Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, February 19, 2011

Sony Unveils 3D Gaming Phone

Sony Ericsson Xperia Play
The Xperia Play will be enabled for 3D multi-player mobile gaming

Sony Ericsson has announced the first ever PlayStation smartphone capable of multiple player mobile gaming - in 3D.

The Xperia Play was unveiled as one of eight Android-based phones the brand will launch this year.

As the latest market offering to take on the iPhone, it will have a touchscreen phone panel like its rivals but its competitive advantage will come from its slide-out gaming control.

The phone will have a full PlayStation control system, including shoulder buttons, action buttons, dual analogue joysticks and a directional pad.

Sony Ericsson said that more than 50 games are being developed for the Play including the first multiplayer version of FIFA 10 for mobile, Assassin's Creed and Guitar Hero.

As the first phone to be certified for PlayStation, it will also have access to PlayStation game content directly through a PlayStation suite due out later in the year.

The phone will be capable of five and a half hours of gaming and more than eight hours of talk time on a single charge.

Microsoft has already made its Xbox games available on Windows 7 mobile software and recently announced a collaboration with the Finnish mobile phone company Nokia.

Sony Ericsson will begin launching the Play around the world from March at approximately £500 if taken without a mobile phone contract.

The brand is due to celebrate its 10th anniversary as a joint venture between Japan's Sony Corporation and Sweden's Ericsson in October.


Baca Seterusnya......

Hidangan Air Mani Kuda Di Pesta Makanan New Zealand

Wellington: New Zealand yang dikenali sebagai destinasi sukan ekstrem seperti terjunan bungee dan luncur salji kini mengubah haluan kepada hidangan makanan apabila menyediakan air mani kuda kepada penggemar makanan eksotik.

Sajian itu akan disediakan dalam majlis tahunan Festival Makanan Eksotik di bandar Hokitika di Pulau Selatan bulan depan bersama hidangan lain seperti kala jengking, kumbang disalut cokelat dan ulat goreng.

“Sajian air mani kuda dapat memberi anda kekuatan seperti haiwan itu selama seminggu,” ujar penternak kuda lumba di Christchurch, Lindsay Kerslake. - AFP
Horse semen on the menu at N.Z. food festival

Long renowned for pioneering extreme sports such as bungee-jumping and heli-skiing, New Zealanders are now pushing culinary boundaries by serving up shots of horse semen to iron-stomached food lovers.

The equine delicacy will be on the menu at the annual Wildfoods Festival in the South Island town of Hokitika next month, along with other gastronomic delights such as raw scorpions, chocolate-covered beetles and deep-fried grubs.

"The idea is you'll have as much zizz as a stallion for a week afterwards," Christchurch racehorse breeder Lindsay Kerslake, who came up with the semen surprise, told Fairfax Media.

He said the shots being sold at this year's festival on March 12 would taste like a milkshake and be washed down with an energy drink chaser.

Organiser Mike Keenan said he expected many festival patrons would sample the shots as a dare, and he was prepared to put his own stomach on the line.

"Yeah, I'll give it a go," he told AFP.

Keenan said the festival began 22 years ago as a way of allowing city slickers to "get out of their comfort zone" and sample bush tucker.

While much of the fare such as venison and wild boar is relatively unchallenging for mainstream tastes, Keenan said organisers liked to spice up the menu with more unusual offerings.

In the past, these have included rams' testicles and bulls' penises, although Keenan admitted Kerslake may have set a new benchmark.

"He thought these flavoured horse semen shots would be something different," Keenan said. "He working on a number of flavours, from vanilla, right through to strawberry and chocolate.

Baca Seterusnya......

Friday, February 18, 2011

Bisikan Rindu Seorang Ibu

Kewajipan khusus anak-anak ialah menyediakan diri untuk menyenangkan hati ibu. Sebabnya, dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, keredaan Allah adalah pada keredaan ibu bapa. Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita. Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula... (al-Ahqaf: 15)

Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?”Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.”Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan kita.Larangan menderhaka kepada ibu bapa dinyatakan secara jelas dalam surah al-Israk: 23. Apakah ciri-ciri derhaka itu? Dalam ayat tersebut Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa.Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sepatutnya, kita perlu melayan mereka dengan sebaik mungkin, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka semasa hidup lebih-lebih lagi apabila mereka telah mati. Mendoakan ibu bapa adalah antara sifat anak yang soleh. Perbuatan mengangkat suara kepada ibu bapa sudah dikira derhaka. Kalau mengangkat tangan (memukul) lebih teruk lagi derhaka seseorang anak itu.Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”Ada juga pendapat mengatakan dua pertiga daripada khidmat bakti anak adalah untuk ibu dan hanya satu pertiga untuk bapa. Terutama apabila ibu sudah lanjut usia. Ini membuktikan betapa menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi perintah Allah. Pepatah Melayu ada menyebut, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

Apakah maksud yang tersirat di sini? Ibu ini oleh sebab kasih sayang yang terlalu hebat terhadap anak-anak masih mampu tersenyum menjaga dan membesarkan walaupun 10 anak. Tetapi kasih anak kepada ibu sedikit sahaja.Sepatutnya anak-anak perlu berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa semasa mereka sudah tua. Sebabnya, rumah siapa yang dipilih oleh ibu tinggal itulah anak yang soleh atau solehah.

Dalam hal ini, ibu bapa juga berperanan mengasuh dan mendidik anak dengan baik sejak mereka kecil. Ini supaya apabila kita tua, anak-anak pula akan menjaga kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu. Jika ada perselisihan atau masalah dengan ibu bapa selesaikan segera. Sebagai anak, kita jangan ego walau setinggi mana kedudukan atau jawatan kita.Ibu tetap ibu walaupun jika mereka itu buta huruf. Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”. Sebab itu anak-anak perlu segera memohon maaf kepada ibu bapa jika berselisih faham. Jangan biarkan sehingga tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya. Jika semasa kecil kita tidak mendapat didikan yang sewajarnya disebabkan oleh keadaan ketika itu, apabila dewasa hendaklah kita memaafkan ibu kita. Adakah perbuatan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-orang tua itu boleh dianggap ‘membuang’ mereka dan derhaka? Dalam hal ini, kita tidak boleh menghukum semua perbuatan sedemikian sebagai menderhaka. Namun, menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua-tua hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi mana-mana anak. Jika dalam situasi anak tidak mampu menjaga ibu bapa disebabkan mereka lumrah, anak tersebut perlu memilih tempat yang ibunya reda. Kalau dengan reda, itu tidak mengapa.Tetapi jangan pula menghantar ibu bapa ke pusat jagaan kerana hendak melepaskan tanggungjawab. Golongan beginilah yang dianggap menderhaka.

Namun begitu, tidak ada ibu bapa yang suka tinggal di rumah orang tua-tua. Mereka lebih suka tinggal bersama anak dan cucu. Oleh sebab itu, anak-anak kena berfikir 100 kali sebelum bertindak menghantar mereka ke pusat jagaan tersebut.Bagaimanakah kisah ‘Alqamah atau si Tanggang dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak sekarang? Kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan dari segi perbuatan anak yang tidak mahu makan masakan ibu sehingga menyebabkan ibu tadi berkecil hati. Kes si Tanggang, dia enggan makan pisang salai yang dimasak oleh ibunya selepas beroleh kekayaan sehingga menyebabkan hati ibunya terguris. Akhirnya Tanggang disumpah menjadi batu.

‘Alqamah pula adalah anak yang baik. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya. Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah. ‘Alqamah dan isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah. Rupa-rupanya, ibu tadi membawa makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya. Disebabkan perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah tauhid semasa sakaratul maut. Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada sedikit salah faham. Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.Oleh sebab itu, Rasulullah mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda, sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia. Melihatkan keadaan itu, barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan lancar.

Satu contoh lagi ialah kisah Juraij. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Setelah lama tidak bertemu, pada suatu hari, ibunya datang ke rumah Juraij dan mengucap salam. Ketika itu Juraij sedang solat sunat di tempat khas di dalam rumahnya. Kerana terlalu kuat beribadat, Juraij tidak menghiraukan kedatangan ibunya. Sebaliknya dia meneruskan solat sunat.Ini menyebabkan ibunya berkecil hati dan berdoa supaya anaknya dipertemukan dengan wanita jahat. Kebetulan berdekatan kediaman Juraij terdapat sekumpulan pengembala kambing wanita. Salah seorang daripadanya amat tertarik kepada Juraij tetapi dia mengetahui yang tidak akan mendapat perhatian daripada Juraij. Wanita itu pun berzina dengan pengembala kambing yang lain dan apabila mendapat anak mendakwa itu adalah hasil hubungannya dengan Juraij. Apabila berita itu tersebar, maka penduduk kampung datang memukul Juraij kerana mendakwanya bertopengkan agama tetapi sebenarnya jahat. Akhirnya, Juraij meminta kebenaran untuk bertanya dengan bayi itu siapakah bapanya yang sebenar. Dengan kuasa Allah, bayi yang masih merah itu boleh berkata-kata dan menceritakan hal yang sebenarnya. Barulah Juraij dilepaskan oleh penduduk kampung.

Kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya kita menghormati ibu. Hatta dalam kesibukan beribadat pun tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan ibu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.Ingatlah sabda Rasulullah, “dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa. "Ramai yang menyedari harga kasih sayang ibu setelah mereka meninggal dunia. Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kepada mereka semasa hayat masih ada? Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran mereka. Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan menjaga kita semasa kecil.Kalau kesihatan mereka kurang baik, boleh kita bekalkan dengan makanan tambahan supaya mereka lebih sihat dan bertenaga untuk beribadat. Selepas kematian mereka bukan bermakna tugas anak sudah selesai.

Sebaliknya kita perlu terus berkhidmat dengan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah dan diangkat martabat mereka. Doa anak soleh kepada ibu bapa adalah antara tiga perkara yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad yang dapat membantu Muslim selepas kematian. Seperkara lagi yang boleh dilakukan apabila ibu bapa meninggal ialah berbuat baik dengan adik-beradik dan sahabat mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai anak, adalah menjadi tanggungjawab anak saudara menjaga ibu saudara semasa mereka lanjut usia. Anak-anak saudara tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

P/S : Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda : “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersaBda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi b...ersabda : Ayahmu.”. Selalu Manusia akan jawab org pertama "KEKASIHKU, SUAMIKU, ISTERIKU". Betul tak? Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka. Jagalah Ibu anda sementara Ibu anda masih bernyawa. Pekerjaan boleh di cari tapi pengorbanan seorang ibu sukar di cari. Jika Hati Ibu anda Terkecil hati walaupun sebutir kuman kerana sikap kamu, Maka tertutuplah Pintu syugra untuk kamu. Renung-renunglah..

Baca Seterusnya......

Wednesday, February 16, 2011

Pedang Pusaka Berusia 2000 Tahun

Muzium Negeri Hubei, China, telah memamirkan pedang Goujian Dinasi Yue. "Pedang misteri" itu telah berusia bebih dari 2000 tahun tetapi masih dalam keadaan tetap tajam dan tidak berkarat, namun yang dimuskilkan ialah bagaimana ia boleh berada di dalam makam bangsawan Dinasi Chu?

Tidak dapat dipastikan, samada pedang Goujian digunakan sebagai hadiah perang oleh Negara Chu atau pun sebagai mas kawin pemerintah dinasi Chu Shaowang? Semuanya masih lagi diselubungi misteri.

Usia Pedang Goujian lebih dari 2000 tahun tetapi Masih Tajam dan Tak Berkarat

Penemuan pedang ini dilaporkan oleh web berita Hong.net, iaitu pada suatu petang Disember 1965, makam nombor 1 – Chu Gunung Jianglingwang – Negeri Hubei sedang dilakukan penggalian besar-besaran. Tatkala pekerja-pekerja arkeologi dengan berhati-hati membuka sebuah keranda, secara tak sengaja menemukan sebilah pedang di sebelah kiri rangka manusia. Pedang itu yang masih tersisip di dalam sarung pedang kayu yang cat.

Pada saat pekerja arkelogi mencabut pedang itu dari sarungnya, diiringi kilatan dari pedang yang agak meyilaukan mata, semua orang di tempat itu terpegun. Seorang petugas lainnya yang kurang hati-hati telah terluka jarinya dan darah mengalir seolah tak mau berhenti. Seorang petugas lainnya lagi mencuba ketajamannya dengan 16 lapisan kertas, dengan amat mudahnya, lapisan kertas itu semuanya putus terpotong.

Pedang hebat itu memiliki ukuran: panjang 55,7 cm, lebar 4,6 cm, dan panjang hulunya 8,4 cm, Hujung hulunya berbentuk leper dan bulat dan pada lingkaran dalamnya terdapat 11 garisan lajur dengan pahatan halus, halusnya ukiran lingkaran itu seperti menyerupai sehelai rambut.

Sword Grid (bagian pelindung tangan antara hulu dan pedang), sedikit menonjol keluar yang pada sisi depannya tertanam butiran-butiran kristal biru batu turkis, meski pun di dalam kegelapan ia memancarkan sinar kilatan yang misteri. Pada badan pedang terdapat tekstur hitam berbentuk berlian yang indah dan sungguh luar biasa.

Yang paling menggembirakan para pakar arkelogi ialah pada bagian pelindung tangan terdapat grafik 2 baris tulisan bercirikan Niaozhuan. Jumlah aksara tulisan itu ada 8 buah, pakar di lokasi makam itu hanya dapat mengungkapkan 6 aksara di antaranya : “Yue Wang Zhi Zuo Yong Jian = pedang buatan sendiri milik Raja Yue”.

Wakil ketua perhubungan awam Muzium Hubei, Wan Quanwen mengatakan, “Dua aksara di tengah yang menunjukkan nama orang, berdasarkan kajian berulang-ulang kali daripada para pakar peneliti bahasa China kuno, barulah terungkap iaitu salah satu tokoh paling legenda di dalam sejarah China yakni: Goujian (Si Maharaja Yue)”.

Bagaimana pedang Goujian si maharaja Yue boleh terdapat di dalam makam Chu, misteri ini hingga sekarang masih belum dapat diungkap. Perkiraan Wan Qianwen: “Negara Chu dengan Wu maupun Yue pernah berperang beberapa kali. Ada kemungkinan Raja Chu kala itu menghadiahkan pedang tersebut kepada salah seorang pegawai tinggi kepercayaannya.”

Sementara itu sudut dari pandang lain, beranggapan bahawa dari catatan rol buluh (zaman sebelum adanya kertas menggunakan rol buluh sebagai buku tulis) yang telah dijumpai dari makam itu menunjukkan, jenazah itu ada kemungkinan pegawai tinggi semasa zaman pemerintahan Chu Huaiwang yang bernama Shao Hua. Jadi kemungkinan pedang Goujian beralih ke Negara Chu melalui pemberian hadiah pernikahan.

Sesuai dengan catatan buku sejarah kuno, hubungan kedua negara Chu dan Yue semasa Yun Chang (Maharaja Yue) sudah mula menjadi akrab, mereka pernah bersekutu pada suatu masa, Chu Zhaowang Maharaja Chu pernah mempersunting putri Goujian sebagai isterinya dan telah melahirkan putera yang dinamakan Chu Huiwang.

Oleh karena itu pedang Goujing berkemungkinan dijadikan sebagai salah satu item hadiah pernikahan puterinya dan dengan demikian telah berpindah tangan ke Negara Chu, kemudian penguasa Chu menghadiahkannya kepada Shao Hua. Setelah Shao Hua meninggal, pedang tersebut ikut terkubur di dalam makamnya.

Tiga Sebab Pedang Tak Berkarat

Pedang Raja Yue Goujian telah wujud selama 2000 tahun lebih, tetapi sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda berkarat. Apakah penyebabnya ia tidak berkarat? Para pakar beranggapan, hal itu dimungkinkan oleh situasi dan kondisi pedang tersebut tersimpan.

Wan Qianwen menjelaskan, kandungan tembaga pedang Goujian sekitar 80-83%, kandungan timah 16-17%, selain itu juga terdapat sedikit kadar plumbum dan besi. Tembaga sebagai logam utama dari pedang hebat itu adalah semacam logam yang non-aktif, pada keadaan sehari-hari kita ia memang tidak mudah berkarat.

Kedua, keadaan binaan makam: Makam terbenam di bawah tanah sedalam beberapa meter, satu ruang diisi 2 keranda, dinding di sekeliling ruang makam menggunakan semacam lumpur putih dengan kualiti halus dan padat, yang dinamakan dunia arkeologi sebagai plaster lumpur pasta putih, bagian bawahnya menggunakan lumpur pasta putih yang sudah dicuci dan disaring secara manual, daya lekatnya sangat baik.

Ditambah lagi pada bahagian atas ruang makam diisi dengan tanah yang padat, faktor-faktor itulah membuat makam tersebut menjadi sebuah ruang yang kedap udara, begitu banyak lapisan kedap yang pada dasarnya telah menyekat ruang makam dengan atmosfera dari luar ruangan.

Penelitian sains moden menyatakan: di bawah keadaan keseluruhan tersekat dari oksigen, walaupun di dalam air biasa atau air asid, besi dan baja tidak akan berkarat.

Selain itu, makam Chu no.1 di Gunung Wang terletak di atas kawasan tinggi yang kering dari Sungai Zhang di Kota Jinzhou moden, aras air bawah tanah agak tinggi, ruang makam dalam jangka waktu lama pernah pula terendam oleh air, sifat asid air bawah tanah tidak kuat, pada asasnya kearah nuteral, terbukti dengan sejumlah besar peralatan/artifak kayu dengan dilapisi cat yang indah dalam keadaan yang agak baik. Apabila terendam air bawah tanah, udara di dalam ruang makam juga menyusut banyak.

Mengenai pedang Goujian adakah ia masih sama tajamnya seperti pada saat digali keluar, Wan Qianwen menyatakan: “sesudah itu tidak pernah lagi dilakukan ujian seperti itu.”

Baca Seterusnya......

Tetris - Game yang bermanfaat untuk otak

Play Tetris
Kita tentu sudah tak asing lagi dengan permainan game klasik bernama Tetris. Ternyata, permainan menyusun belok ini selain boleh di manfaatkan untuk mengusir kebosanan juga dapat meningkatkan cara kerja otak.

Hal ini terungkap dari hasil penelitian yang di lakukan oleh Mind Research Network (MRI). Dalam penelitian ini, MRI menggunakan teknologi pemindaian guna menyelidiki tentang pengaruh permainan ini pada otak.

Dalam web resmi Mind Research Networks, disebutkan bahwa mereka yang bermain Tetris memiliki ketangkasan otak yang lebih baik. Hal ini juga di indikasikan oleh keterangan bahawa mereka yang bermain Tetris memiliki lapisan otak yang lebih berkembang.

"Salah satu yang paling mengejutkan adalah, penelitian mengenai otak dalam lima tahun terakhir menyebutkan bahwa permainan Tetris dapat meningkatkan wilayah gray matter atau otak cerdas pada area penggerak," kata Dr Rex Jung yang mengetuai penyelidikan ini.

Pada saat memainkan Tetris, seseorang memerlukan proses kognitif yang meliputi perhatian, koordinasi gerak tangan dan mata, serta daya ingat yang harus bisa bekerja bersama-sama.

Pemain juga di tuntut berfikir dengan cepat dalam menempatkan berbagai bentuk belok dalam tempat yang sesuai.

Hasil penelitian ini juga menyatakan bahawa bermain Tetris secara teratur mampu meningkatkan kemampuan berfikir kritis dan kompleks.

Baca Seterusnya......

Tahukah bahwa harga disekeliling kita naik tanpa disedari

Sumber DD


Walaupun tajuk agak asing bagi sesetengah dari kita, adalah baik untuk kita meluaskan pengetahuan tentang fakta keperitan kita sebagai rakyat dalam menghadapi isu inflasi di negara ini.

Mungkin sekali tengok artikel di bawah, ia agak panjang dan 'memboringkan'. Namun luangkan lah sedikit masa saudara supaya kita sama2 mendapat ilmu pengetahuan dan menafaat darinya.

KPRU (Kajian Politik Untuk Perubahan) telah membantu kita mengkaji selidik dimana letaknya punca berlaku inflasi sekarang ini dan dari siapakah punca kelemahan itu terjadi. Dari kelemahan pengurusan kerajaan kah atau dari.......

Artikel di bawah di kutip dari http://kpru2010.wordpress.com/2011/01/27/analisa-kpru-terhadap-buku-jingga-pakatan-rakyat-isu-inflasi-dan-pendapatan-boleh-guna/

==========================================
ANALISA KPRU TERHADAP BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT: ISU INFLASI DAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

JANUARY 27, 2011 BY KPRU2010

Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini

Jenis Barangan Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol - 2.4
Minuman Alkohol dan Tembakau - 3.7
Pakaian dan kasut - -1.4
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain - 1.1
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah - 0.7
Kesihatan - 1.6
Pengangkutan - 1.4
Komunikasi - -0.2
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan - 1.7
Pendidikan - 1.7
Restoran dan hotel - 1.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan - 2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak. Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat? Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut ‘dikawal’ harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang. Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.
Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 – RM5 semenjak setahun lalu. Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 –RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram. Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

* Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.[11] Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk ‘mengawal’ harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?

* Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang. Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?

* Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak. Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi? Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.

* Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.

* Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari, pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah ‘produk’ yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya “mengawal” tindakan pihak pembekal “terpaksa” menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya “membetulkan” perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat “terpaksa” memotong subsidi rakyat dengan naratif “rasionalisasi subsidi” yang cuba “mislead” rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

* Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

* Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

* Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.

* Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.

* Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.

* Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.

* Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

* 6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.

* 5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20 sen dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun? Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%. Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% – 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun. Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta[19] tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan.

-----------------------------------------------------------------------------

[1] Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010 (Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en
[2] Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010 (Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en
[3] MySarawak, Harga bawang melambung
http://www.mysarawak.org/2011/01/10/harga-bawang-melambung.html
[4] Malay Mail, Teh tarik up to 10 sen?
http://www.mmail.com.my/content/58398-teh-tarik-10-sen
[5] Ucapan Belanjawan 2011, m.s 52
[6] Utusan Malaysia, Kelemahan Kementerian
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
[7] The Edge Weekly, PPB Group – Felda deal shifts control of sugar trade to government, page 14
[8] The Malaysian Insider, Fewer mandarin oranges in the market this year
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/fewer-mandarin-oranges-in-the-market-this-year/
[9] Utusan Malaysia, Harga bawang naik dua kali ganda
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
[10] Selangor Kini, Harga kelapa naik 30 sen akibat kekurangan bekalan
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/25703
[11] Anggaran Perbelanjaan 2011, m.s 234
[12] Utusan Malaysia, Jawatankuasa khas tangani krisis bekalan, harga barang
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
[13] Utusan Malaysia, Sime Darby didakwa punca bekalan minyak masak kurang?
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
[14] Utusan Malaysia, MPOB disaran beri lesen kepada koperasi
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
[15] http://www.malaysiakini.com/news/153038
[16] News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
[17] News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
[18] Laporan Ekonomi 2010 /2011, m.s 108
[19] The Star, How 2011 Budgets broaden the tax base
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/18/business/7245499&sec=business
[20] Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, m.s 17
[21] The Star, Higher viewing cost for Astro subscribers
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/19/business/7248746&sec=business
[22] Harakahdaily, Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28462:apa-rasional-najib-tarik-subsidi-beri-bonus&catid=1:utama&Itemid=50

Baca Seterusnya......

Monday, February 14, 2011

Menghayati Perjuangan dan Kemenangan Muhammad Ibn Abdullah SAW

Kalimah Allahu Akbar telah bergema dan berkumandang di setiap penjuru bumi Allah s.w.t ini, siang dan malam. Diulang-ulang oleh jutaan manusia, gema suara itu terus menerus sepanjang empat belas abad yang lalu tanpa berhenti dan tidak pula mati. Walaupun pemerintahan negara silih berganti dan keadaan alam sekitar selalu berubah, tetapi laungan kalimah Allahu Akbar tidak akan bertukar ganti. Bergemanya laungan abadi berkenaan menjadi bukti yang nyata bagi kemenangan Muhammad ibn Abdullah s.a.w.

Kemenangan itu bukanlah dimaksudkan dengan kemenangan dalam pertempuran di medan, juga bukan dimaksudkan dengan kemenangan membuka Makkah dan menyatukan seluruh Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam. Juga bukan dimaksudkan kemenangan menundukkan dua kerajaan yang besar pada masa itu iaitu Rom dan Farsi, tetapi kemenangan yang dimaksudkan ini adalah kemenangan yang bersifat sejagat, menjiwai penyusunan hidup ini, merubah perjalanan sejarah dan memberi nilai-nilai murni dan tetap (thabat) sepanjang zaman.

Sesungguhnya kemenangan Rasulullah s.a.w itu tidak lenyap walaupun kadang-kadang berlaku kelemahan yang mendatang ke atas umat Islam. Nilainya tidak hilang meskipun timbul berbagai aliran baru (dengan nama-nama baru) serta berbagai falsafah moden, cahayanya tidak padam dengan penguasaan satu golongan ke atas golongan yang lain. Ini disebabkan oleh asasnya yang amat kukuh bertapak di alam ini, menjiwai hati manusia dan menjelma dalam berbagai lapangan hidup ini.

Pada hakikatnya kemenangan itu telah membawa bukti-bukti yang nyata tanpa memerlukan bukti-bukti yang lain lagi, cuma apa yang perlu bagi kita ialah mengkaji dan menyelidiki bagi mengetahui faktor-faktor kemenangannya serta jalan yang telah dilalui baginda.

Tidak syak lagi bahawa Allah s.w.t menghendaki kemenangan bagi Nabi Muhammad s.a.w serta menghendaki Deen Islam itu menguasai alam ini. Bagaimanapun Allah s.w.t tidak memberi kemenangan dengan begitu mudah sekali, Allah s.w.t tidak menjadikannya seperti ‘mukjizat’ tanpa memerlukan mujahadah serta jalan yang perlu diikuti oleh manusia. Kita lihat di dalam seerah bahawa Allah s.w.t menjadikan kemenangan itu sebagai hasil tabii dari Jihad Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda, serta natijah yang selayaknya dari pengorbanan mereka.
Sesiapa yang ingin mengetahui bagaimana Rasulullah s.a.w mencapai kemenangan, serta bagaimana Islam berjaya, maka hendaklah ia mempelajari serta meneliti akan keperibadian Rasulullah s.a.w, tindakannya, perjalanan hidupnya (sirahnya) serta jihadnya semoga dia dapat memahami bahawa jalan kemenangan/kejayaan itu sudah tersedia dan terbentang serta faktor-faktornya telah sedia wujud. Sesiapa juga inginkan kemenangan walau di zaman mana dan di mana tempat ia berada, oleh itu hendaklah ia mengikut contoh-contoh yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w.

Terdapat tiga nilai asasi kejayaan Muhammad ibni Abdullah s.a.w:

Pertama: Kejayaan Peribadi Baginda Rasulullah s.a.w sendiri - ketika mana orang-orang kafir Quraisy meminta bapa saudaranya ( Abu Talib ) supaya menahan baginda daripada bercakap mengenai tuhan-tuhan mereka, mereka telah membuat berbagai tawaran kepadanya, sekiranya baginda mahukan hartabenda maka mereka akan berikannya, jika baginda inginkan pangkat maka mereka akan mengangkatnya menjadi raja dan apa sahaja yang dikehendaki olehnya maka mereka akan berikan semuanya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjaya mengetuk pendengaran mereka dan pendengaran dunia umumnya di sepanjang zaman dengan sumpahnya yang abadi yang terbit dari keimanan dan keyakinannya, sumpah berkenaan membawa maksud :“Demi Allah !, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk aku tinggalkan urusan ini (perintah Allah), maka sekali-kali aku tidak akan tinggalkan sehingga Allah buktikan kejayaannya ataupun aku mati”
Sungguh hebat, Inilah gambaran tindakan yang dicetuskan oleh Iman sejati, bukan terbit dari khayalan manusia semata.

Kedua: Kejayaan Rasulullah s.a.w Membentuk para Sahabat Ridhwanullahialaihim; pengikut setia yang merealisasikan iman mereka dalam gerak kehidupan mereka. Baginda berjaya membentuk/mencorak mereka mengikut corak al Quran sehingga jadilah mereka itu ibarat al Quran yang bergerak di atas muka bumi ini. Baginda berjaya menjadikan mereka sebagai model berjisim bagi Islam, jika manusia melihat mereka, bermakna melihat Islam itu sendiri.
Sebenarnya nas-nas (ayat-ayat) al Quran sahaja tidak bermakna sekiranya tidak dijelmakan dalam amalan seseorang, prinsip-prinsip sahaja tidak hidup melainkan dijelmakan dalam tingkahlaku dan amalan hidup ini. Kita dapati Rasulullah s.a.w meletakkan haluan utamanya ialah: membentuk rijal/pendokong-pendokong Islam, tidak semata-mata menyampaikan peringatan-peringatan sahaja. Baginda mendidik jiwa mereka, tidak semata-mata berkhutbah sahaja. Baginda membina Ummah bukan membangunkan falsafah.

Adapun fikrah (pemikiran) Islam itu telah terkandung di dalam al Quran al Karim, maka peranan Rasulullah s.a.w ialah membentuk Rijal yang mendokong fikrah tersebut sehingga dapat disaksikannya dengan mata kasar. Apabila rijal yang sudah terbentuk keperibadian mereka itu bergerak menjalankan aktiviti mereka di atas mukabumi ini, maka manusia lain melihat suatu keperibadian yang unik yang tidak pernah dilihat sebelum itu kerana keperibadian mereka itu adalah terjemahan atau jelmaan dari fikrah Islam yang unik, yang tidak pernah dikenali dalam sejarah manusia sebelum itu. Ketika itu barulah manusia lain yakin dengan fikrah Islam kerana mereka telah yakin kepada rijal atau pendokong-pendokong fikrah itu yang telah menghayati Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka, juga barulah mereka mahu mengambil contoh tauladan serta menuruti jalan yang telah dilalui oleh rijal tersebut. Fikrah Islam sahaja tidak akan hidup melainkan apabila fikrah itu dijelmakan di dalam kehidupan manusia seluruhnya. Dalam hal ini kita dapati Rasulullah s.a.w telah berjaya membentuk atau mendidik sehingga fikrah Islam itu menjadi manusia yang berfikrah. Baginda berjaya dalam tarbiyyahnya sehingga keimanan mereka itu lahir dalam bentuk amalan praktik hidup, seolah-olah baginda berjaya mencetak berpuluh-puluh, beratus-beratus bahkan beribu-ribu naskah al Quran, tetapi bukanlah dicetak dengan dakwat atas lembaran-lembaran kertas, hanya sanya baginda mencetak beribu-ribu naskah al Quran itu dengan Nur Iman di ats lembaran-lembaran hati dan jiwa manusia. Generasi al Quran itulah yang dikeluarkan ke tengah-tengah masyarakat manusia, menjelas dan menghuraikan dengan perbuatan serta amalan mengenai apakah Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi utusan Allah s.w.t itu.

Ketiga: Kejayaan Rasulullah s.a.w ketika mana Baginda Menjadikan Islam Sebagai Peraturan Yang Sempurna Yang Mentadbir Hidup Manusia – menyusun masyarakat, mengatur perhubungan di antara manusia dan menentukan nilai-nilai manusia dan benda.
Sesungguhnya Islam itu adalah suatu ‘aqidah yang melahirkan syariat dan terbina di atas syariat itu suatu sistem atau peraturan. Himpunan ‘aqidah dan syariat serta sistem itu maka terbentuklah pokok Islam, tiap-tiap pokok ada akarnya, batangnya dan buahnya (hasilnya), tidak tegak batang dan tidak lahir buahnya tanpa akarnya yang menjunam ke dalam bumi, tidak bernilai bagi akar yang tidak tumbuh batang pokoknya dan tidak bernilai atau berfaedah pokok yang tidak mengeluarkan hasilnya.

Kesimpulannya, bagi melahirkan natijah-natijah amali Islam tersebut maka perlu kepada satu keyakinan (keImanan) yang mendalam terhadap Rasulullah s.a.w dan apa yang dibawa oleh baginda (disamping keImanan kepada Allah s.w.t). Ucapan dua kalimah syahadah itu tidak semata-mata pengakuan dibibir sahaja. Bahkan mesti lahir daripada hati yang yakin dan sedar. Sebenarnya ucapan dua kalimah syahadah itu adalah Bai’ah (janji setia kita bahawa) Tiada Ilah yang disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah s.w.t.
Perlu ada keyakinan bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta alam, Penggubal undang-undang, peraturan-peraturan, syar’iat. SistemNya sahaja yang perlu dipatuhi dan kepadaNya sahaja perlu diperhambakan. Perlu meyakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah diutuskan oleh Allah s.w.t bagi melaksanakan perintah-perintah Nya, memimpin seluruh manusia ini menurut arahan-arahan Allah s.w.t. Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w itu menjadi contoh yang baik serta model utama bagi seluruh alam ini, pimpinan dan sistem yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w itu bukan rekaan menurut hawa nafsu tetapi mendapat pertunjuk Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :-“dan tiadalah yang diucapkan itu (al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.

Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”(Surah an Najm : 3-4)
Banyak ayat-ayat al Quran al Karim yang memerintahkan kita dan para Mu’minin agar mematuhi dan mentaati Rasulullah s.a.w , sebagai natijah daripada ikrar ketaatan kita kepada baginda. Antara firman-firman Allah s.w.t :-

“Katakanlah : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah ali ‘Imran : 31)

“Barangsiapa yuang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak m engutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.”(Surah an Nisaa’ : 80)

“Apa sahaja harta rampasan (fa-I) yang diberikan Allah kepada Rasul Nya yang berasas dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman Nya.”(Surah al Hasyr : 7)

Setiap Mu’min diwajibkan mencintai Rasulullah s.a.w sehingga baginda pernah bersabda yang maksudnya;“Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga ia menjadikan aku lebih dicintai dari dirinya, anaknya, hartanya dan manusia seluruhnya”

Menurut hadith ini ternyata bahawa cinta yang sebenarnya terletak kepada keikhlasan mematuhi apa yang disukai oleh Rasulullah s.a.w dan mematuhi apa yang tidak disukai oleh baginda.

Begitu juga kita, orang Mu’min , diwajibkan menghormati Rasulullah s.a.w seperti yang diisyaratkan olah Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim :
“Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih. “(Surah an Nuur : 63)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah , mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertaqwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. “(Surah al Hujuraat : 1-3)


Menghormati Rasulullah s.a.w bukan sahaja semasa ada hayat baginda, bahkan selepas wafat baginda juga kita mesti bersopan dengan Rasulullah s.a.w. Kerana itu dikala mana kita membaca atau mendengar hadith-hadith Rasulullah s.a.w, kita wajib meyakini hadith atau sunnah tersebut. Kita dikehendaki mendengar dengan cara bersungguh-sungguh, penuh perhatian, penuh kefahaman serta bersedia untuk mengamalkan dan melaksanakannya sepertimana arahan-arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Hendaklah kita menyedari bahawa al Quran al Karim dan as Sunnah Rasulullah s.a.w itu mempunyai peranan untuk mengawal, menjaga, memelihara fitrah, kesucian manusia ciptaan Allah s.w.t. Oleh itu kita wajib membimbing dan mendidik fitrah kita supaya tetap dalam keadaan suci dan bersih (Fitrah Salimah). Caranya ialah dididik dan disirami dengan ajaran al Quran al Karim dan dibajai dengan as Sunnah an Nabawiyyah Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t :-
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”(Surah al Ahzab : 21)
Wallahu’alam.

Baca Seterusnya......