Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, October 8, 2014

Fenomena Bulan Darah malam ini 8/10/2014


PETALING JAYA, (MLP) – Peminat astronomi berpeluang menyaksikan salah satu gejala alam semesta, yakni fenomena Bulan Darah bakal berlaku pada sebelah malam hari ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menyifatkan penduduk Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewaan kerana struktur geografi kedua negeri berkenaan terletak pada sudut penglihatan terbaik untuk menyaksikan ‘blood moon’.

Gerhana bulan buat kali kedua yang berlaku dalam tahun ini diramal akan berlangsung selama beberapa jam. Penonton yang menyaksikan keajaiban tersebut berkemungkinan akan disapa hujan meteor Draconid menurut ANGKASA.

Penduduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur hanya mempunyai visi yang minimal ekoran pencemaran jerebu dan awan yang tebal.

Bulan akan mula kelihatan sekitar jam 7 petang di Kuala Lumpur, Seremban Melaka dan Ipoh, manakala penduduk Borneo boleh memerhati fenomena tersebut bermula jam 6 petang.

Gerhana bulan adalah selamat untuk disaksikan oleh mata kasar, walhal penggunaan teropong akan meningkatkan kesan penglihatan.

Satelit semula jadi yang mengelilingi bumi itu akan memancarkan cahaya kemerah-merahan lantas singnal tersebut digelar ‘bulan darah’. Sesetengah fanatik mempercayai bahawa gerhana bulan yang terjadi akan mengakibatkan radiasi kosmik, waima pernyataan tersebut sama sekali disangkal ANGKASA.

0 comments: