Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, June 5, 2012

Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?

Sumber Beritasemasa

No Plat Sultan Johor Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?
Isu WWW1, no plat yang telah dimenangi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah menjadi isu hangat dikalngan rakyat Malaysia. walaubagaimanapun semakan kami mendapati daripada bahan-bahan tinggalan sejarah ketika ini sebenarnya keturuan Sultan Johor sememangnya terkenal dengan kekayaan yang dimiliki mereka. 

Daripada mereka (keturunan raja Johor) berjaya mengumpul kekayaan ini secara maklumat lengkapnya? Kami kurang pasti.
Kekayaan Sultan Johor Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?
Sebelum Sultan Ibrahim membuat bidaan no plat WWW1 sehingga mencecah RM520,000 Sultan Johor sebelum ini telah pun menderma sejumlah kapal terbang perang British, Skuadron A untuk kegunaan Unit Anzac di Malaya yang bernilai US$31,500 sekitar tahun 1940.

Nenda Sultan Ibrahim pernah menderma sejumlah lori bomba yang diterimanya dan diserahkan kepada Australia
 Sultan Johor Kaya Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?
Sultan Ibrahim sendiri pernah menderma  8 biji Harley Davidson dan juga 9 Holden Supercars kepada unit PDRM
Sultan Johor Kereta Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?
Biasanya nak dapatkan nombor 1 adalah cukup-cukup sukar melainkan anda merupakan kalangan ahli politik yang cukup berpengaruh ataupun juga anda terdiri daripada kelompok istana. Nombor plat seperti ini biasanya dikhaskan untuk ahli politik kanan atau menteri-menteri di Wilayah Persekutuan atau pun juga orang-orang Istana (jika negeri-negeri yang mempunyai Sultan atau Raja). 

Negeri-negeri lain yang hanya mempunyai Gabenor sahaja pun maish lagi mudah untuk mendapatkan nombor 1 asalkan beliau dekat dengan Ketua Menteri ataupun Timbalan Ketua Menteri contohnya.
Nombor Plat WWW1 Isu WWW1 : No Plat Dimenangi Sultan Johor RM520,000! Dedah? @ Sembunyikan @ Tutup Terus?
Sebenarnya, ‘isu WWW1′ tidak harus menjadi kontroversi kepada semua. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim boleh memanggil Hishammuddin Tun Hussein, yang berasal dari Johor dan menghubungi sepupunya yang juga merangkap Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak  dan JPJ untuk memberikan nombor itu kepada Duli Yang Maha Mulia. Habis cerita. Mungkin Sultan Johor mahu berlaku jujur dengan mengambil keputusan untuk menggunakan saluran yang betul bagi mendapat nombor plat yang menjadi idaman Sultan Johor? Mungkin?

Bagi kami isu WWW1 yang cuba dibangkitkan ini bukanlah isu yang sepatutnya dibangkit oleh seorang yang bertaraf ahli politik.

Cuma, kadang kami sendiri pun tak faham. Kenapa perlu membayar sedangkan Sultan sendiri boleh mendapatkannya secara percuma. Boleh dapat percuma (free) tetapi mahu membayarnya? Kan…dan jadi isu dan permainan politik di Malaysia.
  1. Seorang sultan boleh letakkan apa sahaja perkataan di no plat keretanya contohnya “DYMM Sultan Johor”  @ “WWW Johor”. Tiada masalah. Tiada siapa yang akan menghalang Sultan Johor daripada meletakkan apa yang dia mahukan pada no plat keretanya tanpa perlu membayar satu sen pun.
  2. Jadi mengapa menderma lebih daripada RM500, 000 kepada kerajaan Malaysia untuk ‘WWW 1′?
Jikalau benar mana-mana Sultan mahu membeli no plat dengan niat mahu membantu rakyatnya melalui sumbangan ikhlas kepada kerajaan, bukan begini caranya yang terbaik. Sebaliknya, adalah lebih baik salurkan terus kepada rakyat anda sendiri dengan duit RM500,000 kepada rakyat itu adalah lebih baik.

Daripada dahulu, nombor 1-9 untuk orang tertentu sahaja. Tidak pelru untuk bida seperti yang ada sekarang ini. Sekarang ini sudah terbuka kepada umum. Setiapnya ada implasikinya tersendiri. .

Terbaru, JPJ telah mengeluarkan kenyataan mahu mempertinbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa depan kerana didakwa mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka. Apa pendapat anda pula mengenai cadangan ini?

0 comments: