Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 14, 2009

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Anda

Kanak-kanak yang ada harga diri adalah optimistik, bijak hadapi tekanan,
mampu mencari penyelesaian dan biasanya bangga dengan diri mereka.Harga diri ialah kepercayaan pada diri sendiri yang kanak-kanak ada terhadap diri mereka. Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka berinteraksi.Harga diri ialah aspek penting membayangkan cara mereka menghadapi cabaran kehidupan. Kanak-kanak yang ada harga diri yang tinggi biasanya cemerlang di sekolah dan bersedia mencuba perkara baru. Kebiasaannya, mereka lebih gembira dan sihat berbanding kanak-kanak yang rendah harga diri.


Disebabkan harga diri bermula dari kecil, ia penting untuk anda memainkan peranan aktif dalam membantu anak anda meningkatkan harga diri. Inilah beberapa langkah mudah sebagai permulaan.

1. Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.

2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.

3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.

5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.

6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.

7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.

8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.

9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.

10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.

Membawa Pembelajaran Dalam Kehidupan. Ingin mengajar anak anda tentang monyet? Lupakan buku bergambar. Bawa anak anda ke zoo dan tunjukkan dia monyet yang sebenar!

Anda menyediakan bekalan makanan tengah hari sementara si kecil pula sibuk memakai kasutnya. Anda berdua akan pergi ke taman hari ini dan ianya pasti menyeronokkan!

Ini adalah kerana anda ingin mengikuti pelajaran yang diajar di tadika dan gurunya baru selesai mengajar nama bunga bungaan. Anda ingin menguji pengetahuannya: berapa jenis bunga yang boleh dikenalpastinya? Yang menggembirakan anda (dan anak anda), dia berjaya menamakan kebanyakan bunga di taman tersebut! Ia pasti lebih menyeronokkan untuk melihat benda sebenar jika dibandingkan kad bergambar di tadika.

Ini adalah contoh mudah bagaimana anda dapat menjadikan pembelajaran sesuatu yan menyeronokkan untuk anak anda. Selain mengetahui apa yang dipelajari oleh anak anda di tadika, adalah penting untuk mengulangkajinya di rumah. Ia memberikan peluang kepada anak anda untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya di tadika.

"Perlukah anak saya mengulangkaji apa yang telah dipelajari di tadika? Tidak cukupkah perhatian yang diberikannya sewaktu di dalam kelas?"

Tidak. Pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam kelas. Dengan menggalakkan anak anda mengaplikasi tentang apa yang telah dipelajarinya, anda membantunya mendapat lebih banyak informasi dan memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Dia akan lebih terdorong untuk memberikan lebih perhatian di dalam kelas, kerana tahu dia harus ‘berlatih’ pelajarannya untuk ibubapanya kemudian.

0 comments: