Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, April 10, 2014

Muhyiddin Di Dubai: 3 Jam Majlis Rasmi 10 Jam Di Padang Golf

Muhyiddin lebih pentingkan golf dari majlis rasmi?

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa lebih banyak menghabiskan masa di padang golf daripada di majlis rasmi dalam lawatannya ke Dubai dari 8 Hingga 12 April 2014.


 Menurut ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Ketua Audit Negara perlu menyiasat bukan sahaja lawatan Muhyiddin ke Dubai ini, tetapi juga mana-mana perjalanan lain Muhyiddin yang dilakukan oleh beliau sejak kebelakangan ini.

Kata mereka, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan nampaknya sedang menikmati percutian golf lima hari di Dubai dengan dibiayai oleh wang pembayar cukai Malaysia.

“Jadual perjalanan “lawatan kerja” Muhyiddin ke Dubai, United Arab Emirates (UAE) dari 8 hingga 12 April 2014, kononnya untuk menghadiri Gulf Education and Training Exhibition (GETEX) 2014, mendedahkan bahawa penerbangan Timbalan Perdana Menteri adalah dengan menggunakan “pesawat khas,” kata mereka berdasarkan laporan blog peniupwisel2020.blogspot.com.

Mereka mendakwa beliau juga menginap di hotel lima bintang Shangri-La Dubai selama lima hari, sementara tugas Muhyiddin di GETEX hanya memerlukan beliau untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi, merasmikan Education Malaysia Pavilion, serta menerima jemputan hormat Menteri Pendidikan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat UAE.

“Akhir sekali, beliau dijadual menandatangani MOU mengenai pendidikan tinggi. Semua program di atas dijadualkan antara jam 10 pagi hingga 1 petang pada 9 April, dari mana beliau akan bertolak ke Kelab Golf Montgomerie, dan kemudian disusuli dengan makan malam di atas kapal layar,” kata mereka lagi.

Steven Sim dan Zairil menambah hari-hari yang berikutnya di Dubai akan diisi dengan “program peribadi” dan makan malam tidak rasmi dengan beberapa tok

oh perniagaan dan diaspora Malaysia.

“Pada hari terakhir, sekali lagi beliau mengisi masa dengan acara golf. Dalam erti kata lain, Muhyiddin menghabiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan dengan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk “program peribadi.” dakwa mereka.

Kedua-dua ahli parlimen DAP itu berkata rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos untuk perjalanan mewah ini, termasuk kos “pesawat khas,” penginapan di hotel lima bintang Shangri-La Dubai untuk keseluruhan rombongan, dan kos lain berkaitan yang akan ditanggung oleh Kerajaan, termasuk Kementerian Pendidikan, Education Malaysia, TalentCorp (yang menaja makan malam diaspora Malaysia pada 11 April) dan Jabatan Perdana Menteri (di mana Pejabat TPM diletakkan).

“Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar antara semua kementerian dalam Belanjawan 2014 (RM54 bilion atau 21 peratus daripada Belanjawan Persekutuan), namun pencapaian murid sangat teruk sejak kebelakangan ini,” dakwa mereka.

Kata mereka lagi, bukan sahaja pelajar Malaysia makin merosot dalam penilaian antarabangsa seperti PISA (Programme for International Students Assessment) dan TIMSS (Trends in International Math and Science Study), KPM juga baru-baru ini mendedahkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris juga merosot dalam kalangan guru dan pelajar kita, menurut laporan oleh Cambridge English.

“Tiada sesiapa yang menafikan bahawa pendidikan adalah bidang kritikal yang harus diberikan perhatian termasuk daripada segi sumber dana, namun kerajaan perlu membelanjakannya untuk program yang benar-benar meningkatkan pencapaian pelajar dan bukannya “cuti mewah” di mana Menteri Pendidikan boleh bermain golf,” kata mereka lagi. -FMT
 

0 comments: