Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 15, 2014

Tradisi memburu ikan paus di Lamalera, Indonesia

Tradisi memburu ikan paus di Lamalera dikatakan sudah bermula sejak abad ke 16 lagi dan terus berlangsung hingga kini. Laut Sawu yang berada di antara Pulau Timor dan Pulau Lembata menjadi tempat para nelayan menangkap ikan paus.

Sumber makanan yang banyak iaitu plankton menjadikan laut Sawu sebagai tempat persinggahan gerombolan ikan paus yang datang dari kutub Selatan ke Lautan Pasifik.

Berbekalkan peralatan seperti tempuling atau harpoon tradisional dan tali, ikan seberat 15-20 tan boleh dikalahkan oleh sekumpulan nelayan dengan 2 atau 3 perhu tradisional yang relatif kecil berbanding dengan ikan yang mereka tangkap.  perahu yang dihasilkan dari kayu ini dikenali sebagai paledang

Aktiviti ini biasanya dilakukan pada bulan Mei setiap tahun. Nelayan yang bertugas 'menembak' paus dengan menggunakan tempuling digelar sebagai 'lama fa'. Lama fa akan berdiri di hujung perahu atau buritan dan akan menjadi 'radar' mengesan kewujudan paus. Tombak atau tempuling akan dilontarkan ke arah badan paus dan lama fa akan terjun ke dalam air laut sambil menombak paus tersebut.

Ikan paus yang sedang bunting atau masih kecil tidak ditangkap oleh mereka.

Hasil tangkapan ini akan dibahagikan kepada penduduk kampung. Mereka juga menghasilkan minyak ikan yang digunakan sebagai ubat yang dipercayai boleh mengubati pelbagai macam penyakit.

0 comments: