Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, June 27, 2012

Keahlian Isa dalam Felda tak sah, tapi kenapa boleh jadi Pengerusi FELDA?

Keahlian Isa dalam FELDA adalah tidak sah tetapi mengapa beliau menjadi pengerusi FELDA?
Keahlian Isa dalam FELDA adalah tidak sah tetapi mengapa beliau menjadi pengerusi FELDA?

Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi bahan gelak ketawa ramai akibat daripada keputusan yang mereka buat yang tidak masuk akal.

Walaupun telah diputuskan bahawa meluluskan permohonan Isa sebagai ahli koperasi Permodalan Felda (KPF) adalah tidak mengikut undang-undang KPF, keahlian Isa masih sah (Malaysiakini 31 Mei 2012). SKM telah membuat kesimpulan tidak munasabah ini pada 23 Mei sebagai tindakbalas terhadap permohonan 19 orang penduduk FELDA yang mempertikaikan keahlian Isa dalam KPF.

Keputusan kontroversi ini telah mengejutkan dan menyedihkan rakyat Malaysia tentang bagaimana 3 orang lelaki yang ditugaskan membuat keputusan boleh membuat suatu keputusan yang amat bodoh ini.
Walaupun mereka membuat keputusan bahawa keahlian Samad itu tidak sah dari segi undang-undang KPF, mereka tidak berbuat apa-apa untuk memperbetulkan keadaan ini juga mendakwa bahawa tiada peruntukan untuk membatalkan keahlian beliau.

Ini sememangnya tidak masuk akal sama sekali! Menurut peraturan dan regulasi Koperasi, Seksyen 43 hanya merujuk kepada keahlian peneroka Felda, keluarga mereka dan pekerja tetap Felda. Di bawah Seksyen ini, Isa tidak layak menjadi ahli KPF. Beliau tidak pernah menjadi peneroka, ahli keluarga atau pekerja tetap Felda. Jadi beliau sebenarnya langsung tidak layak menjadi ahli.

Anda tidak perlukan peruntukan khas di bawah undang-undang untuk membatalkan keahlian beliau atau jawatan beliau sebagai pengerusi KPF.

Lembaga pengarah jga tidak berkuasa untuk meluluskan keahlian beliau. Disebabkan keadaan ini, keahlian haram beliau itu sudah dengan sendirinya terbatal. Habis cerita!

Apa yang boleh dibuat oleh lembaga pengarah adalah mengadakan mesyuarat lembaga dan membatalkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk membetulkan keadaan. Itu akan membatalkan keahlian beliau terus.
Tetapi kenapa ini tidak dilakukan?

Kemandirian UMNO

Segala episod ini berkait rapat dengan kemandirian UMNO pada pilihanraya akan datang. Mereka harus mengusai KPF walau apa cara sekalipun untuk berkuasa ke atas peneroka Felda.

Inilah sebabnya Perdana Menteri, yang juga presiden UMNO mengumumkan pada 8 Mei lepas durian runtuh RM15 000 untuk setiap isi rumah demi mendapatkan sokongan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH). Ini adalah rasuah terang-terangan!

Tetapi mengapa memilih untuk memijak-mijak peneroka yang membantah?

Adakah kerana beliau sememangnya mempunyai sejarah memenangi sokongan melalui cara rasuah? Jangan kita lupa beliau juga pernah didapati bersalah untuk tujuh tuduhan politik wang dan membeli undi pada pemilihan UMNO tahun 2004. Tuduhan-tuduhan tersebut sangat serius: beliau dituduh :

1) Membenarkan setiausaha politik beliau Mohd Salim Sharif untuk membayar RM300 kepada setiap delegasi darip Telok Kemang untuk pergi ke Perhimpunan Agong UMNO pada atau lebih kurang pada September 2004.
2) Membenarkan agen beliau untuk membayar beberapa jumlah wang kepada delegasi dari bahagian Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Bentong ke Perhimpunan Agong UMNO pada 11 September 2011.
3)Membenarkan agen beliau membayar RM1000 kepada setiap delegasi untuk ke Perhimpunan Agong yang diadakan di Hotel Crown Princess pada 11 pm, 22 September dan pagi 23 September.
4) Membenarkan agen beliau membayar RM 1000 kepada setiap seorang delegasi ke Perhimpunan Agong Umno pada lebih kurang 1.00 am pada 23 September di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur.
5)Membenarkan agen beliau membayar beberapa jumlah wang kepada delegasi Sabah ke Perhimpunan Agong Umno pada lebih kurang 1.00 am pada 23 September di Hotel Legend, Kuala Lumpur.
6) Membenarkan agennya membayar RM300 kepada delegasi Umno Sabah di tanjung Aru Golf Club dan Kandarah Court kedua-duanya di Sabah pada awal September.
7) Membenarkan agennya membayar RM300 kepada delegasi Umno Kedah di Hotel Holiday Villa, Alor Setar dan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani lebih kurang dua hingga tiga minggu sebelum Perhimpunan Agong Umno 2004.

Beliau digantung selama 6 tahun dan terpaksa melepaskan semua jawatan termasuk Naib Presiden Umno.

Namun begitu, ada yang percaya bahawa Isa mempunyai kedudukan istimewa dalam parti dan ia nampak seperti suatu dakwaan yang berasas.

Tempoh pergantungan beliau kemudiannya dikurangkan kepada 3 tahun dan ini telah memberi ruang kepada beliau untuk bertanding di pilihanraya kecil Bagan Pinang pada September 2009.

Rasuah nampaknya bukanlah isu besar bagi Umno.

Apa kata Dr M sekarang?

Dr M juga kurang senang terhadap pencalonan Isa. “Jangan calonkan Isa Samad,” pinta beliau. “Tan Sri Isa Samad sudah pun didapati bersalah. Jika Umno meletakkan dia sebagai calon, maknanya Umno tidak serius tentang kes sebegini.

Walaupun jika dia boleh menang disitu, (kita) terpaksa mempertimbangkan apa pandangan Malaysia terhadap Umno,” ujar Mahathir.

Tetapi Umno tidak peduli pandangan Malaysia terhadapnya. Realitinya, apa pandangan Umno itulah realiti dan it yang penting di Malaysia.

Untuk membuktikan fakta ini, Isa telah dilantik menjadi pengerusi Felda bermula 1 Januari 2011.

Walau dengan keahlian haramnya dalam KPF, kerajaan BN telah mencapai sasaran utamanya menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Kenapa Perdana Menteri berdiam diri dalam skandal keahlian Isa dalam KPF? Kenapa Peguam Negara tidak mengatakan apa-apa mengenai tindak-tanduk menyalahi undang-undang lembaga pengarah KPF dan keputusan tidak masuk akal SKM?

Tidakkah pelik Tun Mahathir yang sangat peka terhadap imej Umno tidak mengatakan apa-apa mengenai isu ini?

Mari kita ingat kepada pepatah lama, “Agama kamu adalah apa yang kamu buat selesai ceramah.- Malaaysia Chronicle

0 comments: