anjing. Ia adalah budaya kami dan kami takkan mengubahnya (menghentikannya)… Ia lazat! Tapi kami tidak bunuh binatang peliharaan kami.” kata pemilik kedai penjual daging

Aktivis haiwan menyatakan daging anjing adalah sebahagian dari diet harian penduduk Yulin. Mereka mahu festival ini dilarangkan seperti mana tradisi China yang telah dilarang sebelum ini, contoh foot binding.


Baca Seterusnya......

Tuesday, October 21, 2014

MB: Putrajaya perlu jelaskan keengganan dedah perjanjian air

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 OKT: Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan menjelaskan penolakan permohonan mendedahkan kandungan perjanjian penstrukturan semula air kepada umum.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, permintaan Kerajaan Negeri seharusnya ditunaikan supaya kandungan perjanjian itu diedahkan kerana ia tidak membabitkan isu keselamatan dan berkisar kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Kementerian perlu memberi penjelasan mengapa perkara ini ditolak kerana kandungan perjanjian tidak membabitkan isu keselamatan. Ia hanya kontrak perniagaan antara dua pihak, mengapa harus disembunyikan?

“Kalau terma perjanjian itu benar-benar melindungi kepentingan pengguna dan rakyat, tidak ada sebab Kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh untuk menghalang daripada dokumen ini didedahkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 di sini hari ini.

Azmin juga meminta Kerajaan Persekutuan menyatakan nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berhubung penolakan itu.

“Apa nasihatnya (Gani kepada Maximus)? Saya nak tahu.

“Dia tidak boleh kata tidak boleh. Mesti ada justifikasi untuk menghalang dokumen itu didedahkan,” katanya.

Baca Seterusnya......

PEKERJA KEDAI MAKAN DITUMBUK KERANA KENAKAN CUKAI GST

Sinarharian

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.

Baca Seterusnya......

Thursday, October 16, 2014

Kelebihan Isi Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Kita Tidak Tahu

Amalkan pengisian minyak dalam jumlah liter bukannya dalam jumlah ringgit

Contoh:

Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. Lepas itu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter.

Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter.

Itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu buatt program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Panduan Isi Minyak

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter
kalau isi 35 liter darab dengan rm2.30
kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.

Contoh 31.777 liter.
rugi sikit,
tapi kalau tiap-tiap
hari taukey stesen minyak
yang untung.

Perkongsian dari rakan 


Baca Seterusnya......

Wednesday, October 15, 2014

GST, harga minyak ‘penjara’ BN perangkap rakyat

GST Grafik Baru
SHAH ALAM, 14 OKT: Kenaikan harga minyak dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal melonjakkan inflasi pada tahun 2015 adalah satu gaung bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana, kata Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menyifatkan gaung itu sebagai ‘satu penjara’ yang dicipta Barisan Nasional (BN) bagi golongan berkenaan.

Katanya, pengurangan subsidi dan peningkatan pemberian BR1M menyebabkan kenaikan kadar inflasi melebihi kadar pendapatan, maka rakyat berpendapatan rendah dan sederhana akan terus terperangkap di dalam penjara yang dicipta BN.

Pemberian BR1M secara ansuran dijadikan satu senjata untuk membudayakan mereka untuk terus bergantung hidup pada kerajaan.

“Apakah ini satu strategi BN untuk kekal berkuasa dengan membudayakan majoriti rakyat Malaysia untuk terus bergantung hidup dengan insentif yang diberikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Tuan Ibrahim berkata, tidak mustahil berdasarkan apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung MCA, pada 12 Oktober lalu, yang mana beliau mengingatkan masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.

“Berdasarkan logik ini, apakah BR1M sebenarnya satu strategi politik yang dijelmakan sebagai bantuan daripada kerajaan untuk mendapatkan undi rakyat bagi BN. Bahkan, kenaikan harga minyak juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan.

“Oleh kerana harga barangan melambung, rakyat perlu membayar lebih untuk GST kerana enam peratus akan dikenakan pada barang dan perkhidmatan yang sudah dinaikkan harga dan bukan harga sekarang.

“Pada akhirnya, segala apa yang diberi kepada rakyat sebenarnya akan dipungut kembali oleh kerajaan. Yang berbeza adalah rakyat sudah ditolak ke dalam gaung dan terpaksa bergantung hidup dengan pemberian kerajaan,” katanya.

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man barang
Sehubungan itu, katanya, Najib juga perlu ingat bahawa semua yang membayar cukai sama ada secara langsung melalui cukai pendapatan atau tidak langsung seperti cukai eksais kereta berhak membuat tuntutan kepada kerajaan.

Beliau berkata, rakyat berhak memilih siapa sahaja untuk menguruskan negara dalam setiap pilihan raya kerana hak mereka sebagai pembayar cukai.

“Dan sebagai sebuah kerajaan yang dipilih, ia bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap rakyatnya tanpa mengira pendirian politik mereka. Itulah asas kepada sistem demokratik yang adil dan saksama serta berfungsi,” katanya.

Baca Seterusnya......

150 hadiri kuliah ilmu Sheikh Dr Tareq al-Suwaidan di kediaman Anwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

IMG_0636 copy
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Program perkongsian ilmu yang disampaikan tokoh gerakan Islam,  Sheikh Dr Tareq al-Suwaidan di kediaman Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam kemarin (13 Oktober) berjaya menarik kehadiran lebih 150 tetamu.

Dalam ceramah yang dimulakan selepas solat Maghrib itu, bukan sahaja menarik perhatian beberapa ilmuan tempatan, bahkan turut menarik kehadiran beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mahu melepaskan peluang mendengar pandangan itu.

IMG_0669 copy
Beliau dalam ceramahnya turut mengupas beberapa isu semasa khususnya menyentuh isu kepentingan Islam sedunia, gerakan Islam di Timur Tengah, pergolakan membabitkan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), golongan Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah dan pembangunan pendidikan di negara Islam.

Sheikh Dr Tareq turut berkongsi pengalaman dan pandangannya dengan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan beberapa tetamu yang hadir malam tadi.

Antara pimpinan PR yang hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Naib Presiden PKR, Tian Chua serta Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Md Nur Manuty.

Baca Seterusnya......

Budu Cap Ketereh kini dalam tiub

Norzilah Mat Ismail menunjukkan pek inovasi baru budu cap Ketereh hari ini. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
TUMPAT - Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini melalui proses inovasi apabila dijual dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.

Inisiatif itu diambil oleh pengeluar budu terkenal Budu Cap Ketereh di sini menerusi inovasi yang dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Pengusahanya Mat Ismail Jusoh berkata beliau mendapat ilham memodenkan pembungkusan budu keluaran syarikatnya selepas melawat China beberapa tahun lepas.

"Setelah saya memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk peket sekitar beberapa tahun lepas, saya menerima maklum balas daripada pelanggan yang turut mencadangkan budu diisi di dalam tiub yang lebih mudah diguna.

"Malah, pembungkusan di dalam tiub ini juga menyelesaikan masalah penggemar yang mahu membawa budu ketika ke luar negara kerana pek di dalam botol memang tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan," katanya yang ditemui pemberita selepas pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini.

Katanya budu itu boleh diperoleh dalam tiub 100 mililiter dan sudah berada di pasaran sejak enam bulan lalu.

"Diharapkan dengan pembungkusan dalam tiub yang moden dan bersih ini juga akan membantu usaha menembusi pasaran antarabangsa," katanya yang tidak menolak kemungkinan akan mengurangkan pembungkusan menggunakan botol secara berperingkat jika budu di dalam tiub mendapat sambutan baik.

Usahawan berusia 63 tahun itu berkata beliau mengusahakan perniagaan itu lebih 30 tahun lalu selepas bekalan ikan bilisnya banyak dan tidak terjual.

"Pada peringkat awal saya hanya membuat budu secara kecil-kecilan dan dalam tempoh beberapa tahun berjaya mendirikan kilang," katanya yang kini mempunyai 80 pekerja dengan pengeluaran 4,000 botol setiap hari serta mencatat nilai jualan RM10 juta setahun. - Bernama

Baca Seterusnya......