Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, February 16, 2011

Tahukah bahwa harga disekeliling kita naik tanpa disedari

Sumber DD


Walaupun tajuk agak asing bagi sesetengah dari kita, adalah baik untuk kita meluaskan pengetahuan tentang fakta keperitan kita sebagai rakyat dalam menghadapi isu inflasi di negara ini.

Mungkin sekali tengok artikel di bawah, ia agak panjang dan 'memboringkan'. Namun luangkan lah sedikit masa saudara supaya kita sama2 mendapat ilmu pengetahuan dan menafaat darinya.

KPRU (Kajian Politik Untuk Perubahan) telah membantu kita mengkaji selidik dimana letaknya punca berlaku inflasi sekarang ini dan dari siapakah punca kelemahan itu terjadi. Dari kelemahan pengurusan kerajaan kah atau dari.......

Artikel di bawah di kutip dari http://kpru2010.wordpress.com/2011/01/27/analisa-kpru-terhadap-buku-jingga-pakatan-rakyat-isu-inflasi-dan-pendapatan-boleh-guna/

==========================================
ANALISA KPRU TERHADAP BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT: ISU INFLASI DAN PENDAPATAN BOLEH GUNA

JANUARY 27, 2011 BY KPRU2010

Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini

Jenis Barangan Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol - 2.4
Minuman Alkohol dan Tembakau - 3.7
Pakaian dan kasut - -1.4
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain - 1.1
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah - 0.7
Kesihatan - 1.6
Pengangkutan - 1.4
Komunikasi - -0.2
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan - 1.7
Pendidikan - 1.7
Restoran dan hotel - 1.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan - 2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak. Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat? Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut ‘dikawal’ harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang. Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.
Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 – RM5 semenjak setahun lalu. Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 –RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram. Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

* Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.[11] Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk ‘mengawal’ harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?

* Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang. Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?

* Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak. Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi? Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.

* Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.

* Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari, pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah ‘produk’ yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya “mengawal” tindakan pihak pembekal “terpaksa” menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya “membetulkan” perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat “terpaksa” memotong subsidi rakyat dengan naratif “rasionalisasi subsidi” yang cuba “mislead” rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

* Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

* Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

* Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.

* Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.

* Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.

* Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.

* Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

* 6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.

* 5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20 sen dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun? Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%. Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% – 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun. Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta[19] tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan.

-----------------------------------------------------------------------------

[1] Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010 (Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en
[2] Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010 (Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en
[3] MySarawak, Harga bawang melambung
http://www.mysarawak.org/2011/01/10/harga-bawang-melambung.html
[4] Malay Mail, Teh tarik up to 10 sen?
http://www.mmail.com.my/content/58398-teh-tarik-10-sen
[5] Ucapan Belanjawan 2011, m.s 52
[6] Utusan Malaysia, Kelemahan Kementerian
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
[7] The Edge Weekly, PPB Group – Felda deal shifts control of sugar trade to government, page 14
[8] The Malaysian Insider, Fewer mandarin oranges in the market this year
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/fewer-mandarin-oranges-in-the-market-this-year/
[9] Utusan Malaysia, Harga bawang naik dua kali ganda
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
[10] Selangor Kini, Harga kelapa naik 30 sen akibat kekurangan bekalan
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/25703
[11] Anggaran Perbelanjaan 2011, m.s 234
[12] Utusan Malaysia, Jawatankuasa khas tangani krisis bekalan, harga barang
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
[13] Utusan Malaysia, Sime Darby didakwa punca bekalan minyak masak kurang?
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
[14] Utusan Malaysia, MPOB disaran beri lesen kepada koperasi
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
[15] http://www.malaysiakini.com/news/153038
[16] News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
[17] News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
[18] Laporan Ekonomi 2010 /2011, m.s 108
[19] The Star, How 2011 Budgets broaden the tax base
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/18/business/7245499&sec=business
[20] Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, m.s 17
[21] The Star, Higher viewing cost for Astro subscribers
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/19/business/7248746&sec=business
[22] Harakahdaily, Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28462:apa-rasional-najib-tarik-subsidi-beri-bonus&catid=1:utama&Itemid=50

0 comments: