Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, October 21, 2014

MB: Putrajaya perlu jelaskan keengganan dedah perjanjian air

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 OKT: Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan menjelaskan penolakan permohonan mendedahkan kandungan perjanjian penstrukturan semula air kepada umum.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, permintaan Kerajaan Negeri seharusnya ditunaikan supaya kandungan perjanjian itu diedahkan kerana ia tidak membabitkan isu keselamatan dan berkisar kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Kementerian perlu memberi penjelasan mengapa perkara ini ditolak kerana kandungan perjanjian tidak membabitkan isu keselamatan. Ia hanya kontrak perniagaan antara dua pihak, mengapa harus disembunyikan?

“Kalau terma perjanjian itu benar-benar melindungi kepentingan pengguna dan rakyat, tidak ada sebab Kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh untuk menghalang daripada dokumen ini didedahkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 di sini hari ini.

Azmin juga meminta Kerajaan Persekutuan menyatakan nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berhubung penolakan itu.

“Apa nasihatnya (Gani kepada Maximus)? Saya nak tahu.

“Dia tidak boleh kata tidak boleh. Mesti ada justifikasi untuk menghalang dokumen itu didedahkan,” katanya.

0 comments: