Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, January 30, 2015

Malaysia isytihar 239 penumpang & anak kapal MH370 meninggal dunia


SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Malaysia mengumumkan semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dianggap sudah meninggal dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan perkara itu dalam satu rakaman yang disiarkan melalui RTM, jam 6 petang semalam.

Azharuddin berkata, pengisytiharaan itu akan dapat membantu waris mangsa mengemukakan tuntutan ganti rugi mereka.

Katanya, Malaysia menganggap penumpang itu tidak mungkin akan dapat terus hidup di kawasan pencarian, di selatan Lautan Hindi, selepas 327 hari berlalu.

“Maka, dengan berat hati dan penuh dukacita, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami dengan rasminya mengisytiharkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH370 adalah satu kemalangan.

“Semua 239 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370 kehilangan nyawa mereka,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

Beliau berkata, pengisytiharaan itu dilakukan mengikut piawai Konvensyen Chicago.

Sidang media anjuran DCA itu sepatutnya diadakan, pada jam 3.30 petang di Putrajaya, namun dibatalkan ekoran kehadiran waris penumpang di majlis taklimat, kata DCA dalam kenyataannya, hari ini.

Anggota keluarga mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Malaysia tidak membuat kesimpulan melulu berhubung isu itu, semalam.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac lalu dan sehingga kini belum dapat dikesan.

Baca Seterusnya......

Friday, January 23, 2015

Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda?

Sumber beritasemasa.com.my

harga gula
Punca Sebenar Harga Gula Terkini 2015 Di Malaysia Masih Kekal RM2.84 Sekilo? Rakyat Malaysia Telah Bayar Lebih 2 Kali Ganda : Sunyi sepi berita harga gula di Malaysia pada ketika ini. Lebih kuat bunyinya guruh dan titisan hujan di Borneo sekarang ini. Sehingga membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya mengapa dan kenapa sehingga ke hari ini rakyat Malaysia, tidak mendapat tempias disebalik harga gula dunia turun?

Berdasarkan semakan Berita Semasa menunjukkan harga gula dunia dan pasaran antarabangsa telah turun sejumlah 20% sejak Julai 2014 lagi.


Hebat…formula ini. Sepatutnya rakyat Malaysia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya Kartel syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun.

Jikalau anda semak pada carta yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini, harga gula dunia mula menunjukkan trend menurun sejak daripada tahun 2011 lagi. Anda perhatikan sesuatu yang pelik telah berlaku di sini :


P/S : Persoalan Berita Semasa yang terakhir, mengapa dan kenapa acapkali rakyat marhaen perlu “terlebih lebih” untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di Malaysia? Sampai bila?

Baca Seterusnya......

Berita Terkini Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur KL – Singapore RM40 Billion (S$15.5 Billion)

Sumber beritasemasa.com.my

High Speed Rail
Berita Terkini Projek High Speed Rail (HSR) KL Kuala Lumpur – Singapore RM40 Billion (S$15.5 Billion) : Projek super mega ini mendapat persepsi pelbagai pihak apabila butiran dengan perkembangan projek Projek High Speed Rail Kuala Lumpur – Singapura masih lagi samar-samar. Jadi atau tidak? Apatah lagi…

Apatah lagi melihatkan situasi dan tekanan ekonomi yang dihadapi Malaysia pada ketika ini ditambah dengan saranan pakar ekonomi (SEPERTI DI SINI) supaya projek ini dihentikan.

High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore : Projek Super Mega Diteruskan

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang telah memberikan input terbaik kepadanya dan menegaskan Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore yang bernilai sekitar RM40 bilion yang mana projek keretapi laju KL – Singapura ini akan melalui beberapa bandar di Malaysia seperti Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Johor, Ayer Keroh, Melaka, Seremban, Negeri Sembilan, sekitar di Bandar Malaysia di Sungai Besi, KL akan diteruskan seperti mana yang dirancang sebelum ini.

Projek High Speed Rail (HSR) KL – Singapore : Konsortium Berminat!

Konsortium berpengkalan di China (China Railway Construction Corp Ltd (CRCC), The Third Railway Survey And Design Institute Group Corp (TSDI) and CSR Qingdao Sifang Co Ltd.) yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk kereta api berkelajuan tinggi, pembangunan dan pembinaan berminat untuk mendapatkan projek Projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapore sejauh 340 km dengan tujuan untuk akan mengurangkan perjalanan ke atas tanah di antara kedua-dua negara untuk 90 minit dari kira-kira enam jam.

Konsortium ini merupakan kontraktor kejuruteraan terkemuka dan terbesar di China melibatkan reka bentuk projek, pembinaan landasan kereta api di dataran tinggi, kereta api kelajuan tinggi, lebuh raya, jambatan, terowong dan sistem lalu lintas antara bandar.

Baca Seterusnya......

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia?

Sumber beritasemasa.com.my
fitch ratings
Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia? : Kejatuhan nilai ringgit Malaysia dicatatkan sebagai terburuk di kalangan negara-negara di Asia yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 10% untuk tempoh dalam hanya 3 bulan sahaja. Ini ditambah dengan pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak pada pagi semalam menyebabkan agensi penarafan keredit antarabangsa Fitch Ratings memberikan amaran yang mana Malaysia bakal berhadapan dengan taraf penarafan kredit akan diturunkan.

Hari ini Matawang Ringgit Malaysia diperdagangkan pada nilai yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini semua gara-gara pengumuman kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan sasaran defisit fiskal daripada hanya 3.0% kepada 3.2% bagi unjuran tahun 2015. Berdasarkan rekod kerajaan malaysia telah mengumumkan pembentangan bajet defisit untuk 17 kali berturut-turut sejak pembentangan bajet pada tahun 1998 lagi.

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran?

Dan agensi Penarafan Kredit Fitch Ratings melihat kepada kebergantungan kerajaan Malaysia kepada hasil kerajaan Malaysia sehingga memberikan impak besar disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini dilihat “lebih cenderung” untuk menurunkan penarafan yang diberikan Malaysia sekarang ini A-.

Pengurus kanan Choong Yin peng, pengurus kanan bon dan penyelidikan ekonomi Hong leng Berhad mengatakan:

1) Pasaran pada ketika cukup bimbang sasaran defisit yang diletakkan kerajaan malaysia akan lebih tinggi lagi
       
2) Kenyataan terbaru Fitch ratings akan terus memberikan implikasi dan kesan besar kepada pasaran yang meletakkan pasaran Malaysia dalam keadaan “berjaga-jaga”

P/S : Jikalau Fitch Ratings turunkan rating kredit Malaysia, ini antara kesan yang akan diterima Malaysia seperti laporan (DI SINI).

Baca Seterusnya......

Tuesday, January 13, 2015

Kereta Firaun Dijumpai Di Laut Merah

Sumber: irfanirsyad.wordpress.com


Kenderaan Firaun itu dipercayai digunakan ketika mengejar Nabi Musa dan pengikutnya.Ahli Arkeologi bernama Ron Wyatt mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. pengikutnya.

Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.

Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.

Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka.

Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.


Lokasi dipercayai Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah

Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa pengiraan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur kerana usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.

Baca Seterusnya......

Sunday, January 11, 2015

100 bot terbang ditempah

Sumber Sinar

Kapal laut terbang Jebat M727 meluncur di persisir perairan Selat Melaka, semalam.
Kapal laut terbang Jebat M727 meluncur di persisir perairan Selat Melaka, semalam.

BANDARAYA MELAKA - Aron Rinani Sdn Bhd sudah menerima tempahan 100 bot terbang keluaran syarikat berkenaan dari beberapa negara luar meskipun pada masa ini bot terbang model Jebat M727 masih di peringkat ujian laut.

Presiden Rinani Group, Noor Azerai Ahmad berkata, tempahan itu membuktikan keyakinan banyak pihak terhadap kemampuan bot terbang berkenaan.

Menurutnya, pesawat itu mempunyai pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan mencari dan menyelamat, pengawasan laut, pengangkutan komersil serta pelancongan maritim.

Ekoran tempahan dan permintaan yang dijangka meningkat, katanya, Aron Rinani dijangka akan memulakan  operasi di kilang fasa kedua menjelang bulan hadapan.

“Pada masa ini, kilang fasa pertama di Masjid Tanah hanya mampu mengeluarkan tujuh unit setahun manakala kilang fasa kedua pula dijangka 50 unit setahun.

“Kumpulan pertama bot terbang Jebat M727 ini dijangka dapat diserahkan kepada pelanggan menjelang pertengahan tahun ini,” katanya.

Pembinaan pesawat Jebat M727 itu menjadi kenyataan ekoran satu memorandum persefahaman (MoU) antara Rinani Group dan syarikat Korea Selatan, ARON Flying Ships Ltd Februari lalu.

Antara ciri-ciri menarik bot terbang itu adalah mampu mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam dengan kepakaran teknologi Wing in Ground (WIG).

Tambah Noor Azerai, ekoran pembabitan Aron Rinani dalam pembinaan M727 di Melaka, sebuah bandar  bersepadu di Telok Gong, Masjid Tanah, akan dibangunkan dan dijangka beroperasi menjelang 2017.

Baca Seterusnya......

Friday, January 9, 2015

Mau Ketam Melayu Ke Atau Ketam Cina?

Sumber FB

Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:
Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju.

Baca Seterusnya......